Tepung Bunga atau juga dipanggil Kuih Bunga, antara kuih manisan asli Terengganu yang makin sukar ditemui hari ini. Kuih ini terkenal di kalangan orang dulu-dulu di Terengganu.
Rasanya ramai di kalangan generasi muda asli Terengganu hari ini yang mungkin dah tak kenal kuih ini. Mungkin ada yang tak pernah makan pun kan? Maka, tiba saatnya untuk kembali memperkenalkannya kepada generasi baru hari ini.
Tepung Bunga Imbau Kenangan
Bila menikmati kuih manis ini, mengimbau kembali zaman kecil-kecil. Sepatutnya kuih tradisi orang lama seperti inilah yang perlu dipertahankan agar tidak hilang ditelan zaman. Betul tak?
Bagi yang bukan berasal dari Terengganu, kuih ini sebenarnya sedap kerana ada rasa lemak dan manis serta aroma wangi telur yang menyeliputinya.
Tepung Bunga ini sangat mudah untuk dibuat dan cara penyediaannya juga ringkas saja. Bagi yang ingin mencuba, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Lailatul Aishah https://www.facebook.com/lainatul.aisyah yang memang anak jati Terengganu.
Ads
Jom Semak Apa Resipi Tepung Bunga Ini!
Bahan-bahan: 2 cawan tepung pulut 3/4 air biasa 1 biji telur untuk di salut sebelum goreng Gula kasar secukupnya
Cara Membuat:
Ads
Dalam satu mangkuk, satukan tepung pulut bersama air dan adun hingga menjadi doh. Jika keras, boleh tambah air dan jika lembik, boleh tambah tepung.
Setelah itu, bulat-bulatkan doh kecil-kecil sebesar duit 50 sen. Leperkan. Ia umpama membuat kuih Puteri Mandi. Ulangi langkah hingga selesai. Pecahkan telur dalam satu mangkuk lain. Dalam masa yang sama, panaskan minyak untuk menggoreng di dalam kuali. Celup doh kecil tadi ke dalam adunan telur dan kemudian goreng dalam minyak yang panas.
Ads
Tunggu garing dan kuih merekah. Hati-hati kerana kuih ini biasanya akan ‘meletup’. Angkat dan toskan.
Bila sejuk, golek-golek dan gaul ia ke dalam gula. Siap untuk dinikmati. Sedap!
Kalau ditanya, rata-rata mesti memilih burger tepi jalan lagi sedap berbanding yang fastfood. Walaupun tak semua sependapat dan ia bergantung pada citarasa masing-masing pun.
Apa sedapnya burger tepi jalan ini. Kalau nak dikatakan harga, rasanya memang berbaloi sebab bahan -bahan yang ada dalam burger tu mewah. Paling penting segar-segar lagi dengn hirisan kobis, timun, bawang dan sebagainya.
Pernah tak mak-mak buat kat rumah? Rasanya mesti tak berapa nak menjadi macam burger tepi jalan kan, walaupun dah guna bahan yang sama. Kali ini abang peniaga burger kongsi tip nak masak burger kat rumah, sama macam beli kat kedai.
Perasan tak, biasanya kalau beli burger di gerai tepi jalan, luar biasa sedapnya, berbanding yang mak-mak buat sendiri di rumah.
Rasanya berbeza daripada segi rasa sosnya, keenakkan dagingnya mahupun rotinya yang garing. Ada 12 Tip masak burger yang dikongsikan oleh peniaga burger Adie Redzuan.
Kalau hendak buat berniaga, jual lah burger sebagaimana kita suka makan, baru orang lain pun suka. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap baru boleh kekal lama dalam berniaga.
1.Berat Daging
Wajib guna daging 70g. Tak yah la dok save sangat nak pi haji balik hari.Tak untung mana pun. Meniaga kena jujur, harga nak letak mahai, daging hok nipih, apa dia.
2. Jangan Tekan
Masak daging, jangan tekan, bila tekan jus daging akan kluar. Sebab daging jadi kering. Alih-alihkan saja, letak planta sikit, sikit ja.Jangan sampai banjir dalam daging tu sendiri dah ada minyak.
3. Letak Perasa
Daging tu lubang-lubangkan saja. Tak belah tengah pun tak apa. Lepas tu, letak la seasoning. Aku suka Lea and peirin, betui ka dak eja, maggi pun ok..letak la lada skit, terangkat la.
4. Letak Air Bawang Putih
Ayaq bawang putih ni untuk menggantikan jus daging yang hilang. Jadi, daging akan jadi juicy. Curah sikit masa daging dah masak. Nak buat dia, potong bawang putih, boh dalam ayaq kosong ja. Masukkan dalam botoi, tudung botoi buat lubang-lubang skit.
5. Api Sederhana
Guna api sederhana.Api yang kuat juga akan keringkan daging.
6. Roti Sapu Planta
Pastikan roti tu letak planta bagi penuh, tak yah dok sep sangat dan terus letak ja atas kuali. Jangan tekan, geng lama-lama pakai kayu untuk pressure roti saja. Bukan meleperkan roti, lagi cantik gitu.
7. Lettuce Iceburg Ganti Kobis
Sayur tu ikut la, selalu orang pakai kobis la kan. Tapi masa aku niaga pakai lettuce iceburg, lebih sedap tapi kot payah nak dapat hari-hari la. Tapi agak mahal skit.
8. Jenis Sos
Sos jangan pakai yang murah. Kebanyakan peniaga burger di KL yang top-top tu pakai longson. Payah nak jumpa kot no. Kalau kat Perlis ni, peniaga kebab yang banyak pakai longson. Sebab tu kebab depa sedap.
9. Mayonis
Mayo pulak paling best pakai nelly. Mahaiiii.. tapi sapu sikit ja, jangan creettt lagu ladys choice tu. Sikit pun dah berasa tak sangga.
10. Keju
Untuk cheese, aku pakai smoke bbq.. Apa-apa brand pun takpa. Rona dia oren. Mahai sikit, tapi memang berasa cheese dia. Pernah dak hangpa beli cheese burger, tapi tak rasa pun cheese dia, pasai guna cheese murah.
11. Sos Lada Hitam
Blackpaper sos kalau boleh masak la sendiri. Elak beli yang dah siap sebab tak berapa sedap sikit. Mudah saja, masak butter dengan tepung gandum, sampai naik bau sedap. Selepas itu, masukkan oyster, lada hitam kasaq, kicap cair, chicken stock, garam. Perasakan dan celup daging dalam kuah blackpepper.Apa nak kata.
12. Susunan Lapisan Burger
Akhir sekali aturan bubuh sayur, sos, mayo. Yang ni kajian sendiri la. Sos dengan mayo kalau boleh asingkan. Mayo bawah, sos atas, bila makan, baru terasa dua-dua rasa yang beza. Kalau cheese tu, letak atas daging yang panas. Bagi dia cayaq melekat kat daging.
Senang cerita, kita buat burger, kita sendiri rasa. Kita jual macam mana kita suka makan, baru prang lain pun suka. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap. Untung by volume, baru boleh kekal lama meniaga.
Semoga bermanfaat!
Jadi buat mak-mak yang nak masak sendiri burger di rumah untuk anak-anak dan keluarga. Bukan apa, bila ramai-ramai lebih jimat dan berbaloi buat sendiri.
Mingguan Wanita : Baru tahu, patutlah berbeza rasa dengan kita buat kat rumah. Lepas ni, ikut tip ini barulah macam beli kat kedai.
Nampak sungguh sedap, berkhasiat dan penuh warna warni Wanpaku Sandwich yang tengah viral ni. Sandwich stail Jepun ini menjadi cukup popular kerana ia cukup mudah dibuat, mengenyangkan dan menu sangat sesuai bagi yang sedang berdiet.
Bagi mak-mak yang nak buat sendiri Wanpaku Sandwich ini boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Nurasykin Ali sebagai rujukan.
Berikut perkongsian tersebut;
“Lama sebenarnya nak share pasal sandwich ni. Nak kata resepi tidak jugak, sebab bahan yang digunakan semua dah siap. Tinggal kita nak satukan je dia.”
“Kak Ekin suka tengok Wanpaku Sandwich ni sebab penuh warna-warni asli. Sandwich ni dari Jepun tau. Cara buat sandwich ni memang macam tu. Disumbat dengan bermacam-macam sayur dan juga protien. Kebanyakkannya bagi yang bekerja akan makan sandwich ni waktu lunch hour.”
“Jadinya first try buat WANPAKU TUNA SANDWICH ni, rasa dia ada lemak masam masin dan of course segar dengan sayur-sayur dalamnya.”
“Kak Ekin punya simple je ni. Sesuai lah bagi ibu yang nak diet. Boleh juga makan waktu sahur. Buat sebelah malam dan simpan dalam chiller.”
*Bahan-bahan ni boleh je ubah ikut selesa tekak masing-masing.
Cara Membuat:
1.Sapukan roti dengan butter/marjerin.
2.Bancuh tuna dengan kewpie dressing ni. Agak-agak je.
3.Letak sekeping cheese atas roti.
4.Kemudian salad.
5.Lepas tu tuna. Ikut banyak mana nak letak.
6.Boleh susunkan telur puyuh, tomato dan lobak macam tu.
7.Tutup dengan sekeping roti.
8.Sapukan atas roti tadi dengan butter/marjerin. Kemudian layerkan satu lagi kepingan cheese.
9.Susun atasnya dengan salad, mayyonaise dan lobak.
10.Tutup dengan roti yang terakhir.
11.Belah bahagian tengah.
12.Siap dah! Simple je Kak Ekin punya. Kalau tengok gambar kat atas tu meriah kan. Ikut cara asalnya, sandwich ni dibungkus dengan plastik wrap dan baking paper.Nampak lebih kemas dan boleh terus simpan dalam chiller.
Ibu yang bekerja boleh buat macam ni. In case balik kerja lambat, ada tersedia sanwich dalam chiller. Boleh makan dulu sementara tunggu masak untuk berbuka.
Klik button follow Nurasykin Ali untuk dapatkan lebih lagi perkongsian resepi sihat dan sedap lepas ni.
MW: Nampak sedap, berkhasiat, sihat dan cukup mengenyangkan Wanpaku Tuna Sandwich ni. Buat mak-mak yang nak berdiet, boleh cuba buat sandwich stail Jepun yang tengah viral ni. Sedap pun sedap, cantik penuh warna warni.
Rupanya ada teknik dan ramuan istimewa bagi menghasilkan Ayam Goreng Berempah jadi lebih sedap daripada biasa.Menu ayam goreng berempah ini cukup mudah disediakan, aromanya mampu membuka selera dan memang tak cukup seketul, apatah lagi jika dinikmati waktu panas-panas.
Perkongsian resipi ini daripada Puan Najwa Romli. Beliau berkongsi bahan-bahan yang digunakan serta mengajar cara nakmenghasilkan Ayam Goreng Berempah yang bukan sahaja rangup diluar namun tetap lembut didalam. Menurut beliau lagi, resipi ini juga merupakan ramuan yang sama beliau gunakan untuk berniaga.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Ni kakwa nak share resepi ayam goreng rempah yang kakwa buat berniaga. Resepi ni sangat sesuai untuk mak-mak yang super duper bizi mengalah Ketua JKKKKKK hihihi. Yang best sebab boleh simpan dalam chiller hingga 3-4 hari.Terasa nak makan goreng tak sampai 5 minit. Rangup diluar lembut di dalam…ya ampunn..krupp..krapp..rempah dia tu perghh!
Share dan tag lah semua mak-mak yang super duper bizi tu..nak buat berniaga pun boleh. Moga ada keberkatan di situ.”
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam.
1 labuBawang putih
4 batang Serai
3 inci Halia
3 inci Lengkuas
2 tangkai Daun kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
Cara Membuat:
1.Hiris segala bahan tersebut kecuali daun kari.
2.Kemudian tumbuk semua bahan tadi menggunakan lesung batu.Namun boleh juga menggunakan pengisar dengan mencampurkan sesudu minyak masak dan 2 sudu besar air.
3.Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit.
4.Sambil menunggu perapan ayam tersebut,susunkan daun pisang dalam periuk kukus. Kemudian, didihkan air dalam periuk kukus.
5.Susun ayam didalam loyang kukus dan kukuskan ia dalam 20 minit.Biarkan sejuk.Boleh terus digoreng dalam masa 5 minit.
Jika ingin disimpan didalam simpan chiller masukkan kedalam bekas kedap udara. ia mampu bertahan sehingga 3-4 hari.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...