Selepas insiden letupan gas di inap desa yang hampir meragut kebahagiaan mereka, penyanyi Syura Badron terus teguh berdiri di sisi suami tercinta, Muhammad Farizat, yang mengalami kecederaan melecur pada wajah, kaki, dan tangan.
Foto: Instagram @Syurabadron
Hari-hari yang dilaluinya bukanlah mudah, tetapi semangat juang seorang wanita yang setia dan kuat menjadikan setiap detik sebagai pembelajaran dan ujian yang perlu diharungi.
Berbulan berlalu, Syura bersyukur apabila melihat pemulihan suaminya semakin baik. Kulit wajah yang melecur kini semakin pulih, dan dia kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Namun, sebagai ketua keluarga, suaminya tetap meneruskan pekerjaan meskipun doktor menasihatkan supaya mengelakkan cahaya matahari untuk melindungi luka.
“Kami bersyukur kulit muka suami yang melecur sudah terkopek sendiri dan nampak macam tiada apa-apa kesan. Mujur juga kami terima rawatan daripada doktor yang bagus.”syura
Namun, tuntutan kehidupan memaksa suaminya sesekali mengabaikan pantang larang.
“Sebenarnya, dia tidak boleh kena matahari langsung. Tapi memandangkan lukanya dah semakin baik, ada kalanya dia ‘derhaka’ cakap doktor. Mujurlah sekarang banyak festival makanan dibuat pada waktu malam. Kalau perlu keluar siang, dia pastikan hanya pada waktu petang.”Farizat
Sebagai isteri, Syura memahami keperluan suaminya untuk terus mencari rezeki. Perasaan cemas itu ada, tetapi dia memilih untuk berdiri di sisi, menyokong dan menjaga suaminya sebaik mungkin.
Insiden letupan gas itu bukan sekadar ujian fizikal, tetapi juga mental. Syura mengakui masih fobia dengan kejadian tersebut, terutama kerana dia sendiri berada di tempat kejadian sewaktu insiden berlaku.
“Walaupun bukan saya yang terkena letupan itu, saya ada di situ. Suami apatah lagi… awal-awal dulu, dia langsung tak boleh nyalakan dapur. Dia akan minta pembantu buka api dulu, barulah dia berani memasak.”
Namun, dalam setiap ujian, ada pelajaran yang dipelajari. Kejadian itu menjadikan mereka lebih berhati-hati. Setiap kali ingin memasak, mereka akan memeriksa sistem pengaliran udara dan memastikan segala langkah keselamatan diambil.
“Kami ada beli dapur elektrik khas untuk suami, tapi dia kata tak puas masak guna dapur itu. Suhu dapur elektrik memang berbeza dengan dapur biasa.”
Itulah bukti bahawa kehidupan mesti diteruskan, walau apa pun dugaan yang mendatang.
Ads
Memilih Redha
Dalam keadaan begini, ramai yang mungkin memilih untuk menuntut pampasan atau mengambil tindakan undang-undang. Namun, Syura dan suaminya memilih jalan yang lebih tenang dan penuh redha.
“Keluarga kami pun marah sebab kami tak ambil apa-apa tindakan terhadap pemilik rumah inap itu. Tapi bagi saya, tak boleh nak salahkan mereka 100%.”
Malah, pemilik inap desa itu datang melawat dan meminta maaf di hospital, dan itu sudah cukup buat Syura dan suaminya. Satu-satunya perkara yang mereka minta hanyalah bayaran semula penginapan sepanjang tempoh mereka berada di sana.
“Kami cuma minta ‘refund’ sepanjang hari kami menginap di situ. Itu saja.”
Ads
Seorang Wanita, Seribu Kekuatan
Dalam apa jua keadaan, Syura membuktikan bahawa seorang wanita bukan sekadar pasangan, tetapi juga pendorong dan pelindung dalam diam. Dia tidak meminta simpati, sebaliknya memilih untuk bangkit dengan ketabahan.
Suaminya semakin pulih, luka semakin sembuh, dan kehidupan perlahan-lahan kembali seperti biasa. Insiden ini mungkin meninggalkan parut, tetapi lebih dari itu, ia meninggalkan pengajaran tentang kesabaran, keikhlasan, dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.
Untuk rekod, pada 25 November lalu, Syura berkongsi keadaan suaminya, Muhammad Farizat dimasukkan ke hospital selepas mengalami luka lecur yang teruk pada bahagian muka, kaki dan tangan. Keadaan Farizat semakin beransur pulih malah pembalut di bahagian wajahnya sudah dibuka selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Difahamkan kejadian itu berlaku sewaktu mereka berada di sebuah rumah inap di Perlis.
Pengalaman memiliki rumah yang pertama pasti meninggalkan momen terindah bagi pasangan suami isteri.Apatah lagi pernah melalui susah senang bersama ketika di awal perkahwinan. Tak kiralah rumah kecil atau besar, apabila memiliki kediaman sendiri ditambah dengan dekorasi indah yang menepati citarasa yang diinginkan, pasti menambah kegembiraan dalam perkahwinan.
Baru-baru ini,pasangan pelakon Suhairil Sunari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel,30 dan isterinya Nur Hawa Zainal Abidin atau lebih dikenali Wawa Zainal, 27 ada berkongsi video pendek keterujaan memiliki rumah baru dengan dekorasi yang cukup indah.
Menurut Wawa, ia merupakan rumah pertama mereka setelah enam tahun mereka berkahwin. Lebih istimewa, dekorasi indah yang mengambil masa hanya setahun tersebut, merupakan hadiah dan kejutan daripada suami tersayang.
Sebagai penghias reka dalaman dekorasi indah rumah baru Aeril Zafrel dan Wawa zainal, Lentera Creative Home menjelaskan bahawa rumah pasangan ini berkonsepkan Modern English.
Berikut antara perkongsian video deco bahagian ruang tamu dan juga bahagian ruang makan rumah pasangan ini;
Seronok melihat kebahagian pasangan suami isteri sama cantik dan sama padan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel ni.Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 5, serta Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3.
Mingguan Wanita tumpang gembira dengan rezeki pasangan ini. Semoga bertambah kebahagiaan didalam rumahtangga dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Ada rezeki lebih tak salah berkongsi dengan pasangan.
Gugur air mata membaca perkongsian ibu Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain, Azian Mazwan Sapuwan. Terbayangkan betapa dulu ketika bayi, ibulah yang memandikan. Saat anak disemadikan, ibulah juga menyiram atas pusara anak. Allahuakhbar..
Sebaknya, menerima hakikat kehilangan anak yang pernah ibu kandung. Namun, itulah ketentuanNya. Dan sebagaimana yang dikongsikan Azian, ‘semua itu Rahsia Allah SWT’.
Malah, di penghujung menjaga anaknya yang sakit, ibu ini dapat merasai tanda-tanda yang Aqil akan pergi meninggalkannya jauh ke perkampungan abadi.
Kongsinya,
Kematian itu pasti.. Tapi itu semua Rahsia Allah SWT.. Semasa menjaga, melawat, bercakap dengan dia di katil wad.. sebagai seorang ibu saya nampak perkataan ‘pergi & redha’ tetapi cepat-cepat saya padam.
Saya yakin dia akan sembuh.
Tapi di hari-hari terakhir hati saya menjerit ‘jangan tinggalkan mama Aqil’. Mulai saat itu hati mula berkata (walaupun samar-samar) seakan payah, kata kalau yang terbaik untuk dia ialah ‘pergi’ aku kena Redha.. kena bersedia.
Saya mula membaca ayat-ayat suci berkenaan memudahkan beliau.. Allahuakhbar (menggigil bila ingat semula saat itu).
Tenanglah Aqil di sana.. rehat ye sayang. Doa mama tidak pernah putus buatmu..
Saat Menyiram Pusaramu Mama Tewas
Cuma saat menyiram pusaramu mama tewas, terbayang memandikan dia waktu kecil & rupanya itu kubur anak aku.. ada batu nesan nama anak aku.
Lima anak lelaki.. mama kehilangan seorang. Alhamdulillah jenazahmu diangkat oleh adik-adik & abang-abang mu di samping saudara yang lain.
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menguruskan dan permudahkan urusan pengkebumian arwah anak saya.
Alhamdulillah.. Rezeki Aqil
Ada yang datang & tersedia tanpa pengetahuan saya.. Terima kasih. Alhamdulillah, rezeki Aqil.
Semoga Allah SWT melipat gandakan rezeki kalian semua. Tak lupa kepada yang mendoakan, mengirim mesej & yang datang melawat dari jauh dan dekat dan terutamanya Doktor-doktor, nurses & staff nurse di ICU Hospital Serdang katil 13 dan ICU Hospital Selayang katil 9.
Terima kasih dari kami sekeluarga kerana menjaga arwah anak saya dengan baik.. Al Fatihah buat Mohd. Aqil Zulkarnain (09/10/1999-16/12/2019).”
Allahyarham Mohammad Aqil menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 16 Disember lalu jam 11.30 pagi. Sebelumnya, Allahyarham di wad kan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang selepas mengalami kemalangan motosikal pada 22 November lalu.
Kemalangan itu menyebabkan Allahyarham mengalami kecederaan dalaman yang serius sehingga terpaksa dibius untuk direhatkan bahi memulihkan hati dan limpanya.
Isteri Bakal Lahirkan Anak Bongsu 14 April. Penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah memberitahu isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin akan melahirkan anak keempat mereka pada 14 April ini secara pembedahan.
Malah pemilik nama sebenar Jamal Ubaidillah Mohd Ali ini turut memberitahu mereka sekeluarga teruja dek kerana sambutan Aidilfitri ini akan diserikan dengan kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
Jamal dan isteri telah menimang tiga cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Rayyan Yamani yang kini berusia setahun.
Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17
Isteri Bakal Lahirkan Anak Bongsu 14 April
Menurut Jamal lagi isterinya bakal melahirkan bayi perempuan.
“Alhamdulillah, sambutan Aidilfitri tahun ini akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata bongsu saya.
“Isteri saya bakal melahirkan bayi perempuan pada 14 April ini secara pembedahan.
“Kalau saya dan isteri merancang untuk bayi kami dilahirkan pada 1 April sempena ulang tahun perkahwinan.
“Tapi, doktor kata terlalu awal dan memberikan tarikh 14 April ini,” katanya dengan nada teruja.
Memberitahu lanjut seperti mana dilaporkan mStar, Jamal turut menyatakan doktor menasihati isterinya supaya tidak hamil lagi kerana sudah empat kali menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi.
“Alhamdulillah, dah ada empat orang anak cukuplah.
“Doktor pun nasihatkan dan tidak benarkan isteri saya hamil sebab semua anak kami lahir secara pembedahan.
“Apa-apa pun, saya bersyukur kesihatan bayi dalam kandungan isteri sekarang berada dalam keadaan baik,” sambungnya.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tragedi kemalangan van kilang di Jalan Mount Erskine meragut nyawa seorang wanita dan mencederakan tujuh yang lain. Kisah sebak suami dan keluarga ini menyentuh hati ramai.