Mudahnya melafazkan talak. Mungkin inilah jalan terakhir kepada penyelesaian masalah rumah tangga. Hakikatnya, talak adalah perkataan yang cukup digeruni dan sebolehnya tidak ingin berlaku dalam rumah tangga. Bagaimana kehidupan selepas jatuhnya talak, anak-anak dan bagaimana ingin berdepan dengan orang ramai terutamanya kelurga dan kawan-kawan.
Talak Di Hujung Bibir adalah topik menarik yang dikupaskan dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pada pagi tadi di Astro Prima 105 dan Prima HD 121, jam 11 pagi hingga 12 tengah hari. Peneraju utama, Siti Elizad dan Amin Idris bersama tetamu jemputan Betty Benafe dan Prof Madya Dr Yasmin Hanani membincangkan isu yang boleh dianggap sangat serius ini.
Sebenarnya talak yang dijatuhkan oleh suami adalah jalan terakhir dalam penyelesaian masalah yang dihadapi oleh suami isteri. Memetik kata-kata hos undangan Amin Idris, pada tahun 2018 boleh dikatakan penceraian berlaku sebanyak empat kali sekali.
Malah, antara point sepanjang topik ini dibincangkan adalah:
Betty Benafe
* Perkahwinan yang dibina selama tujuh tahun berakhir baru-baru ini. Malah, dia mengambil masa yang lama untuk kembali solo.
* Cabaran yang sebenar adalah berkahwin dengan seseorang yang berlainan agama.
* Dia merasakan perpisahan yang berlaku pada dirinya kerana Allah ingin menguji untuk
menjadikan dia lebih dekat kepadaNya.
* Saranannya sendiri adalah apabila berlaku pergaduhan suami isteri, imbas kembali dengan melihat gambar-gambar kenangan manis berdua.
* Tidak dinafikan oleh dia sendiri, talak yang diberikan itu adalah untuk memberi ruang pada lelaki dan perempuan bermuhasabah diri dan menilai kembali.
* Jika penceraian ini adalah jalan terakhir, kita kena fikir tentang anak-anak, hasil
perkongsian bersama selama ini.
Manakala intipati yang kongsi oleh Prof Madya Dr Yasmin Hanani, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM):
* Setiap yang berkahwin kena tahu matlamat untuk berkahwin. Talak boleh berlaku mungkin disebabkan oleh masalah hubungan intim dan lebih kritikal apabila tidak adak komunikasi yang baik antara suami isteri.
* Perkahwinan itu sendiri boleh dikatakan ada roh iaitu nafkah isteri dan anak-anak dan
kasih sayang. * Malah, lebih teruk lagi orang ketiga yang menyebabkan berlakunya penceraian boleh didakwa.
Bagi yang ketinggalan dan mahu menonton siaran penuh rancangan ini, jangan lupa saksikan siaran ulangannya jam 5 petang ini pada hari dan saluran yang sama.
#MingguanWanitaTV
#MingguanWanitaTalkShow
#MingguanWanita
#TemanSetiapWanita
#AstroPrima105
#PrimaHD121
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI