Tandas dalam bilik tidur tak patuh syariah? Persoalan ini sememangnya sentiasa berlegar-legar di fikiran. Pastinya mak ayah di luar sana juga mahu tahu jawapannya.
Rata-rata reka bentuk rumah masa kini sudah mempunyai tandas dalam bilik tidur. Tujuannya adalah untuk memberikan kemudahan kepada penghuni bilik supaya tidak perlu berjalan jauh untuk ke tandas.
Melalui perkongsian di laman Facebook, arkitek Puan Khairunnisa Hamzah telah melontarkan pandangan bahawa tandas tidak sesuai berada dalam rumah dan bilik memandangkan tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan.
Apatah lagi bila pintu tandas dibiarkan terbuka. Bukan itu saja malah jika tandas berada di hadapan katil juga boleh menjadi antara punca pergaduhan suami isteri.
Tandas Dalam Bilik Tidur Tak Patuh Syariah?
Ikuti perkongsian dan pandangan dari Puan Khairunnisa, semoga bermanfaat untuk mak ayah.
Tandas dalam bilik tidur tidak patuh syariah?
Sebenarnya memang kurang elok tandas berada dalam rumah. Kerana tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Apatah lagi dalam bilik tidur.
Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas pula, baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”.Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139
Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur. Tatkala pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan boleh terus masuk ke dalam bilik-bilik tidur kita. Buka pintu tandas terus mengadap katil beradu. Mana tidaknya selalu suami isteri bergaduh di dalam bilik tidur sendiri!
“Tutup Pintu Bilik Air Cepat-Cepat”
“Pernah saya menghadiri satu majlis perkhawinan. Kemudian saya masuk ke dalam bilik master tuan rumah untuk menumpang tandas. Di bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil dalam bilik tersebut.
Sebaik saya keluar dari tandas, makcik ini bersuara : ” Tutup pintu bilik air itu cepat-cepat”
Dan setiap kali orang masuk ke tandas, makcik ini akan bersuara “Tutup pintu tu! Kenapa dibiarkan terbuka. Syaitan masuk bilik ni nanti”
Kesian makcik ini yang dalam keadaan penat dan lemah, terpaksa baring di katil mengadap pintu tandas.
Adakah benar terbukanya pintu tandas itu membenarkan jin dan syaitan masuk ke ruang dalam rumah kita?
Ya, benar. Namun ada caranya untuk menghalang mereka terus masuk mencemari kita sekeluarga.
Rasullullah ada memberitahu kita bahawa Jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.
1) “Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minum kalian.”
(HR. Bukhori 5624)
2) “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012)
Maka jika benar tandas ada dalam bilik tidur dan di dalam rumahmu, sentiasalah tutup pintu dengan menyebut nama Allah swt.
Orang tua kita dahulu sudah lebih tahu. Sebab itu rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu. Maghrib saja semua tutup tingkap dan pintu.
Kena Kreatif
Tempoh hari dokter O&G saya sempat bertanya masa saya sedang buat checkup dengannya selepas tahu saya terlambat sebab menghadirkan diri ke konti radio untuk kupas topik rumah patuh syariah. Tanyanya : “I tengah hendak renovate rumah. I nak tanya ni, betul ke kita tidak boleh buat tandas dalam bilik?”
Lalu saya kongsikan kisah bahana tandas dalam bilik seperti di atas.
“Jadi, macam mana kita nak design tandas dalam bilik? Sebab i rasa perlu tandas dalam bilik atas faktor mudah penjagaan aurat”.
“Boleh. Kena kreatif sikitlah dokter. Kalau baru nak bina boleh kita siap rancang reka kedudukan bilik air tersebut. Mungkin ada tembok pemisah bilik dan bilik air macam di tandas r&r tu. Nak masuk bilik air kena pusing tembok tu dulu. Sebelum nak ke bilik air tu adalah taman mini ke”
Seronok dokter bila kita bagi idea.
Hendak design rumah ini lebih seronok dan selesa bila kita tahu sunnah dan makna disebaliknya,” kongsi Khairunnisa Hamzah.
Baca Di sini: Air Tandas Perlahan, Tukar Kepala Paip Tembaga Air Laju Puas Hati!
Mingguan Wanita: Bagusnya panduan ni.
Sumber : Puan Khairunnisa Hamzah
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Kisah inspirasi ibu tunggal dari Kak Engku
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI