Zaman sekarang, kita tak dapat lari daripada berkongsi gambar orang yang telah meninggal dunia di media sosial. Salahkah berkongsi gambar orang yang meninggal dunia? Sesetengah orang berpandangan bahawa tak baik sebenarnya berkongsi gambar orang yang mati.
Namun setengahnya berpendapat bahawa tidak salah asalkan gambar yang kita gunakan menutup aurat dan kita berkongsi gambar adalah atas niat yang baik.
Ads
Ikuti perkongsian, PU AZMAN : Ada budaya di kalangan masyarakat berbunyi : “Jangan post tentang arwah banyak sangat, nanti arwah tak tenang di sana”. . Kenyataan di atas tidak betul sama sekali. Perbuatan orang hidup tidak bagi kesan langsung kepada orang mati DALAM HAL INI. . Tiada masalah menceritakan kebaikan orang mati sebagai pengajaran dan semangat kepada yang hidup. Tiada masalah postkan foto kenangan yang sopan, tutup aurat dan syarie sebagai melepas rindu. Hal ini tidak bermakna yang post itu tidak redha. Redha atau tak, itu perbuatan hati. Kita orang luar tak boleh nak nilai.
Ads
Tiada Kena Mengena
Bahkan jika yang hidup melakukan perbuatan yang dilarang iaitu meratap (melampau), juga tidak bagi kesan kepada si mati. Bahkan si pelaku yang masih hidup itu sahaja yang mendapat kesan dosa atau tidak. .
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ . . Maksud :”Dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain”. . Ramai di kalangan kita yang selalu postkan tentang kerinduan kita dan kebaikan orang-orang soleh di zaman silam, sekali pun mereka telah meninggalkan kita ratusan tahun. Seumpama Imam Syafie dan sewaktu dengannya. . Cuma pesanan pada kita-kita yang post ni (termasuk Cik Man) agar sentiasa bimbing jiwa supaya tak terkeluar dari batas redha. . Sekian dari Cik Man. . Hanya rindu.
Ads
MW: Jadi jangan bimbang, kalau rindu pada yang tiada tidak salah berkongsi gambar di akaun media sosial. Tetapi janganlah keterlaluan hingga menunjukkan seakan-akan kita tidak redha dengan pemergian orang yang kita sayangi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memang nak buat baik amat sukar. Ada saja alasan diberikan. Belum sampai ‘seru’, belum bersedia, tak cukup ikhlas dan macam-macam lagi. Sebenarnya tak perlu tunggu masa tertentu kalau nak mula buat perubahan ke arah kebaikan. Yang penting, kena didik hati dulu.
Ikuti perkongsian daripada Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid, Lembaga Zakat Selangor (MAIS), juga penulis ruangan REDA ILAHI di dalam MAJALAH MINGGUAN WANITA.
Saya tidak akan lupa satu perbualan. Kala itu, saya masih di alam persekolahan. Saya punya seorang kenalan, perempuan. Ketika di sekolah, dia mengenakan tudung. Di luar sekolah, dia membukanya. Saya merasa terganggu. Sehinggalah saya bertanya dan mendapat jawapan.
“Aku tak mahu memakai tudung kerana orang. Biarlah ia datang dari keikhlasan hati aku sendiri.” Ujarnya. Ringkas sekali.
Didik hati untuk berubah.
Saya percaya, isu ini bukan sekadar dia seorang. Ramai juga begitu. Mahu berubah, tetapi bukan kerana orang. Ia perlu daripada hatinya sendiri. Kita tidak perlu berhujah isu hati. Memang dalam Islam, hati perlu jadi baik.
Imam Muslim meriwayatkan, nabi pernah berkata bahawa hati itulah sang raja yang akan menentukan segala. Jika hatinya baik, maka seluruh jasadnya menjadi baik. Tutur bicara. Mata dan telinga. Kaki dan tangannya.
Cuba kita hitung. Ikhlaskah anak-anak kita untuk bangun pagi, mandi, solat dan pergi ke sekolah? Kita sendiri, adakah betul-betul ikhlas ke pejabat saban hari atau selalu mengimpikan cuti? Cuba tanya isteri, ikhlaskah dia mencuci pakaian, memasak makanan dan mengemas rumah? Atau dia rasa lebih enak jika si suaminya membantu, atau mencarikan pembantu.
Mari, kita tanya kepada pengguna jalan raya. Ikhlaskah ketika dia wajib mengambil kelas memandu, dan membayar kos yang tinggi untuk mendapatkan sekeping lesen memandu? Ikhlaskah seorang penunggang motorsikal memakai topi keledar? Ikhlaskah seorang pemandu yang wajib berhenti di persimpangan jalan – biar pun kosong – hanya kerana lampu di depannya merah menyala?
Ikhlaskah kita apabila wajib membuat pasport untuk ke luar negara? Ikhlaskah apabila wajib beratur di kaunter imigresen dan menunggu giliran disoal petugas? Ikhlaskah kita apabila wajib mengambil visa dan keluar segera apabila tamat waktunya?
Paling tidak, ikhlaskah seorang suami menggunakan hampir semua gajinya untuk menyara anak dan isterinya? Ikhlaskah si isteri mengorbankan masa rehatnya untuk keperluan suami dan anak-anak? Banyak lagi jika mahu dihitung. Namun saya ingin bertanya, ikhlaskah semua itu dikerjakan?
Saya sendiri tidak ikhlas mengambil lesen, memohon pasport dan menjawab segala pertanyaan pegawai imigresen di kaunter. Jika boleh, saya mahu bebas keluar masuk ke negara mana pun yang saya suka. Tinggal seberapa lama yang saya suka. Memandu tanpa lesen dan tidak perlu mematuhi semua peraturan jalan raya.
Jadi, adakah saya boleh mengabaikan semua itu hanya dengan alasan ‘saya belum ikhlas’? Bolehkah pegawai JPJ, polis trafik atau imigresen menerima alasan saya, menunggu ikhlas baharu mahu mengambil lessen, passport dan mematuhi lampu merah?
Adakah seorang suami boleh menjawab kepada hakim di mahkamah syariah, dia tidak memberikan nafkah lahir dan batin kepada anak dan isterinya kerana belum ikhlas?
Bolehkah si ibu menjawab kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, membiarkan anak-anaknya terlantar tanpa makanan dan pakaian, hanya kerana dia belum benar-benar ikhlas membela mereka?
Semuanya, tidak akan diterima oleh pihak yang berkuasa. Ikhlas atau tidak, setiap orang yang dengan sengaja melanggar peraturan, tetap akan ditangkap, didakwa malah didenda.
Jika begitu, bolehkah kita menerima alasan, aku belum memakai tudung, aku belum solat, aku belum bayar zakat, hanya kerana aku belum ikhlas?
Hati perlu dididik. Hati perlu dilentur. Hati perlu diasuh. Ikhlas benda yang wajib dipupuk. Jika perlu dipaksakan. Sama seperti sepohon mempelam. Jika sedari awal dibaja, diberikan air yang cukup dan dijaga dari makhluk perosak, maka natijahnya ialah buah yang enak. Manis sekali untuk dicicip isinya dan bijinya menjadi benih yang baik pula. Wallahuallam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ada sebab tersendiri kenapa rambut bayi yang baru lahir perlu dicukur pada hari ketujuh kelahiran. Ia perlu dikumpul, ditimbang dan dianggarkan dengan nilaian emas serta diniatkan untuk disedekahkan kepada fakir miskin.Selain tujuan kebersihan kepala bayi ia merupakan amalan sunnah yang sangatlah elok dilakukan dalam meraikan kelahiran anak yang dinantikan.
Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut baby pada hari ke-7. Cukur sampai botak. Tak kira babygirl or babyboy. Jangan cukur sipi-sipi je.
Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya.Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.
Kalau dah terlepas hari ke-7? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak.
Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan.
Contoh rambut babyR ni berat 0.99gram.
Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.
Ini contoh ye.
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.
Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.
Ketiga-tiga anak memang cukur pada hari ke-7. Tak panggil orang ramai pun. Husband yang cukur especially Rayyan & BabyR. Balik kerja terus cukur. Sebagai isteri, kena ingatkan suami.
1. Ambil 1 bekas berisi air suam
2. Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampoo rambut baby.
3. Guna pisau cukur gillette je or mana-mana yang ada. Pastikan baru.
4. Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5. Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6. Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je . Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas or sampul angpaw.
7. Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas.
Ini je la pengalaman sendiri. Atas nasihat UAI.
MW: Semoga bermanfaat! kongsikan panduan ini cara kumpul rambut bayi buat mak ayah yang baru menerima kelahiran baby dalam rumah.
Surah Al-Fatihah merupakan surah yang wajib dibaca didalam solat. Ia juga sering dibaca untuk disedekahkan pada orang yang telah meninggal dunia.Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن – Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب – Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Rupanya banyak kesan positif dan manfaat yang boleh dirasai jika kerap mengamalkan niat sedekah Al-Fatihah untuk diri sendiri, setiap hari. Terutamanya dibaca banyak kali ketika mempunyai masa terluang, seperti sedang memandu dan sebagainya.
Saya di sini nak berkongsi hasil eksperimen saya setelah mengamalkan sedekah Al-Fatihah sebanyak-banyak yang mungkin semasa saya memandu pergi atau balik dari tempat kerja.
Buat masa ini, sudah lebih seminggu saya amalkan dan Alhamdulillah terlalu banyak manfaat yang saya dapat rasakan dan merasa terpanggil untuk mengajak semua pembaca untuk cuba eksperimen yang sangat mudah ini.
Anda cuma perlu mulakan dengan niat sedekah A-Fatihah untuk DIRI SENDIRI, Rasulullah, ibubapa, keluarga, sahabat, saudara mara ataupun dan sesiapa sahaja termasuklah orang yang awak tak selesa contohnya macam bos atau rakan kerja yang tak ngam ke.
Saya tekankan untuk sedekah diri sendiri sebab kebanyakan kita terlupa untuk buat benda-benda macam ni. Lazimnya, sedekah al-Fatihah selalu diamalkan untuk yang meninggal je kan.
Pastikan radio tutup ye dan fokus baca Al-Fatihah sebanyak-banyak yang mungkin sepanjang masa memandu. Kenapa saya pilih waktu memandu? Sebab waktu sebegini masa banyak terbuang begitu sahaja semasa memandu (ataupun naik pengangkutan awam) So no excuses la ye.
Cuba amalkan setiap hari ye. Istiqamah is the key dan saya nak awak share pengalaman awak di ruang komen. I am excited to know your personal experience on this simple experiment. Share di ruang komen ye.
Bila sampai pejabat, mood sangat baik dan rasa seronok dan bersemangat sangat nak mulakan hari.
Untuk pengetahuan, saya ni dah lebih 12 tahun kerja maka faham-faham jelah ada hari kita rasa macam sangat malas. Bila amalkan Al-fatihah, memang terasa lain macam auranya.
Tiba tiba ada orang belanja makan, saya dapat baucar, dapat pujian. Best best best.
Saya dah ada anak lelaki 2 orang yang masih pakai lampin lagi maka faham-fahamlah kadang terjadi raksasa tapi lepas amalkannya saya rasa lebih chill tenang hadapi situasi yang menggemparkan.
Bos pun mood baik je senang nak dapat autograf. Kerja pun lancar je. Allah kan ada bantu kita hadapi liku-liku kehidupan.
Setakat ni je lah entry saya buat masa ini. Sebenarnya ada banyak lagi nak kongsi tapi saya akan sambung lagi entry lain jika ada rezeki. Ingat ye, saya nak ajak awak semua buat eksperimen ni dan kongsi pengalaman awak sendiri di ruang komen ye. Terima kasih sudi baca confession saya ni.
Oh, saya gelarkan diri saya makcik i-can sebab pengaruh kampung people. Ikan = i-can 😉 Saya harap saya dapat sebarkan sedikit manfaat dan aura positif untuk awak semua.
– Makcik I-can (Bukan nama sebenar)
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-sama kita jadikan amalan kerap niat sedekahkah Alfatihah untuk diri sendiri dan orang lain.