Telah sampai ajalnya. Seorang remaja yang berjaya selamatkan dua rakannya akhirnya lemas selepas rakannya dapat dibawa ke tebing.
Mulianya pengorbanan remaja ini, dia pergi buat selamanya selepas menggadaikan nyawanya untuk orang lain.
Ketika kejadian menurut saksi kejadian, mangsa tak menjerit meminta tolong, hanya tangan saja kelihatan melambai-lambai sebelum dia tenggelam. Setelah selamatkan rakan, semoga syurga jadi balasan.
Tak Menjerit, Tangan Melambai Sebelum Tenggelam
“Mudin (mangsa) tak menjerit minta tolong, tapi kami nampak tangannya melambai-lambai sebelum perlahan-lahan tenggelam dalam sungai,” kata saksi kejadian lemas, Mohd Amirul Adam Mohd Zaid.
Dalam kejadian 5.15 petang hari ini, mangsa, Wan Mohd Azamudin Wan Aznan, 16, ditemukan lemas dalam sungai di Kampung Perupok, Tikat, Kota Bahru, Kelantan ketika cuba menyelamatkan dua remaja lain.
Mohd Amirul Adam, 12, berkata sebelum tragedi itu, dia bersama tiga rakannya bermain bola di padang tidak jauh dari sungai itu sebelum dia tersepak bola ke dalam sungai itu.
Menurutnya, seorang rakannya, Adam turun ke dalam sungai untuk mengambil bola, namun lemas dan meminta tolong sebelum seorang lagi rakan iaitu Arif cuba menyelamatkannya.
Ads
Cuba Selamatkan Rakan, Semoga Syurga Jadi Balasan
“Arif turut lemas seperti Adam dan apabila melihat keduanya dalam keadaan tercungap-cungap di dalam air, Mudin (mangsa) yang berada tidak jauh dari lokasi segera terjun ke dalam sungai.
“Mudin berjaya menyelamatkan dua rakan saya dengan memikul keduanya di belakang, namun sebaik hampir ke tebing, dia (mangsa) kelihatan tidak berdaya sebelum lemas.
“Dua rakan diselamatkan penduduk kampung, namun Mudin yang masih dalam sungai kelihatan melambai-lambai tangan dan semakin lama semakin tenggelam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Jenazah mangsa ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai dan ahli keluarga serta rakan tidak dapat menahan tangisan sebaik mangsa dibawa ke darat.
Ads
Situasi menjadi semakin sebak apabila bapa mangsa, Wan Aznan Wan Ibrahim, 52, membacakan doa sebaik anak sulungnya itu ditemui.
Selain itu, sahabat karibnya, Wan Mohd Shahiran Wan Mohd Shahriman, 15, beberapa kali dilihat menangis di hujung kaki mangsa yang sudah dibawa ke dalam trak polis.
Ditemui Di Dasar Sungai
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.23 petang.
Beliau berkata, seramai 19 anggota termasuk lima PPDA daripada BBP Kota Bharu terbabit dalam operasi berkenaan.
“Mangsa ditemui pada 6.38 petang di dasar sungai yang agak berselut pada kedalaman kira-kira 3.3 meter dan jenazah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk proses bedah siasat,” katanya.
MW: Al-Fatihah. MW merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Tinggi sungguh budi pekertinya hingga sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan nyawa orang lain. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Wan Mohd Azamudin Wan Aznan dan menempatkannya di kalangan orang beriman. Amin.
Sebenarnya tak perlu pergi spa nak dapatkan urutan batu panas ini. Buat sendiri dekat rumah pun boleh. Asalkan tahu cara betul nak membuatnya.
Trainer di World SPA Theraphy & Consultancy, Sarifa Redzuan II berkongsi manfaat urutan batu panas. Antaranya dapat legakan badan penat sekaligus cara membuat terapi urutan batu panas ini.
“Okay , sebelum nak buat kat rumah, awak perlu cari batu. Jangan pula kutip batu tepi jalan.”
“Cikgu sarankan awak pergi kedai pokok, pergi beli batu sungai yang untuk landskap tu yang berwarna hitam. Beli saiz yang agak besar dan leper supaya senang utuk diletakkan di badan.
“Ambil dalam lebih kurang 20 biji batu. Cikgu larang awak kutip batu di sungai bawa balik.”
Langkah-langkah Terapi Batu Panas Di Rumah
1. Langkah Pertama
Panaskan batu di dalam periuk dengan meletakkan air. (Jangan guna periuk ini untuk masak makanan). Maksudnya beli la satu periuk elektrik yang murah murah tu khas untuk buat terapi ini.
2. Langkah Kedua
Pastikan pasangan meniarap dengan selesa . Dan lapikkan towel di atas badan pasangan.
3. Langkah Ketiga
Angkat batu dalam periuk dengan penyepit dan susun batu di atas badan pasangan di antara tulang belakang (rujuk gambar batu disusun ). Dan susun di bahagian kaki. Habiskan 20 biji batu. Biarkan 10 minit.
4. Langkah Keempat
Angkat kesemua batu dan buka towel serta susun kembali batu tadi di atas badan pasangan. maksudnya batu direct ke kulit (rujuk gambar batu disusun) Biarkan selama 10-15 minit.
5. Langkah Kelima
Setelah 15 minit angkat ke semua batu dan sapukan di badan dengan minyak zaitun yang dipanaskan dengan burner (Boleh dibeli di Hinode shop dengan harga RM6). Kemudian urut perlahan lahan menggunakan tapak tangan.
Kombinasi urutan tangan dengan batu panas mampu melegakan otot yang tegang dan memberi kepuasan yang maksima . (rujuk rajah urutan back rubs) . Ulang beberapa kali.
Manfaat Urutan Batu Panas Masak Herba
Batu masak herba special!
Kehangatan batu yang dimasak bersama rempah dan herba terpilih dilalukan di badan yang kepenatan.
Haba yang di pindahkan dari batu ke badan membuatkan bahu yang ketat tadinya menjadi kendur dan sangat selesa.
Budak lelaki 4 tahun meninggal dunia disyaki didera 5 rakan kakak, ibu bapa pula berada dipenjara sebab dadah. Allahu sungguh pilu nasib yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki yang berusia empat tahun ini.
Malang sungguh kanak-kanak lelaki tersebut yang dipercayai meninggal dunia selepas didera lima rakan kakaknya di sebuah rumah di Senggarang, Batu Pahat.
Budak Lelaki 4 tahun Meninggal Dunia Disyaki Didera 5 Rakan Kakak
Seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Harian, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun memaklumkan mangsa pengsan di rumahnya dan dibawa ke klinik untuk rawatan pada jam 6.45 petang Jumaat.
“Bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menahan lima warga tempatan terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia 15 hingga 37 tahun antara jam 12 tengah hari hingga 9.45 malam Sabtu kerana disyaki terlibat dalam kejadian ini.
“Mangsa telah dijaga oleh kakak kandungnya setelah ibu bapa mereka dimasukkan ke penjara akibat kesalahan dadah. Kemudian mangsa diserahkan kepada rakan kakaknya untuk dijaga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan dijalankan pihak polis merampas barang yang disyaki digunakan untuk mendera mangsa di sebuah rumah di Senggarang.
Katanya, mangsa yang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini sejak Jumaat disahkan sudah meninggal dunia pada jam 6.40 petang Isnin.
“Pada awalnya kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya.
“Namun pihak polis mengklasifikasikan semula kes ini akibat kematian mangsa iaitu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujar beliau.
Kamarul Zaman memberitahu, semua suspek direman seminggu bermula Ahad sehingga 31 Disember ini.
Ada ke mak-mak yang berpantang tetapi pulun makan ikan masin dengan nasi panas-panas sampai tak ingat dunia? Isyh, lulus ke makan ikan masin sewaktu dalam pantang? Sesetengah orang kata boleh tetapi ada yang melarang!
Ini yang Puan Mira Baharin cuba kongsikan, jom semak apa kesannya jika makan waktu berpantang…
Ehhh… ikan masin. Sedapnyaaaa! Makan dengan nasi panas-panas, cicah sambal tarukkk budu. Fuhh nikmat gaisss.
Tapi. Tapi. Kalau dalam tempoh berpantang bersalin, ada sahaja yang makan ikan masin dengan nasi kan?
So, kakyaa nak share sendikit ilmu berpantang dengan semua.
Mengikut sesetengah petua orang melayu, ibu dalam pantang di beri green light dengan memakan ikan masin semasa berpantang.
Tahu kah? kesan yang boleh dapat makan ikan masin dalam pantang boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk. Dan yang paling dosa besar, boleh melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.
Kesan 1
Bila dah namanya ikan masin, mestilah berkait dengan garam sebab itu adalah bahan utama dalam proses buat ikan masin.
Kesan Buruk
Boleh membuatkan rambut keguguran jika diambil dalam kuantiti yang besar.
“Apabila garam dimakan dalam kuantiti yang besar, ia boleh menjadi toksik kepada rambut anda, dan menyekat nutrien penting daripada memasuki folikel rambut anda dan nutrien ini adalah sangat penting untuk kesihatan rambut anda. Apabila folikel rambut anda dilucutkan nutrien, ia perlahan-lahan boleh menyebabkan keguguran rambut berlaku. – sumber ”
Kesan 2
Seperti ramai yang tahu, jika banyak garam dalam diet adalah sangat tidak baik untuk orang yang mempunyai darah tinggi. Dan yang yang paling penting makanan yang tinggi kandungan garam boleh menyebabkan badan dehidrate.
Zat makanan yang tidak cukup dan dehirasi boleh menjejaskan bekalan susu ibu.
Hope. Perkongsian kakyaa ni dapat membantu mom-mom bakal jadi mom. Dan yang ibu yang sedang berpantang sekarang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Eyka Farhana selamat bergelar isteri Akhyar Rashid, 5 tahun menyulam kasih sebelum bersatu. Lima tahun menyulam kasih, akhirnya pelakon jelita Eyka Farhana sah bergelar...