Ads

Tak Cuba Tak Dosa, Tapi Inilah Cara Mudah Buang Toksin Dalam Tubuh

buang toksin

Suka makan macam-macam tetapi bab nak buang toksin ramai yang pandang sebelah mata. Jangan… kalau biarkan kesannya badan jadi cepat letih dan mudah dapat penyakit lain. Nak tahu lebih jauh apa cara terbaik untuk jaga sistem imunasi, baca perkongsian penuh dari Puan Sumaiyah Abdullah ini…

Detox adalah ‘penyahtoksin’ badan iaitu proses membersihkan dan menyingkirkan toksin dalam badan manusia atau lebih senang kita panggil ‘buang toksin’. Kebiasaannya, proses detox berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan.

Sekiranya badan kita gagal untuk detox secara semula jadi, kita akan lebih terdedah kepada pelbagai penyakit seperti keletihan, insomnia, sakit perut, gangguan pergerakan usus, dan juga kembung. Sistem imunisasi kita juga akan terganggu dan mudah sakit seperti demam, selsema dan elergi.

So, apa kata kali ini kita amalkan resepi detox yang simple lagi menyihatkan.

Bahan-bahan Untuk Buang Toksin:

Sebiji epal hijau

Sebatang kayu manis

Ads

1 jag air

Cara-cara menyediakan:

Masukkan hirisan sebiji buah epal hijau dengan 1 batang kayu manis ke dalam jag/gelas yang berisi air. Sejukkan dalam peti ais selama semalaman. Siap dihidangkan.

KELEBIHAN EPAL DAN KAYU MANIS BANTU DETOX

Ads

1. Epal ni banyak serat dan bantu merangsang penghasilan hempedu dari hati yang penting untuk buang toksin. Dalam epal, ada pectin yang membantu dalam mendetox logam berat dan food additive juga.

Pastikan cuci bersih-bersih supaya dapat menghilangkan kesan racun pada buah epal jika beli buah yang tidak organik. Epal bukan sahaja boleh ambil mentah, tapi sedap juga untuk buat jus dan smootie.

2. Pada kulit batang kayu manis terkandung zat yang merangsang insulin. Aktiviti insulin akan melancarkan proses metabolisme glukosa sehingga menstabilkan kadar gula dalam darah.

Ads

Campuran bahan-bahan ini dapat membantu mengurangkan lemak, menurunkan paras kolesterol dan meningkatkan kadar metabolisma badan.

Tak cuba tak dosa. Tapi kalau cuba lagi suka.

Selamat mencuba…!

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Datuk Seri Siti Nurhaliza

Datuk Seri Siti Nurhaliza Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Kakinya Lebam...

Tular gambar penyanyi nombor satu Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di lebuh raya MEX pada hari ini selepas pulang dari majlis hari raya Red Air Asia di Sepang.