Sebelum ini tentu kita berfikir dua kali sama ada ingin meneruskan hasrat untuk membeli rangkaian telefon Huawei kerana peranti HUAWEI kini tidak lagi disertakan dengan aplikasi Google.
Sekarang, kita tidak perlu bimbang kerana HUAWEI telah memperkenalkan gedung aplikasinya tersendiri iaitu HUAWEI AppGallery untuk semua perantinya.
Jadi walaupun tanpa google tiada masalah, Huawei AppGallery akan sempurnakan kehidupan kita semua. Amat memudahkan, kebanyakan aplikasi yang sering digunakan di negara ini terdapat di AppGallery.
Dengar sahaja mungkin membuatkan anda tertanya-tanya apakah yang menarik tentang HUAWEI AppGallery? Tonton video ini membandingkan Google Play Store vs HUAWEI AppGallery :
Apa yang perlu kita tahu adalah kini pengguna tidak perlu risau lagi kerana apa saja aplikasi dan perkhidmatan Google Play Store, Huawei AppGallery juga mempunyai aplikasi dan fungsi yang serupa.
Jika Google Play Store hanya terkenal dengan aplikasi Gmail, berbeza sekali dengan aplikasi emel HUAWEI, ia mampu menyambungkan lebih daripada satu domain emel termasuklah Gmail.
Perkara ini dalam bahasa mudahnya dapat membantu pengguna mengakses emel peribadi dan pejabat dengan hanya satu aplikasi.
Di samping itu, peranti mudah alih HUAWEI AppGallery juga memiliki fungsi dan aplikasi lain yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita setaraf dengan Google iaitu:
HUAWEI Cloud
HUAWEI Cloud menyediakan kemudahan penyimpanan sehingga 50GB percuma selama setahun berbanding Google yang hanya menyediakan storan 15GB percuma.
Ads
HUAWEI Video dan HUAWEI Music
Bagi menandingi Google Play Music dan aplikasi Google Movie & TV, HUAWEI Video memberikan akses premium percuma selama tiga bulan.
HUAWEI MEETime
Biar pun kita dalam keadaan pencahayaan rendah atau keadaan rangkaian yang lemah, HUAWEI MEETime tetap memberikan prestasi audio dan resolusi video yang stabil dengan peranti HUAWEI lain.
Dalam masa yang sama, pengguna juga dapat berkongsi skrin dengan rakan bagi mendapatkan pandangan untuk membeli-belah atau membantu mak,ayah menggunakan telefon mereka dengan menunjukkan langkah demi langkah.
Selain itu, HUAWEI MEETime juga mengizinkan pengguna menikmati panggilan yang menarik, pertemuan yang produktif dan pemandangan berlainan biarpun hanya di alam maya.
Di samping itu, aplikasi HUAWEI Theme atau Member Center juga merupakan kelebihan HUAWEI AppGallery yang tidak dimiliki Google semata-mata diwujudkan bagi memenuhi semua keperluan pengguna.
Ads
HUAWEI AppGallery dikenali secara berterusan memberikan faedah tanpa henti kepada pengguna seperti menawarkan pelbagai ganjaran dan faedah yang dapat ditebus dari AppGallery.
Di samping itu, aplikasi HUAWEI Theme atau Member Center juga merupakan kelebihan HUAWEI AppGallery yang tidak dimiliki Google semata-mata diwujudkan bagi memenuhi semua keperluan pengguna.
HUAWEI AppGallery dikenali secara berterusan memberikan faedah tanpa henti kepada pengguna seperti menawarkan pelbagai ganjaran dan faedah yang dapat ditebus dari AppGallery.
HUAWEI telah memperkenalkan satu ciri baru iaitu Quick Apps yang terdapat di HUAWEI AppGallery yang membenarkan pengguna menggunakan mana-mana aplikasi di bahagian Quick Apps tanpa perlu memuat naik lagi.
Quick Apps ialah fungsi eksklusif yang dicipta HUAWEI di pasar aplikasi mereka, AppGallery.
Ads
Berfungsi sama seperti aplikasi lain tetapi pengguna tidak perlu membuang masa dan data untuk memuat turun aplikasi kerana ia boleh berfungsi serta merta.
Jangan ketinggalan, sebilangan besar aplikasi popular yang sering digunakan rakyat Malaysia kini terdapat di Huawei AppGallery.
Dengan kepelbagaian aplikasi yang ditawarkan AppGallery, menggunakan peranti HUAWEI pastinya akan lebih menyeronokkan dan mudah.
Dapatkan produk terbaru (HUAWEI Siri P40, HUAWEI MatePad Pro, HUAWEI Watch GT2e) di HUAWEI Online Store
“Menunggu kepulangan yang tak pernah pulang.” Syahdu suami pergi selepas tiga hari isteri tamat pantang. Beratnya ujian wanita yang dikenali dengan panggilan Jue Azur ini.
Kehilangan suami yang menjadi tempat bergantung harap, sementelah perkahwinan baru saja setahun jagung pasti saja cukup menguji.
Lebih menyedihkan sang suami pergi di saat pasangan ini bahagia menerima cahaya mata pada Februari lalu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul segala kenyataan yang memilukan ini.
Menunggu Kepulangan Yang Tak Pernah Pulang
Perkongsian Jue Azur di akaun Tiktok meraih pelbagai reaksi netizen. Ramai yang mendoakan wanita ini terus kuat berdepan dengan takdir ini.
@jueazur terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya.. semoga doa itu di angkat Allah swt.. semoga syurga buat suami saya.. esok jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi.. Allah syg sebab tu Allah uji.. terima kasih 🙏🏼 #fyp#fypシ♬ suara asli – musicstory._
Malahan tak kurang juga yang turut sama berkongsi kisah yang sama yakni kehilangan suami di saat mengandung dan baru mendirikan rumah tangga.
Ternyata kesakitan dan kesedihan yang dialami ini turut dikongsi oleh wanita-wanita yang senasib dengannya. Rata-rata antara mereka mendoakan agara Jue Azura terus kuat dan menyatakan dia tidak keseorangan.
Selepas Tiga Hari Isteri Pantang
Punca pemergian suami Jue Azur bagaimanapun tidak dijelaskan namun terdapat beberapa komen daripada sahabat dan juga saudara arwah yang menyatakan dia pergi kerana terkena buatan orang.
Sejauh mana kebenaran itu tidak dapat dipastikan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan dalam masa yang sama Jue Azur terus kuat menghadapi ujian ini.
Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi semestinya penampilan ingin serba serbi sempurna. Selain baju raya yang glamor digayakan, wajah juga ingin kelihatan cantik berseri-seri. Rias solekan anggun dan bergaya bagaikan selebriti pastinya penambah seri di Aidilfitri nanti.
Pada Hari Raya pula kebiasaannya waktu berkumpul seisi keluarga merupakan saat yang amat dinanti-nantikan. Malah sesi bergambar bersama-sama pada pagi raya pula pastinya menjadi satu ‘kewajipan’ untuk dijadikan memori manis untuk dikenang nanti. Di samping kunjungan ke rumah terbuka dan menziarahi sanak saudara dan rakan taulan.
Oleh yang demikian, solekan sempurna amat penting dalam melengkapkan lagi kemeriahan Hari Raya nanti supaya tampak lebih cantik dan tampil berkeyakinan diri.
Macam-macam barang mekap, produk kecantikan dan penjagaan diri yang perlu digunakan setiap hari supaya selalu nampak cantik dan berseri-seri.
Namun sebagai wanita kena bijak merebut peluang, promosi dan pelbagai diskaun hebat yang ditawarkan supaya lebih jimat dalam berbelanja. Lebih-lebih lagi zaman ekonomi serba mencabar ini.
Jimat Berbaloi Beli Di SaSa Dengan GrabMart
Sebenarnya pembelian jadi lebih mudah, pantas dan jimat apabila beli di SaSa menerusi GrabMart. Tak perlu lagi keluar rumah untuk beli barangan mekap, produk kecantikan dan penjagaan diri, hanya perlu tekan-tekan dihujung jari.
Pilih barangan SaSa yang berkenan di hati dan boleh terus buat pembayaran secara ‘online’. Lebih menarik, pembelian barangan menerusi GrabMart akan dihantar dalam masa 30 minit.
Memang jimat dah berbaloi bila beli barangan mekap dan penjagaan diri di SaSa ni. Boleh nikmati banyak diskaun hebat. Ini antaranya;
1. Produk Solekan Mata
Dapatkan solekan alis mata menawan dan bulu mata lentik raya ini dengan penggaris mata dan maskara hebat.
Beli Cyber Colors-Ultra Stay Fine Liner(01 Jet Black) boleh jimat RM20.50 dengan diskaun 30%. Harga asal RM69 kini selepas diskaun hanya RM48.30.
Beli Cyber Colors Feather Tutu Magic Mascara (Black) dapat diskaun 30% boleh jimat RN37.50. Harga asal RM125 kini selepas diskaun hanya RM 87.50.
2. Produk Penjagaan Kulit Wajah
Lindungi kulit wajah dari sinaran matahari raya dengan krim tabir suria lengkap SPF raya ini supaya kulit kekal sihat dan bebas jeragat.
Beli Dr G Hydra Intensive Blemish Balm SPF 30 dengan diskaun 20% boleh jimat RM31. Harga asal RM155 kini selepas diskaun hanya RM124.
Seharian berjalan raya menziarahi sanak saudara dalam cuaca panas, lembabkan kulit wajah yang kering dengan ‘mask’ yang mempunyai kelembapan semulajadi supaya kulit lebih lembut dan anjal.
Beli La Estephe-Caulerpa Lentilifera Hydrating Mask dengan diskaun 50% boleh jimat RM54.50. Harga asal RM109 kini selepas diskaun hanya RM54.50. Memang paling berbaloi.
3. Produk Penjagaan Badan
Melegakan kulit kering mahupun kesan terbakar akibat sinaran matahari, pastikan gel aloe vera ini wajib ada raya nanti untuk disapu pada wajah mahupun badan.
Beli Soo Beaute-Aloe Vera99% Advanced Soothing Gel dengan diskaun 30% boleh jimat RM16.50. Harga asal RM55 kini selepas diskaun hanya RM38.50.
Hari raya nanti penampilan diri dan wajah pasti lebih berseri-seri apabila solekan anggun sempurna dengan menggunakan produk daripada SaSa ini. 5 pilihan barangan ini hanya perlu bayar RM352.80 berbanding jumlah harga asal keseluruhan RM522. Disamping diskaun sehingga RM3 untuk kos penghantaran jika melanggan GrabUnlimited. Memang untung kan!
Bukan itu sahaja, antara produk lain yang menarik dan menawarkan diskaun hebat di SaSa seperti.
4.Wangian
Penampilan diri raya ini pasti lebih sempurna dengan wangian semerbak harum sebagai pelengkap diri.
Dapatkan minyak wangi Tous-Love Me EDP 30ml dengan diskaun 20% boleh jimat RM50. Harga asal RM250 kini selepas diskaun hanya RM200.
Beli minyak wangi Tous-Love Me The Onyx EDP 30ml dengan diskaun 40% boleh jimat RM100. Harga asal RM250 kini selepas diskaun hanya RM150.
5. Produk Penjagaan Rambut
Raya ini pastikan rambut tetap harum, lembut dan bersih supaya lebih selesa bertemu sanak saudara nanti.
Dapatkan syampu rambut Flor De Man-Fresh Milk dengan diskaun 40% boleh jimat RM32.80. Harga asal RM82 kini selepas diskaun hanya RM49.20.
6. Pembersih Solekan
Setelah seharian mengenakan solekan di hari raya, jangan lupa bersihkan wajah kembali dari sebarang kekotoran kesan mekap.
Dapatkan Cyber Colors-Makeup Remover Wipes (Grapefruit) dengan diskaun 20% boleh jimat RM7. Harga asal RM35 kini selepas diskaun hanya RM28.
Memang penjimatan berbaloi-baloi apabila beli barang mekap, produk kecantikan dan penjagaan diri di SaSa menerusi GrabMart ini!
Malah tak perlu lagi pergi beli sendiri, kena cari parking, bersesak atau beratur di kaunter. Bukan sahaja dapat banyak diskaun dan promosi hebat, malah barang-barang yang dah dibeli di SaSa menerusi GrabMart boleh terus sampai depan pintu rumah dengan khidmat penghantaran percuma menerusi langganan GrabUnlimited! Memang menarik, lebih jimat masa, tenaga, wang ringgit dan sangat berbaloi!
Tunggu apa lagi? Dapatkan barang mekap, produk kecantikan dan penjagaan diri di sini:
Acer Malaysia baru-baru ini meraikan barisan produk baharu untuk penjagaan rambut tersendiri diberi nama Acerpure Beauty, untuk meningkatkan rutin rumah kepada tahap
profesional dengan mudah.
Pada masa yang sama, Acerpure juga menambah fungsi lampu malam kepada
penapis dan pengedar udara Acerpure Cool C3, menekankan komitmen mereka dalam peralatan rumah yang inovatif. Acerpure, sebuah anak perusahaan Acer Group, membuat debut antarabangsanya dengan barisan produk penapis udara di tahun 2020.
“Kami kekal maju dalam misi kami dalam ‘Meningkatkan Kualiti Kehidupan Manusia’ dengan menyediakan penyelesaian yang inovatif untuk meningkatkan pengalaman harian. Tahun ini, kami gembira memperkenalkan barisan produk baharu, Acerpure Beauty, kepada rakyat Malaysia”.
Produk-produk baharu ini melengkapkan barisan produk penapis udara, penapis air, kipas, dan penyapu vakum tersedia kami, mencerminkan dedikasi Acerpure dalam menggabung teknologi canggih dengan fungsi seharian untuk meningkatkan kemudahan dan keselesaan dalam hidup,” ujar Johnson Seet, Pengarah Perniagaan Pengguna, Produk dan Pemasaran.
Acerpure Beauty HD2 DS744-10W merupakan sebuah alat pengering dan penggayaan rambut ionik 2-dalam-1 yang menggabung kuasa, ketepatan, dan perlindungan dalam reka bentuk yang anggun dan ringan. Ia menunjukkan kepesatan teknologi penjagaan rambut dan membolehkan dandanan rambut tahap profesional yang lebih sihat dan mudah untuk para pengguna.
Peranti ini dilengkapkan dengan motor DC tanpa berus 110,000 RPM, menghembus isi padu udara sehingga 16L/s untuk pengeringan yang cepat lagi senyap walaupun di kuasa yang tertinggi. Kesempurnaan rabut seakan sutera boleh dicapai berkat teknologi
220 juta anion konsentrasi tinggi yang mengurangkan keriting.
Alat pengering dan pengayaan rambut 2-dalam-1 ini beralih antara udara panas dan sejuk dengan pintar untuk mengelakkan kerosakan rambut dari haba dan menyediakan dandanan yang lebih selamat dan konsisten, dicapai melalui Mod Hair Care AI.
Para pengguna boleh menggunakan Mod AI dengan menekan butang haba untuk tiga saat. Lampu penunjuk haba akan berkelip ketika mod ini diaktifkan.
Pengawal haba 75°C pintar mengukur haba lebih dari 1,000 kali setiap saat, dan mengawal haba melalui sistem cip kawalan berprestasi tinggi untuk penjagaan rambut yang halus. Datang dengan tujuh aksesori dandanan yang boleh dipasang, para pengguna boleh menciptakan pelbagai gaya rambut, dari rambut yang lurus anggun kepada bergelombang besar dengan senang.
Fungsi Pembersihan Pintar
Ia juga dilengkapkan dengan fungsi Pembersihan Pintar yang membalikkan aliran udara untuk membersihkan habuk dan mengekalkan prestasi terunggul dengan senang.
Hanya seberat 400g, reka bentuk ergonomik Acerpure Beauty HD2 DS744-10W menawarkan keselesaan dan pengawalan yang unggul untuk mengurangkan keletihan di tangan ketika penggunaan.
Acerpure Beauty HD2 DS744-10W, di samping tujuh aksesori dandanannya, dibungkus dengan kemas dalam kotak perjalanan, menjadikannya sesuai untuk melancong.
Tersedia dengan segera dari eKedai Acer, kedai rasmi Acerpure dalam Shopee, Acerpure Beauty HD2 DS744-10W dijual dengan harga rasmi RM999.
Teman Bilik Tidur untuk Udara Tulen
Selain alat pengering dan penggayaan rambut pintar 2-dalam-1, Acer Malaysia turut memperkenalkan Acerpure Cool C3 – peranti padat yang berguna sebagai penapis udara, pengedar udara, dan lampu malam, mengekalkan udara yang sejuk dan bersih dalam rumah.
Aliran udara berputar 3D membolehkan penyejukan yang cepat, manakala penapis HEPA 3-dalam-1 memerangkap alergen, bakteria, dan virus, memastikan udara dalam ruang yang lebih bersih dan sihat. Dengan fungsi lampu malam, peranti ini juga membantu menciptakan persekitaran tidur yang selesa, menjadikannya penyelesaian serba boleh yang membantu kanak-kanak tidur dengan selesa.
Ciri-ciri mesra pengguna seperti penyelarasan ketinggian manual, perputaran horizontal automatik, dan pengawal jarak jauh magnetik meningkatkan kemudahan. Dengan tahap bunyi serendah 25dB, kesenyapannya menjadikannya sesuai untuk bilik tidur dan bilik kanak-kanak.
Tersedia dengan segera dari eKedai Acer, kedai rasmi Acerpure dalam Shopee, Acerpure Cool C3 dijual dengan harga rasmi RM999.
Promosi Pelancaran
Sempena pelancaran Acerpure Beauty HD2 DS744-10W, Acer Malaysia menawarkan promosi eksklusif dari 26 sehingga 29 September 2024 di jerayawaranya di Pavilion Bukit Jalil (Tingkat 2 Zon Oren).
Para pengguna boleh menikmati potongan harga istimewa sebanyak RM250 di atas produk-produk baharu ini dan potongan harga sehingga RM1,350 untuk produk-produk terpilih.
Selain itu, para pengguna yang membeli model-model terpilih akan layak untuk tawaran beli dengan beli, membolehkan mereka untuk membeli alat pengering rambut Acerpure Beauty HD364-10W yang bernilai RM159, untuk hanya RM59. Hanya perlu berbelanja lebih dari RM500 dalam satu resit, pengguna berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah termasuk hadiah utama penapis air Acerpure Aqua bernilai RM3,599.
Untuk maklumat lanjut, sila melawat Facebook Acerpure malaysia @AcerpureMY atau hubungi talian info produk Acer di 1800-88-1288 (9am-6pm), Isnin sehingga Jumaat, atau emel ke ama.marcom@acer.com.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu hampir kehilangan anak kerana sebiji belon, sambutan hari jadi bertukar tragedi. Hari yang sepatutnya dipenuhi gelak tawa dan kenangan manis bertukar menjadi detik...