
Sedapnya kuih Tepung Pelita yang lemak manis rasanya. Kuih ni cukup popular sewaktu bulan puasa sebagai pemanis mulut ketika berbuka. Nak buat kuih tepung pelita ni mudah je rupanya. Pertama kali buat pun menjadi, ikut resipi yang dikongsikan ini. Paling penting cukup mudah sebab ikut sukatan cawan dan tak perlu dikukus. Masukkan dalam acuan daun pandan. Tapi kalau nak lebih mudah masukkan dalam bekas kecil pun boleh.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Azura Isma’eyRa ini sebagai rujukan.
“Tepung pelita untuk mak.Mak nak makan dalam daun pandan so kita cuba buat harini. First time buat tepung pelita ni mudah sangat tak perlu kukus.”
Bahan-Bahan (Bahagian Bawah):
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
4 cawan air
Pewarna Hijau
Daun Pandan
*Masak semua bahan diatas dalam periuk dan kacau sampai pekat. Letak terus dalam bekas acuan.

Bahan-Bahan (Bahagian Atas):
1 Cawan Santan
3 Cawan Air
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
*Masak semua bahan dan kacau sampai pekat dan tuang ke dalam acuan.

Cara Buat Acuan Daun:


Info Ekstra!
- Lapisan hijau kena tunggu sejuk baru lapis putih.
- Jika tiada acuan daun boleh guna bekas biasa.
Baca Lagi Di Sini: Kuih Sagu Keras Berbiji Putih, JANGAN Cuci Banyak Kali, Kena KUKUS!
MW: Semoga perkongsian resipi tepung pelita ini bermanfaat buat mak-mak yang nak mencuba buat sendiri di rumah. Ikut cara dan langkah yang dikongsikan ni, pasti jadi. Kuihnya lembut, lemak manis dan sedap! Paling penting mudah je ikut sukatan cawan dan tak perlu kukus,
Sumber: Azura Isma’eyRa
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
RESIPI Kek Coklat Moist Mudah, Boleh Pilih Nak Kukus Atau Bakar!

Memang mudah dan menjadi je sebenarnya nak buat kek coklat moist, asalkan guna resipi yang betul. Bila dah siap adunan pula, boleh pilih nak kukus atau bakar,memang senang. Bila teringin nak makan, buat sendiri je. Jimat kos dan puas hati makan. Nak buat untuk raya nanti pun boleh sangat.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Hazila Baharudin ini sebagai panduan;
Lepas hajat nak makan kek coklat moist
Resipi Kek Coklat Moist
Bahan A
1 Cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 Cawan susu cair
1/2 Cawan susu pekat
1 Cawan minyak
*Campur semua bahan A, gaul sebati. Kemudian masak di atas api kecil. Bila dah sebati, tutup api.
Bahan B
1 Cawan tepung gandum
1 Sudu kecil baking powder
1 Sudu kecil soda bikarbonat
*Ayak bahan B
Bahan C
3 Biji telur size A
1 Sudu kecil esen vanilla
*Blender bahan c hingga kembang
Cara Membuat:
1. Masukkan bahan A ke dalam bekas lain. Masukkan pula bahan B dan C secara selang seli. Semuanya kacau guna whisk sahaja ye.
2. Bila dah sebati semua, kalau rajin tapis adunan yang dah siap ni. Kalau tak tapis pun tak apa.
3. Panaskan kukusan hingga air betul-betul mendidih. Kalau tak mendidih betul, keknya tak naik cantik.
4. Masa kukusan bergantung kepada bekas. Bekas yang paling kecik 10 minit, yang sedang 15-17 minit dan yang besar 40-45 minit. Cucuk dengan lidi, jika lidi kering dah masak lah tu.

#SayaBakarGunaTeknikWaterbath
#PilihLeNakKukusAtauBakar
40 minit suhu 180 atas bawah

**** Yang tanya bakar dalam bekas tu cair tak? Jawapannya tak cair. Sebab ada air dalam tray tu. Jika masih tak faham boleh google teknik waterbath.
Baca Lagi Di Sini:Hampir 50 Tahun Mak Wanita Ini Buat Kek Kukus Buah Legend & Ini Resipi Yang Diperturunkan!
Bahan-Bahan (Topping)
1 cawan koko
1 Cawan susu pekat
1 cawan minyak
1/2 Cawan susu cair
*Campur semua, masak secara double boil. Jika nak lagi leleh tambahkan lagi susu cair sedikit.

Selamat mencuba!
Mesti Baca:Resipi Kek Lumut Tahan Sehingga Sebulan, Lagi Lama Simpan Lagi Sedap!
Artikel Menarik:‘Classic Butter Cake’, Kek Mak-Mak Paling Senang Nak Buat, Guna 4 Bahan & Dijamin Gebu!
Mingguan Wanita:Boleh cuba buat untuk raya ni. Sedapnya makan kek coklat moist macam ni dengan topping leleh.
Sumber: Hazila Baharudin
Nak buat ketupat nasi raya nanti, macam ni caranya.Mudah!
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Anak-anak nak sambung belajar, mak ayah kena bersedia buat simpanan pendidikan siap-siap.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mi Rebus Ala Terengganu, 10 MINIT Siap! Sedap & Ringkas, Penuhi Selera Anak-Anak

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan ibu-ibu antara yang paling sibuk di dapur. Paling dalam dilema adalah ibu-ibu yang bekerja dari rumah.
Hari Isnin hingga Jumaat adalah waktu paling mencabar dan kena bahagikan masa dengan bijak agar keluarga dan kerja dapat diseimbangkan.
Resipi Viral TELUR KICAP CILI API, Confirm Tambah Nasi!
Menu Sedap & Ringkas
Ragam anak-anak di rumah juga pelru dipenuhi, mereka akan sentiasa rasa lapar. Maklumlah, selepas menonton TV dan melayan gajet perut mula berkeroncong. Masa ini ibu-ibu yang bekerja dari rumah kenalah memasak menu yang pantas dan sedap agar dapat memenuhi selera anak-anak dan suami.
Menerusi status Facebook seorang rakan @nanaazman telah berkongsi resipi yang cukup ringkas. Ibu-ibu hanya perlu ke dapur dan siapkan juadah dalam tempoh 10 minit dan kemudian boleh fokus semula lakukan kerja-kerja pejabat dari rumah anda.
Paling seronok bahan-bahan yang digunakan memang sentiasa ada di dapur dan peti sejuk rumah anda. Jom cuba resipi ini! Terliur pula dibuatnya, memang tak sabar nak cuba.
Resipi ini bukan sekadar mudah juga jimat kos, sangat sesuai pada mereka yang mempunyai ramai anak kecil.
Menu Ringkas & Sedap Untuk Ibu-Ibu Masak Hujung Minggu Ini
MI REBUS ALA TERENGGANU
Bahan-Bahan:
Mi Kuning
3 ulas Bawang Putih
1 hiris Bawang Besar
1 biji Telur
Sebiji Lada Besar dipotong
Sawi
Ayam Dipotong Dadu
Air
Lada Hitam ditumbuk
Cara Cara Memasak:
Tumis bawang putih dan lada hitam sehingga naik bau.
Masukkan air, bawang besar, lada, sawi, ayam.
Bila mendidih kecilkan api dan pecahkan telur kedalamnya.
Bila sudah masak masukkan mee kuning.
Makan semasa panas.Tuang sedikit sos cili diatasnya.

gambar: terima kasih Instagram @bynanaazman
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Chef Anis Nabilah ‘Anak Emas’ Dalam Keluarga

Bertandang ke kediaman chef selebriti dan pengacara berbadan genit, Anis Nabilah Umaruddin, 32 bagaikan berada di rumah sendiri. Mana tidaknya, melangkah saja masuk ke dalam rumah, Anis dan keluarganya menyambut kami dengan penuh ramah sekali. Hidangan penuh di atas meja buat santapan tetamu. Malah ibunya juga sentiasa manis dengan senyuman tatkala melayan kami.
Anak keempat daripada lapan beradik ini sememangnya cukup berpengalaman dalam industri kulinari dan merupakan chef selebriti yang tidak pernah patah semangat dalam memacu kerjayanya sejak 11 tahun lalu. Malah, berkat kesungguhan dan minat mendalam, kini kakak kepada pelakon dan penyanyi, Aisya Hasnaa ini mampu tersenyum dengan pencapaiannya. Bukan itu saja, berbekalkan kepakaran dalam bidang penyediaan makanan, dia kini mampu berdiri setanding chef selebriti popular dunia yang lain.
Mengacara lebih 35 program masakan, Anis juga menjadi satu-satunya chef selebriti Malaysia dalam program travelog makan-makan My Taste of Hong Kong (saluran TLC Asia), Eating Wild dan Icip-Icip untuk saluran AFC (Asian Food Channel). Terbaru Anis telah menjayakan program TV, Cerita Rasa Anis Nabilah untuk TV2 dan 12 Bakar Musim Ketiga untuk TV3.
“Saya bermula sebagai tukang masak dan kemudian barulah menjadi pengacara. Bukan mudah untuk saya sampai ke tahap ini. Pada peringkat awal, saya terpaksa bersusah payah untuk diterima. Orang tidak percaya kemampuan saya kerana hanya lulusan diploma. Saya bersyukur usaha selepas terbabit dalam beberapa program masakan di peringkat Asia dan Barat telah berjaya membuka mata banyak pihak.
“Saya juga sememangnya gemar memasak kerana ia mudah dan menyeronokkan. Paling penting, kita tahu apa yang masuk ke dalam badan kita terutama masakan menyihatkan. Setiap kali mengemudi rancangan masakan, perkara pertama terlintas di fikiran ialah mengajar penonton makan secara sihat. Mak pernah cakap, apa saja pekerjaan dilakukan, kena buat perbezaan. Saya pilih jadi chef selebriti sebab mahu ajar orang menghasilkan masakan sihat, sedap dan cantik. Itulah cara saya buat perbezaan. Malah sepanjang 11 tahun dalam bidang ini juga saya berpeluang mengembara banyak tempat seperti Eropah, Afrika Selatan, Australia dan kebanyakan negara Asia. Selain dapat melihat negara orang, paling penting dapat bertukar pendapat serta ilmu mengenai masakan dan cara pemakanan sihat,” terang Anis yang sememangnya gemar menambah ilmu masakan dan mengajar orang cara memasak.

Selain memasak dan mengacara ditanya adakah Anis tidak mahu terlibat dalam lakonan atau nyanyian. Ungkapnya;
“Biarlah saya fokus pada masakan dan mengacara saja. Memang ramai yang bertanya tak nak ke berlakon atau menyanyi. Pada saya kalau nak berjaya kena ada fokus. Saya tak nak buat semua kerja dalam satu masa dan saya lebih suka masa yang ada saya fokus pada dua karier utama saya sebagai chef dan pengacara.”
Rahsia kurus
Cukup dikenali dengan tubuh badannya yang kurus. Anis akui dia sendiri mengawal pemakanan.
“Bekerja sebagai seorang chef memang ramai yang bertanya bagaimana saya boleh kekalkan bentuk tubuh yang kecil dan kurus. Rahsianya, saya kurangkan pengambilan gula. Saya makan nasi seperti biasa cuma saya banyak minum air putih dan elak pengambilan gula yang berlebihan. Sebelum saya amalkan cara ini memang saya akui badan cepat penat, mengantuk dan sememangnya gula punca kepada penyakit. Selain itu saya juga gemar makan buah-buahan,” ulas Anis lagi.
Sewaktu sedang rancak berbual, penulis mengajukan soalan tentang ciri-ciri teman lelaki pilihan dan perkahwinan. Anis terus tersenyum dan berkata, “Kahwin? Saya sedang menunggu waktu. Sebelum ini memang rasa tertekan bila ada yang tanya bila nak kahwin? Pada saya jodoh itu di tangan tuhan dan saya doakan dipertemukan jodoh satu hari nanti. Sekarang ini saya belum jumpa lelaki yang sesuai lagi. Allah mungkin nak saya jaga emak dan ayah dulu. Malah saya percaya Allah mahu berikan yang terbaik buat saya. Apa yang diduga atau dianugerahkan akan saya terima.
“Tentang ciri-ciri lelaki pilihan sudah tentu saya nak yang mempunyai hati yang baik. Kena sedap mata memandang. Paling penting boleh berkomunikasi dan faham dengan diri saya dan ahli kelurga kami yang besar,” terangnya tentang lelaki pilihan.
Hadiah Buat Ibu
Ketika kunjungan kami juga, pihak Jubin MML bagi pihak Anis telah menghadiahkan rekaan baru dapur basah di kediaman ibu Anis.
“Saya mahu berterima kasih kepada Jubin MML kerana sudi beri hadiah pada mak. Sememangnya mak sangat gembira dengan pengubahsuaian baru dapur basahnya. Di sinilah tempat saya dan ibu memasak. Sebelum ini jubin dapur basah kami berwana putih dan ditukar kepada hitam sememangnya sangat cantik dan senang untuk dibersihkan.
“Jubin lantai yang bercorak kayu sememangnya cantik dan mudah dibersihkan. Malah semasa memasak pada petang raya kami masak dan bawa kawah dalam rumah. Sememangnya dapur kami nampak cantik dan sedikit sejuk. Ruang ini juga selesa untuk memasak. Walaupun saya tinggal berasingan dengan ibu namun setiap hari saya datang bertandang ke sini. Kadang kala saya masak dan bawa makanan ke rumah ibu,” sambung Anis.
Anis juga menerangkan dia mengambil keputusan untuk berpindah kerana mahu belajar berdikari.
“Saya ambil keputusan berpindah rumah dan tinggal sendirian kerana ingin belajar jaga diri sendiri dan berdikari. Walaupun ibu dan ayah masih merajuk sampai sekarang sebab saya berpindah, namun saya sememangnya perlu berdikari. Saya berpindah ke rumah sendiri sejak bulan November tahun lalu. Walaupun duduk berasingan namun saya datang setiap hari di rumah ibu bapa jika saya tidak ke luar negara. Kami anak beranak cukup rapat, boleh dikatakan saya ni ‘anak emas’ dalam keluarga. Saya dan Aisyah sememangnya rapat dengan ayah dan ibu dan kami selesa berbual antara satu sama lain,” luah Anis.
Produk Tumis By Anis

Sebelum mengakhiri perbualan Anis juga menyatakan kini dia muncul dengan produk baru dari air tangannya sendiri yang diberi nama Tumis By Anis.
“Sebelum ini ramai yang bertanya bila saya nak buka restoran. Tapi saya tak nak dan tak minat. Memandangkan saya lebih suka pada masakan Tha, jadi terbaru saya akan muncul dengan perencah yang dimasak sendiri diberi nama Tumis By Anis. Setakat ini terdapat lima perencah yang bakal dijual kepada pelanggan dan saya cuma promosikan menerusi Instagram sahaja,” akui Anis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!


