
Tabung Haji
Rupa-rupanya Tabung Haji
sudah asingkan kepada dua akaun iaitu Tabung Am dan Tabung Istitoah. Jangan ambil mudah, ini benda penting yang patut anda tahu.
Menerusi perkongsian Puan Fahimah Mahayuddin, dalam tabung Istitoah RM1300 itu ikut pada syarat lama, wajib ada RM 1300 untuk daftar haji. Simpanan yang lain ada dalam Tabung Am.
Ini tidak auto masuk dalam Tabung Istitoah RM 15K. Anda kena buat sendiri pindahan secara manual dari tabung Am ke Tabung Istito’ah.
Tengok di bahagian pindahan. Tabung Istitoah ini kena ada baki minimum RM 15K untuk kekal giliran mendaftar haji(last 31 dec 2028).
Istito’ah bermaksud kemampuan untuk menunaikan ibadah haji.
Dalam konteks TH, ini menekankan persediaan haji secara lebih menyeluruh — termasuk kewangan, fizikal, mental dan rohani. Salah satu perkara utama yang diperkenalkan ialah Tabung Istito’ah untuk membantu pendeposit membuat simpanan haji dengan lebih terancang.
Semua pendeposit TH akan mempunyai Tabung Am dan Tabung Istito’ah secara automatik, termasuk akaun dewasa dan akaun kanak-kanak.
Kalau nak cukupkan syarat simpanan untuk kekalkan giliran haji, kita kena buat pindahan sendiri secara manual daripada Tabung Am → Tabung Istitoah.
RM15,000 ialah paras minimum untuk mendapatkan Kelayakan Giliran Haji Automatik.
Maksudnya, apabila simpanan mencapai RM15,000 pendeposit yang memenuhi syarat akan mendapat kelayakan giliran haji secara automatik.
Dalam Tabung Istitoah:
• RM1,300 — ikut syarat lama untuk pendaftaran haji
• RM15,000 — baki minimum untuk kekalkan giliran haji (sehingga 31 Disember 2028)
Kiranya kalau pada 1 Jan 2029 dalam tabung istito’ah masih tidak ada RM 15,000, mungkin giliran haji akan jadi lagi lewat dari giliran asal.
Jadi kalau anda ada simpanan dalam Tabung Am, jangan angga itu sudah dikira dalam Tabung Istito’ah. Kalau rasa kurang jelas, boleh terus semak dalam app Tabung Haji dan tengok bahagian Pindahan.
Semoga kita semua boleh istiqamah dalam membuat tabungan untuk sampai ke Tanah Suci Mekah dengan peribahasa ‘sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit’.