Bulan puasa nie, rasanya tugas mak-mak bertambah sikit. Maklum la, awal pagi dah bangun untuk siapkan sahur. Ini belum lagi, mengemas, membasuh, menjaga anak  dan keluar bekerja untuk membantu meringankan tanggungan suami dan keluarga. Mengemas, memasak, membasuh, menjaga anak dan sebagainya memang tugas dan tanggungjawab isteri. Lebih memeritkan, tatkala tiba bulan Ramadan, sudah tentu tugas-tugas rumah tangga akan bertambah dua kali ganda.

Jadi, melihat keadaan isteri dalam menguruskan rumah tangga, suami cubalah pandang dan perhatian apa yang boleh dan mampu di tolong bagi meringankan beban isteri. Ini peluang untuk suami meraih pahala ‘tambahan’. Ingat, meraih pahala ini bukan sahaja di bulan puasa tetapi suami boleh praktikkan pada hari-hari biasa. Mengulas lebih lanjut tentang topik ini bersama Menurut Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM).

Tak Kisah Suami Tak Tolong Tapi Temankan Isteri Kat Dapur Pun Dah Bahagia

Bahagiakan Isteri 

Dalam budaya yang kita amalkan sekarang ini, isteri akan menyiapkan makanan berbuka dan bersahur untuk keluarga. Ini adalah satu budaya yang sangat baik.

“Walau bagaimanapun, tugas menyediakan makanan dan keperluan hidup secara asasnya adalah oleh suami. Tambahan pula, isteri zaman sekarang turut bekerja. Keadaan ini akan menjadikan masa lebih sempit untuk menjaga anak-anak, menguruskan rumah tangga, menyediakan makanan berbuka dan bersahur sebagai rutin harian,” jelasnya.

IKLAN

Tambah beliau lagi, dengan kehadiran suami untuk menjadi peneman isteri sudah cukup membahagiakan isteri dan mampu mengurangkan rasa bebanan penat dan sangat baik sekiranya suami turut membantu menguruskan hal-hal rumah tangga yang berat dan kasar.

“Sebenarnya, ambil berat dan prihatin suami untuk bersama menemani isteri adalah cukup baik. Di tambah dengan kata-kata penghargaan boleh menambahkan lagi kebahagiaan isteri dan mampu meringankan rasa bebanan penat isteri bekerja.

“Antara yang boleh suami bantu adalah berbentuk kasar dan memerlukan kekuatan fizikal seperti mengemaskan dapur, membantu mengangkat hidangan dan sebagainya. Suami tidak perlulah melakukan perkara sama yang dibuat oleh isteri tetapi memadai dengan menghargai,” ulasnya panjang lebar.

Ringankan Beban

Sebagai seorang suami, kadang-kadang mereka salah faham dan fikirkan kerja-kerja memasak di dapur adalah tugas isteri semata-mata. Namun, suami boleh ringankan beban isteri dengan memberi sokongan, memuji isteri dan bergurau senda. Sekurangnya dapat mengurangkan rasa tekanan oleh isteri.

IKLAN

“Bagi isteri pula, elakkan daripada mengarah suami untuk melakukan itu dan ini kerana ia boleh menyakitkan hatinya. Contoh, bagi suami yang tidak suka memasak, elakkan daripada menyuruh dia membantu memasak.

“Ini kerana banyak lagi kerja-kerja lain yang sesuai dengan penghormatan isteri kepadanya sebagai ‘super hero’ dalam keluarga. Bahagiakan kembali isteri, walaupun sedang melakukan kerja-kerja yang memenatkan”.  

Jangan Cabar Ego

Selain daripada itu, isteri hendaklah bijak membahagikan tugas-tugas sesuai yang mencerminkan isteri menghormati suami. Walau bagaimanapun, elakkan daripada menyuruh suami untuk membuat tugas-tugas yang suami sendiri tidak sukai dan mencabar keegoaannya.

“Saya percaya, tidak ramai isteri yang mengharapkan suaminya turut sama membantu memasak kerana ia mungkin akan menyukarkan lagi. Jadi, berbahagialah apabila saling melengkapi. Sebagai isteri juga, perlu fikirkan banyak perkara lain yang dilakukan oleh suami, yang sememangnya tidak mampu seorang isteri lakukan,” jelasnya.

IKLAN

Fitrah manusia, isteri selalu fikirkan yang dia banyak berkorban dan melakukan tugas berbanding orang lain. Tetapi sebenarnya, orag lain juga berfikiran begitu. Isteri mengungkit apabila dia rasa penat. Tetapi, kalau dia fikirkan tentang suami juga banyak berkorban dan melakukan tugas-tugas lain, mungkin boleh menyedarkan dan mampu mengurangkan ungkitan tersebut,” katanya mengakhiri perbualan.

PESANAN UNTUK SUAMI

  1. Banyakkan masa bersama terutamanya di waktu berbuka dan bersahur dengan isteri, kerana fitrah isteri sukakan suami yang sentiasa menemani dan mengambil berat tentangnya.
  2. Hargailah kerja-kerja isteri dalam menguruskan rumah tangga, menyediakan makan pakai keluarga agar kepenatannya tidak terlalu dirasakan.
  3. Bantulah apa yang sesuai terutamanya peranan kita sebagai suami yang ada kekuatan fizikal dan berlaku romantik dengan isteri yang banyak berkorban untuk suami dan keluarga.

PESANAN UNTUK ISTERI

  1. Buatlah tugas-tugas menyediakan makanan untuk berbuka dan bersahur dengan ikhlas dan penuh hormat kepada suami.
  2. Elakkan daripada mengungkit, berleter ataupun mengarah suami melakukan perkara yang isteri sendiri tahu, ia tidak sesuai dengannya kerana ia akan mencabar egonya.
  3. Saling hargailah pengorbanan suami yang kita sendiri tidak mampu lakukan, insya-Allah, hati akan lebih bersyukur dan redha. Hasilnya hubungan terjalin dalamsuasana positif.

Biarlah Ramadan lebih banyak melatih kesabaran dan membentuk hati kita lebih bersyukur dan redha.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI