Ternyata Allah lebih menyayangi Nurafiamikayla, tempoh tiga tahun tentu dirasakan terlalu singkat apabila anak yang dibelai sepanjang masa kini sudah tiada di depan mata.
Perkongsian pengguna TikTok, melissajefri iaitu ibu kepada arwah adik Afia meruntun hati semua orang apatah lagi melihat wajah comel yang tidak berdosa ini akhirnya pergi buat selamanya setelah mempunyai masalah kesihatan sejak dilahirkan.
Afia Tinggalkan Ibu
Menurut ibunya, arwah mempunyai masalah saluran jantung sempit dan terbalik sejak dilahirkan lagi. Namun siapa sangka, walaupun pembedahan yang dilaluinya berjalan lancar.
Ads
Tetapi ternyata Allah lebih sayangkan dia dan tanggal 16 Julai yang lalu, adik Afia pergi buat selamanya. Benarlah, ajal dan maut di tangan Tuhan, kita sebagai hamba-Nya harus reda dengan Ketentuan-Nya.
Apa yang membuatkan hati semua orang lebih tersentuh apabila anak kecil ini dikebumikan di kawasan perkuburan yang betul-betul bersebelahan rumah keluarganya.
Terima Kasih Allah
Rata-rata netizen mendoakan agar ibu dan ayah Adik Afia kuat menerima takdir ini. Sesungguhnya kehilangan anak bukanlah sesuatu yang mudah ditelan oleh ibu bapa. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Ads
Mingguan Wanita : Salam takziah dan semoga ibu dan ayah Adik Afia terus kuat menempuh hari-hari mendatang tanpa Afia di sisi. Al-Fatihah.
“Sentiasa doakan, jadi tulang belakang awak. Sokong apa jua perjuangan awak” Isteri Syafiq Yusof. Begitulah luahan seorang isteri yang sering mendoakan kejayaan buat suaminya.
Kehidupan berumah tangga perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Tidak perlu menjadi terlalu sempurna, memadai menerima kelemahan dan kekuatan pasangan seadanya.
Apabila setiap pasangan melihat kelebihan dan kekurangan masing-masing barulah harmoni rumah tangga kerana kita saling melengkapi antara satu sama lain.
Bukan itu saja sebagai seorang wanita yang bergelar isteri juga akan menjadi penyokong setia suami.
Seperti mana yang dikongsi menerusi luahan di akaun Instagram, isteri kepada Pengarah Muda berbakat besar Syafiq Yusof, Aeisah Zainal sentiasa bersikap positif dan sering mendoakan yang terbaik setiap langkah yang dilakukan oleh suaminya terutama dalam bidang seni.
“MasyaAllah. Rezeki ada naik dan turun yang penting cinta kita sentiasa naik mekar mewangin hingga ke jannah Firdaus A’la.
“Alhamdulillah, InshaAllah September ni filem Abang Long Fadil 3, saya sentiasa doakan awak jadi tulang belakang awak,” tulis Aeisah.
Ibu kepada dua cahaya mata ini yang juga menantu Datuk Yusof Haslam juga turut menyatakan dia sentiasa memberi sokongan kepada suaminya.
“Akan support apa jua perjuangan awak di dunia dan akhirat,” kongsi Aeisah.
Untuk pengetahuan filem terbaru arahan Syafiq Abang Long Fadil 3 akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia September depan.
Gantunglah rotan di rumah. Rasanya setiap rumah mesti ada simpan rotan. Bukan untuk hiasan tapi mungkin boleh digunakan bila anak-anak dah mula buat perangai dan tak dengar kata.
Bukan dengan gantung rotan untuk menakutkan anak tapi untuk mendidik dan inilah sunnah yang sangat bagus.
Antara pengisian oleh Ustazah Asni, gantunglah rotan di rumah, inilah berkat rumah ada rotan. Gunalah untuk mendidik anak supaya anak tahu ada king dan queen dalam rumah itu.
Jangan takut untuk pukul anak dengan rotan. Ingat, berkat rumah ada gantung rotan dan sunnah yang sangat bagus.
Mak ayah kena tunjuk rasa marah bila anak buat perangai, barulah dia respect dan tahu ada king dan queen dalam rumah.
Sebaliknya, jika mak tak guna marah itu, ia dalam proses melatih tuan dalam tumah.
Tapi, kalau nak pukul anak, janganlah sampai hancur rotan itu. Niatlah untuk mendidik dan ikut sunnah.
Ada banyak lagi sunnah dan tidak hanya dengan merotan. Sunnah dalam sayang anak, pujuk anak dan peluk anak.
Untuk video penuh, boleh dengan di bawah ini.
Mingguan Wanita : Baik macam mana pun seorang mak, kalau dah anak buat perangai, mahunya nak kena rotan juga. Tunjukkan king dan queen kita itu. Jangan sampai anak jadi tuan dalam rumah.
.
Sumber: hanif_zulkarnain1 (tiktok)
.
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Setiap kita tentu ada masanya mengalami simptom depresi yang tidak kita sedari. Tanpa sebarang tindakan yang cepat, ia boleh menjadi teruk dan lebih menyedihkan kesannya bukan pada diri sendiri tapi melibatkan ahli keluaerga.
Mungkin inilah yang berlaku pada seseorang yang mengalami simptom depresi sehingga berlaku sesuatu di luar kawalan. Jika tidak diubati dari awal, bimbang akan jadi lebih buruk.
Dengan keadaan masalah ekonomi keluarga, harga barang semakin tinggi, tiada pekerjaan dan sebagainya, ia boleh menjadi salah satu punca simptom depresi pada seseorang.
Tak mustahil juga apa yang telah viral tentnag berita gempar sebelum ini mungkin disebabkan depresi. Tak perlulah menuduh yang bukan-bukan sebab kita tak tahu apa yang berlaku mereka.
Antara perkongsian daripada Dr Maryam Jamadil turut memperkatakan itu boleh jadi kerana simptom depresi yang dialaminya.
Saya terbaca “caption” di atas bersama-sama dengan berita gempar semalam tentang seorang lelaki membunuh anak dan isterinya. Sakit pula hati, walaupun orang luar.
Kalau kita orang luar tidak tahu cerita, tolonglah jangan komen bukan-bukan. Walaupun perbuatan tersebut adalah salah dan menyayat hati tetapi cukuplah dengan mendoakan mangsa dan keluarga yang terlibat.
Sebak bila baca statement bapa mangsa, yang anak dan menantunya tiada masalah dan hubungannya sangat rapat. Jiran pun beritahu yang tidak pernah mendengar mereka bergaduh.
Baru kahwin.
Akhir bulan ini baru buat kenduri kahwin.
Bayi umur 25 hari.
Masih masih dalam pantang.
Baru diberhentikan kerja / tiada kerja tetap.
Dengan kos barang dah meningkat, separuh troli pun dah beratus ringgit. Nak beli barang keperluan bayi lagi, isteri berpantang lagi.
Orang yang sedang berfikiran waras tidak akan melakukan perbuatan itu. Tetapi tetap ia bukan lesen untuk melakukan jenayah.
Tahukah kalian yang:
1. Simptom depresi lelaki dan wanita berbeza. 2. Kalau wanita jumpa doktor, mereka akan lebih beritahu tentang masalah emosi tetapi lelaki akan beritahu tentang masalah fizikal (sakit badan, masalah penghadaman dan sebagainya). 3. Pendekatan yang berbeza untuk membantu masalah depresi, lelaki susah untuk mendalami masalah emosi jadi penting untuk mereka kenalpasti simptom dahulu. 4. Lelaki juga sukar untuk mengakui dan kenalpasti yang mereka memang ada masalah depresi. 5. Walaupun wanita lebih ramai menghidap depresi tetapi kes bunuh diri lelaki 2 kali ganda daripada wanita.
Teringat saya semasa berklinikal 2 bulan dalam bidang psikiatrik, 1001 cerita yang ada.
Semasa kendalikan kes fizikal, badan penat. Tapi semasa kendalikan kes psikiatrik, otak yang penat.
Balik rumah kepala rasa “panas”.
Sebab itu staf kesihatan yang bekerja dalam bidang psikiatrik dapat cuti khas 14 hari tambahan setahun. Sangat besar cabarannya sebab kadang-kala terbawa-bawa masalah pesakit balik ke rumah.
Ramai orang ingat yang depresi hanya boleh ada pada orang yang banyak masalah, tak tahu yang depresi ini adalah satu penyakit. Orang yang tak ada masalah hidup pun boleh dapat.
Ramai tak tahu yang Occupational Therapist juga ada yang bekerja dalam bidang psikiatrik.
Tugas kami adalah untuk tingkatkan kefungsian hidup pesakit, teknik yang biasa digunakan:
1. “Relaxation technique”
2. Cara lepaskan kemarahan (anger management)
3. Latihan skil sosial (social skill training(
4. Latihan vokasional (untuk pesakit kembali bekerja)
Banyak lagi teknik dan cara yang boleh digunakan untuk membantu pesakit psikiatrik.
Cuma setakat ini servis ini hanya banyak di hospital kerajaan, tidak meluas lagi di swasta. Mungkin sebab stigma masyarakat menebal lagi buat orang malu untuk dapatkan bantuan terapi.
Kalaulah pendedahan tentang OT bahagian psikiatrik dapat diperluaskan lagi, mungkin dapat bantu lebih ramai pesakit yang memerlukan.
Saya puji dengan Sistem Saringan Minda Sihat dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor, kalian boleh lakukan ujian DASS (Depression, Anxiety dan Stress) sendiri dan dapatkan temujanji dengan pakar.
(Nanti keputusan dari ujian ini kalian boleh print dan pergi klinik pesakit luar terdekat, doktor akan refer ke klinik psikiatri sekiranya memerlukan)
Berbalik kepada kes di atas, kita tak tahu apa puncanya lagi. Mohon sama-sama kita doakan keluarga mangsa dan suspek diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusan.
Terima kasih, semoga bermanfaat untuk semua.
Mingguan Wanita : Bila keadaan ini berlaku, jangan pendam, berkongsilah dengan orang yang boleh kita percayai, isteri atau kawan rapat. Jangan dipendam sebab depresi ini adalah satu penyakit.
Kisah Mya Khadeeja, kanak-kanak perempuan autistik yang dilaporkan hilang ditemukan terapung di kolam takungan banjir di PPR Taman Nagasari petang semalam cukup mencuit emosi mak-mak.