Pernah tak anda tawasul bila anda tersepit dalam kesusahan? Ya, memang masih ramai yang salah faham dengan isu tawasul, namun kalau diteliti dengan perkongsian Puan Hafsah Mardhiah ini, anda boleh nilai dan faham sendiri makna tawasul…
Kak Chah nak share cerita kehebatan bertawasul. Kita bertawasul dengan amalan baik kita sendiri untuk meminta bantuan daripada Allah. Semoga sharing ni ada kebaikannya.
Ni kisah Kak Chah sendiri. Tengah hari semalam, tengah syok duk masak kari ikan. Baru sedang menumis 4 beradik dan bawang kisar. Masuk je serbuk kari yang dah dicairkan tiba-tiba…
Tiba-tiba pintu dapur tertutup kuat tolakan angin dari luar. Kak Chah ni rumah tingkat 8. Bila duk rumah tinggi, sekali angin kuat masuk dari sliding beranda terus berdentum pintu.
Selalunya ada letak penyendal pintu yang getah tebal tu lah kan. Tapi dek kerana kuatnya angin, penyendal tu tertolak dan tersekat ketat celah pintu. Memang rare tak pernah jadi camtu.
Pintu Dah Terkunci..
Sekali tengok pintu dah terkunci. Lock dah masuk tapi bahagian bawah pintu tak rapat menyebabkan tombol tak dapat function cam biasa.
Huwaaa. Telefon pun kat luar. Mujur anak kecik, Asma’ sempat masuk dapur sekali. Suami ada kelas dan Reem pulak gi sekolah.
Berpeluh-peluh nak usaha potong getah tebal tu. Nak kena tarik getah tu keluar, barulah tombol boleh function semula.
Ads
Mula dengan gunting dapur, dan pisau besar potong ayam. Tambah dengan alu lesung lagi untuk ketuk pisau. Cuba potong dan tarik keluar. Dah rasa nak putus asa, susah sangat. Bayangkan nak potong getah tebal dan padat tu.Tangan pun dah merah, sakit. Alahaii…
Kalau tunggu suami balik pukul 2.30 petang. Masa tu around pukul 1. Pukul 1.30 janji dengan staff nak amek barang kat lobi bawah. Lepas tu kena amek Reem sekolah. Tak boleh jadi ni.
Kemudian teringat tentang tawasul, terus buat.
“Ya Allah, jika aku ikhlas bersedekah kat pasar baru ni, Kau bantulah aku buka pintu ni”.
Teringat ahad lepas gi Pasar pagi. Baru lepas cucuk duit ada duit lebih kat tangan. Jadi sepanjang dari awal hingga ke hujung semua dapat sikit sorang. Pakcik makcik oku, ada yang kutip derma untuk rumah anak yatim dan Tahfiz, pelajar nak sambung belajar kat Mesir dan derma untuk Kemboja.
Ni Kak Chah share je ye kat kawan-kawan. Tak banyak mana pun kalau nak ikutkan.
Ads
Kemudian tambah lagi tawasul kedua; “Ya Allah, jika aku ikhlas dan tak riak bagi duit raya lebih kat umi abah, Kau bantulah aku untuk buka pintu ni”
Ni masa raya baru ni, ada duit lebih sikit. Jadi dapat bagi duit raya lebih each kat umi dan abah, satu sampul sorang.
Akhirnya Pintu Dapat Dibuka
Allahuakbar, alhamdulillah. Tak lama lepas tu elok je getah tu berjaya dipotong sampai hancur dan ditarik keluar. Tengok lah gambar tu. Bila pintu dapat tutup rapat, automatik tombol berfungsi semula.
Elok-elok je pukul 1.30 pintu dapat dibukak. Setengah jam jugak lah duk potong menda alah tu. Elok je boleh jumpa staff kat bawah dan kemudian amek Reem kat sekolah, 5 minit driving.
Lega yang amat, tapi letih macam nak pengsan. Haha. Gitu lah ceritanya tentang tawasul ni.
Ads
Sebelum ni pun pernah jadi. Gelang Pandora Emas Kak Chah terbuka dan terkeluar semua 8 biji charm & beads yang kecik tu. Alhamdulillah dapat jumpa semula semua lepas bertawasul. Yang hebat tu Allah.
Makna Tasawul..
Erti Tawasul adalah mendekatkan diri atau memohon kepada Allah SWT dengan melalui wasilah (perantara) yang memiliki kedudukan baik di sisi Allah SWT.
وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَة
Ertinya : Dan carilah jalan yang mendekatkan diri ( Wasilah ) kepada-Nya. (Al-Maidah:35).
Ingat lagi kisah 3 pemuda yang terperangkap dalam gua? Ada hadis sahih riwayat Imam Bukhari Muslim tentang cerita itu. Bagaimana ketiga-tiga pemuda bertawasul mohon Allah gerakkan batu besar yang jatuh dan menutup pintu gua hingga mereka dapat keluar semula.
Berkata seorang daripada mereka, “wahai hamba Allah, demi Allah, tidak ada yang dapat menyelamatkan kita sekarang ini kecuali Allah Swt. Barangkali ada amal paling baik yang pernah kita lakukan yang dapat kita kemukakan kepada-Nya untuk menyelamatkan kita dari musibah ini”.
Nak baca detail apa amalan baik mereka, google: Kisah 3 pemuda terperangkap dalam gua.
Ada ayat Quran dan hadis dalil tentang tawasul ni. Ni korang boleh study.
Semua pun daripada Allah, kita mintak dengan Allah jua. Selamat beramal kawan-kawan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menegaskan tiada kes Sporadic Covid-19 di Malaysia. Ini kerana, pesakit yang diperkatakan dari kes sporadic sebenarnya ada menyertai Ijtimak Tabligh di Sri Petaling.
Apa itu kes Sporadic? Ia merupakan kes di mana individu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke mana-mana kawasan terjejas wabak dan tidak pernah berhubung dengan kontak rapat Covid-19.
Semalam, viral di media sosial mengenai kes terpencil (sporadic) yang dikesan berlaku dalam negara. Yang mana, disiarkan pesakit tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang alami wabak dan tiada kontak dengan pesakit Covid-19.
Ianya berentetan apabila kementerian menjalankan pengawasan terhadap 600 sampel yang diambil daripada individu yang mempunyai gejala influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI)
Jumlah Kes Sehingga 12 Mac 2020
Sehingga semalam, daripada statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, terdapat 9 kes baru disahkan positif penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19).
Pertambahan ini menjadikan jumlah kes terkumpul di Malaysia sebanyak 158 kes.
Daripada jumlah ini,
Sebanyak 26 kes dikesan di kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan Covid-19
127 kes dari kalangan kontak rapat
2 kes dalam kalangan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) melalui survelan COVID-19
1 kes dalam kalangan penyakit seperti Influenza (ILI) melalui survelan Covid-19
2 kes dari Misi Bantuan Kemanusiaan
6 kes telah pulih, menjadikan sejumlah 32 kes telah dicaj daripada wad. Manakala, 3 kes sedang di rawat di Unit Rawatan Rapi dengan bantuan alat pernafasan dan dalam keadaan stabil.
Sehubungan itu, KKM menasihatkan mana-mana individu yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor pada 27 Februari 2020 hingga 3 Mac 2020 menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berhampiran.
Tujuannya untuk penilaian risiko jangkitan Covid-19, dan untuk tindakan PKD selanjutnya iaitu :
* diambil sampel klinikal jika didapati berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 atau sekiranya bergejala jangkitan saluran pernafasan; * menerima Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah bagi menjalani pengawasan dan pemantauan di rumah; dan * diperjelaskan keperluan memantau kesihatan diri menggunakan Home Assessment Tool yang akan diberikan oleh Pegawai Diberikuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Orang awam yang turut berhimpun juga digesa memberikan kerjasama dan patuhi nasihat KKM ini agar tiada penularan jangkitan Covid-19 pada masyarakat umum.
“Demi menjaga keharmonian, janganlah sesuka hati menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan jangkitan Covid-19 yang melibatkan perhimpunan tabligh ini.” Demikian pesan KKM.
MW : Sesungguhnya ini ujian tuhan beri untuk kita semua berfikir dan melihat dengan mata hati akan kekuasaanNya dan rahmatNya. Marilah letakkan pergantungan diri kita padaNya. Moga dilindungi dan dijauhkan daripada wabak berbahaya ini.
Pelakon jelita, Afifah Nasir berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak sulung lelaki, hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, Syed Hariz.
Berita itu dikongsikan Afifah menerusi satu majlis ‘gender reveal’ yang berlangsung dalam suasana penuh intim bersama keluarga terdekat. Dalam hantaran Instagram miliknya, Afifah, 32, meluahkan rasa syukur apabila impiannya memiliki cahaya mata lelaki akhirnya menjadi kenyataan.
Turut kelihatan memeriahkan majlis gender reveal tersebut sudah semestinya keluarga kedua belah pihak yang tidak sabar mengetahui jantina bayi pasangan ini.
“Bila sesuatu itu sudah tertulis untuk kita, doa yang tak terluah pun boleh jadi kenyataan,” tulisnya menyentuh hati.
Menurut pelakon drama Pengantin Satu Malam itu, suaminya, Syed Hariz sememangnya menyuarakan hasrat untuk menikmati fasa bulan madu sepenuhnya pada tahun pertama perkahwinan mereka sebelum menimang cahaya mata.
“Hariz pernah beritahu saya, dia mahu tahun 2024 hanya tertumpu pada kami berdua saja dan berharap menimang cahaya mata pada tahun 2025,” ujar Afifah.
Syed Or Sharifah?
Ternyata, perancangan yang disusun dengan baik itu dipermudahkan Allah SWT dan kini pasangan bahagia itu sedang menantikan kehadiran seorang bayi lelaki yang pastinya akan menyerikan lagi rumah tangga mereka.
“Alhamdulillah, semuanya menjadi kenyataan dengan kehadiran seorang bayi lelaki, seorang Syed. Nikmat Allah memang tak terhitung,” tambahnya penuh syukur.
Genap Setahun, Hadiah Terindah
Afifah dan Syed Hariz sah bergelar suami isteri pada 5 Mei 2024, selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan. Genap setahun perkahwinan mereka, hadirnya zuriat pertama ini ibarat hadiah paling bermakna buat pasangan bahagia ini.
Semoga urusan kehamilan Afifah dipermudahkan dan kehadiran cahaya mata sulung ini menjadi pelengkap kasih sayang dalam rumah tangga mereka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suatu hari, setiap kita yang bernyawa pasti akan kembali kepadaNya. Namun, kita tidak tahu bagaimana pengakhiran kita. Kadang-kadang, kita mendengar macam-macam cerita tentang jenazah yang diuruskan. Baik atau buruk adalah bergantung kepada amal ibadah kita semasa di dunia. Harapnya, kita kembali kepadanya dengan pengakhiran yang baik. Aamiin.
Terkesan saya sewaktu mengiringi jenazah lelaki mualaf ini ke tanah perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam ini..
Masakan tidak..
Ketika hendak bergerak dari bilik wakaf hujan turun sepanjang jalan..
8 orang rakan saya turut ikut bersama untuk menemani jenazah dari bilik wakaf..
4 rakan lagi dari shah alam sudah menunggu di tanah perkuburan hadir untuk menyambut kedatangan jenazah..
2 dari 4 rakan yang tunggu di tanah perkuburan datang dengan menaiki motosikal kerana baru habis berkerja di sekitar shah alam biarpun hujan..
Terkesannya saya apabila hampir tiba di tanah perkuburan..
Hujan tiba tiba berhenti seperti memberi laluan kepada kami yang sedang membawa jenazah tiada waris ini..
Walhal sebelumnya hujan agak lebat..
Setiba di tanah perkuburan tiada langsung kelihatan air hujan yang turun..
Air pun tiada yang bertakung di dalam liang lahad untuk jenazah mualaf ini..Sebenar kami tahu allah menghantar kami untuk membantu arwah..
Allah juga menghantar kami untuk menemani arwah hingga ke kubur menggantikan ahli keluarga asalnya..
Dari apa yang saya lihat..
Biarpun sewaktu hidup arwah melalui ujian ujian yang berat..
Sewaktu kematiannya allah gantikan dengan sesuatu perkara yang lebih baik..
Ini kerana sebelum di kebumikan lagi sudah terlihat..
Selepas berada di alam baru siapa tahu bagaimana pula nikmat syurga yang bakal allah sajikan untuk saudara baru kita itu?
Dari awal mengambil jenazah hingga di kebumikan pun saya sendiri sudah perasan..
2 jam sahaja masa yang di perlukan untuk urus jenazah saudara baru kita ini..
Dari mula kami ambil di bilik mayat..
Kami bawa ke bilik wakaf untuk lalui proses mandi kafan dan solat..
Sehingga lah arwah selamat di kebumikan..
Pengurusan jenazah ini berjalan dengan cepat dan mudah..
Jenazah di bawa turun ke liang lahad pun 2 rakan kami yang berbaju hijau bantu sambut..
Lihat sahaja dalam gambar yang saya kongsikan di bawah..
Bukti arwah tidak berkeseorangan di hari terakhirnya dari alam dunia menuju ke alam kubur..
Semua perkara berjalan semudah a b c..
Percaya atau tidak itu terpulang ya..
Tetapi kami yang menguruskan jenazah dapat lihat dengan mata kami sendiri..
Segala urusan allah mudahkan sebaik baiknya..
Cuma di kubur tadi saya ada terfikir..
Bagaimana pula pengakhiran kita suatu hari nanti jika di takdirkan ajal maut datang menghampiri..
Sedih juga rasanya bila tiada seorang pun ahli keluarga yang mengambil tahu saat kita sudah mati..
Dan bila lihat jenazah itu tadi keseorangan..
Terbayang pula seolah olah itu adalah jenazah saya sendiri..
Perkongsian tentang apa yang saya sendiri lalui hari ini lebih kepada untuk muhasabahkan diri..
Mungkin perkongsian saya ini boleh di ambil sebagai iktibar untuk anda juga..
Amalan kita di dunia menentukan hala tuju kita sama ada memilih untuk ke syurga atau ke neraka..
Banyakkan membuat kebaikan selagi kita di beri peluang untuk bernafas di atas dunia..
Tidak terlambat untuk kita membetulkan apa yang salah..
Berhijrah dari melakukan perkara yang mungkar kepada perkara yang di redhai..
Apapun amanah yang allah swt beri kepada kami sudah pun kami tunaikan..
Tarikh kematian arwah yang tercatit di dalam permit kematian ialah pada 10 februari 2020..
Setelah hampir 3 bulan menunggu..
Saudara baru seislam kita iaitu arwah Mohamad Najib Bin Abdullah 39 tahun akhirnya dapat di semadikan di rumah baru yang lebih kekal dan tenang..
Al-fatihah!
MW: Kita tidak tahu, dugaan dan ujian semasa hidup dulu dilalui dengan sabar dan sentiasa bersyukur akan dibalas dengan pengakhiran yang baik. Moga kita semua meninggal dalam husnul khotimah dan dijauhi daripada azab kubur.
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan...