Pihak polis terima aduan daripada penduduk bahawa ada bau kurang menyenangkan, wanita oku ditemui sebelah mayat ibu.
Sebelum menemui mayat warga emas ini, pihak berkuasa telah menerima aduan daripada penduduk setempat.
Terima Aduan Bau Kurang Menyenangkan
Polis menemui mayat seorang warga emas di sebuah rumah di Kampung Berjaya Kuala Pegang, Baling, kedah, semalam manakala seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dipercayai anaknya pula didapati lemah di sebelah jenazah itu.
Polis menerima aduan penduduk berhubung bau tidak menyenangkan pada jam 12.40 tengah hari dan menghantar anggota membuat pemeriksaan.
Wanita OKU Ditemui Sebelah Mayat Ibu
Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, pihak polis menemui mayat warga emas itu yang dikenali sebagai Rusnah Abu Hadan, 61 manakala wanita OKU berusia 21 tahun itu didapati dalam keadaan lemah di sebelah jenazah.
Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita terbabit dipercayai meninggal dunia lima hari lalu.
Polis juga menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Baling untuk tindakan lanjut berkaitan COVID-19.
Ads
Dihantar Ke Hospital
Shamsudin berkata, punca kematian belum diketahui dan remaja OKU itu juga dibawa ke Hospital Baling (HB) untuk rawatan lanjut.
“Jenazah telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk ujian COVID-19 dan mendapatkan punca kematian,” katanya dalam kenyataan.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang disebabkan terdapat sekatan merentas negeri, ramai anak-anak yang tidak dapat berjumpa mak ayah mereka di kampung. Sebenarnya bimbang berlaku di luar dugaan terutamanya mak ayah yang sudah uzur.
Duka kehilangan cahaya mata, mohon doakan isteri, “Setiap Hari Ada Masa Dia Menangis, Rindukan Afnan” begitulah luahan hati vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat berkongsi rasa tentang kehidupannya dan isteri terkini selepas anak sulungnya, Khairul Afnan disahkan meninggal dunia 30 September lalu.
Sememangnya kehilangan orang yang tersayang sangatlah menyedihkan apatah lagi penantian untuk menimang cahaya mata selama 10 tahun berakhir dengan linangan air mata, selepas beberapa hari dilahirkan anak mereka Khairul Afnan telah meninggal dunia.
Difahamkan, arwah Afnan berdepan dengan masalah fungsi otak selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak. Sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu, Afnan dipakaikan alat bantuan pernafasan dan sepatutnya menjalani ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), namun doktor tidak sempat berbuat demikian.
Kini sudah sebulan berlalu dan pemergian Arwah Afnan sentiasa dikenang, apatah lagi perasaan seorang wanita dan isteri. Menurut Azmi isterinya ada kalanya menangis rindukan anak mereka.
Sempena sambutan hari kelahiran Nazira, Azmi memohon orang ramai mendoakan buat isterinya.
“Ternyata, dia masih belum betul-betul boleh melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata kami.
“Walaupun keadaannya semakin baik, tapi setiap hari akan ada masa dia menangis kerana rindukan Afnan dan detik-detik indah itu.
“Mudah-mudahan kata-kata positif kalian dapat memberi seribu kekuatan buat dia. Insya-Allah,” ungkapnya.
Azmi menerusi perkongsian di akaun Instagramnya juga meluahkan agar orang ramai menghadiahkan kata-kata positif buat isterinya.
“Hari ni hari ulang tahun kelahiran orang yang sangat bermakna dalam hidup saya. Dialah isteri, sahabat, kawan dan nyawa saya.
“Mohon kawan-kawan doakan dia agar sentiasa dirahmati, diberkati, dilimpahkan rezeki yang berkat, sentiasa dalam kebaikan di dunia dan akhirat.
“Kalau sudi, tolonglah hadiahkan kata-kata positif untuknya. Hari ini genap sebulan Aruah Afnan lahir. Ternyata, dia masih belum betul-betul boleh melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata kami.
“Walaupun keadaannya semakin baik, tapi setiap hari akan ada masa dia menangis kerana rindukan Afnan dan detik-detik indah itu.
“Mudah-mudahan kata-kata positif kalian dapat memberi seribu kekuatan buat dia. Insya Allah.
“Selamat ulang tahun kelahiran Nazira Muhammad,” pinta Azmi.
Kimikhaiessa – Apa yg lebih sempurna & indah adalah Afnan kini menanti ibubapanya di syurga… sabar ye Nazira & Azmi.
Norzilasarman – Syukuralhamdullilah Selamat hari ulangtahun untuk Nazira Muhammad, dilimpahi rezekinya, dikurniai kesihatan yang baik, sejahtera dunia akhirat Aamiin
delz_deqayla – Selamat hari lahir Nazira.. semoga terus kuat dan sentiasa dibawah rahmat & lindungan Allah..
ummiasmohd – Aamiin2..Happy birthday..
puan.miyo -Selamt ulng tahun ….moga di beri limpah rahmat bt kalian….
khairulhakiminmuhammad – Selamat hari lahir Puan Nazira! Semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan kasih sayang selamanyaaa
rohayatimeorali72 – Happy birthday nazira..moga ada hikmah dng apa yg terjadi..diberi rezeki yg lbh nnt insyaallah..aamiin
Sumber / Sumber Foto : Instagram Azmi Saat
Mingguan Wanita : Semoga Azmi dan isteri tabah mengharungi dugaan ini.
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
“Tiada kesan pecah rumah, duit masih hilang walaupun disorok! Sudah setahun, empat kampung di Kelantan dibelenggu misteri duit hilang.
Bayangkan kejadian ini bukan pertama kali berlaku sebaliknya telah bertahun-tahun lamanya dan dalam masa setahun kebelakangan ini kejadian ini makin kerap berlaku dan merisaukan penduduk kampung.
Penduduk di empat kampung dalam mukim Kubang Kerian, Kelantan, bingung dengan kehilangan wang yang kerap berlaku sejak setahun lalu.
Kejadian difahamkan sudah berlaku lebih 10 tahun lalu tapi tidak secara berterusan.
Penduduk Kampung Parit Raja, Pulong, Chicha dan Kenali kerap kehilangan wang malah ada berjumlah ribuan ringgit lesap secara misteri.
Ada penduduk yang mengaitkan misteri itu dengan toyol berikutan tiada kesan pecah rumah dan wang boleh hilang walaupun disimpan di tempat tersembunyi.
Kejadian terbaru dialami kakitangan kerajaan, Sudarwaty Abdul Rajab, 42, pada petang Jumaat lalu apabila kehilangan RM500 yang disimpan di dalam beg tangannya.
“Petang Khamis lalu saya mengambil wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebanyak RM1,000 sebelum pulang ke kampung di Terengganu untuk berjumpa ibu bapa.
“Keesokan harinya apabila ingin menghulurkan wang kepada ibu bapa, saya terkejut kerana mendapati RM500 yang ingin diberikan itu hilang namun enggan bising kerana ini bukan kali pertama berlaku,” katanya.
Menurut Sudarwaty yang menetap di Kampung Pulong, kejadian seumpama itu sudah setahun dialami namun tidak diceritakan kepada sesiapa selain sanak saudara.
Namun beberapa hari lalu apabila mengetahui kejadian sama menimpa ramai individu lain menerusi satu kumpulan Whatsapp, dia agak terkejut.
Katanya, pelbagai ikhtiar sudah dibuat selain solat hajat termasuk melakukan beberapa tips yang diketahui iaitu jangan membiarkan wang kertas berkeadaan elok sebaliknya lipat atau biarkan ronyok dan apabila dipraktikkan, langkah itu dilihat menjadi.
“Bagaimanapun apabila terlupa membuat tips itu, memang duit akan hilang termasuk wang tabung anak dan walaupun ‘benda itu’ tidak mengambil semua wang tapi apa yang kami perhatikan, dia hanya ambil not RM20 ke atas,” katanya.
Di saat penduduk daripada tiga kampung lain itu masih bingung memikirkan misteri itu, komuniti Kampung Pulau Raja pula sudah lega apabila sudah tiada lagi kejadian seumpama itu sejak awal tahun lalu berikutan kawasan itu sudah ‘dipagar’.
Seorang penduduk kampung yang ingin dikenali sebagai Siti, 41, kejadian duit hilang sudah dialami mereka sejak lebih 10 tahun lalu dan pelbagai ikhtiar sudah dibuat sebelum seorang ustaz dirujuk dan memagari kawasan rumah kira-kira 20 penduduk yang kerap diganggu.
“Sebelum ini memang kami tidak senang duduk kerana kerap sangat hilang wang namun untuk mengaitkannya dengan perlakuan manusia tidak logik kerana tiada kesan, lebih-lebih lagi wang yang di dalam genggaman pun boleh ghaib tiba-tiba.
“Habis ikhtiar kami lakukan termasuk menyorokkan wang dalam peti ais dan menyelit dalam kitab al-Quran tapi ia tetap hilang dan salah satu tips yang dilihat agak menjadi ialah dengan mengepil dawai kokot di hujung helaian wang dengan alat pengokot (stapler).
“Kami juga banyak membuat ikhtiar lain iaitu solat hajat serta merujuk golongan agamawan dan Alhamdulillah selepas ‘dipagar kawasan’ oleh seorang ustaz awal tahun ini, kejadian itu sudah tiada,” katanya.
Mingguan Wanita : Jika manusia yang melakukan perkara ini mungkin lebih mudah, laporkan kepada polis dan pesalah ditangkap. Namun pabila pesalahnya tidak dapat dilihat dengan mata kasar ianya menjadi sukar. Semoga misteri yang membelenggu penduduk di empat kampung ini dapat dirungkai secepat mungkin.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Perjalanan yang sungguh mencabar. Sanggup menempuh perjalanan jauh dengan berbasikal, dua lelaki ini nekad teruskan hasrat ke kota suci Mekah.
Biarpun bakal berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah dari segi mental dan emosi, lelaki ini tetap teruskan niat dalam misi mereka untuk ke Mekah.
Dua orang lelaki yang berhasrat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah sanggup menempuh perjalanan yang jauh dan mencabar dengan berbasikal dari Indonesia ke kota suci Mekah, lapor laman berita Suara.com.
Andi Harvin Dg Thalib, 26, dan Chairul Ma’atini, 27, yang berasal dari Gorontalo, Sulawesi mula berbasikal sejak Jun lalu.
“Ya, kami dari Gorontalo dan mahu menuju ke Arab Saudi, insyallah untuk melakukan ibadah haji dan umrah,” kata Andi ketika ditemui di Kota Solo semalam.
Chairul menambah, sekiranya tidak berkesempatan untuk menunaikan haji, mereka akan melakukan ibadah umrah sahaja.
Ujarnya, idea untuk mula berbasikal ke Mekah itu datang secara tiba-tiba dan tanpa persiapan khusus.
Kedua-dua mereka akan meneruskan perjalanan ke Sumatera sebelum tiba di pelabuhan dan berangkat ke luar negara.
“Kami merancang untuk ke luar negara menaiki kapal laut dari Sumatera,” kata Andi. – AGENSI
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Penemuan mayat wanita dalam beg di sebuah rumah kosong di Pedas dipercayai berkaitan kehilangan Suri sejak 15 Disember. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan suspek terlibat.