Minyak dagu; khabarnya proses pembuatannya bukan mudah. Bukan sahaja dilengkapi bacaan jampi serapah dan mentera, teknik pembuatannya juga rumit lagi mistik. Kerana hasrat hati dan impian mendapatkan cinta dan kasih sayang seseorang, sehingga ada yang berusaha mencari minyak ini asalkan apa yang dihajati tercapai. Subjek penting yang digunakan dalam menghasilkan minyak dagu bergred A, khabarnya melibatkan mayat wanita yang kematiannya tragis dan bukan kematian biasa.

Tak Perlu Calitan Minyak Dagu & Amalkan Doa Pemecah Ini

Tiap minyak ini yang terhasil dari subjek berbeza akan dikelaskan mengikutkan kesesuaian penggunaannya pula. Pendek kata, sesiapa yang terkena calitan minyak ini boleh sasau, tak keruan, hilang akal dan boleh porak peranda rumah tangga dibuatnya. Mingguan Wanita TalkShow hari ini mengupas topik mistik berkaitan penyalahgunaan minyak dagu yang masih wujud penggunaannya hari ini.

IKLAN

Menurut Datuk Dr Maamor Osman yang merupakan Setiausaha Agung PPIM satu pendekatan tegas perlu dilakukan melibatkan kerjasama daripada Suruhanjaya Multimedia, berhubung penjualan minyak dagu di platform jualan atas talian. Sejauh mana seriusnya masalah ini sehingga mengganggu gugat keharmonian rumah tangga, mengundang masalah seperti pecah rumah dan niat tidak baik terhadap orang lain haruslah diperhalusi sebaiknya, agar isu ini mendapat penyelesaian terbaik dalam konteks undang-undang.

Tak Perlu Calitan Minyak Dagu & Amalkan Doa Pemecah Ini

IKLAN

Sesi temu bual yang dikelolakan oleh PU Azman dan Siti Elizad turut mengundang Ustaz Khairil Anuar Mohd Wafa yang juga pengamal perubatan Islam Darul Syifa Bangi. Menurut beliau lagi, kekacauan yang tercetus dari penggunaan minyak dagu menjadikan ramai mangsa yang tak bersalah hidup celaru, keliru dalam dunia tersendiri. Ada yang menderita berlarutan kerana tidak dapat mencari penawar bagi mengatasinya. Perbuatan syirik ini sewajarnya tidak dilakukan dan menyekutukan Allah dengan sesuatu menjadikan seseorang itu jauh menyimpang dari ajaran Islam.

IKLAN

Tambah Ustaz Khairul lagi, amalkan empat ayat terakhir surah Al Hasyr (ayat 21 hingga 24) yang dinamakan sebagai Ayat Pemecah, Al-Fatihah (7 kali), Ayat Qursi dan tiga Qul  bagi melepaskan diri dari belenggu sihir. Mudah-mudahan dengan ikhtiar itu dan keyakinan kita pada Allah SWT.

Bagi yang ketinggalan menonton program bual bicara Mingguan Wanita Talkshow tadi jangan lupa saksikan ulangannya, malam ini jam 8 malam di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI