hanger hilang

Hanger hilang tu memang kerap sangat jadi kat rumah. Sebabnya lepas iron, sangkut baju, bila dah lepas guna lupa langsung letak dekat mana. Belilah banyak mana, kalau attitudenya sama penyangkut baju tetap entah ke mana-mana.

Tuan Mohd Azrin Roselan (AzrinRos) ini berkongsi bagaimana tiba-tiba mendapat idea menghasilkan rak penyangkut baju untuk menggantung hanger-hanger yang suka hilang.

Bila dah terhasilnya rak penyangkut kreatif dari paip PVC ni, bukan saja isteri bahagia, dia pun dapat menjimatkan kos nak menggantikan hanger-hanger yang hilang tu. Sebabnya dengan kos RM20 beliau dapat menyelesaikan masalah hanger hilang sekali gus menggembirakan hati isterinya.

Perkongsiannya

Saya dan isteri selalu sahaja mengalami penyangkut baju bersepah dan hilang. Ting! tiba-tiba dapat idea untuk hasilkan rak penyimpan penyangkut baju dari paip PVC.

Project DIY hujung minggu menghasilkan rak tempat letak penyangkut baju murah dan mudah.”

Bila dah ada rak penyangkut baju tiada lagi masalah penyangkut baju bersepah dan hilang. Kalau hilang juga tentu ia hilang sekali dengan raknya sekali.”

IKLAN

Suami yang baik, suami yang senangkan isteri.

Modal nak hasilkan rak penyangkut baju sekitar RM20.

Bahan-bahan

Paip PVC 15mm sepanjang 9 kaki
Gam paip PVC

Kos upah DIY Penyangkut Baju: Air Sirap.

IKLAN

Cara Buat Rak Penyangkut Baju

1.   Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk buat rak penyangkut baju DIY.

2.   Pasang paip 5″ pada elbow dan T joint untuk bahagian A

3.   Pasang paip 5″ pada T joint untuk bahagian B

4.   Pasang bahagian A dan B

IKLAN

5.   Sambung paip 8”

6.   Pasang elbow pada paip 8″ untuk bahagian C

7. Pasang paip 33″ pada kaki rak dan bahagian.

Nota

  • Siaplah sudah rak simpan penyangkut baju.
  • Penyangkut baju yang hendak digunakan boleh gantung pada pemegang
  • Bahagian bawah boleh jadikan simpanan penyangkut baju

Sila LIKE dan SHARE

Sumber/Foto: Mohd Azrin Roselan (AzrinRos) via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI