Ajal, maut di tangan Tuhan. Bukan sesuatu yang mudah untuk menghadapi sebuah perpisahan. Apatah lagi anak yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa.
Kehilangan seorang ayah sudah tentu amat besar kesannya. Dahulunya disayangi sepenuhnya oleh sang ayah, tiba-tiba ayah hilang daripada pandangan mata. Tentu sakit sekali.
Video yang dikongsikan ibunya mendapat tontotan ramai dan mengundang dari sedih di kalangan netizen. Akibat terlalu rindu, kanak-kanak cium gambar berkali-kali, hulur tangan ingin peluk arwah ayahnya.
Terlalu Rindu, Kanak-Kanak Cium Gambar Berkali-Kali
Gelagat seorang kanak-kanak meluahkan rasa rindu dengan mencium gambar bapanya di buku surah Yasin berkali-kali mengundang hiba warganet di aplikasi TikTok.
Menerusi laporan Liputan6, video rakaman 36 saat dimuat naik oleh @dhirabesti4 itu meraih lebih 1.9 juta tontonan.
Ads
Dalam video ringkas itu, memaparkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun begitu teruja melihat gambar bapanya sambil memanggil ‘ayah’ beberapa kali.
Kanak-kanak itu dilihat turut menghulurkan kedua tangannya seolah-olah mahu memeluk bapanya yang sudah meninggal dunia kerana sakit.
Hulur Tangan Ingin Peluk Ayah
Perkongsian video tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi dari warganet yang rata-ratanya sebak melihat gelagat anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa dan hanya mampu melepaskan kerinduan melalui ciuman pada gambar sahaja.
Ayah Meninggal Tahun Lalu
Dalam akaun @dhirabesti4 dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu turut memuat naik video dan berkongsi tarikh pemergian suaminya adalah tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 2017.
Setahun kemudian, wanita berusia 28 tahun itu melahirkan anaknya iaitu pada 2018. “Apa pun yang sudah ditakdirkan Allah, itulah jalan yang terbaik. Insyallah akan ada kebahagiaan menanti kita nak (anak),” tulisnya.
MW: Semoga adik terus kuat menghadapi kehidupan mendatang. Biarpun tak mudah, diharap ujian ini menjadikan adik lebih kuat dan matang. Insyallah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Ads
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Penyanyi, pelakon dan pengacara Adibah Noor meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur kira-kira jam 6.30 petang Sabtu ini. Artis kesayangan ramai ini menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 51 tahun.
Menurut sumber arwah dipercayai menghidap kanser ovari dan kini sudah pun berada di tahap empat. Bagaimanapun merahsiakan penyakitnya itu daripada pengetahuan umum.
Adibah Noor Menghembuskan Nafas Terakhir Di Hospital
Berita duka pemergian arwah ini dimaklumkan rakan artisnya, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri pengacara terkenal, Datuk AC Mizal.
“Ya, betul arwah sudah meninggal dunia di hospital.”
Datin Emylia yang juga rakan rakan artis yang rapat dengan arwah ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke hospital bersama suaminya.
Dan perkhabaran ini turut dikongsikan Datuk AC Mizal sendiri.
“Allahuakhbar sedihnya. Terkejut dapat berita ini. Sahabat kita yang versatil, Adibah Noor baru sahaja meninggal dunia. Salam takziah dari kami sekeluarga.”
Awal Jun lalu, arwah ada berkongsi sekeping gambarnya yang kelihatan semakin kurus. Dalam perkongsiannya itu juga penyanyi Terlalu Istimewa ini memohon agar warganet mendoakan yang baik-baik untuknya.
Arwah dilahirkan pada 3 September 1970 di Kuala Lumpur. Ketika hayatnya arwah merupakan pelakon, penyanyi, pelawak dan pernah menjadi soerang guru bahasa Inggeris di Petaling Jaya selama dua tahun.
Pernah juga adalah merupakan duta kepada pasaraya The Store.
Antara filem lakonannya adalah Sepet, Buli Balik, Gubra, Mukhsin, Talentime, Jin Noti, Magika, Hooperz, Crayon, Aku Tak Bodoh dan banyak lagi.
Baru-baru ini Arwah juga akui yang sudah tiba masa untuknya menjaga kesihatan. Ternyata, tuhan lebih menyayangi Adibah Noor yang disayangi ramai ini.
Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian hebat kehilangan insan tersayang.
Berita penting buat bakal-bakal jemaah haji dan ahli keluarga yang akan menghantar para jemaah ke tanah suci, penerbangan pertama jemaah haji 1439H/2018 dijadual berlepas dari tanah air ke tanah suci pada 14 Julai ini, manakala penerbangan terakhir pada 14 Ogos.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Johan Abdullah berkata ia membabitkan lapan lapangan terbang utama iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang; Alor Star, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Senai, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.
Katanya, kuota haji bagi tahun ini masih kekal seperti tahun lalu iaitu 30,200 jemaah.
Beliau menjelaskan bagi operasi haji tahun ini sebanyak 81 penerbangan sewa khas digunakan membabitkan 40 pesawat Malaysia Airlines Berhad dan 41 pesawat Flynas.
“Penerbangan balik bermula 29 Ogos sehingga 25 September ini,” katanya pada Sesi Taklimat Operasi Haji 1439H/2018 di Movenpick Hotel and Convention Center, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji TH merangkap Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Selain itu, katanya buat pertama kalinya bagi tahun ini, jemaah haji dari Lembah Klang dan kawasan sekitarnya akan berlepas dari Kompleks TH Sepang yang sebelum ini dilakukan dari Kompleks TH Kelana Jaya.
Semoga para bakal jemaah haji, mengambil tahu setiap perkembangan yang dilaporkan, bagi memudahkan segala urusan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sampainya hati seorang ibu apabila tergamak melacurkan dua orang anak kandungnya sendiri yang masih bawah umur pada warga asing dengan nilai serendah RM50!
Memetik laporan akhbar Sinar Harian, kejadian yang dilaporkan berlaku di Johor Bahru ini,seorang ibu tunggal dijatuhkan hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, sebentar tadi selepas mengaku bersalah melacurkan dua anak kandungnya kepada warga asing, Oktober lalu.
Hakim Kamarudin Kamsun mengarahkan tertuduh yang berusia 39 tahun itu menjalani hukuman penjara 15 tahun untuk 10 pertuduhan yang mana setiap dua daripadanya berjalan serentak.
Lacur Anak Umur 13 & 10 Tahun
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan menganiaya dari segi seks dengan melacurkan dua anak kandungnya yang masing-masing berusia 13 dan 10 tahun di sebuah hotel bajet di Larkin di antara 1 hingga 7 Oktober lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000; penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, sebagai tambahan kepada hukuman boleh dihuk penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah dihukum dengan sebat.
Saksi Perbuatan Keji
Untuk rekod, tertuduh difahamkan tergamak melacurkan dua anaknya itu hanya dengan kadar bayaran serendah RM50 kepada warga asing malah sanggup menyaksikan perbuatan keji itu dibuat.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh tidak diwakili sebarang peguam.
Sungguh masyarakat kita semakin tenat, dimana hilangnya perasaan kasih sayang dan fitrah sifat keibuan melindungi anak-anak yang sepatutnya ada dalam diri?
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...