Siapa sangka tandas awam lama yang terbengkalai, kini berubah rupa menjadi kedai kopi yang cantik. Sebuah tandas yang dibina semasa era Ratu Victoria telah diubah suai menjadi kedai kopi yang bergaya di Britain, lapor akhbar The Sun semalam.
Tandas Awam Tidak Beroperasi Setengah Abad
Tandas awam lelaki itu telah digunakan sejak tahun 1890-an hingga 1960-an, sebelum tidak beroperasi selama setengah abad.
Bangunan itu masih mengekalkan jubin asal hasil rekaan lama. Pekerja-pekerja mengambil masa lapan bulan untuk membaik pulih tangga dan membuang 12 lapisan cat pada dindingnya.
Bahagian atas tempat membuang air kecil yang melengkung telah dijadikan sebagai pembahagi tempat duduk pelanggan.
Di Kenali Sebagai ‘The Attendant’
Bangunan kedai kopi yang kini dikenali sebagai The Attendant itu mempunyai keluasan kira-kira 36 meter persegi.
Ads
Ia menjadi tumpuan penduduk di Fitzrovia, tengah London kerana menghidangkan sandwich gourmet dan kopi gaya barista kepada pelanggan.
“Memang kelakar untuk minum teh di dalam tandas,” kata seorang pelanggan.
Ads
Kedai itu turut popular dalam kalangan penduduk tempatan kerana menawarkan campuran kopi espresso mengikut musim.
“Kami mahu mewujudkan persekitaran untuk membolehkan orang ramai melegakan diri bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
“Kami juga mahu mewujudkan tempat yang mempunyai pelbagai personaliti dan sesuatu yang didorong oleh sejarah, kemampanan dan etos,” kata pemilik kedai, Ryn De Oliveira.
Emma & suami impikan anak ramai. Bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya memiliki zuriat merupakan perkara paling utama.
Jumlah anak kadangkala memainkan faktor utama dalam kebahagiaan sesebuah mahligai. Anak juga merupakan pengukuh ikatan kasih sayang suami isteri.
Seperti mana pasangan berkahwin lain, pelakon popular Emma Maembong dan suami juga mengimpikan zuriat yang ramai. Sewaktu bertemu dengan Emma di Majlis Pelancaran Koleksi Percutian Stylish dan Versatil RR Cruise, Emma akui dia dan suami mengimpikan memiliki anak yang ramai.
Emma dan suaminya Muhammad Shazli Azhar kini menjalani kehidupan yang indah bersama cahaya mata kesayangan Shariq Gabriel, 2 tahun.
Wanita berusia 30 tahun itu menjelaskan, bagi menambah cahaya mata dia dan suami sememangnya berusaha untuk dapatkan anak kedua.
“Bukan saja saya, tapi suami pun nak anak ramai. Selepas berpantang ketika bersalin anak pertama, saya dan suami berusaha untuk dapatkan anak kedua. Tapi soal rezeki hanya Allah yang tahu
“Anak sulung pun dah berusia dua tahun sekarang. Selagi belum ada (hamil lagi), saya tak nak cakap apa-apa,” luahnya.
Emma juga menjawab khabar angin yang mendakwa dirinya kini sedang berbadan dua. Dia turut menyatakan akan berkongsi khabar gembira sekiranya perkara itu benar-benar terjadi.
“Saya tak nak cakap apa-apa sebab saya dan suami pun masih mencuba. Kalau saya kata ya, tapi tidak ada (hamil), saya akan sakit.
“Soal zuriat ni adalah perkara yang sensitif. Doakan semoga segalanya dipermudahkan,” ceritanya.
Menyentuh tentang anaknya, Emma juga ingin memberi tumpuan kepada pembesaran anaknya. Malah dia juga tidak mahu terburu-buru kembali bekerja sehingga terlepas momen indah bersama anaknya.
“Tak semua tawaran saya terima. Pada fasa sekarang saya memilih untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Saya tidak mahu kehilangan momen indah bersama anak.
“Sebelum ini habis berpantang saya terus bekerja. Sedar-sedar anak dah panggil saya mama. Begitu cepat masa berlalu dan saya terlepas kenangan bersama anak,” sambungnya ceria.
Lazimnya, setiap kali tibanya hari ulangtahun kelahiran, ramai yang ingin memberikan hadiah harijadi sebagai tanda ingatan dan penghargaan.
Namun demikian, sempena ulangatahun kelahiran ke-70 Dr Wan Azizah baru-baru ini, isteri kepada Perdana Menteri Ke-10 ini ada memohon supaya tidak memberi sebarang cenderahati kepada beliau, sebaliknya mengetengahkan budaya titipan doa dan amal jariah.
“Saya ingin memohon kepada semua pihak agar tidak memberi sebarang cenderahati kepada saya; kita harus mengetengahkan budaya titipan doa dan amal jariah.” ujar beliau.
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 70 dilahirkan pada 3 Disember 1952. Bekas Timbalan Perdana Menteri wanita pertama ini juga mengucapkan terima kasih di atas semua ucapan dan doa yang diberikan sempena harijadi beliau.
“Ingin saya rakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua atas ucapan dan doa tanda ingatan sempena ulangtahun hari kelahiran saya pada hari ini.”
“Saya hargai niat baik saudara saudari semua, dan semoga kita sentiasa dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat.” ujarnya lagi.
Ramai yang turut berkongsi ucapan dan doa sempena harijadi beliau.
Mingguan Wanita: Selamat Ulangtahun Kelahiran buat isteri kesayangan Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Semoga dipanjangkan umur dan berterusan diberi kesihatan yang baik.
Suami nak cerai isteri terlalu garang, bila dekat rasa jengkel. hikmah “me time” pasangan kembali bersama. Hidup berumahtangga penuh dengan ujian. Kadang di saat kita sudah mengenali pasangan, tapi rupanya masih ada “side dark” kehidupannya yang tidak pernah kita ambil tahu.
Dikongsi dari fb Farizal Radzali, dirinya yang bekerja di firma guaman sebelum ini ada berkongsi kisah sepasang suami isteri yang datang untuk menuntut cerai kerana suami memberi alasan isteri terlalu garang dan suka jerit-jerit pada anak. Hinggakan dirinya rasa tertekan dan mahu bercerai.
Namun di sebalik perceraian yang mahu dituntutnya itu tanpa disedari ada “kisah lampau” yang tidak diketahui pasangan dan selepas ia diketahui kenapa isterinya garang dan suka menjerit, akhirnya mereka tidak jadi cerai kerana masih ada perasaan sayang. Ikuti perkongsian ini dan moga jadi iktibar buat pasangan lain yang hadapi masalah sama.
Berikut perkongsiannnya :-
Ingat tak kes suami failkan perceraian terhadap isterinya sbb takut kpd isterinya yg garang selepas berkahwin tu.
Izinkan saya update kes mereka.
Si suami tandatangan petisyen hari khamis. Si isteri sepatutnya tandatangan petisyen pada hari Jumaat. Tapi si isteri tak muncul. Lalu kami hubungi si isteri samada dia nak hadir atau tidak.
Lalu si isteri bertanya, kalau dia tak tandatangan, apa kesannya?
Saya maklumkan petisyen tak dpt difailkan. Kalau si suami masih nak teruskan, dia boleh failkan single petisyen.
Dia tanya saya, apa cara untuk dia & suami tak perlu berpisah? Ha? Saya bukannya kaunselor.
Tak berani nak cakap, takut apa yg saya cakap nanti menyebabkan keadaan bertambah buruk.
Dia kata takpe, cakap je.
Lalu saya tanya, hubungan ada masalah ke? Jawabnya tak.
Suami tak lunaskan tanggungjawab ke? Jawabnya tak.
Pernah bergaduh pasal duit ke? Jawabnya tak.
Puan ada lelaki lain atau dia ada perempuan lain? Jawabnya tak.
Betul puan tak tahu kenapa dia nak bercerai? Dia jawab ya, dia tak tahu.
Lalu saya maklumkan dia tentang apa yg suaminya bgtau saya. (Sepatutnya saya tak boleh masuk campur sebab urusan kami hanya dokumentasi, kaunseling bukan bahagian kami).
Terdengar suaranya mengeluh.
Katanya, suaminya seorang yang sangat baik. Tapi dia ada masalah trauma bila mendengar orang tinggikan suara, dia akan menggigil. Kisahnya, si suami membesar di rumah kebajikan selepas kematian ibu ayah sejak kecil & didera oleh mak sedara yang menjaganya.
Nak dijadikan cerita, anak pertama mereka adalah anak hyper-active. Pernah jatuh tangga, jatuh pagar rumah. Tambahan sekarang dah ada adik. Pada hari kejadian, anak sulung tu nak lompat atas adiknya. Lalu dia menjerit mcm orang gila. Dan dia marah juga suaminya yang pada masa itu berada di situ, cuma mungkin tak perasan.
Lepas tu la, suaminya keluar dari rumah & tak balik sampailah hari Isnin, si suami kata nak cari lawyer untuk failkan perceraian.
Saya tanya, keluarga puan di mana? Dia jawab di suatu tempat dalam Negeri Perak juga.
Saya kata, apa kata puan balik ke rumah keluarga puan dulu. Bawa anak-anak. Berpisah sementara dengan suami. Bagi masa kepaad suami untuk bertenang. Bagi masa juga untuk puan merehatkan diri & fikiran.
Kedua-duanya perlukan masa untuk sendiri. Si suami dengan kisah lampaunya, si isteri dengan keletihan, runsing & keadaam kesihatan yang mungkin tak begitu baik kerana baru lepas melahirkan di samping menjaga anak hyper-active.
Si isteri kata, dia memang nak sangat balik ke rumah maknya sebab kat sana ramai adik beradik yang boleh jagakan anaknya sekejap pada masa dia terlalu penat. Tapi tak sampai hati nak tinggalkan suaminya. Sebab suaminya tiada sesiapa.
Saya katakan itu cuma pilihan. Saya tak berani nak bagi cadangan lain sbb itu bukan bidang saya.
Lalu si isteri letak gagang telefon.
Semalam, si suami telefon. Dia tanya sama ada isterinya dah tandatangan petisyen. Maka kami jawab belum. Katanya dia nak batalkan permohonan tu.
Katanya isterinya lari balik ke rumah keluarganya. Dia pelik sbb rumahnya kosong bila dia lalu depan rumah mereka. Nampak tak, sayang tu masih ada, walaupun trauma, masih lalu depan rumah nak tengok anak isteri.
Rupanya dia dah keluar dari rumah mereka hampir sebulan. Tapi dia masih lalu depan rumah mereka utk lihat anak isteri. Tapi sejak minggu lepas, dia tgk rumah kosong.
Masa tu dia mula rasa kehilangan, hidupnya kembali kosong. Memang dia ada kawan, tapi tak sama. Seorang kawannya mengesyorkan dia dapatkan nasihat psikiatri di hospital. Dan dia setuju untuk lakukan.
Sehingga itu, dia nak cuba sekali lagi hidup dengan isterinya. Kami akur. Dia bayar kos pembatalan.
Petang sikit kot, si isteri pula call. Katanya suaminya dah hubungi dia, katanya tak jadi cerai. Dia ucap terima kasih sebab bagi cadangan hari tu. Saya senyum je.
Dari sini saya sendiri belajar. Adakala kita perlu berpisah sekejap. Bukan untuk menanam perasaan benci atau nak buatkan rasa marah makin meninggi tapi untuk memberi ruang kepada kedua-duanya untuk berfikir dengan lebih tenang.
Untuk merasakan perbezaan rasa bila orang yang kita rasa menjengkelkan itu tiada di sisi, adakah lebih baik atau lebih tak tenteram.
Dengan syarat, pemergian kita adalah ke tempat positif. Bukannya ke tempat yang menambahkan kekeruhan. Kawan & keluarga boleh beri pengaruh baik atau buruk.
Orang dulu-dulu kata, kalau terjadi perselisihan antara suami isteri tapi tak dapat diselesaikan berdua, maka mintalah pandangan dari orang tengah yang mampu memberi pandangan yang lebih baik.
Wallahu’alam.
(Ini bukan kes shariah)
~Farizal Radzali~
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.