Melatih diri untuk bersedekah ternyata mempunyai ujian dan dugaan yang tersendiri. Apatah lagi dalam mengikhlaskan hati memberi sesuatu yang kita sayang.Hakikatnya, milik kita yang sebenar ialah segala yang kita infaqkan ke jalan Allah.
Perkongsian catatan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoiyang merupakan seorang Pendakwah dan Penulis ini ada benarnya. Semoga menjadi peringatan buat kita bersama.
Tiba-tiba sahaja bubur lambuk ini disangkutkan di pintu pagar rumah saya. Pemberi misteri sejak bulan puasa yang lalu telah saya kenali. Pada usia tua begini saya seolah-olah tercari-cari apa yang enak untuk dibuat berbuka.
Dua bungkus bubur lambuk ini rasanya tidak mampu saya habiskan kerana ahli keluarga di rumah sudah semakin mengecil. Anak-anak sudah besar dan ada keluarga masing-masing. Jadi saya ambil sebungkus dan hadiah sebungkus lagi kepada jiran sebelah.
Terasa ‘Sayang’ Sebungkus Bubur
Alhamdulillah semasa berbuka, di luar dugaan saya bubur lambuk itulah yang paling menyelerakan selera tua saya yang semakin hilang. Habis licin…dan macam terasa ‘sayang’ sebungkus yang telah diberikan kepada jiran. (Itulah hati kita yang masih tamak).
Tiba-tiba teringat sebuah cerita yang selalu saya kongsikan dalam tulisan dan tazkirah. Kali ini terasa diri ‘disebat’ oleh kata-kata dan tulisan sendiri.
Inilah kesahnya:
Satu ketika Siri Aisyah RA Ibu orang mukmin, dihadiahkan seekor kambing. Lalu seluruh bahagian kambing itu dihadiahkannya pula kepada orang lain kecuali satu bahagian kaki kambing tersebut. Justeru, Siti Aisyah tahu suaminya Rasulullah SAW sangat suka makan kambing di bahagian kaki.
Setelah suaminya (Rasulullah SAW) pulang dan sedang makan, beliau menceritakan tentang bahagian-bahagian kambing yang diberikan kepada orang lain.
Apa kata Rasulullah SAW? Semua bahagian kambing yang disedekahkan itu menjadi milik kita kecuali bahagian ini, sambil Rasulullah SAW memegang daging kambing yang sedang dimakannya.
Ads
Ya Allah, sedarlah diri ini bahawa milik kita yang sebenar ialah yang kita infaqkan ke jalan Allah. Dan itulah milik kita yang kekal untuk di bawa ke akhirat…. yang lain akan fana’.
Dan sedarlah diri ini, akan ketamakannya.. baru sebungkus bubur, belum lagi harta yang berjuta-juta!
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Hari ini media sosial dipenuhi dengan himpunan cerita dan gambar. Ada berpendapat, ia ruang privasi mereka untuk berkarya, mencurahkan apa yang terlintas di idea serta mahu berkongsi kenangan dengan rakan-rakan.
Tak hairanlah ramai yang mula bangga saat dipuji cantik (tak pasti ucapan itu memang benar ikhlas dari hati atau sekadar membeli jiwa). Ada yang turut berkongsi gambar lama kenangan zaman persekolahan yang pastinya ada di kalangan kawan-kawan yang tidak menutup aurat.
Tidak kurang juga yang follow artis-artis tanahair dan sering memberikan tanda suka pada setiap gambar yang dipostkan oleh selebriti ini.
Di saat kita mengetik like, tahukah kita akan hukumnya memberi tanda suka pada gambar yang tidak menutup aurat.
Menurut perkongsian dari Ustaz Azhar Idrus, hukum memberi tanda suka ini awalnya adalah dosa kecil tapi lama-kelamaan akan jadi dosa yang bertambah-tambah. Ditanya akan hukum like pada gambar tidak menutup aurat, ini jawapannya.
"Ustaz, apa hukum like gambar orang tak tutup aurat?
"Dosa like gambar orang yang tak tutup aurat. Kita dah macam satu tapak ke arah neraka. Di akhirat nanti, orang yang tak tutup aurat tu kata!
"Dia suka gambar saya yang tak tutup aurat. Dia sokong akan gambar tu.. "
Maka ditariklah kita ke neraka. Nauzubillahiminzalik..”
Masa yang sama, katanya setiap yang haram dilihat maka haram pula diperlihatkan kepada orang lain sama ada dimuatkan pada majalah, akhbar, internet dan lain-lain. Maka adalah haram kita memuat naik gambar sendiri jika tidak menutup aurat dengan sempurna ketika itu kerana gambar itu akan dilihat oleh bukan mahram kita.
Pada masa yang sama, Allah SWT juga memerintahkan kita agar sentiasa memelihara dan menjaga pandangan daripada melihat perkara-perkara yang haram. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. (Surah An-Nur: 30-31)
Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w telah bersabda kepada Saidina Ali r.a:
Maksudnya: Wahai Ali! Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tapi tidak yang kedua. (Sunan Abi Dawud: 2149)
Menurut Imam Nawawi pula, hukum melihat aurat ajnabi samada bagi lelaki dan wanita adalah haram dengan ijma’ ulama. (Imam Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/30)
Sabar sangat diperlukan saat ditimpa ujian hidup, nasihat untuk sabar memang mudah diucapkan. Tapi bagaimana pula dengan orang yang menanggung ujian berkenaan. Berapa lama individu harus bersabar atau adakah kesabaran itu akan ada noktahnya?
Ikuti perkongsian daripada Dr. Muhamad bin Jantan, Perunding Motivasi & Psikologi, RMJ HOLISTIC SOLUTION, yang pernah disiarkan di dalam Majalah Mingguan Wanita. https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Sabar Dan Ujian
Ujian hidup yang melanda manusia memang ada had masa. Begitu juga dengan kesabaran yang diperlukan semasa ujian melanda, juga ada had masa. Berapa lama had masa bagi sesuatu ujian dan kesabaran, semua itu ketentuan Ilahi. Segala-galanya berada dalam ilmu serta kehendak Ilahi yang mahu menduga tahap keimanan dan ketakwaan hamba-Nya.
Rahsia Ilahi dalam menentukan tempoh masa ujian dan kesabaran tentu ada hikmahnya. Oleh itu, tempoh masa kesabaran tidak harus dipersiakan. Individu perlu melakukan sesuatu yang bermanfaat agar ganjaran kesabaran yang disediakan untuk orang-orang yang bersabar akan individu peroleh. “Hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas.” (Surah al-Zumar, ayat 10)
Tempoh Masa Sabar
Tempoh masa dalam kesabaran harus dijadikan sebagai proses untuk individu kembali kepada Tuhan. Memang tidak dinafikan, antara punca mengapa manusia diuji adalah dek dosa yang mereka kerjakan. Ujian hadir sebagai kafarah penghapusan dosa.
Memang manusia berhak memberi komen tentang ujian yang mereka hadapi, namun kesedaran bahawa ujian itu merupakan teguran daripada Tuhan bakal menyuburkan kesedaran bahawa manusia wajib kembali kepada Pencipta. Maka jadilah ujian itu sebagai tanda kasih-sayang Tuhan agar insan kembali kepada-Nya.
Bila kesedaran sebegini tertanam dalam lubuk hati maka sudah tentu tempoh masa dalam kesabaran itu dapat diisi dengan taubat dan istighfar, diikuti dengan zikir membesarkan dan memuji Ilahi, disertai dengan doa agar diselamatkan daripada ujian. Individu sedar bahawa bantuan dan pertolongan Tuhan tidak akan datang melainkan setelah individu benar-benar meyakini kekuasaan Tuhan ke atas dirinya.
Sebenarnya bila proses mendekatkan diri Tuhan ini dapat direalisasikan dalam tempoh kesabaran maka itulah rezeki daripada Tuhan. Itu tanda Tuhan mengasihi hamba. Berapa ramai manusia yang masih lalai dan alpa walau saban masa Tuhan ‘menegur’ mereka dengan perbagai ujian hidup.
Proses yang berulang
Memang tabiat manusia mudah lupa. Manusia kembali kepada Tuhan bila mereka diuji. Manusia kembali lupa bila mereka dilimpahi dengan nikmat kesenangan hidup. Lalu Tuhan uji lagi agar mereka kembali bersabar serta kembali kepada Tuhan.
Sesungguhnya itulah keindahan kasih sayang Tuhan kepada manusia. Manusia terus diuji dan diuji selagi mereka masih hidup. Bila manusia diuji, mereka dituntut untuk bersabar. Kesabaran mereka diberikan tempoh masa tertentu supaya mereka dapat melalui proses penyucian diri kembali kepada Ilahi.
Mati penamat segalanya
Jika ditanya sampai bila manusia akan diuji dan berapa lama manusia perlu bersabar maka jelaslah bahawa kematian adalah penamat segalanya (ada orang berdoa minta cepat mati kerana sudah tidak tahan menempuh ujian).
Hakikat ini menjelaskan kepada kita bahawa seluruh kehidupan ini merupakan ujian Tuhan dan kesabaran adalah penawar terbaik agar manusia dapat mempersiapkan amal-amal soleh untuk bertemu Allah SWT di akhirat. Tempoh kesabaran memotivasikan individu untuk beramal dengan sepenuh hati dan menyerahkan urusan hidup kepada Ilahi secara total dan istiqomah.
Terasa susah nak bayar zakat fitrah musim PKP ini, bayar online sahaja lebih senang. Tak perlu beratur dan bahayakan keselamatan, segalanya boleh diselesaikan di hujung jari.
Sebenarnya zakat fitrah ini dibayar mengikut lokasi di mana kita beraya pada tahun tersebut. Memandangkan tahun ini masing-masing beraya di rumah sendiri, maknanya kenalah ikut lokasi tempat tinggal mak,ayah sekarang.
Tahun ni saya beraya di Bangi Selangor. Maka saya bayar zakat fitrah di Selangor. Bayar zakat fitrah mengikut lokasi di mana kita beraya pada tahun tersebut. .
.
Jika saya pulang awal seminggu ke kampung saya iaitu Penang. Maka saya akan bayar zakat fitrah di Penang. Tapi sekiranya saya pulang ke kampung sehari sebelum hari raya. Dan saya takut terlepas kesempatan untuk bayar di kampung Penang, maka saya akan bayar siap-siap zakat di Selangor kerana mengambil kira pandangan ihtiyat (berhati-hati). .
.
Terpulang pada negeri masing-masing. Kerana zakat Fitrah sedikit berbeza dengan konsep zakat harta. Kerana zakat harta dilihat pada lokasi di mana harta berada. Sedangkan zakat fitrah melihat di mana kita beraya.
Lebih tepat ialah dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya. Wallahua’lam.
MW: Walaupun negara dalam tempoh PKP, jangan lupa tunaikan kewajipan mak, ayah menunaikan zakat fitrah. Apatah lagi sekarang ada kemudahan membayar secara online.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...