Tak sangka rupanya tengok cara masak nasi pun boleh dedahkan ciri-ciri kita macam mana. Bagus juga, senang sikit kita rapat dan mungkin membantu untuk anda yang nak cari pekerja yang tepat!
Macam Boleh Tahu
Itu pun Hakak rujuk pada perkongsian Pisah Mahmud. Ok, anda sendiri yang mana satu ya? Jom semak…
Sewaktu masak nasi semalam Hubby tegur.
“Apasal nak sukat air dengan jari lagi?
” Then nak sukat air macam mana?”
“Tengoklah kat periuk tu ada nombor. Kalau beras 2, tambah air sampai 4” Hubby jawab.
Ads
Ni nak tanya uols sukat air dengan jari atau tengok nombor? Yang sukat dengan jari adalah individu kategori Kinestetik. Yang tengok nombor pulak, adalah kategori Digital. Kalau hubby jenis digital ni, kalau nak pesan barang, better cakap macam ni.
“Abang balik nanti beli 3 barang. Bawang, Cili Kering, Asam Jawa”
Nanti, kalau dia ingat 2 barang jer, dia akan call kita. Kalau tak jawabnya tak jadi masak asam pedas sebab dia lupa beli asam jawa!
Ads
Secara generalnya manusia dikategorikan kepada 4.
1. KATEGORI VISUAL
Mereka yang VISUAL adalah mereka yang peka pada gambar, warna dan video.
Kalau korang ada klient kategori ni, tunjuk kat dia brochure yang colourful, gambar testimoni atau video destinasi pelancongan. Lebih senang nak closing.
2. KATEGORI AUDITORY
Meraka yang Auditory adalah mereka yang peka pada bunyi. Mereka suka dengar cerita dan dia sendiri adalah storyteller yang bagus. Bila bercakap mereka cakap sepatah-sepatah dan sangat teratur.
Klient macam ni sangat bagus untuk anda record video testimoni. Uol akan dapat testimoni kebaboom dari dia.
Ads
3. KATEGORI KINESTETIK
Mereka yang peka pada rasa. Mereka perlu experience. Mereka perlu buat. Contohnya kalau nak beli kereta, mereka ni akan nak test drive kereta. Kalau pasang perabut Ikea, mereka akan cuba-cuba pasang sampai jadi. Kalau nak beli online, mereka perlu tengok video untuk mereka ‘feel’ produk tersebut.
4. KATEGORI DIGITAL
Mereka yang peka pada fakta. Untuk yakinkan mereka ini kena bagi fakta bernombor. Mereka sangat kritikal. Biasanya mereka ini adalah Professor, Accountants dan Engineers. Kalau dapat klient macam ni, uols kena tahu fakta dengan details untuk yakinkan mereka.
Dengan info ini, kita boleh tahu cara yang lebih berkesan untuk meyakinkan orang sekeliling samada ahli keluarga, boss, rakan sekerja dan juga klients.
SHARE supaya info ini dapat dimanafaatkan oleh semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ini kes wanita bulu mata jatuh sekelip mata, tular baru-baru ini apabila mangsa yang konon nak sambung tetapi padahnya mengakibatkan bulu mata gugur satu persatu. Berhati-hatilah memilih tempat salon penyambungan bulu mata kerana apa yang terjadi kepada seorang wanita di Australia ini amat mengerikan.
Wanita itu masuk ke sebuah salon kecantikan di Perth berjumpa pemilik salon bernama Emma Dhanjal kerana terdesak ingin membuat penyambungan bulu mata sebelum hari jadinya tiba.
Namun lain pula jadinya, Emma amat terkejut melihat bulu mata wanita itu yang luruh satu persatu apabila dia cuba menyentuhnya menggunakan penyepit.
Emma turut memuat naik gambar bulu mata wanita itu yang rosak dan tercabut dan menasihati wanita di luar sana agar berhati-hati memilih individu yang melakukan penyambungan bulu mata.
“Dia inginkan bulu mata ketika hari jadinya tetapi saya tak boleh lakukan kerana dia sudah tiada bulu mata lagi.
“Bulu mata aslinya rosak teruk hasil khidmat sambungan bulu mata di tempat yang dipergi sebelum ini, ”kata pakar kecantikan itu lagi.
Katanya lagi pelanggannya itu turut mengalami bengkak pada kelopak mata wanita itu dan dia perlu segera berjumpa doktor kerana risiko dijangkiti kuman.
“Bulu mata diamungkin tidak akan jadi sama seperti asal lagi. Ini bulu mata paling teruk saya pernah lihat selama tujuh tahun dalam bidang ini.
“Jangan takut untuk melakukan penyambungan bulu mata tetapi pastikan anda melakukan kajian dahulu dan cari pakar kecantikan yang berkelayakan nescaya bulu mata akan bertahan bertahun-tahun tanpa putus,” kata Emma.
Perkongsian Emma menerusi Facebook berkenaan hal itu mendapatt perkongsian ramai dan netizen lain turut meluahkan pengalaman ngeri masing-masing ketika menyambung bulu mata.
Kredit gambar: Emmaculate Beauty
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nabila Razali minta keizinan & utamakan ibu sebelum buat sebarang perkongsian di media sosial. Begitulah yang diluahkan oleh penyanyi Nabila Razali apabila menyentuh tentang sebarang muat naik kandungan di akaun media sosialnya.
Penyanyi yang juga bergelar pelakon ini juga sangat berterima kasih kepada warganet yang memberi teguran pada dirinya. Namun dia menegaskan agar setiap perkatan yang ditulis oleh mereka agar berhati-hati supaya tidak membabitkan ahli keluarganya secara keterluan.
Nabila Razali Minta Keizinan & Utamakan Ibu Sebelum Buat Perkongsian
Nabila yang juga antara salah seorang selebriti yang tidak lari dari lontaran kata-kata tidak enak warganet bahkan sering menerima kecaman. Namun dirinya terus bersikap positif dan terbuka walaupun kadang-kala menjadi bualan mulut warganet.
Terbaru menerusi petikan dari portal Kosmo Online, Nabila menyatakan dirinya tidak akan memuat naik apa-apa kandungan sekiranya tidak mendapat keizinan daripada ibunya, Shamsidah Abd. Rahman. Nabila lakukan demikian agar tidak melanggar sensitiviti umum.
“Saya faham mereka prihatin dan terima kasih atas teguran tetapi berhati-hatilah dengan perkataan yang digunakan jangan sampai membabitkan keluarga kerana itu sudah melampau.
“Selepas menerima kecaman berhubung baju renang yang dipakai menerusi DM, saya segera bertanya ibu.
“Ibu sendiri tidak ada masalah kerana itu adalah baju mandi dan bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan pada masa tersebut,” ujar Nabila yang akan segera memadam gambar dalam akaun media sosialnya jika keluarga tidak menyukai.
“Saya Dah Lali”
Untuk makluman sebelum ini gambar Nabila yang memakai pakaian renang ketika bercuti di sebuah pulau peranginan di Terengganu tular.
Namun wanita ini menyatakan baju renang yang dipakai diperbuat daripada fabrik tebal dan tidak menampakkan auratnya.
“Saya yakin material baju renang itu cukup tebal dan langsung tidak menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya. Saya dah lali dengan benda ini semua.
“Saya faham mereka prihatin dan terima kasih atas teguran tetapi berhati-hatilah dengan perkataan yang digunakan jangan sampai membabitkan keluarga kerana itu sudah melampau,” ungkapnya.
“Semata-mata kerana mahukan anak lelaki.” Seorang bapa sanggup ambil nyawa bayi perempuannya dengan menembak sehingga mati.
Di manalah hilangnya kasih dan sayang seorang bapa hingga sanggup bertindak sedemikian rupa.
Semata-Mata Kerana Mahukan Anak Lelaki
Seorang lelaki Pakistan ditahan kerana disyaki menembak mati bayi perempuannya yang berusia tujuh hari semata-mata kerana mahukan bayi lelaki sebagai anak sulung, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Bayi bernama Jannat yang bermaksud ‘syurga’ dalam bahasa Urdu itu ditembak lima kali pada Isnin lalu di rumahnya di bandar Mianwali, tengah Pakistan, kata polis.
Suspek yang dikenali sebagai Shahzaib Khan, didakwa memasuki rumah lalu mengarahkan isterinya menyerahkan Jannat sebelum menembak mati bayi itu, lapor akhbar Dawn.
Shahzaib yang telah berkahwin selama dua tahun itu melarikan diri dari tempat kejadian sebelum ditahan semalam di daerah berhampiran, demikian menurut polis.
Menerusi adat suku kaum Pakistan, bayi perempuan boleh dianggap sebagai penghinaan terhadap kaum lelaki.
Bapa saudara kepada bayi perempuan itu, Hidayatullah Khan membuat aduan rasmi terhadap suspek atas pembunuhan itu.
Seorang bayi perempuan lahir… dia (Shahzaib) berang,’’ kata Hidayatullah.
Menurutnya, Shahzaib tidak pulang ke rumah keluarganya selepas mendapati isterinya melahirkan bayi perempuan dan enggan menerimanya.
Ketika kejadian, dia cuba mengambil bayi itu tetapi suspek telah mengacukan pistol ke arahnya dan saudara-mara lain lalu mengugut akan menembak mereka jika bergerak lebih dekat.
Kes itu telah mencetuskan kemarahan di Pakistan dengan orang ramai menganggap pembunuhan bayi yang baru lahir itu sebagai kejam. – Agensi
Mingguan Wanita : Terlalu kejam, tidak mampu bayangkan keadaan ibu yang baru saja melahirkan anak. Kemudian suami pula mengambil tindakan mengikut emosi. Semoga ini baik-baik saja.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.