Memang tak salah main game, tapi sebagai suami utamakan kewajipan dahulu, jangan sampai pasangan mula menegur itu tandanya telah melampau batas. Kalau sudah berumah tangga, buatlah cara seperti orang berkahwin.
Kehidupan ayah-ayah tentu sekali tak sama seperti ketika bujang. Masa bujang hendak main game tanpa Henti pun, tak ada orang nak larang.
Ini kalau 24 jam main game, isteri pula uruskan rumah tangga Seorang diri memanglah cari pasal. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya.
“Kira okeylah main game, bukan main perempuan lain…”
“Kira oklah keluar melepak dengan lelaki, bukan melepak dengan perempuan…”
Main Game Tak Salah
Kira ok, kira ok… memang tak main perempuan, tapi itu tidak menjadikan perbuatan dan amalan kita itu baik untuk diteruskan dan diamalkan sampai bila-bila….
Normally mereka yang ditegur ini adalah mereka yang taksub dan menjadikan perbuatan itu sebagai aktiviti harian…
Mereka memperuntukkan lebih banyak masa untuk perkara-perkara ini berbanding isteri dan anak-anak sendiri…
Bila ditegur, macam itulah jawabnya… Kira ok sebab tak main perempuan lain…
Orang yang menegur itu sebenarnya sudah sampai pun had di mana dia boleh bertolak ansur dengan perbuatan pasangannya…
Dia struggle dengan kerja umah, pasangan online, asyik main game… Dia sibuk dengan anak-anak, pasangan keluar melepak dengan kawan-kawan, pagi buta baru balik…
Susah hendak terus berlapang dada dan tanam dalam hati ayat “ok lah daripada main perempuan lain, ada perempuan lain…” lalu terus membiarkan pasangan buat aktiviti-aktiviti berkenaan…
Sudah kahwin, buat cara sudah kahwin…
Ada komitmen lain, ada tugas dan kewajipan lain, ada kerja-kerja lain yang perlu diutamakan dan didahulukan…
Buat dulu yang ini…selesaikan satu-satu… Nanti sudah siap semua, keadaan pun terkawal, maka buatlah apa yang kita nak buat asalkan ada had dan batasannya…
“Kira ok la pasangan itu masih bertahan…”
MW: Main game tak salah tapi biarlah berpada-pada, jangan anggap ayah-ayah habiskan masa dengan main game, tak sempat bersosial dengan wanita di luar sana buatkan hati isteri gembira. Maaflah. Jika sudah keterlaluan, isteri pun makan hati ya.
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nak anak berjaya, mak ayah turut main peranan besar. Mengapakah penting untuk kita menjadi teladan yang terbaik kepada anak-anak? Jawapannya, kerana kita adalah persekitaran yang terhampir dan paling dipercayai oleh anak-anak kita.
Apa sahaja tingkah laku dan pemikiran yang kita tunjukkan akan meresap ke dalam kehidupannya. Dia juga akan mempunyai pemikiran, perasaan dan tindakan yang sama atau hampir sama. Jadi sudah tentu kita nak anak-anak kita menjadi anak-anak yang baik dan memberi manfaat kepada semua orang.
Oleh yang demikian, kita terlebih dahulu harus memiliki pemikiran, perasaan dan tindakan yang sama sebagaimana yang kita harapkan kepada anak-anak kita. Ini kerana apa yang kita fikir dan rasa akan amat mempengaruhi apa yang kita bakal lakukan.
Pendek kata, setiap hasrat yang kita impikan untuk anak-anak harus diterjemahkan dalam bentuk tindakan kita terlebih dahulu kerana persekitaran yang kita bina melalui tindakan kita dan keluarga itulah yang lebih hebat mempengaruhi tindakan anak-anak kita.
Contohnya, jika kita ingin melihat anak-anak rajin solat berjemaah, sudah pasti ia tidak hanya boleh melekat dalam dirinya dengan arahan dan kata-kata kita sahaja tanpa melihat dan merasai keseronokan solat berjemaah iaitu dengan pengalaman solat berjemaah yang dirasakan di rumah di samping ibu bapanya dan juga di masjid atau surau bersama jemaah yang lebih besar. Justeru, perkara itu haruslah dimulakan dan dicetuskan oleh kita terlebih dahulu selaku persekitaran anak-anak yang paling hampir.
Begitu juga jika kita inginkan anak-anak menjadi baik tutur bicaranya. Harus juga dimulakan daripada kita ibu bapanya. Cara kita bercakap dan cara kita memberikan reaksi terhadap sesuatu perkara semuanya itu dilihat dan masuk ke dalam minda bawah sedar mereka untuk diprogramkan.
Program ini akan dilancarkan secara semula jadi apabila wujud senario yang sama atau hampir sama dalam kehidupan mereka. Contohnya, jika anak-anak melihat, ibu sentiasa memberikan reaksi yang positif terhadap setiap isu yang dibangkitkan oleh ayah. Maka apabila dalam kehidupan anak, ada orang yang membangkitkan isu, dia juga akan memberikan reaksi yang positif juga sebagaimana yang telah dirakam daripada tindakan ibunya. Sudah pasti begitu juga sebaliknya.
Selain daripada itu, kita harus melihat kecenderungan anak-anak untuk memberikan dorongan dan menyediakan platform yang terbaik buat diri mereka. Hasrat yang kita impikan untuk mereka haruslah sesuai dengan kemampuan dan kekuatan yang dimiliki.
Kecenderungan mereka harus diraikan agar mereka rasa dihargai dan terpandu. Anak-anak yang masih kecil mungkin tidak dapat menyatakan apa yang mereka suka lakukan dan minat mereka secara jelas, namun selaku ibu bapa kita harus mengamati dan dapat memberikan mereka beberapa cadangan agar mereka dapat melihat kebolehan dan potensi yang ada pada diri mereka.
Di sinilah peranan kita untuk memberikan dorongan dan menggilap bakat mereka yang terpendam agar ia boleh ditonjolkan dan melatih anak untuk lebih berkeyakinan. Kadang-kadang mereka meminati sesuatu, namun tidak tahu bagaimana harus menonjolkannya dan ke mana harus di bawa minat itu.
Contohnya, anak-anak cekap menghafaz sesuatu, daripada kelebihan itu, kita boleh mendorongnya untuk menghafaz ayat-ayat suci al-Quran dengan menghantarnya ke kelas-kelas hafazan al-Quran, mengalakkannya mendengar CD al-Quran dan melibatkan diri untuk menjadi pentasmik (mendengar hafazan) anak.
Begitu juga dengan kebolehan yang lain. Saya pasti dengan sedikit masa yang kita peruntukan untuk bersama mereka kita dapat pastikan minat dan kecenderungan anak-anak kita, insya-Allah.
Akhirnya, ia amat penting untuk kita tidak hanya berharap kerana kita akan kecewa. Kita harus melakukan tindakan agar perancangan mencapai hasrat itu dapat dirasakan. Jika tidak berjaya sekali pun, usaha dan pengalaman yang mereka lalui sepanjang tempoh tersebut sudah pasti menjadi mutiara-mutiara indah yang membentuk jati diri mereka. Wallahuallam.
Artikel: Dr. Nurul Asiah Fasehah Binti Muhamad (USIM)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ini kisah lucu pelakon wanita, Ramona Zamzam mengenai rumah tangganya selama berkongsi hidup dengan suaminya yang berasal dari Timur Tengah sepanjang 11 tahun perkahwinan.