Definisi cantik itu berbeza mengikut sudut pandangan individu. Masyarakat Asia termasuk kita di Malaysia, sering dimomokkan dengan ideologi berkulit putih itu erti kecantikan sebenar. Maka berlumba-lumbalah mereka yang tidak dilahirkan dengan kulit putih semulajadi, mencari alternative lain untuk tampil putih sehinggakan warna putih kulit mereka dilihat tidak natural, kesan dari pengambilan produk yang tidak diketahui sejauh mana kesannya pada kesihatan dalaman.

Memburukkan lagi keadaan apabila wujud kelompok manusia ‘instafamous’ dan juga penglibatan selebriti dalam mempromosikan produk yang menjanjikan skala warna kulit putih seperti yang diidam-idamkan menjadi idola pengikut tegar. Sejauh mana benar atau palsu terstimoni yang digembar-gemburkan ditolak tepi, asalkan cantik.

Ads

Obses yang melampau sehingga memudaratkan diri bukan isu baru yang berlaku dalam masyarakat. Kurangnya kesedaran serta ilmu menjadikan kesihatan diri sendiri jadi taruhan. Ikuti kupasan Mingguan Wanita Talk Show jam 11 pagi, Isnin pada 13 Ogos ini mengupas isu Obses dengan kecantikan tanpa mengambil kira kesan sampingan dan  adakah suplemen tambahan diperlukan dalam kehidupan seharian?. Bersama Sherry Alhadad dan Siti Elizad serta berberapa tetamu undangan lain menghuraikan isu menarik ini.

Ads
Ads

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI