Prihatin terhadap isu kemanusiaan global, Yayasan Nurjiwa menyalurkan sumbangan berjumlah RM500,000 yang diterima daripada syarikat Inayah Beauty kepada 2,500 keluarga di Gaza, Palestin.
Pengasas Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, ketelusan adalah kunci setiap sumbangan, sekali gus menyuntik semangat kepada syarikat lain untuk sama-sama membantu sesama insan.
“Kami sentiasa memastikan penyumbang mengetahui ke mana sumbangan mereka disalurkan dan dengan itu, kami berkongsi aktiviti di media sosial supaya mereka dapat menjejaki bantuan yang diberikan, termasuk serahan makanan kepada anak yatim.
“Sifat sebegini boleh menjadi contoh terbaik buat rakyat Malaysia dan usahawan tempatan untuk bersama membantu mereka yang memerlukan bantuan di Palestin dan Malaysia.
“Alhamdulillah, syarikat kami memperuntukkan bahagian untuk kebajikan bahkan Yayasan Nurjiwa juga memberikan pengecualian cukai atas sumbangan disalurkan diberikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain membantu penduduk Gaza, Siti juga menegaskan komitmen Yayasan Nurjiwa dalam membantu rakyat Malaysia yang memerlukan apabila membantu warga tanah air air yang sedang menghadapi kesukaran.
Ads
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Inayah Beauty, Dini Latifi, berkata bahawa keyakinan terhadap Yayasan Nurjiwa dan reputasi pengasasnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, antara faktor utama menyalurkan sumbangan kepada badan tersebut.
Kerjasama Yayasan Nurjiwa
“Kerjasama dengan Yayasan Nurjiwa memberikan kami keyakinan kerana integriti dan kebolehpercayaan mereka terutama terhadap reputasi Siti memudahkan kami menyalurkan sumbangan dengan yakin bahawa bantuan akan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
“Tahun lalu, kami mengumpul RM300,000 disumbangkan bagi membantu penduduk di Gaza dan tahun ini, jumlah sumbangan bertambah kepada RM500,000 membabitkan 2,500 keluarga di sana,” ujarnya.
Akui Dini, usaha ini bukan hanya dianggap sebagai keperluan segera bahkan bertujuan untuk membina satu tradisi tahunan yang menyeluruh.
“Kami bercita-cita menjadikan kutipan ini sebagai acara tahunan dan berusaha memperkenalkan inovasi yang boleh menggalakkan lebih ramai lagi yang terbabit.
Ads
“Dalam keadaan sukar ini, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka yang terjejas selain membuka mata banyak pihak untuk turut membantu dan menjadi dorongan buat mereka yang berdepan dugaan.
“Setiap tahun, kami akan adakan kutipan agar menjadi satu aktiviti yang konsisten dengan berusaha untuk menambah baik dari pelbagai segi. Tahun ini, jumlah kutipan sumbangan meningkat kerana kami mengeluarkan produk baharu,” ujarnya.
Turut hadir pada sesi pengumuman sumbangan itu adalah barisan duta Inayah Beauty iaitu Fasha Sandha, Nora Danish dan Abby Abadi.
Alhamdulillah selepas tujuh tahun kelahiran anak pertama Lara Alana, pasangan selebriti Scha Alyahya,37 dan Awal Ashaari,39 selamat menimang bayi kedua hari ini.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh pasangan ini di Instagram mereka. Dengan meluahkan rasa syukur, bayi perempuan seberat 3.2kg selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di salah sebuah hospital swasta.
Kami sekeluarga memanjatkan syukur kehadarat Allah SWT diatas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 February 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.
Bayi perempuan seberat 3.2kg selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.
Terima Kasih Atas Doa & Sokongan
Dilaporkan Scha dan bayi perempuannya dalam keadaan baik dan sihat. Pasangan ini juga mengucapkan terima kasih atas ucapan doa, tahniah dan sokongan kepada mereka atas kelahiran ini.
Kedua dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan.
Kami bersyukur diatas amanat ini, dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal & Lara sekeluarga.
Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari, dan Inshallah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak.
Stay safe, and welcome to the world Baby L.
Sementara itu, ramai rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah atas kelahiran anak kedua pasangan ini. Antaranya Haiza Hanafi, adelinetsen, Alif Satar, Micheal Ang, Sariyanti, Jannanick, Mira Filzah, Nora Danish dan sebagainya.
MW: Tahniah sekali lagi buat pasangan Scha dan Awal. Semoga kelahiran anak kedua ini, menambah lagi rezeki melimpah ruah dan kebahagiaan dalam keluarga. Selamat berpantang Scha!
Selepas lapan tenaga kerja produksi termasuk pelakon drama Demi disahkan positif Covid-19, pelakon Ashraf Muslim akui yang dirinya juga positif Covid-19. Penghujung bulan lalu, Ashraf turut terlibat menjalani pengambaran drama bersiri itu di Inverness, Scotland.
Beliau turut memaklumkan dirinya disahkan positif pada 12 April lalu.
“Tanggal 12 April 2020 menjadi jawapan bagi AM tentang keputusan sampel Covid-19. Ya, saya dijangkiti virus Covid-19.”
“Sewaktu itu, walaupun sebak di dada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dengan pilihan Allah.. ada hikmah di sebaliknya.”
Debaran hati tak dapat ditahan-tahan bila mana, dia mula dibawa ke dalam ambulans untuk ke hospital. Bagaimanapun, Ashraf tidak memaklumkan lokasi hospital berkenaan.
“Datang perasaan nervous dan macam-macam perasaan timbul bila masuk dalam ambulance. Itu yang sampai berpeluh-peluh tu.”
Pelakon, Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa juga disahkan Covid-19 dan sedang menjalani rawatan di hospital.
Maafkan Saya Ahli Keluarga Ku – Ashraf Muslim
Ashraf juga meminta maaf kepada ahli keluarganya dan sahabat handai dan memohon agar mendoakan dirinya dan pesakit-pesakit Covid-19 yang sedang diuji ketika ini.
“Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat-sahabat dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yang baik untuk saya dan pesakit-pesakit di sini dan juga kita semua. Semoga Allah jauhkan wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua.”
“Di sini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yang cuba menghubungi saya sebelum ini. Iyalah.. harap faham dengan situasi saya sekarang ini.”
“Tak lupa juga pada frontliners, doktor-doktor, MA, nurse-nurse dan mereka yang terlibat. Terima kasih u all are our hero.”
Sepanjang terpisah dari keluarga, Ashraf menitipkan rasa rindunya untuk kedua isteri dan anak-anaknya.
“And to mama, ibu, Sarah, Adam, Anad dan Safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dari Covid ni cepat ya. Supaya kita dapat jumpa ramai-ramai.”
“Ayah rindu sangat.. tapi jangan risau ya, ayah ok kat sini. Sihat dan boleh solat dan baca Quran macam biasa. Sama-sama kita berprasangka baik pada Allah. Hanya DIA yang berikan penyakit dan dari DIA jua yang memberi kita kesembuhan.. Allahualam.”
Kru produksi drama Demi ini berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu, iaitu sebelum kes penularan Covid-19 ketara dan Perintah Kawalan Pergarakan (KPK belum dikuat kuasa.
Pada 31 Mac lalu, 18 orang tenaga kerjanya termasuk pengarah, pelakon dan kru tiba di Kuala Lumpur. Antara kru drama yang disahkan positif termasuk pengarahnya, Rahila Ali dan pelakon, Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa.
Amelia Henderson berjaya dalam rayuan. Terbaru pelakon dan pengacara jelita yang kini popular dengan rancangan audio siar (podcast) kendaliannya, Studio Sembang telah berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Rayuan tersebut bagi mengetepikan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.
Amelia Henderson Berjaya Dalam Rayuan
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Amelia selaku pemohon selain meneliti segala rekod rayuan secara maksimum dan hujah kedua-dua pihak.
Bagaimanapun mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari dan faedah lima peratus kepada syarikat produksi bermula hari ini.
Dalam prosiding secara dalam talian itu, Amelia diwakili peguam Mansheel Kaur manakala peguam Ashmadi Othman mewakili syarikat produksi itu selaku responden.
Fail Rayuan Berhubung Keputusan Mahkamah Sesyen
Untuk rekod sebelum ini, Amelia telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A. Aida Production Sdn Bhd pada 18 April lalu.
Pada 7 April lalu, Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Amelia membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A. Aida Production selepas didapati melanggar kontrak lakonan dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.
Mahkamah turut memerintahkan Amelia untuk memohon maaf dan memadam video di Instagram mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.
Pada 2 Ogos lalu, Amelia berjaya mendapatkan penangguhan bagi pembayaran ganti rugi dan permohonan maaf yang perlu dibuat kepada A. Aida Production.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar wang RM200,000 tersebut dimasukkan ke dalam akaun bersama yang akan dikendalikan oleh kedua-dua firma guaman yang mewakili syarikat produksi itu dan Amelia.
Di sebalik ujian kehilangan suami pada usia anak masih kecik, ibu tunggal buktikan mampu genggam PhD. Diuji kehilangan suami ketika anak baru berusia 10...