Kecantikan

Tepek Skrub Gula 3 Bahan, Lepas 5 Minit Mujarab Cerahkan Kulit Sunburn

Share

Mana-mana wanita bertudung akan berdepan masalah ini. Kulit muka yang terdedah matahari, jadi lebih gelap. Bila buka tudung, nampak jelas beza kulit muka yang sunburn itu dengan belah dalam yang dilindungi tudung.

Jadi tak seronok pula. Lagi-lagi bila suami menegur. Bukan marahkan suami yang menegur itu. Mak-mak sendiri yang rasa tak bahagia tengok kulit wajah sendiri.

As Zulqa (Dr As Zulqa) ini berkongsi petua. Cara cerahkan balik kulit muka yang sunburn dengan petua 3 bahan dapur.

“Mudah sangat nak buat ini.”

Percaya tak,
Gula kat dapur kita tu,
Selain daripada diguna untuk buat air… banyak lagi kegunaan lain termasuk untuk mencantikkan kulit juga boleh menghilangkan sunburn di muka.”

Bahan-bahan yang lain pun tak susah mana.

 

Petua Hilangkan Sunburn Dengan 3 Bahan Dapur

Cuma campurkan
GULA + OLIVE OIL + LEMON = gaulkan dengan cepat then sapu di muka.
(Nak lebih elok, gunalah gula perang)

Biarkan 5 minit, kemudian bolehlah di skrub muka sampai bersih.

Murah!
Senang!
Jimat!
Berkesan!

Manfaat Skrub Gula Pada Kulit

1. Menyingkirkan sel-sel kulit mati
2. Membantu menghilangkan sunburn pada kulit
3. Skrub ini tak menyumbat pori-pori & senang meresap dalam kulit
4. Menghaluskan kulit muka
5. Membantu menyekatakan tona kulit

Setelah selesai skrub muka wajib memakai serum supaya kulit muka tak kering. Pilih lah natural based serum supaya kulit muka kita lebih sihat & berseri.

Sumber/Foto : As Zulqa (Dr As Zulqa)

IKLAN