Aloe vera atau lidah buaya merupakan salah satu tanaman yang berasal dari Benua Afrika. Tanaman ini banyak khasiatnya untuk kecantikan dan kesihatan mahupun dijadikan pokok hiasan di laman rumah.

Ada macam-macam dan beratus jenis pokok lidah buaya, namun jika mak-mak nak tanam pilihlah Aloe Barbandesis Miller iaitu spesis nombor 1 terbaik dunia.

Baca perkongsian daripada Puan CT Liz ini sebagai panduan;

“Aloe Barbandesis Miller spesis nombor 1 terbaik dunia. Spesis Barbandesis boleh dimakan walaupun tak berbunga. Spesis nombor 1 dunia yang digunakan dalam bidang perubatan dan kecantikan, tidak beracun malah tinggi kandungan oksida.”

“Kalau nak tanam Aloe Vera cari spesis ni. Merata nursery saya keluar masuk akhirnya jumpa jugak..berbaloi.Sambil-sambil cabut rumput, cuci laman snap dulu gambar ni.”

“Aloe Barbandesis Miller memang spesis besar. Satu pelepah sebesar lengan orang dewasa.Pelepah yang besar dah saya ambik. Cukup tanah dan baja. Satu ni saya dah lama tak jaga, tak cukup pasu. Bunga oren, kuning.”

“Semua jenis aloe vera boleh makan tapi ni yang terbaik..saya guna lendirnya untuk sapu dimuka dan kulit kepala. Susah nak dapat spesis ni. Beli kat nursery..satu kedai ja yang ada..baru sampai dari Brazil owner cakap.Terus beli..saya beli pokok kecik ja sebab mahal.”

Tanam Lidah Buaya Pilih Spesies Aloe Barbandesis Miller, Nombor 1 Terbaik Dunia

ALOE vera adalah tumbuhan paling banyak khasiat yang digunakan untuk kesihatan dalaman dan luaran sejak lebih 5,000 tahun dahulu.

IKLAN

Antara Khasiatnya:

1. Kandungan Antiseptik

Komponen terbaik Aloe Vera ialah mempunyai sifat membersih dan anti-septik, bertindak dengan kuat terhadap bakteria, virus dan kulat. Hasilnya aloe vera dianggap hebat untuk mengubati jerawat dan mengekalkan kulit berseri dan segar.merawat pelbagai masalah kulit wajah antaranya parut, jerawat, luka kecil dan kekeringan.

2. Sejuk & Segarkan Kulit Wajah

Ia juga antara bahan semula jadi terbaik yang boleh digunakan sebagai lulur wajah yang mampu menyejuk dan menyegarkan kulit terutama selepas seharian berada di luar rumah.

3. Kurangkan Alahan, Lancarkan Penghadaman

Selain digunakan untuk kecantikan luaran, aloe vera juga boleh dijadikan sebagai bahan minuman yang dapat membantu mengurangkan alahan dan melancarkan sistem penghadaman, sekali gus menyerlahkan lagi kecantikan secara dalaman

4. Tinggi Kandungan Air

Antara komponen aktif yang terkandung dalam tumbuhan ini adalah air, pelbagai vitamin (A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12) dan mineral (kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi), enzim serta asid amino.

IKLAN

Tanam Lidah Buaya Pilih Spesies Aloe Barbandesis Miller, Nombor 1 Terbaik Dunia

5. Rawat Luka Melecur

Dalam rawatan kulit, aloe vera berupaya merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut dan mempercepatkan penyembuhan kesan melecur, terbakar.

6. Baiki Sel Kulit Rosak

Tumbuhan ini juga berupaya menghalang jangkitan kerana bersifat anti bakteria. Berfungsi memelihara kulit dan membaiki sel yang rosak dan penghasilan kolagen dan protein yang mengawal proses penuaan kulit dan kedutan.

IKLAN

7. Lambatkan Penuaan

Pelembab semulajadi. Melambatkan proses penuaan dan menegangkan serta mengurangkan kesan regangan kulit.

8. Redakan Ruam & Gatal Kulit

Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk melegakan ruam, radang dan gatal kulit akibat ekzema dan merawat luka kecil seperti kesan melecur dan bengkak akibat gigitan serangga.

9. Atasi Tumit Merekah

Masalah tumit kaki merekah ..alovera dapat mengurangkan kesan rekahan dan mengekalkan kelembapan pada bahagian berkenaan.

Baca Lagi Di Sini:
Kiub Lidah Buaya Hapuskan Masalah Kulit , Patutlah Ramai Yang Gigih Buat Frozen Macam Ini!
Aloe Vera Jelly Ala Nata De Coco, Kena Ikut Cara Ni Barulah Tak Gatal Tekak Bila Makan!

MW: Banyak khasiat pokok Lidah Buaya ni. Jika nak tanam di rumah, sebaiknya pilih Aloe Barbandesis Miller, spesis yang terbaik di dunia dari segi khasiatnya.

Sumber: CT Liz

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI