Mendisiplinkan anak-anak agar mematuhi peraturan dan tugasan harian bukan tugas mudah. Adakalanya anak-anak sukar untuk mematuhi jadual hrian yang mak ayah sendiri aturkan.
Memandangkan beberapa negeri sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekolah ditutup dan kebanyakan mak ayah pula bekerja dari rumah, pelaksaan jadual ini sangatlah penting. Agar anak dapat mengatur masa,buat kerja sekolah, belajar, berehat, bermain dan sebagainya.
Sebenarnya, menyuruh anak buat jadual sendiri merupakan teknik komitmen didik anak-anak dan mampu memberi kesan berbeza.
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian daripada Ibrahim M Hasan ini.
TEKNIK KOMITMEN DIDIK ANAK-ANAK
Apa khabar anak-anak hari kedua PKPB? Semalam survive ke?
Mungkin ada yang menghadapi kesukaran untuk anak-anak mengikuti jadual yang kita sediakan. Kenapa sukar? Sebab kita yang sediakan, bukan dia sendiri.
Dalam menyediakan jadual, saya menyuruh anak-anak sendiri yang buat jadual tersebut dan saya hanya ‘guide’ sikit sahaja. Bukan kerana saya malas nak buat tapi jika anak buat sendiri, ini akan memberi kesan berbeza kepada mereka.
Kerana mereka yang menulis sendiri, mereka akan lebih rasa ‘punya’ dan memiliki. Ini menjadikan mereka akan lebih komit dan buat apa yang mereka sendiri telah persetujui. Bahkan jika ingin ubah jadual, saya akan suruh mereka ubah sendiri.
Ads
Dengan pantauan yang minima, saya hanya akan tanya “jadual sekarang apa?” lalu mereka sendiri akan jawab dan terus buat. Almaklumlah saya juga ‘work from home’ jadi tiada masa sepenuhnya untuk memantau anak-anak.
Ads
Dalam teknik persuasion, ini dipanggil ‘komitmen’ bermaksud mereka akan lebih terikat dengan apa yang mereka telah lebih awal persetujui.
Tapi bila dah tengok betul-betul rupanya banyak jugak masa freetime.
Ads
Jika teknik tidak berjaya, mungkin akan cuba guna teknik ‘rotan’ pula.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi nak mendisiplinkan dan mendidik ana-anak boleh cuba teknik komitmen ini. Suruh anak buat jadual harian mereka sendiri dan ia dapat beri kesan berbeza berbanding bila mak ayah yang sediakan.
Setiap hari, banyak masa suami isteri dihabiskan di tempat kerja. Anak-anak pula dihantar ke taska atau rumah pengasuh. Hantar seawal pagi dan ambil anak-anak pada petangnya. Ini belum termasuk isteri suri rumah sepenuh masa, suami pulang dari tempat kerja memang ditunggu-tunggu.
Cukuplah dengan pasangan pulang dengan selamat. Namun, keterujaan keluarga terutamanya isteri dan anak-anak, apabila pasangan membawa sesuatu sebagai buah tangan. Bukan meminta tapi mungkin ini akan lebih membuatkan keluarga rasa bahagia.
Mungkin cara ini, kita ak tahu, rezeki untuk kita dan keluarga akan bertambah-tambah. Walaupun tidaklah mahal, sekurang-kurangnya ia membuatkan orang dlama rumah itu tersenyum.
Ini antara perkongsian daripada Azizul Azli Ahmad yang cukup menekankan tentang bawa pulang sesuatu buat isteri dan anak-anak. Kena amalkan, tidak kiralah suami mahu pun isteri ye!
Masa nak balik rumah tadi, saya singgah beli roti.
Saya yakin dan percaya, jika kita bawa pulang sesuatu buat isteri. Mereka akan teruja dan rasa bahagia.
Saya juga percaya, rezeki kita akan bertambah jika tiap kali pulang ke rumah bawa sesuatu bersama .
Minum petang dengan isteri dan anak anak adalah nikmat luar biasa.
Kawan kawan yang mulia.
Tiap kali pulang ke rumah, belilah sesuatu buat mereka. Mereka pasti teruja.
Tidak semestinya benda mahal, sekadar kuih tepi jalan pun jadilah. Mereka nak dengar cerita kita seharian di pejabat tadi.
Kita juga nak dengar cerita, bagaimana susahnya mereka bergelut angkat baju waktu hujan petang tadi.
Cerita itu mungkin biasa biasa pada kita, tetapi bila mereka sedang layan cerita korea dan hujan melanda. Menangkat baju adalah cabaran yang luar biasa.
Bawalah pulang sesuatu buat keluarga. Bila mereka rasa bahagia, ada rezeki buat kita bersama disana.
Kedamaian, kesihatan, keluarga yang rukun dan nama baik adalah kekayaan. Jangan menolak kekayaan.
Kesibukan mencari nafkah menjadi tujuan utama, tetapi jangan sehingga melupakan hal penting yang utama iaitu, Tuhan, keluarga, dan kesihatan diri sendiri.
Abah Qilah.
Berjuang Buat Keluarga
MW: Sibuk macam mana pun atau terkejar nak ambil anak atau nak pulang ke rumah, jangan pulang dengan ‘tangan kosong’. Kita pakat praktikkan selepas ini yer.
Mak juga seorang manusia, adakalanya hatinya juga tersinggung dan terasa dengan sikap anak-anak yang makin membesar. Lumrah seorang ibu sentiasa memaafkan anaknya biar pun hatinya sakit.
Seorang mak kalau berkecil hati dengan anaknya berdosa, jadi dia telan semuanya agar hidup anaknya bahagia di dunia dan akhirat sana. Begitulah seorang mak.
Ikuti perkongsian Puan Farizal Radzali ini dan hadam baik-baik ya anak-anak di luar sana.
Seorang mak tahu kalau dia berkecil hati dengan anak-anaknya, maka anak-anaknya akan berdosa.
Jadi, dia telan semuanya supaya anak-anak tak berdosa.
Jika kita rasa kecil hati dengan mak kita, kita tunjuk, kita protes, kita merajuk sampai mak datang pujuk.
Jangan kata tak pernah, pasti pernah walau sikit. Mak itu walaupun anak tak tunjuk, dia tahu anaknya kecil hati. Soroklah macam mana pun. Sebab dia mak.
Kecil hati kita dengan kecil hati mak, siapa lebih banyak?
Pernah tak kita fikir, kalau mak tak fikir perkara di perenggan pertama itu, entahlah berapa kali hancur remuk redam hati mak tu, lebih dari kita.
Dari kecil dijaga sampai sudah beranak pinak, mesti banyak yang mak itu kecil hati. Mesti banyak.
Macam mana pun mak kita, sayangilah dia. Walaupun dia tak sebaik mak orang lain, kasihilah dia.
Jika dia bersalah menjaga anak-anaknya, itu urusan dia dengan Allah SWT. Bukanlah anak-anak yang patut menghukumnya.
MW: Bagaimanapun mak kita, terimalah dan sayangilah dia seadanya kerana dia yang melahirkan serta membesarkan. Kasih sayang mak tanpa Batasan, hargailah selagi mereka masih ada.
Kekoknya bila kena ambil tugas memandikan bayi baru lahir. Awal-awal dulu, bolehlah harapkan bidan bersalin bantu ibu. Selepas sehari dua, ibu mahupun ayah muda perlulah berdikari sendiri, belajar mandikan bayi.
Tak perlu rasa susah hati, mandikan bayi baru lahir ini jadi mudah sekiranya pasangan tahu cara melakukannya. Sekiranya bidan pernah mengesyorkan beberapa tip, kali ini MW berikan panduan yang boleh membantu pasangan suami isteri memandikan bayi mereka.
Elakkan menggunakan air sejuk untuk mandikan bayi anda. Suhu yang paling tepat akan buatkan bayi rasa hangat. Tak terlalu panas, ataupun sejuk. Sebelum memandikan, periksalah suhu air terlebih dahulu.
Caranya ibu atau ayah, celupkan siku ke dalam air untuk mengukur tahap kehangatannya. Jika siku anda rasa panas, bermakna air itu panas untuk kulit bayi anda. Sebelum memeriksa air, bersihkan bayi anda terlebih dahulu. Misalnya, keluarkan lampin pakai buang bayi.
Ibu atau ayah perlulah memegang bayi dengan kemas dan lembut sepanjang memandikan. Gunakan satu tangan untuk menyokong bahagian belakang bayi. Sementara tangan satu lagi untuk merangkul bahu dan memegang leher bayi. Posisi ini mesti tetap sepanjang memandikan. Gunakan tangan yang memegang belakang bayi untuk mencuci badan bayi anda secara perlahan-lahan dan memandikannya.
Disarankankan memandikan bayi anda pada waktu dhuha iaitu sekitar 28 minit selepas waktu Syuruk. Ini kerana, pada waktu dhuha fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang.
Siramlah pada belakang badan bayi secara perlahan-lahan, kemudian barulah siram kaki dan naik ke bahagian punggung. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Pada bahagian kepala, siram perlahan-lahan supaya air tak mengalir masuk ke lubang telinga. Ibu atau ayah boleh tutup telinga bayi semasa proses ini.
Semasa menyiram air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, gunakan tangan untuk menggosok dahi bayi. Pastikan tak menyiram mukanya, kerana boleh melemaskan bayi dan menyebabkan lubang hidungnya lembab. Kelak bayi mudah terkena selesema atau jangkitan kuman.
Siraman terakhir, lakukan dari atas dada ke bawah. Tak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi kerana bimbang sabun menyebabkan pusat bayi lembab dan melambatkan proses gugur tali pusat.
Sepanjang proses memandikan, ibu dan ayah belailah bayi melalui gosokan yang lembut. Dengan cara ini, pengaliran darah bayi akan berjalan dengan lancar dan baik. Pilihlah sabun yang lembut untuk memandikan bayi terutama yang telah tanggal tali pusatnya.
Jenis sabun lembut terbaik perlulah mengandungi pelembap aloe vera dan minyak almond, bebas sabun, bebas paraben malah hypoallergenic untuk memelihara kulit mulus bayi. Rangkaian penjagaan kulit bayi yang diperbaharui, Cetaphil Baby + New Cetaphil Baby Advanced Protection Cream diformulasi untuk kulit bayi baru lahir yang halus.
Malah semua produk Cetaphil Baby diuji secara dermatologi dan disyorkan oleh pakar pediatrik sebagai mandian yang membersih dan menghaluskan kulit mulus bayi dengan lembut.
Lapkan seluruh tubuh bayi anda dengan tuala yang bersih. Mulakan mengelap dari bahagian kepala dahulu. Jika terlambat, boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah seterusnya membuatkannya selesema.
Balutkan bayi dengan tuala kering atau selimutkannya. Peluk bayi anggaran 10 minit untuk memberi kehangatan pada tubuhnya. Kemudian, pakaikanlah baju dan balut bayi dengan selimut kering.
Setelah mengetahui panduan memandikan bayi anda yang baru lahir ini, tentunya ibu dan ayah akan jadi lebih berani dan yakin untuk melakukannya. Memandikan bayi ini sebenarnya, boleh menambah lagi kasih sayang dan eratkan bonding bersama.
Penting untuk ibu dan ayah memilih penjagaan mandian untuk kulit bayi baru lahir dengan betul. Lagi-lagi kulit bayi baru lahir lebih sensitif, mudah berubah mengikut suhu malah mudah mendapat ruam kulit jika penjagaannya kurang teliti.
Rangkaian penjagaan Cetaphil Baby + New Cetaphil Baby Advanced Protection Cream ini bukan saja lembut malah tiada paraben, minyak mineral, pewarna, bahan asal haiwan dan rangkaian sabun Cetaphil Baby dirumus khas agar lembut dan sesuai untuk kegunaan harian.
Rangkaian penjagaan kulit terbaru ini melindungi kulit bayi yang kering daripada masalah iritasi dan ketakselesaan, memberi kelembapan bagi memulihkan kembali kulit bayi yang kering. Sesuai untuk jenis kulit normal sehingga kulit sangat kering.
Selain lembut, krim serbaguna ini disahkan mengandungi ekstrak organic celendula, allantoin dan shea butter yang berupaya memberi kekuatan pada kulit dan mengekalkan kelembapan kulit bayi. Ia juga mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh masalah kulit kering, iritasi dan kulit melecet malah memberi kesan kelembapan sehingga 8 jam.
Antara lain rangkaian penjagaan ialah Cetaphil Baby gentle Wash & Shampoo, Cetaphil Baby Moisturising Bath and Wash, Cetaphil Baby Shampoo dan Cetaphil Baby Daily Lotion.
Ibu dan ayah yang mahu mendapatkan maklumat lanjut berkaitan rangkaian penjagaan Cetaphil baby boleh layari :
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.