Setiap wanita tidak lari daripada masalah. Setiap kali berdepan dengan masalah, jangan ambil masa yang lama untuk berfikir atau selesaikannya. Masalah jika terlalu difikirkan lama-lama akan merosakkan jiwa.

Oleh itu cuba latih diri dan kawal keadaan agar anda tak terbawa-bawa. Mungkin teknik ini dapat membantu anda melupakan masalah yang dihadapi.

Ikuti perkongsian, Saidatul Husna :

(Jangan Lama Sangat Fikirkan Masalah Dalam Hidup. Guna 3 Teknik Ini)

Malam semalam saya tak dapat tidur. Puas berpusing kiri dan kanan, tetap mata tak mahu lelap, lihat jam dah pukul 2 pagi.

Saya pun termenung, pegang buku tak boleh baca, pegang telefon tak tahu nak tekan apa. Sampailah datang satu perasaan yang saya tak dapat nak jelaskan. Sesuatu yang rumit, yang kompleks. Something deep, a soul matter.

Perasaan itu halus, menusuk jauh ke lubuk hati. Jadi saya layankan saja. Nikmati.. menjiwai. Perasaan yang silam. Yang saya sangat rindukan. Yang berhubung dengan jiwa dan kenangan.

Dalam keasyikan itu, ada air mata mengalir, saya tak sekat. Tangisan yang bukan kesedihan, bukan hampa, bukan kecewa, hanya rindu. Rasa itu sekejap saja.
Dalam setengah jam. Kemudian pergi. Bila dah tiada, vibration itu pun hilang, tak rasakan lagi dah. Akhirnya saya tenang dan boleh tidur dengan lena.

IKLAN

Menangis Jadi Hobi

Ada orang kata apa nak hairan, orang perempuan memang begitu. Menangis dah jadi hobi. Sebenarnya tak juga. Orang lelaki pun sama. Kita kan manusia, bukan robot. We need balancing human system.

Sebenarnya signal begini penting walau nampak macam tak ada apa-apa. Diri kita ada 6 komponen asas dan 3 daripadanya adalah jasad, minda dan jiwa.

Setiap hari kita fokus pada jasad dan minda. Kita sering abaikan yang ketiga iaitu jiwa. Sebenarnya jiwa pun ada fungsi sendiri selain untuk spiritual mereka bekerja dalam dunia yang kita tidak nampak contohnya perasaan, getaran, tenaga, dan gelombang.

Sebab tu bila jiwa terusik kena kenal pasti apa yang mengganggu. Macam semalam sebenarnya saya rindukan kenalan yang sudah meninggal. Hubungan kami sangat rapat sampai ambil masa yang lama untuk saya move on menerima pemergian dia.

Jadi bila teringat, bimbang juga ia melarat sampai tak boleh tidur dan tak dapat buat kerja lain. Sebab nak jaga energi, saya gunakan teknik yang dipanggil Flashback Schedule Time.

IKLAN

3 Teknik Yang Bagus

Teknik ini bagus untuk anda yang pentingkan energi dalaman supaya tidak terkesan dengan suasana luaran. Apalah Flashback Schedule Time ini? Ada 3 langkah semuanya.

1) Kenal pasti emosi
Tentukan emosi apa anda rasa pada waktu itu. Rindu, sedih, takut, gembira, resah, kecewa atau marah.

2) Set timing.
Tentukan berapa minit anda nak layan perasaan itu. 5 saat? 1 minit? 10 minit? 20 minit? Setengah jam? Ini paling penting dan perlu jiwa kental untuk buat keputusan.

Memandangkan saya lapang semalam, sampai 2 pagi saya tak dapat tidur. Jadi saya decide layan perasaan tu lama sikit. Sampai setengah jam.

IKLAN

3) Release and thank you.
Selepas habis timing itu, boleh berhenti dan fokus pada benda lain.
Pesan dekat diri waktu untuk rindu, teringat, nak marah, nak nangis dah habis. Terima kasih ya Allah atas pengalaman ini. Saya bersyukur dan saya doakan kebahagiaannya dan semua orang.

Kemudian bangkit dan buat aktiviti lain

Flashback Schedule Time ini boleh digunakan pada semua keadaan. Sama ada terkilan lepas bos marah, atau sedih lepas putus cinta, kecewa dengan pasangan, ujian yang melibatkan manusia dan sebagainya.

Dalam suasana gembira pun kita boleh buat teknik ini untuk fokus hal lain tanpa gangguan emosi.
Setiap emosi kena lawan dengan tindakan. Jika lama sangat main perasaan, kita akan penat. The fastest you move, the fastest you anchor the ending. Paling best bila dah biasa, benda ini dah jadi rutin.

Cubalah dulu. Orang perempuan bagus amalkan, jiwa pun lebih kental, lebih terarah, terkawal dan yang paling penting, energi kita terjaga. Selebihnya tawakal, Allah akan bantu.

#Metanoia
#LiveLifeFully

Sumber: Saidatul Husna

MW: Setiap daripada kita tidak kiralah wanita atau lelaki mempunyai masalah masing-masing dalam hidup. Memang tidak boleh lari, tetapi kita sudah tentu boleh mengawal dan menyelesaikannya jika kena cara serta teknik. Oleh itu, jangan biarlah masalah membelenggu diri anda buat selamanya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI