Tanggalkan ‘Rambut’ Halus Pada Wajah Dengan Masker Lemon Gula, Tak Sakit!

Tanggalkan ‘rambut’ halus ada pelbagai cara sama ada tradisional atai moden. Cuma ada yang cara yang agak menyakitkan. Apa pun, ‘rambut halus’ pada wajah pasti membuatkan wanita yang mengalaminya rasa tak selesa.

Tak dinafikan, ada wanita yang memiliki bulu tubuh yang lebih banyak daripada wanita normal lain, misalnya bulu halus di atas bibir dan di betis. Dunia kecantikan menganggap bulu-bulu halus pada wajah umpama kumis itu mengganggu penampilan seseorang wanita sehingga menimbulkan rasa malu dalam diri.

Antara yang sering dilakukan untuk menghilangkan masalah bulu halus pada wajah seperti:

Plucking

Istilah plucking adalah mencabut bulu dengan penyepit. Menurut Lavanya Khrisnan, M.D, seorang dermatologist dari San Fransisco, jika ingin mencabut bulu dengan penyepit sebaiknya diaplikasikan pada bulu yang tipis atau kecil seperti di kawasan alis dan dagu.

 Waxing

Cara waxing (mencukur) memang dapat dianggap praktikal dan berkesan menghilangkan bulu pada seluruh wajah. Tapi, menurut Michelle Yagoda, M.D, seorang cosmetic surgeon di New York, waxing boleh menyebabkan iritasi kerana pemakaian produk di kulit wajah. Teknik waxing juga dapat membuat kulit menjadi kemerahan bahkan mengalami keradangan.

Shaving

Aktiviti shaving bulu di wajah memang lebih popular di kalangan lelaki dan wanita juga boleh melakukannya untuk menghilangkan bulu pada wajah wajah. Tip penting daripada Anthony Sosnick yang merupakan shaving expert iaitu sebaiknya lakukan shaving saat sedang mandi atau sesudah mandi supaya kulit tetap terasa lembut sehabis mencukur bulu.

Threading

Bukan semua orang berani melakukan threading untuk menghilangkan bulu pada wajah. Dengan menggunakan benang yang ditarik-tarik di wajah memang boleh menimbulkan efek sakit pada kulit.

Kalau anda ingin menghilangkan bulu dengan lebih lama maka rawatan itu boleh  dicuba. Cahaya daripada laser yang terserap oleh kulit dapat menghilangkan bulu sampai ke akarnya. Tapi, perlu mempertimbangkan berbagai hal sebelum melakukan laser seperti harga dan efek pada kulit.

IKLAN

Oleh itu, cara alternatif boleh dijadikan pilihan, iaitu dengan menggunakan masker daripada bahan alami. Namun perlu diingat, anda perlu konsisten dan rajin mengamalkannya ye.

Beberapa masker alami yang boleh dibuat sendiri di rumah untuk membantu menghilangkan bulu-bulu halus di wajah dan di tubuh anda.

Baca artikel lain di sini:

Rahsia Kulit Cantik Bak Artis Bollywood Dengan Kunyit

IKLAN

Guna Yogurt Sebagai Bahan Utama, Rahsia Miliki Rambut Cantik Sihat Berkilat

Ikuti kami di instagram:

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Rapi Diri

Tanggalkan ‘Rambut’ Halus Pada Wajah Dengan Masker Lemon Gula, Tak Sakit!

IKLAN

Masker Kunyit

Bahan-bahan:

Sedikit kunyit hidup

Cara Membuat:

  1. Bersihkan kunyit dan sagat halus.
  2. Perah dan ambil airnya.
  3. Sapu dengan rata pada seluruh kulit wajah sambil menggosokkannya selama lima minit.
  4. Biarkan selama 15 minit.
  5. Bilas dengan air suam hingga bersih.
  6. Di dalam kunyit terkandung senyawa curcumin yang berfungsi untuk menghalang pertumbuhan rambut pada wajah.

Masker Betik

Bahan-bahan:

Sedikit buah betik

Sedikit serbuk kunyit

Cara Membuat:

  1. Kisar halus isi buah betik masak hingga halus.
  2. Campurkan dengan sedikit serbuk kunyit, adun hingga membentuk pes.
  3. Gunakan sebagai masker wajah dengan mengolesnya secara merata di wajah.
  4. Biarkan selama 15 hingga 20 minit agar ia meresap jauh ke dalam kulit.
  5. Bilas dengan air suam hingga bersih.
  6. Enzim di dalam betik bermanfaat untuk merawat kecantikan kulit termasuk untuk menghilangkan bulu di wajah. Gunakan betik berwarna hijau yang masih mentah. Ini kerana betik muda mengandungi senyawa papain yang lebih tinggi, dan lebih efektif

Masker Lemon Dan Gula 

Bahan-bahan:

2 sudu makan gula pasir

10 sudu makan air putih

2 sudu teh jus lemon

Cara Membuat:

  1. Larutkan gula dengan air dalam mangkuk, kemudian, tambahkan jus lemon ke dalam mangkuk dan kacau rata.
  2. Oleskan adunan lemon secara rata pada wajah mengikuti alur pertumbuhan bulu.
  3. Bilas dengan air bersih setelah dibiarkan selama 20 minit sambil menyental perlahan skrub tersebut.
  4. Ulangi prosedur 2-3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil terbaik.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI