Makan

“Tak Sangka Acar Buah Itu Air Tangan Baginda”–Juri Terkejut Rasa Juara Milik Tengku Ampuan Pahang

Share

Siapa sangka… di sebalik nama “Aminah Mahmood” yang tertera di senarai peserta Pertandingan Masakan Acar Buah, rupanya ia milik Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pertandingan yang diadakan sempena Karnival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang di Taman Tasik Maran itu menyaksikan 11 hidangan acar buah dinilai oleh barisan juri. Salah seorang juri utama, Hajah Siti Rokiah Lebai Rahmat, 74, yang juga bekas guru masakan KEMAS berkongsi rasa terkejut dan bangga saat mengetahui bahawa juara pertandingan itu adalah air tangan diraja.

Juga baca: https://www.mingguanwanita.my/gugurnya-air-mata-seorang-bapa-al-sultan-abdullah-sebak-puterinya-bakal-berkahwin-esok/

Hajah Siti Rokiah Lebai Rahmat

“Saya terkesima. Masa nama diumumkan, kami semua sangka beliau hanyalah peserta biasa. Tapi bila Baginda sendiri bangun ambil hadiah… terus semua terpaku. Kami memang tak tahu langsung itu air tangan Baginda,” katanya.

Menurut Hajah Siti Rokiah, juri tertarik bukan hanya pada rasa semata-mata, tetapi juga keseimbangan bahan, teknik penyediaan dan sentuhan tradisi yang terserlah dalam setiap suapan.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/tunku-azizah-kembali-bergelar-mahasiswa-di-uiam-back-to-school-doakan-saya/

“Kuah dia tak berminyak, rasa buah dan rempah ratus seimbang. Ini acar buah yang betul-betul cukup syarat — bukan sahaja sedap, tapi sempurna. Jarang sangat saya jumpa acar buah dengan rasa begini sepanjang 39 tahun saya jadi juri pertandingan,” katanya lagi.

Baginda yang menggunakan nama samaran “Aminah Mahmood” dilihat rendah diri dan tidak mahu meraih kelebihan sebagai Tengku Ampuan. Semua peserta diberi syarat sama, perlu menyediakan hidangan siap dari rumah tanpa bantuan profesional, dan tiada sesi masakan langsung di lokasi.

Baginda hadir mencemar duli ke karnival selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung WI Pahang di Dewan Jubli Perak, sambil turut ditemani YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.

Sumber: Intagram Kesultanan Pahang

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Published by
Rosmah Idayu