Menarik betul perkongsian Akhtar Syamir yang tak pernah lokek nak kongsi Me Time dengan isteri, apatah lagi nak manja-manjakan isteri.
10 Benda Mudah Ini Boleh Gembirakan, Manjakan Isteri
1. Layan Cerita Yang Dia Nak Layan
Kalau dia minat Hindustan, pilih satu masa yang korang boleh teman dia tengok movie yang dia suka. Jangan tidur, tengok dengan bersungguh-sungguh walaupun korang memang tak berapa minat cerita tu.
2. Belikan Makanan Kegemaran Dia
Terdengar dia teringin nak makan nasi kerabu atau mee bandung? Usahakan. Set dalam minda, bila ada kesempatan, nak cari makanan tu. Bungkus bawa balik je. Dapat dia senyum sikit pun dah cukup.
3. Sediakan Tempat Tidur Selesa Untuk Isteri
Pilih satu hari. Lepas makan kenyang, biar pasangan dalam bilik. Pasangkan kipas, kalau ada aircond, onkan. Sediakan tempat tidur yang selesa. Bawa anak-anak keluar dari bilik dan suruh dia kunci pintu.
Lagi best kalau dapat sediakan air panas untuk dia mandi dengan sabun yang wangi. Bagi beberapa jam dia nikmati ketenangan masa bersendirian. Biar dia nak buat apa pun. Fokusnya ialah untuk dia rehat, beri ruang dan kebebasan untuk dia buat apa dia nak.
4. Raikan Orang Yang Terdekat Dengan Dia
Jika mak dan ayah dia ada, ajak keluar, belanja makan atau jalan-jalan. Tak mampu pergi jauh dan lama, pergilah yang dekat dan sekejap. Asalkan korang habiskan masa meraikan orang yang pasangan korang sayang.
Ads
5. Gosokkan Tudung Isteri
Ambil 5 helai tudung pilihan dia, dan 5 pasang baju dia. Lepas tu gosokkan. Lepas gosok, letak elok-elok supaya dia boleh pakai bila-bila pun. Biar dia pilih sendiri. Kita gosokkan je. Mesti senyum meleret punya.
6. Manjakan Dia
Mulakan dengan mandikan dia. Syampukan rambut dan sabunkan satu badan. Lepas mandi, lapkan rambut untuk dikeringkan. Pakaikan baju dan sikatkan rambut dia. Nak lagi bagus, urutkan badan, bahu, tangan dan kaki. Layan dia macam dia dapat layanan di SPA. Bezanya, anda yang buat dan kemungkinan dapat sesuatu yang menguntungkan kedua-dua orang.
7. Masak Untuk Dia Dan Buatkan Air Untuk Dia
Air panas ke, air sejuk ke, yang mana dia suka. Masak je apa-apa. Kalau ada usaha lebih, boleh cuba masak apa yang dia suka. Belajar dan buat. Mesti dia suka. Sedap tak sedap tu belakang kira.
Ads
8. Bawa Dia Pergi Watson Atau Guardian
Kalau banyak duit, bawa pergi Sephora. Bagi seberapa banyak yang mampu dan biarkan dia melayan diri kat dalam tu. Jagakan anak, jangan ganggu dia. Kadang-kadang diorang ni nak tengok-tengok je. Kalau beli pun ikut kemampuan.
9. Ambil Tahu Tentang Rambut Dia
Rambut perempuan ni perlukan penjagaan. Belanja la pergi Salon sekali dalam 6 bulan atau setahun. Rasanya kos dia dalam RM100. Jaga anak-anak, biar dia borak dengan tukang gunting wanita. Jangan pilih Salon yang ada lelaki. Nanti benda yang baik jadi dosa pulak.
10. Bila Ada Duit Lebih, Bagi Kat Isteri
Contohnya beli barang kat pasar, ada baki. Kalau mampu, biar je dia simpan. Tak perlu ambil tahu berapa bakinya. Benda ni nampak mudah, tapi untuk suri rumah yang tiada pendapatan, ini sangat menyeronokkan. Kalau ada rezeki lebih, bagi je lagi banyak. Semuanya ikut kemampuan masing-masing.
Ads
Isteri Yang Gembira, Akan Menggembirakan Suami & Keluarganya
Tak susah mana pun nak gembirakan hati isteri. Jangan jadikan ianya masalah. Ada 10 cara kat sini, bukan suruh buat semua terus. Cubalah satu-satu yang mana paling senang.
Apa gunanya gembirakan hati isteri? Mudah je, kena percaya, isteri yang gembira bakal menggembirakan korang sekeluarga.
Nanti saya tulis apa yang isteri boleh buat untuk suami pula. In Shaa Allah. Korang cuba la ye, kalau dah pernah buat, baguslah. Kalau belum, cubalah dulu.
Kepada para isteri, yang nombor mana korang paling suka? Ada tak benda lain yang boleh saya tambah dalam list tu?
SHARE penulisan ini ye. Semoga makin ramai isteri yang gembira di dalam dunia ni.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir yang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa. Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada macam-macam jenis ubat perancang keluarga yang berada dipasaran dan boleh digunakan mengikut kesesuaian diri.Antaranya seperti melalui pengambilan pil, suntikan, penggunaan kondom dan mungkin ramai yang masih tak tahu perancang keluarga jenis patch atau pelekat.
Menurut pengguna setia Evra Patch, Puan Maelissa Andrew, dia telah menggunakan patch ini selama dua tahun.Namun beliau menambah, ia tidak sesuai untuk kegunaan buat wanita muslim.Ini kerana ia perlu dilekatkan dibahagian tertentu sentiasa dan pelekat ini bukan jenis serap air.Sedangkan syarat sah untuk mandi wajib adalah meratakan air ke seluruh tubuh.
Berikut merupakan perkongsian oleh beliau sebagai panduan.
Ubat Perancang Keluarga jenis Patch (melekat mcm koyok/plaster) NOT RECOMMEND FOR MUSLIM
Buat ibu-ibu yang tengah merancang keluarga tak kisah la yang guna pil or suntikan,boleh la tukar guna evra transdermal patch ni..evra ni sesuai untuk orang yang asyik terlupa nak ambi ubat on time macam saya ni.Evra nie boleh didapatkan kat mana-mana farmasi berdekatan kawasan.Harganya RM 70 sekotak.(ni saya beli kat farmasi emart tudan).NOT RECOMMEND FOR MUSLIM.
Sekotak ada 3 keping patch maksudnya cukup untuk kegunaan sebulan.(Seminggu guna sekeping je).
Dalam kotak Evra tu, ada disertakan sekali sticker untuk dilekatkan dekat calender supaya ingat bila nak tampal/ganti patch tu setiap minggu.
Okay..so ni la rupa Patch ni..hensem kan.
Kecik jer…size dalam 4.5cm x 4.5 cm…seminggu guna sekeping ja.
Pastikan bersihkan dulu kawasan kulit tempat nak lekatkan patch tu.Lap sampai kering baru la lekatkan patch ni okay….Make sure tampal patch ni kat SALAH SATU BAHAGIAN badan macam gambar kat bawah ni.
Sekeping Untuk 7 Hari
Guna SEKEPING PATCH saja ya puan-puan.Sekeping patch untuk 7 hari penggunaan..Terpulanglah nak pilih lekat kat buttock,abdomen,upper outer arm atau upper torso..Boleh refer cara pengunaan kat kertas yang dalam kotak tu. JANGAN memandai-mandai nak lekat kat ‘gunung kinabalu’ plak,kat kepala lutut ke tapak kaki ke..sebab effectnya nanti akan muncul 9 bulan kemudian…haha
Okay..lepas lekatkan patch tadi, sekarang ni pulak lekatkan sticker yang telah disedikan tu kat calenderye…Lupa nak bagitau,bagi yang first time guna patch ni,boleh mula guna patch yang pertama ni within 24hrs, 1st day period.
Pendek kata, period je hari tu,lekat je terus patch tu kat tempat yang saya dah terangkan tadi. Contohnya kalau 1st day period 5.09.2018, start la guna patch tu..then tampal la sticker “FIRST PATCH” kat 5.09.2018…paham? krik..krik..krik.
Lepas tu hitung la seminggu kemudian (7 hari) (termasuk 5.09.2018),hari ke 8 tu (12.09.2018). Wajib tanggalkan patch yang tengah pakai tu dan gantikan dengan sekeping patch yang baru.Then lekatkan sticker “Second Patch” kat 12.09.2018.
Seminggu lepas tu iaitu pd 19.09.2018 ,tukar lagi dengan “THIRD PATCH” sekeping patch baru.tandakan dengan sticker tarikh “THIRD PATCH” kat kalender ye.
Patch Free
Kemudian, seminggu lepas tu iaitu pada 26.09.2018 ialah PATCH FREE week ..maksudnya boleh tanggalkan third patch yang tengah pakai tu.. lepas tu,tak payah pakai patch lagi selama seminggu tu.Sebab dalam seminggu tu akan start period bila-bila masa.Boleh la start beli sekotak patch yang baru untuk kegunaan minggu depan iaitu 03.10.2018.
Seminggu lepas Patch Free Week tu iaitu 3.10.2018 start balik tampal patch yang baru ye.. Tak kisah lah hari ke berapaperiod. Asalkan pasang balik “First Patch” tu seminggu (7 hari) lepas Patch Free Week.
Paham ke apa yang saya cuba smpaikan nie? haha…mungkin ini lah padahnya kalau suka sangat bercakap dalam kelas masa cikgu mengajar kelas BM dulu.Kalau tak paham,boleh refer kertas cara penggunaan kat dalam kotak tu nanti.
Di ingatkan setiap orang,lain-lain kesannya ok..ada yang ngam..ada yang tak ngam tu,boleh stop kan penggunaan..ok tu je..hati-hati semasa “memandu” ye..bye
-Maelissa Andrew,bukan founder,bukan doktor,cuma pengguna setia Evra Patch.
Bukannya mudah untuk bertemu dengan seorang wanita yang penuh dengan idea karya seni. Ketika bersua wajah dengan pelukis hebat, Fauziah Haji Yahaya, 53 baru-baru ini penulis melihat kesungguhannya membawa hasil lukisannya ke studio kami. Sudah biasa bersendirian tatkala menjayakan pameran lukisan, Fauziah nampak tidak kekok tatkala membawa hampir 20 buah lukisan pelbagai saiz. Mendapat didikan dalam bidang seramik di Duncan Educational Service dan kemudiannya mendapat pengiktirafan sebagai Certified Duncan Teacher pada 1999, kemudian menjalankan perniagaan sendiri yang bermula pada tahun 1999 Di Kompleks Kraf Kuala Lumpur sehingga tahun 2016. Kini ibu tunggal ini hanya melukis di rumah dan kadangkala akan mengadakan pameran di beberapa lokasi di ibu kota.
“Saya bersyukur sudah hampir 20 tahun saya terlibat dalam dunia seni. Setelah mencecah 10 tahun penglibatan dalam bidang seni, saya telah memperkenalkan teknik lukisan yang tersendiri iaitu melukis di atas kertas warna air tanpa menggunakan lilin. Malah saya telah memilih batik sebagai konsep lukisan yang dinamakan sebagai Hiasan Permukaan.
“Idea dari permukaan seramik yang kemudiannya telah memberi ilham kepada sya untuk melukis di atas permukaan lain seperti seperti bingkai gambar, gelas, botol, kaca, tempurung, kelapa, T-shirt, batik, pemberat kertas dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, saya turut mereka dan melukis penanda buku serta pelbagai ucapan dengan menggunakan daun getah, kain sutera dan rayon. Apa yang menarik mengenai lukisan saya menitikberatkan keindahan dan keunikan asli haiwan-haiwan seperti kucing, gajah, penyu, cicak, rama-rama, katak dan lain-lain lagi. Selain daripada batik di atas kertas, saya juga gunakan akrilik atas kanvas yang masih lagi menggunakan ciri-ciri bermotifkan batik pada binatang. Saya juga gunakan konspe batik di atas kanvasw seperti motif-motif pucuk rebung, pua Sarawak, etnik songkek dan lain-lain dengan cara yang tersendiri,” jelas Fauziah yang terkenal dengan pameran solo yang diberi nama ‘Koleksi G’.
Fauziah juga menjelaskan ramai yang bertanya mengapa dia menggabungkan binatang dan motif batik dalam karyanya.
Antara hasil karya Fauziah.
“Saya meluahkan keindahan semulajadi dan haiwan menerusi lukisan gabungan motif tradisional dan figura haiwan seperti cicak, kucing, gajah dan penyu. Ramai yang bertanya mengapa saya memilih binatang untuk digabungkan dengan motif batik, tapi inilah kelainan yang sya mahu tunjukkan pada masyarakat. Pelancong luar negaara amat menyukai motif haiwan pada lukisan saya dan mereka amat menghargai serta sanggup mengeluarkan sejumlah wang bagi membeli lukisan walaupun dijual dengan harga yang mahal. Secara tidak langsung dapat mempromosikan batik Malaysia ke luar negara,” terang Fauziah yang cukup ramah.
15 Tahun Bergelar Ibu Tunggal
Seorang yang cukup senang didekati ibu kepada seorang anak ini akui cukup selesa dengan kehidupannya sekarang.
“Syukur alhamdulillah, anak saya cuma seorang dan sudah berusia 28 tahun sudah berkahwin. Selepas bercerai saya tidak ada masalah dengan bekas suami kerana kami masih berkawan baik walaupun tidak hidup bersama lagi. 15 tahun saya bergelar ibu tunggal dan saya tidak pernah mengajar anak membenci ayahnya. Semasa kami berpisah usia anak 13 tahun pada tahun 2003.
“Sehingga kini saya dan bekas suami berkawan dan jika hari raya kami boleh beli belah baju raya bersama-sama malah sambut raya bersama. Malah dia tidak pernah abaikan tanggungjawabnya terhadap anak kami. Pada saya jika ditakdirkan seorang wanita itu bercerai ambillah kebaikan dan jangan fikir negatif. Apa yang Allah tentukan ada hikmah di sebaliknya. Bukan minda dengan positif dan terima dengan reda dengan apa yang telah ditentukan Ilahi,” ungkap Fauziah yang turut memberi nasihat kepada ibu tunggal yang masih muda agar berfikiran maju ke depan.
Mahu Sumbangkan Jualan Lukisan Kepada Anak-Anak Yatim
Sudah lama bergelumang dalam bidang seni, Fauziah kini mahu memberi tumpuan dalam kerja-kerja amal. Menurutnya, dia mahu menyumbang 40 peratus hasil dari lukisannya kepada anak-anak yatim.
“Sebelum ini saya sering ke rumah anak-anak yatim untuk mengajar mereka cara melukis. Namun selepas tiada penaja saya terpaksa menghentikan aktiviti tersebut dan kini saya bertekad untuk kembali membantu anak-anak yatim dengan menyumbang 40 peratus hasil jualan lukisan saya kepada anak-anak malang ini. Memandangkan umur saya pun dah mencecah 53 tahun ini merupakan saham akhirat yang saya nak bawa ke sana. Saya berasa cukup bahagia bila dapat mendampingi anak-anak yatim,” ujar Fauziah yang mengakui ibu dan ayahnya merupakan pendorong utama dalam kejayaannya pada hari ini.
Fauziah juga menambah pada bulan Oktober akan datang dia akan mengadakan Pameran Solo di Hotel Premiera selama sebulan. Dan 10 peratus dari setiap hasil jualan akan disalurkan pada rumah anak-anak yatim. Konsep pameran itu kelakmasih mengekalkan konsep naive dan batik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rutin sebegini lah yang dilakukan oleh pasangan suami isteri contoh Ustaz Ebit Lew. Sejak umur 12 tahun, ustaz dah diajar makan bersama dalam talam. Inilah yang diterapkan dengan anak isteri.
Baca perkongsian ustaz, betapa indahnya bila ahli keluarga dapat makan bersama dalam satu talam.
Indahnya Makan Setalam Berjemaah
Meh bidadari dan anak tercinta makan cepat. Ayah dah lapar makan nasi arab. Bestnya rasa. Terutama bila bidadari masak. Dapat suap bidadari best rasa. Kena gigit jari lak. Rindu agaknya.
Meh! anak ayah. Ayah suap semua sekali. Berenam kami makan. Semua dah makan makanan sama. Bestnya ya Allah. Terasa semuanya dekat dan rapat
Best makan dalam bekas yang sama. Makan dalam dulang. Sunnah berjemaah. Malah, sunnah juga makan satu bekas yang sama. Sunnah juga menyuapkan makanan pada bidadari tercinta.
Bila makan terasa tangan dekat. Peha dekat. Hati dekat. Handphone jadi jauh. Bila dekat meja mula jauh. Sibuk nak tengok handphone. Sedihkan sesekali berjumpa makan sekeluarga sibuk tengok handphone. Cinta makin dekat.
Rahmat Allah terasa dekat pada semuanya. Jadi rasa sehati sejiwa. Satu keluarga, satu hati. Satu tujuan redha Allah. Bila makan begini terasa nikmat dunia ini. Rupanya syukur dan saling menghargai dan cinta boleh hadir bila makan berjemaah.
Pasangan Dah Tak Bergaduh Bila Makan Berjemaah
Untung belajar makan begini semenjak umur 12 tahun dulu. Best bila bidadari suap saya semula. Hari-hari dapat rasa anak suapkan saya. Rasa kekeluargaan.
Banyak pasangan dah tak bergaduh bila makan berjemaah. Duit boleh beli meja makan cantik dan beli makanan mahal sedap tapi tak boleh beli kasih sayang. Hanya Allah beri kasih sayang.
Berkat sunnah Nabi saw cinta dan kasih sayang kerana Allah. Syukur dah 2 masuk Islam bila saya ajak dia makan begini dan suapkan mereka. Allahuakbar
Pohon doakan keluargasunnah 9 Feb 2020. Di Maeps Serdang. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah.
MW : Cuba suburkan kembali amalan makan satu talam dengan keluarga. Moga jadi asbab saling berkasih sayang. dan tahan ujian rumah tangga.
Isteri mengandung rentung bersama empat anak, terperangkap di pintu berkunci. Tragedi kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai semalam cukup menyedihkan bagi Muhammad Khairudin bin...