
Isi Kandungan
ToggleDalam hubungan perkahwinan, perkara yang paling penting adalah komunikasi di antara suami isteri. Isteri lebih tahu perangan suaminya berbanding orang lain, hatta ibunya sendiri. Namun seringkali tak ramai isteri yang sanggup berterus terang perangai suami, sebab nak jaga hati dan tak nak buat suami terasa. Sekaligus tidak mahu mengeruhkan keadaan dalam rumahtangga.
Renungkan perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini;
Kalau setiap hari isteri berterus-terang, maka ramai suami yang akan TERASA. Sebab apa yang keluar dari mulut dia tu adalah fakta, hakikat, realiti.
Dia bercakap tentang apa yang dia lalui, apa yang dia rasa, apa yang dia nampak, apa yang dia hadap semasa hidup dengan kita.
Tapi, tak ramai isteri yang sanggup berterus terang depan suami sebab nak jaga hati dan perasaan suami. Tak nak suami terasa, tak nak suami jauh hati, tak nak suami pulaukan dan abaikan dia untuk apa yang suami dengar dari mulut dia.
Banyak ja perangai kita sebagai suami yang tak digemari isteri. Isteri tak suka kita buat macam tu, macam ni.. Cuma dia tak cakap depan-depan.
Tak Nak Keruhkan Hubungan
Dia cakap berlapik, dia cakap berkias. Orang perempuan dalam hubungan ni, dia lebih fikir bab tak nak buat sesuatu yang boleh menjejaskan hubungan, yang boleh mengeruhkan keadaan.
Kalau kita suami pun ada pemikiran yang sama, insyaAllah, bahagia rumahtangga…kalau kita nak isteri berterus-terang cakap kat kita tentang diri kita, maka kita kena terbuka untuk terima dan bermuhasabah.
Kalau kita ego, maka kita akan MARAH dengan setiap luahan isteri sebab kita tak boleh terima yang itulah sebenarnya DIRI KITA sendiri.
Semoga Bermanfaat.
Mesti Baca:EMOSI Orang Perempuan Gembira Atau Sedih Bergantung Pada Pasangannya
Baca Lagi Di Sini:15-20 Tahun Kahwin, Kalau Tiada Sifat SABAR Tak Mungkin Mampu Bertahan Lama
Artikel Menarik:Berlapang Dada Pasangan Bermasalah, Dekatkan Diri Pada Allah HATI Akan Tetap TENANG!
Mingguan Wanita: Ada benarnya perkongsian ini. Setiap perangai suami, hanya isteri yang benar-benar faham dan lebih mengetahui. Banyak sebenarnya perangai suami yang isteri pendamkan sahaja, demi nak jaga hati dan tak nak buat suami terasa.
Sumber:Firdaus Shakirin
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Sedih, Bekas Suami Sanggup Tak Mengaku Anak Sebab Tak Mahu Bayar Nafkah

Isteri sedih, bekas suami sanggup tak mengaku anak sebab tak mahu bayar nafkah. Perceraian mungkin menjadi jalan terakhir yang perlu diambil oleh pasangan suami. Bagaimanapun tanggungjawab suami terhadap anak-anak yang dilahirkan dari perkahwinan tersebut tidak terhenti begitu sahaja.
Isteri Sedih, Bekas Suami Sanggup Tak Mengaku Anak Sebab Tak Mahu Bayar Nafkah
Suami masih mempunyai tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada anak-anak walaupun sudah bercerai. Tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak walaupun sudah bercerai adalah satu kewajipan yang tidak boleh diabaikan.
Dalam Islam, ia adalah satu amanah yang perlu ditunaikan. Dari sudut undang-undang di Malaysia, ia adalah satu keperluan yang ditetapkan oleh peraturan dan undang-undang.
Berikut perkongsian daripada Tuan Fahmi Ramli Peguam Syarie Perundangan Islam yang beramal di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, KL, Selangor.
Baca artikel lain: Mak Mentua Jangan Sibuk Nak Ambil Tahu Berapa Nafkah Menantu Dapat, Banyak Atau Sikit Itu Hal Anak Menantu
Dalam banyak-banyak kes tuntutan nafkah anak, majoriti suami menolak tuntutan. Alasan yang popular ialah terlalu banyak komitmen sehingga tidak mampu untuk membayar nafkah anak setelah menceraikan isterinya.
Lain pula bagi kes ini yang mana seorang bapa sanggup menafikan nasab anaknya sendiri untuk mengelakkan diri dari menanggung nafkah anak dengan isteri lama. Tambahan pula, suami itu sudah berkahwin lain dan telah mempunyai 3 orang anak dengan isteri yang baru.
Dalam kes ini, si isteri memohon kepada mahkamah untuk menetapkan nafkah anak berjumlah RM200 sebulan sekaligus memohon untuk mahkamah perintahkan suami membayar tunggakkan nafkah anak yang tidak pernah ditanggung sejak lahir sehingga anak tersebut berumur 13 tahun yang mengumpul jumlah sebanyak RM31,000.
Terkejut dengan jumlah tuntutan si isteri, suami dengan tidak rasa bersalah mendakwa bahawa anak tersebut bukanlah anak dari nasabnya. Ini kerana mereka hanya tinggal bersama selama 2 bulan sahaja dalam 2 tahun tempoh perkahwinan mereka.
Suami juga mengaku tidak membayar nafkah anak tersebut kerana tidak tahu akan kelahiran itu. Suami menyatakan bahawa dia tahu akan kelahiran anak tersebut setelah isteri memohon fasakh. Suami juga menegaskan isterinya mengaku tidak hamil apabila ditanya oleh pegawai kaunseling semasa mereka dalam tempoh perceraian.
Giliran isteri pula untuk memberi keterangan tentang dakwaan suami mengenai status anak mereka. Isteri menjelaskan bahawa dia tidak menuntut nafkah anak tersebut dahulu kerana sepanjang tempoh perkahwinan suaminya tidak pernah memberikan perhatian terhadap dirinya dan terus mengabaikan dirinya seolah-olah suaminya tidak pernah mempunyai isteri.
Nafkah diri pun suami tak pernah bagi apatah lagi nafkah anak fikir isterinya. Dengan membawa hati dan perasaan yang tidak dijaga ini si isteri mengambil keputusan untuk tidak memberitahu apa-apa perkembangan tentang dirinya kepada suaminya.
Sekarang barulah isteri memohon nafkah anak kerana memikirkan masa depan anak yang lebih cerah dan ingin anak berjaya seperti anak-anak orang lain.
Apakah status anak tersebut?
Syarak telah menggariskan cara penetapan nasab dengan merujuk kepada hadis nabi iaitu “ Anak yang lahir dari hamparan (isteri) yang sah berhak disabitkan nasab keturunan”.
Syarat penetapan nasab
1. Suami mampu untuk menghamilkan isteri
2. Anak tersebut mestilah lahir selepas 6 bulan qamariah dari tarikh akad nikah atau masa kemungkinan suami dan isteri Bersama
3. Suami dan isteri hendaklah bertemu selepas akad nikah
Berdasarkan penetapan syarak ini, segala syarat telah dipenuhi yang mana anak tersebut sememangnya lahir setelah 11 bulan dari Tarikh akad nikah. Suami hanya berpegang dengan pengakuan isteri bahawa dia tidak hamil Ketika ditanya oleh pegawai kaunseling.
Lagi artikel: Nafkah Isteri Anak-anak Suami Wajib Dahulukan, Barulah Ahli Keluarga Yang Lain
Apabila melihat kepada tarikh lahir anak tersebut rupanya isteri telah melahirkan anak terlebih dahulu sebelum sesi kaunseling tersebut. Maka, sememangnya isteri tidak hamil lah ketika ditanya oleh pegawai kaunseling tersebut.
Akhirnya mahkamah memutuskan bahawa anak tersebut adalah anak kandung dan boleh dinasabkan kepada suami tersebut dan suami wajib membayar nafkah sebanyak RM200 setiap bulan kepada anak tersebut.
Kenapa suami itu tidak boleh meli’an isterinya?
Suami boleh meli’an isteri dengan kadar segera setelah mengetahui lahirnya anak tersebut. Jika terdapat keuzuran suami melewatkan li’an tersebut apabila suami mendapat berita lahirnya anak pada waktu malam dan menangguhkan sehingga pagi hari.
Dalam kes ini, suami melwatkan li’an sehingga anak tersebut sudah mencapai usia 13 tahun. Itu pun sebab isterinya nak tuntut nafkah. Maka, hak penafian nasab tersebut terbatal.
Suami juga tidak ada apa-apa keuzuran syarie utk menafikan nasab dengan kadar segera. Alasannya hanya kerana beliau seorang awam yang jahil tentang perkara ini. Malangnya alasan ini tidak diterima mahkamah keranan Islam menuntut dan mewajibkan kita untuk belajar tentang ilmu agama.
Maka, dakwaan suami bahawa anak itu bukan anaknya sudah tidak relevan kerana hak suami telah terbatal dengan melewat-lewatkan penafian sehingga 13 tahun.
Kesimpulannya tidak perlulah sampai nak menafikan nasab sendiri hanya kerana nak lari daripada tanggungjawab menunaikan nafkah. Ingatlah, kalau di dunia kita mengelak, maka di akhirat itulah hutang yang akan ditanggung oleh kita.
Sumber: Fahmi Ramli Peguam Syarie Perundangan Islam yang beramal di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, KL, Selangor.
Baca artikel lain: Datuk Red Sah Cerai Isteri Pertama, Bekas Isteri Tak Tuntut Nafkah Sama Seperti Adira Suhaimi
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Berhutang Nafkah Bila Isteri Keluar Duit Untuk Belanja Rumah

Isi Kandungan
ToggleSuami dikira berhutang nafkah bila isteri keluarkan duit untuk perbelanjaan rumah. Hutang nafkah isteri, ramai suami (bukan semua) terlepas pandang. Alasan yang diberikan kerana isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.
Suami Berhutang Nafkah
Isteri hari ini ramai yang bekerja. Dek kerana mereka sama-sama berusaha mencari rezeki dan menanggung keluarga, ada suami yang mengambil kesempatan. Kadang-kadang, suami berkira pula dengan isteri. Jadi kedekut, mentang-mentanglah isteri bekerja.
Hakikatnya, ingat kembali, setiap bulan cukupkah dengan duit yang suami ada atau merasakan rezeki selalu tak cukup. Adakah ini boleh dikaitkan dengan suami hutang nafkah isteri.
Perkongsian daripada Khairul Johari ini mengingatkan para suami agar tidak terlepas pandang terutamanya dalam hutang nafkah isteri. Jika isteri reda dan halalkan, alhamdulillah. Tapi janganlah sampai lupa tanggungjawab pula.
Bila Isteri Keluar Duit Untuk Belanja Rumah
Benda paling suami terlepas pandang.. HUTANG NAFKAH.. Sebab apa rezeki selalu tak cukup?
Sebab apa dapat banyak pun tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa?
Hati kusut.. Tanya isteri anda dan tanya dari hati ke hati.. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri..
Tanya isteri, adakah dia betul betul halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu?
Percayalah, isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati.
Kedua sebab nak elakkan pergaduhan.
JANGAN KEDEKUT Dengan Isteri
Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri?
Makan isteri berkira, sampai isteri kena keluarkan duit sendiri. Ddalam tak sedar, kita suami dah BERHUTANG dengan isteri.
Kite tengok isteri tak kisah, kita tahu ke dalam hati dia?
Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga.
bukan kamu kerah tenaga dia macam BABU.
Bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang, malam 24 jam tanpa rehat dan bBukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu nak dia jaga.
Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak agak dia akan bagi tak kahwin?
Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata. tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul.
Atas dunia boleh kite ngelat, tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok esok
Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isterilah punca rezeki suami makin bertambah.
Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin.
Ramai isteri hari ini tidak kisah membantu suami dari segi kewangan sebab dia tahu tahap mana kemampuan suami. Suami janganlah ambil kesempatan pula.
Sumber: Khairul Johari
Baca artikel berkaitan: Nafkah RM2.1 Juta Sebulan, Wanita Jadi Isteri Ke-5 Bilionair “Hanya Perlu Cantikkan Diri”
Suami Beri Nafkah Kenalah ‘MENUNJUK-NUNJUK’ Depan Anak, Dia Tahu Ayahnya Hargai Ibu Mereka
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Suami Curang Lebih Cepat Mati..”, Pilihlah Untuk Setia, Tentu Tak Berani Untuk Mendua

Isi Kandungan
TogglePilihlah untuk setia. Kenapa perlu nak cari yang lain, kalau yang ada itu adalah yang terbaik, nanti menyesal tak sudah. Mungkin bagi lelaki sekadar untuk suka-suka, tapi akhirnya makan diri.
Curang dengan pasangan bukanlah perkara yang ditakdirkan. Kalau tak ada angin manakan pula pokok bergoyang. Kalau tak mencari dan terhegeh-hegeh tak mungkin ia terjadi.
Bila dah ada pasangan hidup, bersyukurlah. Itulah yang melengkapkan kehidupan kita. Jangan bermain dengan api dan pilihlah untuk setia. Apa lagi yang tak cukup?
Kalau itu sudah mempunyai segalanya, tiada sebab untuk berlaku curang dengan pasangan. Perkongsian menarik Rohana Saad yang mengatakan suami curang lebih cepat mati. Betul ke?
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Curang Tak Kenal Paras Rupa, Tak Perlulah Salahkan Diri, Kekallah Jadi Wanita Hebat
Suami Yang Baik, Tidak Akan Jadikan Kekurangan Isteri Sebagai Alasan Untuk Curang
Pilihlah Untuk Setia, Itulah Sebaiknya
Dah berpunya tapi melayan. Bila dah tersuka dikatakan takdir Tuhan. Ini bullshit kau tahu tak?.
Setia atau curang, bukan bergantung pada lelaki atau perempuan tapi bergantung pada akal fikiran.
Curang itu pilihan bukan kesilapan, jadi, jangan salahkan orang lain dan jangan salahkan takdir. Kita nak sesuatu pun atas pilihan kita sendiri dan kemahuan diri sendiri. Kalau kau pilih untuk setia, kau tak akan berani mendua.
Kalau nak setia, duduk jauh pun tetap setia. Kalau nak curang, duduk sebelah pun boleh curang.
Kalau isteri dah “perfect” pandai masak, pandai jaga suami dan anak-anak, tapi kalau suami nak curang, dia curang juga. Bila suami sakit, isteri sibuk nak jaga dia.
Bila isteri sakit, suami sibuk nak cari pengganti dia, betulkan? Jadi suami ni, jangan sesekali curang dengan isteri, sebab bila kau curang.. dia tak akan sama macam dulu lagi.
Kenapa curang? Sebab ingat akan dapat yang lebih baik? Tak. Sebenarnya bila kau curang, kau akan kehilangan seseorang yang sememangnya cuba menjadi
Terbaik untuk kau. Tapi kau tamak.
Nak juga cari lain. Susah nak cantumkan hati isteri yang telah hancur. Nak dia layan kau macam dulu pun susah. Jadi, jangan cuba-cuba untuk curang. Hati yang terluka tak mungkin kembali seperti asal, beringat-ingatlah. Bukan mudah untuk merawat luka, kalau sembuh sekalipun parutnya tetap ada.
Bergantung Pada Diri Sendiri
Mengikut kajian, suami curang lebih cepat mati. Kecurangan lelaki yang sudah berkahwin boleh meningkatkan risiko serangan sakit jantung.
Curang perlu bekerja keras, kena padam mesej, lock phone dan kena fikir ayat-ayat untuk menipu. Terlalu susah untuk curang, baik setia je. Pada suami diluar sana dan bakal suami, tolong laaaaa fikirkan hati dan perasaan isteri korang. Sebelum ada hati nak cari lain ingatlah masa susah dulu sama-sama, masa dah senang apa pasal pulak nak bagi isteri kau madu?.
Tidak semua suami adalah sampah dan tidak semua wanita juga adalah suci tanpa pernah melakukan kesilapan.
Hakikatnya, segalanya bergantung kepada diri sendiri. Jangan terlalu mencari kesempurnaan, baikilah perhubungan. Bagi si perempuan yang menjadi orang ketiga, sailang hak orang pun pilihan.
Kau dah tahu orang tu suami orang, kau boleh je tak melayan. Kau boleh je jauhkan diri. Tapi kau tetap memilih nak membina bahagia atas derita orang lain. Jangan risau, kifarah kejap je sampai.
Mingguan Wanita : Jangan sesekali nak suka. Makan diri dan menyesal tak sudah. Syukurlah dengan pasangan yang sanggup susah senang bersama.
Sumber: Rohana Saad
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI