
41 Tahun Amal Diet AIR KOSONG Tanpa Makan, Wanita Kekal Sihat Bertenaga!

41 Tahun Amal Diet AIR KOSONG Tanpa Makan, Wanita Kekal Sihat Bertenaga! Tak dinafikan dalam menjaga kesihatan diri minum air kosong memang baik dan sangat digalakkan, disusuli dengan makanan yang berkhasiat. Kedua-duanya perlulah seimbang untuk kekal sihat dan bertenaga.
41 Tahun Amal Diet Air Kosong
Namun demikian, memetik laporan dari Oddity Central seorang wanita mendakwa dia sudah mengamalkan diet air selama lebih 41 tahun dan sehingga kini, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.
Wanita yang hanya dikenali sebagai Ngon itu memberitahu, sepanjang empat dekad lalu, dia hanya menikmati air yang dicampur sedikit dengan garam, gula dan perahan lemon sebagai rutin makanan hariannya.
Pada usia 63 tahun, wanita itu kelihatan sihat dan seperti tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius.
Malah, Ngon juga mendakwa dia lebih bertenaga dan jarang ditimpa sakit, termasuk demam.
Alami Penyakit Berkaitan Darah
Wanita itu menceritakan, dia sebelum ini menikmati makanan sama seperti orang lain iaitu makan nasi dan pelbagai juadah enak sehingga dia berusia 21 tahun.
Ketika itu, dia berdepan masalah kesihatan yang menyebabkan penglihatannya semakin kabur, sering sakit perut dan muntah.
Keputusan makmal menunjukkan dia mengalami penyakit berkaitan darah dan ubatan yang diberikan tidak mampu mengurangkan kesakitannya, menyebabkan wanita itu mengamalkan diet air.
Sejak itu, kesihatannya semakin baik menyebabkan dia tidak mahu lagi menukar dietnya, walaupun mengakui ada kalandya dia berasa bosan dengan rutin sama setiap hari.
Mesti Baca:Diet ‘Intermittent Fasting’ Rehatkan Usus, Perut Dalam 12-14 Jam, Bantu Hilang Lebih Banyak Kilo!
Baca Lagi Di Sini:Amalan Kekal Sihat, Minum Madu Campur Air Ketika Perut Kosong!
Artikel Menarik:Air Mineral Paling MAHAL Di Dunia, Dijual RM254,431 Sebotol!
Mingguan Wanita: Tak sangka diet air kosong ni boleh menjadikan diri lebih bertenaga dan kekal sihat. Malah dah 41 tahun wanita ini amalkan. Apa pun kenali tahap kesihatan diri dahulu, nak makan dan minum apa sekalipun berpada-padalah.
Sumber: Utusan, Oddity Central
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Biasakan Anak Kita Dengan 4 Makanan Tinggi PROBIOTIK Ini, Banyak Manfaatnya

Sebagai mak ayah menjadi tanggungjawab kita memberikan makanan yang terbaik untuk kesihatan dan tumbesaran anak-anak. Biasakan mereka dengan makanan yang tinggi dengan probiotik seperti budu, tempe yogurt dan cencalok. Makanan ini boleh meningkatkan IQ, menguatkan sistem imun sekaligus mampu menyihatkan usus anak.
Berikut perkongsian Dr Taufik Razif sebagai panduan buat mak ayah untuk memberikan makanan terbaik untuk anak-anak.
Tak perlu makanan yang mahal-mahal pun untuk tingkatkan IQ, kuatkan sistem imun dan sihatkan usus anak kita.
Biasakan je anak kita dengan 4 makanan yang tinggi PROBIOTIK ni:
1. Budu
2. Yogurt asli tanpa perisa
3. Tempe
4. Cencalok
Probiotik ni mikroorganisma hidup yang memberikan manfaat kesihatan jika diambil dalam jumlah yang mencukupi.
Bahasa mudahnya probiotik ni adalah ‘kuman baik’. Dalam tubuh anak kita ada ‘kuman jahat’ dan ‘kuman baik’. Kuman baik mesti kena mengatasi kuman jahat baru la anak kita tak mudah jatuh sakit.
Kuman baik seperti L. Acidophilus penting untuk pencernaan dan sistem imun manakala B. Longum pula bertindak untuk menghalang bakteria.
Banyak sebenarnya manfaat makanan tinggi Probiotik ni.
Antaranya :
– Mengurangkan cirit birit anak
– Membantu usus menyerap dengan lebih sempurna
– Menambahkan bilangan bakteria baik dalam usus
– Menstabilkan dan menguatkan sistem imun anak
Nak bagi anak sihat tak perlu bermewah pun. Cukup dengan makanan yang murah je asalkan kita tahu khasiat dan manfaat tersembunyi di dalamnya.
p/s : Banyak lagi saya kongsi teknik menjaga anak di Telegram saya. Klik je link ni untuk join ⏩ t.me/NotaTaufiqRazif
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah, biasakan lah anak-anak dengan makanan yang tinggi probiotik seperti ini. Masukkan sebagai salah satu rutin dalam makanan seharian, semoga anak-anak mendapat segala manfaat kebaikan daripada makanan tersebut.
Sumber: Dr Taufiq Razif
Masak, Makan Uri Bayi Sendiri, Wanita ‘Rasa’ Sihat, Pulih Lebih Cepat Selepas Bersalin!

Plasenta yang juga dikenali sebagai uri merupakan organ yang menghubungkan janin yang membesar ke dinding rahim. Ia berfungsi menyediakan nutrien penting, melaraskan suhu persekitaran untuk janin, penyahtinjaan, melawan jangkitan dalaman serta menghasilkan hormon untuk membantu kehamilan si ibu. Walaupun mempunyai pelbagai fungsi ketika di dalam rahim, namun ada juga yang percaya dengan memasak dan memakan uri tersebut, boleh menjadikan diri rasa lebih sihat dan pulih lebih cepat selepas bersalin.
Makan Uri Anak Kedua
Seorang wanita, Ketrina Hill, 27, memakan uri anak keduanya dengan memasak organ tersebut untuk dijadikan hidangan burrito di kediamannya di Cambridgeshire, England, lapor portal berita Metro.co.
Menerusi media sosial baru-baru ini, wanita itu berkata, dia memotong uri tersebut kepada bentuk kiub dan memasaknya bersama-sama daging sebelum digaul dengan keju serta krim masam.
Ia kemudian dijadikan hidangan burrito.
“Uri anak pertama dijadikan hidangan daging cincang bersama cili. Uri anak kedua pula saya jadikan burrito.
“Saya memakan habis uri-uri tersebut,” katanya.
Ujar Ketrina, dia tidak pasti tentang rasa uri berkenaan tetapi berkata, ia memiliki ‘rasa daging’ yang kuat.
Kajian dilakukan Universiti Northwestern, England pada 2015 membuktikan bahawa perbuatan memakan uri tidak mendatangkan sebarang manfaat dari segi saintifik, namun trend itu terus popular.
Berasa Sihat, Pulih Lebih Cepat
Bagaimanapun, Ketrina berkata, dia berasa sihat dan pulih dengan cepat setelah memakan uri anak pertamanya.
“Saya tidak pasti sama ada apa yang dirasakan itu berpunca daripada tindakan memakan uri atau perasaan saya sahaja, jadi saya buat keputusan untuk memakannya lagi setelah anak kedua dilahirkan.
“Saya mengalami pengalaman yang sama (pulih dengan cepat),” katanya. Burrito merupakan hidangan yang berasal dari Mexico.
Anak kedua Ketrina lahir pada April tahun lalu.
Baca Lagi Di Sini:
“Tanda Awal Hilang Janin Dalam Perut, Bila Waktu Maghrib Rasa Sakit Di Perut Atau Rahim”
MW: Macam-Macam hal. Sungguhpun ada ‘khasiat’ dan manfaat tersendiri makan uri, tak sanggup rasanya nak makan uri anak sendiri.Kembang tekak.
Sumber: Kosmo, Daily Mail