
Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, sebenarnya ada macam-macam cara dan teknik yang boleh digunakan untuk menanam pelbagai jenis pokok dan tanam-tanaman. Salah satunya teknik yang cukup terkenal dilakukan di negara Thailand iaitu semaian dengan menggunakan span basah serta rendaman dalam air untuk mengeluarkan akar.
Perkongsian oleh pengguna Facebook Lorenzo Frego Andrie Lazzaro ini boleh dijadikan panduan;
“Teknik semaian pokok cara paling mudah. Teknik sebegini terkenal di Thailand, di sana pelbagai kaedah dihasilkan untuk menanam/semaian pelbagai jenis pokok bunga/hiasan/buah-buahan,kan memudahkan kerja kita ni”
“Mai kita cuba teknik ini.Sama-sama kita kongsi ilmu yang berguna dan baik ini untuk semua”.
Bahan-Bahan:
Span bunga basah
Ubat akar/serbuk putih (Boleh di beli di pusat jualan pasu dan tanaman)
Air secukupnya
Kaedahnya:
1. Potong span ikut saiz kecil.
2. Kerat batang pokok yang sesuai untuk semaian dan celup dalam ubat akar untuk cepat tumbuh akar.
3. Cucukkan pada span tadi.
4. Rendam di dalam air.
5. Biarkan hingga dia berakar.
6. Ubah ke dalam pasu kecil.
7. Bila sudah mulai membesar ubah ke dalam polibag.
8. Pembajaan yang cukup.
9. Siap untuk di tanam ke atas tanah.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jadi buat mak-mak yang suka bercucuk tanam tu, bolehlah cuba teknik mudah yang dikongsikan ini. Tak rugi berbudi pada tanah, pasti ada hasilnya nanti.
Sumber: Lorenzo Frego Andrie Lazzaro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tanggalkan Isi Udang Ketak Seketul-Seketul Tak Melekat, Rendam Dalam Ais 2Jam!

Udang Ketak isinya manis dan lagi sedap dari isi udang biasa.Bagi mak-mak yang nak beli udang ketak, kena tahu cara siangnya dan asingkan isinya dulu. Bukan apa bila beli jenis udang ni, selalu makan tak puas sebab isinya melekat dekat kulit. Jadi isinya dapat sikit je.
Menerusi perkongsian Puan Fauziah Gee Mard, macam ni rupanya tip nak tanggalkan kulit dari isi udang ketak ni seketul-seketul tak melekat. Menurut wanita ini, tip ini diperolehi daripada arwah emaknya yang selalu proses isi udang ketak ini untuk dibuat jual.
Berikut perkongsian tersebut;
“Hari ni cikgee nak share tips yang sangat berguna iaitu cara nak dapatkan isi si udang ketak ni seketui ketui tanpa melekat pon isi dia kat kulit!”
“Ok jap! Kenal ke atau pernah dengar tak nama udang ketak atau udang lipan ni? Kat tempat cikgee panggil nama tu. Hihi.”
“Isi udang ni sedap tau. Selalu kalau orang masak tak buang kulit, jadi bila makan banyak isi yang tak tertanggal dari kulit. Rugis la kan.”
“Gee leh tau sebab dulu arwah mak selalu proses isi saja wat jual. Sekali dia gunting sampai berbesen.”
Jom cikidot step by step yang sangat mudah.
#Jom pakat-pakat share, mana nak tau kan ada kawan-kawan kita nak belajar masak udang ni.
Cara-Caranya:
- Potong bahagian tepi udang. Buang kaki dan muncungnya. Sebab nanti dah rendam dalam air ais bersama ais batu nak tarik kulit udang tu.
2. Siang jadi macam ni.
3. Rendam dalam air ais ketul dalam 2 jam.
4.Kulit yang dah dikopek.
5. Puasnya makan dapat isi seketul-seketul macam ni.
Info Ekstra!
- Potong dulu bahagian tepi baru rendam dalam ais, kemudian baru buang kulit.
- Rendam lama sikit tau. Kalau tarik still melekat kena rendam lagi dalam air ais bersama ais batu atau kiub. Bila sejuk dia mudah tarik.
- Macam-macam menu boleh dimasak dengan udang ni. Antaranya Sambal tumis,
Sayur air, maggie kuah, Mee kuah, Goreng kunyit.Tapi memang sedap kalau masak berkuah ni nanti rasa kuah manis udang ni.
Baca Lagi Di Sini:
Petua Buang Lumpur Dari Perut Kerang, Ramai Dah Cuba Kata Berkesan
Buang Lumpur Bersihkan Siput, Kena Celur Sekejap Dalam Air Panas!
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak yang nak masak udang ketak. Ikut tip yang dikongsikan ini barulah isinya mudah tertanggal dan tak melekat pada kulit lagi.
Sumber: Fauziah Gee Mard
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pesan Doktor Ini, 30 Minit Sebelum Tidur Jangan Tengok Telefon, Barulah MUDAH Lelap

Sebelum tidur, nak bagi mudah lelap kononnya, mata dan tangan mesti kena lihat telefon, bangun daripada tidur pun mesti telefon yang akan dicari dahulu. Betul tak? Nak kena lihat apa cerita menarik dan isu semasa. Belum lagi baca whatapps yang diterima sebelum ini.
Dunia sekarang makin moden dan canggih. Segala maklumat kini hanya di hujung jari saja. Sebab kita, segala berita dan cerita memang cepat kita dapat tahu. Rasanya, kalau tak ada telefon sehari mahu merana hidup masing-masing.
Bukan ingin bercerita tentang telefon tetapi tentang tabiat diri kita yang memang tak lekang dengan telefon, sampaikan sebelum tidur dan bangun daripada tidur, inilah yang dicarinya dahulu. Kesannya, boleh membuatkan kita sukar untuk tidur lena.
Bukan setakat telefon yang menjadi penyebab sukar untuk kita tidur. Ada banyak lagi yang menyebabkan kita sukar untuk mudah lelap dan tidak mampu tidur dengan lena. Telefon sudah tentulah salah satu penyebabnya.
Dr. Erna Nadia turut berkongsi tentang tip untuk kita mudah tidur atau lebih tepat lagi tidur lena. Bukan tengok telefon sebelum tidur dulu ye. Sebab ini boleh buat kita jadi ‘ralit’ sampaikan tidak sedar masa terus berlalu sampai ke pagi.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kajian: Suka TIDUR Peluk Bantal Tanda Penyayang & Romantik!
Suami ‘Sedekahkan Masa’ Untuk Isteri Tidur 20 Minit, Bagi ‘Recharge’ Tenaga Dan Emosinya
Info Lebih Meenarik DI SINI
Mudah Lelap, Cuba Amalkan Perkara Ini
TIP BAGI MUDAH TIDUR
Ada sesetengah orang, bila letak sahaja kepala pada bantal, terus lelap.
Malah, ada pelbagai cara buat orang tidur tanpa sedar. Kita tak tahu.
Ada orang yang duduk atau berdiri kalau dah mengantuk pun boleh lena. Mungkin ada juga orang kena baring dalam bilik gelap, baru boleh lena atau kena ada cahaya terang baru boleh lena.
Tapi ada juga orang yang ada masalah susah nak lena sebabnya ada yang berfikiran serabut, faktor usia atau disebabkan penyakit.
Bagi yang ada masalah tidur sebab banyak fikir atau kepala berserabut atau tidak tahu sebab apa, bolehlah cuba amalkan perkara ini:
1. Elakkan mengambil apa-apa makanan atau minuman yang mengandungi kafein di dalamnya. Contohnya kopi, teh, coklat, minuman bergas. Boleh saja ambil tapi masa terkahir adalah sebelum waktu Asar atau 8 jam sebelum waktu tidur (elok set untuk tidur pukul 10 malam).
2. Sibukkan hari anda dengan aktiviti-aktiviti yang aktif. Banyakkan berjalan dan bergerak semasa di tempat kerja atau semasa belajar.
3. Cuba cari masa untuk bersenam pada petang itu. Dapat 30 minit pun dah ok. Senaman yang melibatkan moderate intensity seperti berjoging, berenang, lompat bintang, erobik, yoga, zumba.
4. Pastikan makan malam awal, iaitu sebelum Maghrib atau 4 jam sebelum tidur. Jangan makan yang terlampau berat atau terlampau ringan. Jangan pula tak makan, nanti tengah malam dah lapar.
5. Cuba set up tempat tidur supaya tenang untuk rehat dan tidur. Bersikan tempat tidur. Tukar cadar, letak wangi wangi sikit. Kalau rajin nak ubah posisi katil pun okay sebab setengah orang mood berubah bila posisi berubah.
6. Bila sampai masa tidur, tutup semua lampu atau jika tak biasa, buka lampu tidur sahaja.
7. Setengah orang suka ada muzik. Boleh pasang muzik ada bunyi laut atau hujan atau bunyi
alam.
8. Ada orang yang suka kalau diam-diam. Jadi tutup semua muzik yang ada.
9. Silentkan telefon bimbit anda. Jauhkan semua gajet anda dari katil. Pastikan anda tidak tengok gajet 30 minit sebelum tidur.
10. 30 minit nak tidur, gajet dah letak jauh, cuba baca buku atau terus baring. Jika sudah baring, terus tutup lampu. Boleh juga pakai mask (bukan surgical mask tau)
11. Boleh cuba minum secawan susu panas atau segelas susu sebelum tidur. Insya Allah ia membantu. Perut akan rasa selesa untuk tidur.
12. Solat sunat 2 rakaat atau solat Isyak dulu. Cuba buat dalam suasana lampu kelam kelam gitu.
13. Maafkan semua orang lepas baca doa tidur. Dan cubalah untuk tidur.
Kalau tak boleh juga, bacalah buku jurnal perubatan. Confirm mengantuk
Ramai kan yang ada masalah tidur ni?
Cubalah ya.
Insya Allah boleh.
Kena cuba untuk ajar diri yang kerja boleh diselesaikan esoknya. Malam adalah hari untuk rehat.
Apa apa pun, sabar.
Jika ada banyak kerja pun, sabar. Buat satu per satu.
MW: Mungkin setiap daripada kita ada cara tersendiri untuk mudah tidur. Paling penting, jangan sesekali tengok telefon, kononnya nak bagi ‘mata lali’ dan cepat tidur. Bukan itu caranya.
Sumber: Dr. Erna Nadia
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kongsi Cara Mudah Bersihkan Kipas, Guna Seluar TERPAKAI, Lantai Pun Tak Kotor

Perasan tak, bila duduk ruang tamu, kipas terpasang tapi tak rasa apa-apa pun. Panas tetap sama saja. Bila tengok ke atas rupanya habuk penuh pada bilah kipasnya. Nak bersihkan kipas fikir dua tiga kali sebabnya terlalu tinggi.
Satu hal pula nak bersihkan kipas, dah tentu-tentu habuk akan berterbangan dan kotorkan lantai. Nak kena mop lantai pula.
Ada tak cara yang lebih senang untuk bersihkan kipas tanpa kotorkan lantai. Ini perkongsian daripada Ahamd Syahril yang cukup senang dan mudah untuk mak ayah lakukan di rumah.
Tak perlu risaua habuk berterabur di lantai, hanya gunakan seluar panjang terpakai atau yang sudah koyak untuk bersihkan kipas. Boleh cuba nanti.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Tebuk Dinding, Tak Payah Nak Sapu Atau Bersihkan Lantai Lepas Drill!
Tip Karpet Lebih Bersih & Nampak Baru, Mop Dengan Air Panas!
Info Lebih Menarik DI SINI
Bersihkan Kipas, Lantai Pun Tak Kotor
Saya kongsikan cara mudah nak bersihkan bilah kipas tanpa perlu nak mengotorkan lantai bawah.
Bahan & Caranya:
Seluar trek rosak/koyak
1. Gunakan seluar koyak/rosak yang sudah tidak pakai lagi.
2. Kemudian, ikat di bahagian sebelah seluar.
3. Jangan lupa ikat juga pada bahagian hujung seluar sebelah lagi.
4. Basahkan seluar tadi.
5. Ini adalah kipas yang kotor itu.
9.
6. Masukkan sarung kaki itu ke dalam kipas.
7. Kemudian, tarik seluar tersebut.
8. Kelihatan habuk terperangkap di dalam seluar tadi.
9. Inilah hasil kipas selepas dibersihkan.
MW: Mudah sangat nak bersihkan bilah kipas ni. Boleh cuba nanti ye, lantai pun tak kotor bila guna cara ini.
Sumber: Ahmad Syahril Mohd
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI