Kehilangan orang tersayang antara perkara yang amat merobek hati dan perasaan. Apatah lagi bukan seorang, malah tiga orang yang disayangi Shamshira Mohd Norizin diambil Allah.
Hilang tiga insan tersayang sekelip mata bukan mudah. Tiada kekuatan buat Shamshira pulang ke rumah yang sudah tentu menyimpan banyak memori.
Masih terngiang-ngiang suara anak-anak dan seakan tak percaya suami serta dua anaknya telah tiada.
Tiada Kekuatan Pulang Ke Rumah
Teluk Intan: “Sebelas tahun yang membahagiakan, tiba-tiba dia pergi buat selamanya bersama dua anak. Namun saya redha dengan apa yang berlaku,” kata Shamshira Mohd Norizin, 31.
Shamshira adalah isteri Hafize Nizam Ali Supian, 30, pemandu treler yang maut dalam kemalangan di Kilometer 10 Jalan Malim Nawar-Kota Bharu dekat Gopeng, Isnin lalu.
Masih Tak Percaya Suami & Dua Anak Tiada
Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, Hafize Nizam bersama dua anak lelakinya, Muhammad Afeef Rafiqie, 9, dan Arrian Nuh, 6, maut di tempat kejadian selepas kenderaan berat dinaiki mereka terbabas dan terbalik.
Shamshira berkata, sehingga kini dia seperti tidak percaya suami dan dua anak sudah tiada namun dia menguatkan hati untuk meneruskan kehidupan demi anak bongsunya, Adeeb Hud, 2.
“Saya hilang tiga insan tersayang dalam sekelip mata dan masih terngiang-ngiang suara dan gelak ketawa mereka.
“Saya rasa kosong, buat sementara waktu ini saya akan tinggal bersama ibu kerana belum ada kekuatan pulang ke rumah sewa yang menyimpan memori kami lima beranak apatah lagi 28 November ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke-11,” katanya.
Makan Bersama, Tidak Ada Sebarang Perubahan
Shamshira ditemui ketika ziarah kebajikan Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin di rumah ibunya di Kampung Sc Belt, Chenderong Balai di sini, hari ini.
Ads
Bercerita lanjut, Shamshira berkata, sebelum kejadian dia bersama suami dan tiga anak mereka keluar membeli barang keperluan dan sempat makan bersama.
“Anak kedua yang suka makan jadi tidak mahu makan ketika kami makan bersama, manakala abangnya pula mahu makan kerana sebelum ini dia yang kurang makan.
Ads
“Arwah suami juga tidak menunjukkan sebarang perubahan dan dia hanya berpesan supaya berhati-hati ketika memandu sebelum dia dan dua anak menaiki treler,” katanya.
Shamshira berkata, dia perlu membiasakan diri tanpa insan tersayang biarpun hakikat itu perit untuk dilalui.
“Adeeb Hud paling rapat dengan arwah suami, namun dia masih tidak mengerti kejadian menimpa ayah dan abangnya, apabila melihat treler di jalan dia akan kata itu ayahnya,” katanya.
Shamshira juga berterima kasih kepada kerajaan negeri dan semua pihak yang mendoakan dan menziarah kami serta membantu hari kejadian hingga pengebumian,” katanya.
Ads
Keluarga Akan Terima Bantuan
Sementara itu, Dr Wan Norashikin berkata, kerajaan negeri simpati dengan kejadian yang menimpa keluarga itu dan akan menyalurkan bantuan bagi meringankan beban Shamshira yang tidak berkerja.
Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga bersedia membantu keluarga itu.
“Kerajaan negeri akan meluluskan bantuan Takaful Tabarru dan permohonan Kad Prihatin, manakala JKM juga akan memberikan kaunseling kepada Shamshira.
“Kami hadir menziarah, memberi sokongan dan menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri dan berharap Shamshira terus kuat dan tabah,” katanya.
MW: Semoga Shamsira kuat menghadapi ujian ini, tak mudah berdepan dengan ujian sebegini berat. Tentu sedih setiap kali mengenangkan arwah suami dan dua anaknya. Al-Fatihah.
Ramai wanita tak tahu yang saiz fibroid boleh jadi gangguan untuk niat dapatkan anak. Punca fibroid bermula pada ganguan haid dan sengugut. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya kaum wanita.
Ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak. Antara petanda anda mungkin ada Ovarian cyst yang kritikal adalah bila period anda mula terganggu.
Ovarian cyst dan fibroid ni kedua-duanya sama iaitu sejenis ketumbuhan. Bezanya, fibroid ni terdiri dari tisu yang padat dan hanya berada pada rahim. Tapi ovarian cyst terdiri dari cecair atau semi-solid dan berada dalam ovari.
Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka. Nak tahu punca dan macam mana nak cegah fibroid, ikuti perkongsian oleh Dr Hamid Arshat ini…
1. Mungkin ada faktor baka dikaitkan dengan tumbuhan fibroid.
2. Tumbuhan fibroid membesar atas pengaruh hormon estrogen. Kandungan estrogen berlebihan pada pengidap fibroid. Estrogen dikeluarkan oleh kilang ovary dan sedikit dari lemak dan kelenjar adrenal.
Biasanya tindakan estrogen ditentang hormon progesterone. Hormon progesterone hanya keluar jika ada penetasan telor (ovulation). Malangnya tidak semua pusingan haid ada ovulation. Oleh itu kekurangan hormon progesterone boleh menimbulkan bermacam-macam gangguan haid dan juga kurang subur.
3. Ada beberapa jenis makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid khususnya yang tinggi kandungan gula dan karbohaidret. Makanan-makanan junk, fast dan tinned juga disyakki menggalakan fibroid kerana kandungan pengawet, perisa dan pemanis tiruan.
4. Ada juga makanan yang mengandungi phytoestrogen sapeti kacang soya dan lain-lain tetapi kesannya terhadap pertumbuhan fibroid tidak dapat dipastikan.
5. Mungkin lebih baik makan antiestrogen foods untuk cegah tumbuhan fibroid saperti delima, broccoli, kobis, cauliflour; maca, minyak zaiton, cendawan shitake: anggor merah, chia seeds, oats, teh hijau, juz lemon, kacang almond walnut dan peanuts; kunyit, bawang, cholophyl dan spirulina. Virgin coconut oil (VCO), garlic, kucai dan berries. Sayur-sayur hijau segar dan mentah serta ulam-ulam.
6. Sering fibroid tidak menimbulkan gejala atau tanda-tanda. Terbaik untuk lakukan scan peranakkan.
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshat dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Seawal 9 pagi ini pengarah filem, Pitt Hanif atau nama sebenarnya Firdaus Hanis, 43 melakukan aktiviti memancing bersama rakan jurukamera, Sham Mokhtar. Tengah harinya, bot fiber yang mereka naiki terbalik, Sham berjaya diselamatkan namun Pitt terus dibawa arus deras.
Menerusi instagram isteri Pitt Hanif, Farah Ahmad, beliau mengesahkan kejadian yang suaminya hilang ketika memancing. Dan memaklumkan dalam perjalanan ke lokasi kejadian suaminya hilang di Sungai Mela, Jerantut Pahang.
Be Strong Sayang..
Tulisnya, “Ni boat @pitthanif Sham sebelum terbelah dua. Ni yang Pitt share dengan group whatsapp memancing tengah hari tadi sebelum kejadian berlaku.”
“My Man I know u there Pitt. Be strong sayang my totties, Farah otw Pitt. InsyaAllah Allah ada Allah akan bantu selamatkan Pitt . Allah dengar Alam juga dengar.”
“Doakan semua Pitt selamat. I need everyone doa & positive vibes”
Maklum Farah lagi dalam video instagram, “I gonna see you Pitt (saya akan berjumpa awak Pitt), I know you strong (saya tahu awak kuat),”
“Kejadian berlaku tengah hari tadi apabila Pitt memancing bersama Sham Mokhtar. Mereka dapat ikan, lepas tu….,” katanya.
Ketika Memancing, Bot Fiber Terbalik Dan Terbelah Dua
Pitt Hanif yang juga anak pelakon terkenal Fauziah Nawi menjalankan aktiviti riadah bersama rakannya itu sebaik selesai pengambaran filem Coast Guard.
Mereka menaiki bot fiber sebelum bot itu terbalik dan terbelah dua.
Ketika ini pasukan mencari dan menyelamat )SAR) melakukan pencarian dalam radius kira-kira tiga kilometer dari lokasi Pitt dilaporkan hilang.
Kejadian berlaku kira-kira 1 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor memaklumkan kejadian berlaku berhampiran Jambatan Gemunchur, dekat Mela.
Awalnya risau hilang tawaran kerja, kini Vicha selesa penampilan berhijab. Begitulah luahan hati pelawak dan pelakon yang berasal dari negara seberang, Vicha Saywho, 33 yang kini semakin selesa dengan penampilannya yang menutup aurat.
Malah Vicha juga menerangkan dia tidak melihat penghijrahannya itu sebagai sesuatu yang mengganggu kerjaya seninya.
Awalnya Risau Hilang Tawaran Kerja
Namun sebenarnya pada awal berhijrah, Vicha akui dirinya berasa risau dengan penerimaan peminat dan bimbang jika tawaran kerja berkurangan. Namun terbukti rezeki Allah itu luas dan sebaliknya yang berlaku.
“Ketika mula-mula mengambil keputusan berhijab, saya risau jika hilang tawaran kerja. Maklumkan sebagai pelawak, mungkin aksi saya akan jadi berbeza dengan penampilan baharu ini.
“Bagaimanapun saya kuatkan hati dan teruskan hasrat itu kerana yakin niat yang baik selalunya akan memberi hasil yang baik juga.
“Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan saya dalam segala hal, termasuk kerjaya seni,” katanya seperti mana yang dipetik menerusi SinarPlus.
Syukur Rezeki Semakin Murah
Mengorak langkah dengan mengenakan hijab sejak Ogos lalu, Vicha juga akui rezekinya semakin luas.
“Saya bersyukur apabila rezeki dalam bidang seni semakin murah. Kalau sebelum ini tidak pernah bekerja dengan TV AlHijrah atau Naura, sekarang saya mendapat peluang itu.
“Begitu juga dengan beberapa projek baharu yang kini masih lagi dalam perbincangan.
“Apa pun, saya masih individu sama sebagaimana sebelum ini. Tugas saya masih di sini untuk menghiburkan orang ramai,” luah Vicha.
Ibu kepada tiga anak itu juga menegaskan walaupun tampil berhijab namun dia tidak meletakkan syarat di pentas. Kini tampil bergabung menerusi kumpulan Puteh dalam Musim Baru Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) Vicha akan berikan yang terbaik dalam setiap watak yang dipertanggungjawabkan.
“Walaupun sudah berhijab, saya tidak meletakkan sebarang syarat atau halangan dalam aksi di pentas. Apa sahaja watak diberikan, saya akan cuba yang terbaik,” luahnya.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.