
Ramai beranggapan suri rumah atau Stay At Home Mother (SAHM) sukar untuk menyimpan kerana tiada pendapatan tetap. Namun hakikatnya, masalah sebenar bukan pada jumlah duit, tetapi cara mengurus.
Menerusi satu perkongsian di Lemon8, seorang wanita berkongsi realiti yang sering berlaku sehingga menyebabkan suri rumah gagal menyimpan tanpa disedari.
Baca juga: Mak Ayah Kena Ada Simpanan Sendiri, Anak-Anak Bukan Pelaburan Hari Tua Kita
Berikut antara punca utama yang menyebabkan suri rumah gagal menyimpan:
Sepatutnya lebihan terus disimpan, bukan dihabiskan.
Tiada senarai menyebabkan pembelian jadi tidak terkawal.
Sepatutnya simpan dulu, baru belanja. Ini kesilapan biasa yang buat suri rumah gagal menyimpan.
Barang kecil nampak sikit, tapi bila kerap, jumlah jadi besar.
Akhirnya berlaku pembaziran, terutama barang cepat rosak.
Scroll live sikit, terus “teracun” beli.
Duit keluar tanpa arah, punca utama suri rumah gagal menyimpan.
Nak ikut trend, tapi kewangan tak stabil.
Ambil sikit demi sikit sampai saving jadi kosong.
Padahal nilai kecil itulah yang membesar jika konsisten.
Baca artikel ini: Lima Anak, Masing-masing Ada Simpanan Emas, Begini Ayahnya Didik Dari Kecil
Walaupun ramai SAHM gagal menyimpan, sebenarnya ada banyak cara praktikal untuk mula menabung.
Contoh, belanja RM80 daripada RM100, baki RM20 terus simpan.
Asingkan belanja dapur, anak dan kecemasan.
Minta jumlah kecil harian, lebihan jadikan simpanan.
Kumpul duit kecil seperti RM1 – nampak kecil, tapi konsisten.
Cari alternatif lebih murah tanpa mengurangkan fungsi.
Duit raya, hadiah atau duit extra jangan campur dengan belanja harian.
Kalau ada pendapatan kecil, jadikan ia simpanan.
Contoh Tabung Haji, ASB atau emas.
Kenal pasti mana boleh jimat.
Walaupun RM10 sebulan, konsisten akan bantu elak suri rumah gagal menyimpan.
Ramai fikir perlu duit besar untuk mula menyimpan. Hakikatnya, yang penting adalah disiplin.
Masalah utama kenapa suri rumah gagal menyimpan bukan kerana tiada duit, tetapi kerana tiada sistem dan konsistensi. SAHM juga mampu ada simpanan sendiri jika tahu cara mengurus kewangan dengan bijak.
Mulakan dengan langkah kecil hari ini kerana sedikit demi sedikit, ia mampu mengubah masa depan kewangan anda.
Jangan tunggu ada duit banyak, ubah cara dahulu supaya tidak lagi anda gagal menyimpan.