Tanam Keledek Jepun medium tanah kena peroi, barulah ada isi!. Ini merupakan antara tip untuk tanam Keledek Jepun buat mak-mak yang nak cuba tanam sendiri di rumah.

Bukan apa, jika beli Keledek Jepun ni, boleh tahan juga harganya. Lebih jimat, berbaloi dan puas hati bila tanam sendiri Keledek Jepun ni. Lebih selamat sebab menggunakan baja organik dan paling penting bebas racun perosak.

Ikut tip tanam Keledek Jepun seperti yang dikongsikan oleh Cikwan Redzuan Jelani ini sebagai panduan;

Keledek Jepun, jenis keledek yang paling mahal dekat Econsave. Rebus makan camtu je sedap betul.

Caranya:

1. Beli, selepas itu ambil buah yang agak kecil..basahkan sikit.

Keledek Jepun juga boleh beli di sini: https://invol.co/clema3h

2. Simpan dalam bekas yang kedap udara, letak tempat redup. Wak biasa letak tepi sinki je senang nampk. Takut terlupa je nanti

3. Lepas 2 minggu intai la kalau dah keluar tunas, boleh dah pindahkan dalam polibeg. Saya guna 6 polibeg saiz 12×12.

Tanam KELEDEK JEPUN Medium Tanah Kena Peroi, Barulah Ada Isi!

IKLAN

 

Tanam KELEDEK JEPUN Medium Tanah Kena Peroi, Barulah Ada Isi!

4. Keledek ni medium tanah kena peroi. Tanah tak boleh padat. Kalau padat nanti tak ada buah/ ubinya.

Tanam KELEDEK JEPUN Medium Tanah Kena Peroi, Barulah Ada Isi!

5. Kalau nak tanam dalam pasu medianya kena 2:1.

IKLAN

2 bahagian cocopeat campur dengan 1 bahagian tanah hitam.

Tanam KELEDEK JEPUN Medium Tanah Kena Peroi, Barulah Ada Isi!

Guna baja organik terbaik.

Tempoh tuaian hasil 2 bulan. Yang ni baru sebulan, cabut sebab tak nak buah dia besar sangat. Nak saiz comel-comel gini je. Rebus makan malam malam time hujan..asyik!

IKLAN

Tanam KELEDEK JEPUN Medium Tanah Kena Peroi, Barulah Ada Isi!

Info Ekstra!

  • Tanam keledek ni bila daunnya rimbun banyak menjalar biarkan sahaja tak perlu cantas.
  • Untuk kekalkan kelembapan dan cepat keluar tunas. Semua biji benih perlu simpan dalam bekas bertutup.
  • Kalau guna tanah gambut boleh. Kalau tanah liat/merah kena campur cocopeat (sabut kelapa hancur).

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:Tanam PUCUK PAKU Dalam Pasu Mudah, Kutip Je Bila Perlu!
Baca Lagi Di Sini:Resipi Bebola Ubi Keledek Kuning SEDAP, Guna 2 Bahan Sahaja, Mudah!
Artikel Menarik:Kulit CUCUR BADAK Gebu Lembut, Guna Ubi Keledek Oren & Kena KUKUS!

Mingguan Wanita: Nak cuba tanam keledek jepun di rumah, boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Pastikan tanahnya peroi, tak pada barulah ada isi/ubinya nanti. Sedapnya makan keledek rebus panas-panas.

Sumber:Cikwan Redzuan Jelani

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI