shima anuar

Bukan mudah bagi seorang wanita untuk mendapatkan kembali berat badan yang ideal selepas bersalin.Bukan apa, sewaktu mengandung kebiasaannya, berat akan bertambah berkali berganda daripada berat asal.Ia memerlukan kegigihan yang konsisten untuk kembali kurus. Jika tak sabar, ramai yang memilih jalan mudah dengan mengambil ubat kurus!

Namun, pelakon Noor Hashimah Anuar atau lebih dikenali dengan nama Shima Anuar,27 ada cara tersendiri untuk memastikan badan kembali langsing selepas melahirkan anak perempuannya pada 12 Disember lepas. Pernah mencapai berat 74 kilogram ketika mengandung, wanita cantik manis ini berjaya menurunkan berat badan hampir 23 kilogram selepas 8 bulan melahirkan Marian Sophia.

Tak Percaya Ubat Kurus, Pelakon Shima Anuar ‘Hilang’ 23Kg Selepas Bersalin Berpegang Pada Prinsip Ini!

Pelakon filem Isteri Dalam Sangkar ini, ada meluahkan rasa dan pengajaran buat dirinya bahawa ketika mengandung jangan beria makan sesuka hati.Memadai cukup nutrisi.

IKLAN

Selepas bersalin, Shima gigih menurunkan berat badan dan berjaya mencapai berat 51kg.Shima juga tidak percaya dengan ubat kurus dalam menurunkan berat badan, sebaliknya berpegang pada prinsip KAWAL PEMAKANAN dan MELAKUKAN SENAMAN serta RAJIN mengamalkannya untuk kurus dan sihat.

Berikut perkongsian di Instagram Shima Anuar;

“After 8 months..But the struggle is REAL. Pheww! Lesson learned. Kalau pregnant jangan beria sangat nak makan melampau2! Asalkan cukup nutrition, enough. Makan beria sangat, last-last anak keluar cinonet jugak. (Sophia 2.4kg only.

IKLAN

“Berat mommy yang sampai 74kg!) My weight now is 51kg. Need to lose sikitttt lagi. Lemak banyak berkumpul dekat kaki.Nahh jangan tanya makan ubat apa untuk nak kurus. There is no such thing as ‘makan je pape, no need exercise all, tapi bila u makan ubat ni, u terus kurus!’ NO! Tak payah la terpedaya! U need to control your food and exercise. Tu je ubat yang paling betul, mujarab dan selamat. Kalau malas, LUPAKAN UNTUK KURUS DAN SIHAT.

Terdahulu, Shima berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha,50 pada 8 April 2017.

IKLAN

Tak Percaya Ubat Kurus, Pelakon Shima Anuar ‘Hilang’ 23Kg Selepas Bersalin Berpegang Pada Prinsip Ini!

Memang ada benarnya perkongsian tip oleh Shima Anuar ni. Buat wanita hamil, makanlah berpada-pada dan beringatlah. Yang paling penting adalah cukup nutrisi bukan makan mengikut hawa nafsu.Bila berat badan dan naik, memang payah nak turunkan melainkan hanya dengan kawal pemakanan dan melakukan senaman secara konsisten.

Sumber: Shima Anuar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI