“Jika kamu masih hidup, berilah sesuatu signal atau tanda untuk kami cari kamu. Jika kamu mati tolonglah tunjukkan di mana tubuh badan kamu.”
Ini status yang dimuatnaik di facebook Team Rescue Bencana Malaysia (TRBM) dalam misi pencarian Mohammad Ashraf Bin Hassan, 29 yang dilaporkan hilang. Kenyataan ini mengundang sebak di hati.
Seakan buntu mencari jejak keberadaan runner hilang dengan panggilan mesra, Acap.
Walaupun demikian, team ini tetap meneruskan misi mencari sehingga jumpa. Biar pun ada sesetengah pencari yang terdiri dari kalangan orang awam sudah tarik diri.
Ads
Bangkai Reput Bukan Milik Manusia
Pada hari ke-16 pencarian, team ini mendapat laporan daripada Orang Asli yang dikatakan terjumpa bangkai reput di belakang bukit berdekatan dengan track larian.
“Kami panjat dan daki bukit itu selama 1 jam hampir ke kemuncak. Pakar daripada JBPM dan ATM kami mengesahkan itu bangkai binatang.”
“Dan bukan manusia yang telah mati lebih 12 hari.”
“Kami mendoakan supaya cepat jumpa Ashraf di Gopeng ini. Dengan izin Allah SWT kami cuba buat yang terbaik untuk mencari mangsa yang hilang selama 16 hari lalu di sini (ketika status ini dimuat naik).”
Ads
‘Terima Kasih Abang Bomba..’ Inilah Jasa Wira Tak Didendang
Sepanjang misi pencarian Acap ini, inilah wira-wira tak didendang yang bertungkus lumus naik turun bukit, meredah hutan. Biar pun ketika, diumumkan operasi SAR ditutup, pasukan ini tetap meneruskan gerakan mereka dengan kekuatan anggota yang berskala kecil.
“Dengan tenaga kerja yang tidak mencukupi di negeri Perak, kami tetap jumpa tidak kurang daripada 15 anggota lokasi dan Pusat Kawalan Bomba (PKB) di kaki Bukit Batu Putih.
“Selama ini, TRBM berada di sana kami dijaga dari segi logistik, makanan dan keselamatan. Perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak pernah lalai atau tertinggal untuk menjaga awam daripaa situasi bahaya.”
Ads
“TRBM betul-betul respect JBPM Perak terutama Ketua Operasi Negeri Tuan Yunus, Timbalan Tuan Sabarodzi, Ketua Zone Tuan Khairul, Tuan Esmadi, Ketua Balai Bomba Gopeng, Puan Rohana dan Pengarah Bomba Negeri Perak, Tuan Azmi serta semua anggota bomba dan PBKII (Tok Moh) dan PBK Syed yang sentiasa jaga kami semasa operasi.”
Lebih 50km persegi telah diliputi anggota Bomba, PGA, PDRM, APM, Rela dan orang awam bersama NGO daripada hari pertama hingga kini. 500 anggota beruniform dan lebih 2000 orang awam terlibat di dalam pencarian ini.
MW : Mendoakan agar Team Rescue Bencana Malaysia diberi kekuatan dan menemui petunjuk dalam misi mereka menjejak Mohammad Ashraf Hassan. Wahai rakyat Malaysia, jika TRBM ini masih giat meneruskan usaha.
Janganlah kita berputus asa dari terus berdoa agar Ashraf dapat ditemui kembali.
Beruntungnya menantu ini.. Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang merupakan isteri Datuk Seri Aliff Syukri, memiliki ibu mentua yang menyayanginya.
Tak sedikit kita baca, betapa ibu mentuanya ini, pengasas Jamu Ratu Malaya, Bonda Rozita Ibrahim gemar berkongsi kebaikan menantu nya yang seorang ini.
Namun, pedomannya boleh dihadam sama pada mana-mana pun pasangan suami isteri. Betapa perlunya faham yang berkasih sayang suami isteri itu haruslah dipupuk, dibelai dan disuburi sentiasa.
Kerana, pesan Bonda Rozita yang lebih makan garam ini begitu dalam maksudnya.
Kongsinya,
Suka Duka Bonda Rozita Ajar Pada Menantu, Ida
Jangan sampai salah mengejar! Takutlah dunia yang penipu sebab tu jangan mengejar dunia mati-matian. “Risau sampai hati betul-betul mati “ yang kita tak sedar.. kita tak cari KESUNGGUHAN, CARI HIDAYAH ALLAH .
Wajah ceria kami yang sangat sayangkan family. “Kisah suka duka semua saya ajar pada Ida“.
Jangan salah fokus dalam hidup, ia sangat menyeksakan sebab takkan pernah cukup!. Akhirkan kita mungkin kaya harta tapi “miskin hak untuk diri sendiri dan family dan anak-anak yang berharga”.
Paling Takut Bila Hati Mati Awal
Usia kita berkejaran nak masuk kuburan yang tak mengira jenis orang muda.. orang tua.. YANG KAYA MATI… YANG MISKIN MATI.. RAJA MATI… PENGEMIS PUN MATI
Dan yang paling takut ialah hati kita mati awal, sebab dosa dan maksiat. Macam mana hati nak bercahaya.. risau tak sempat jumpa hidayah sebelum jasad kita kaku ditanam dalam kubur. Masa tu tak guna dah.
Rumah hutan, asalnya sepi dengan hutan. Datang seni dan indah jiwa bonda di’touch up’.. dijaga indah. Akhirnya ia membangun. Buktinya dari mengndung Yusuf sampai berjalan yusuf. Hasil sentuhan sabar.. kuat.. dibelai.. dijaga membangunlah rumah hutan.
Lihat Dan Faham Asmaul Husna – Bonda Rozita
Benda buruk boleh baik.. benda baik pun boleh buruk.. lihat dn faham asma ul husna! Dan wali Allah juga dari sabar dan mengamal ilmu dari apa di belajar! Doa.. doa.. doa.. AllAh saja kembalinya kita dan doa dari apa ditetapkan Allah kita dengan ujian!
Macam tu juga perkahwinan buruk hodoh. Macam mana pun dibaja, siram, ditebas mana patut.. cantik lah balik kan gitu anak ku @aliffsyukriterlajaklaris @shahidadherbs @yatie_sendayutinggi
Mak doa kebahagiaan anak-anak Mak. Jangan lalui macam Mak tolonglah.
MW :Kerana berkasih sayang mampu untuk mematikan hasrat yang membenci.
Ibu anak dua ini, Azira Aziz berkongsi pengalaman mengutip buah strawberi pada musim strawberi di Norway. Teruja sungguh lihat buah strawberi yang merah, ranum. Nampak sungguh sedap jika dinikmati buahnya.
Ketika ini Azira menetap di Oslo, Norway dan sejak tahun 2011, beliau sudah bermastautin di sana. Bersama suami dan dua orang anak yang sangat istimewa.
Walaupun menetap jauh dari Malaysia, Azira juga gemar berkongsi masakan tempatan yang dimasak di dalam facebook miliknya.
Perkongsiannya itu bukan saja tentang musim strawberi di Norway, malah beliau juga menyediakan pelbagai resepi menggunakan strawberi.
Disebabkan banyaknya strawberi yang dikutip, selepas mecam resepi dicuba, masih ada lagi strawberi beku dalam simpanan.
‘Tidak tahu hendak buat apa.’ Kongsinya yang turut meminta idea masakan daripada rakan-rakan grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.
Musim Strawberi Di Norway
Sekarang ni musim buah strawberry di Norway.
Baru-baru ni,
Kami pi ladang buah strawberry di Jessheim Oslo.
Ini pun,
Dah hari terakhir untuk kutip buah.
Dah “warning” Mr. Laki,
Tak payah penuhkan bakul hijau.
Nak jugak penuhkan.
Sudahnya,
Jenuh pikir nak buat apa dengan 5kg buah strawberry yeong yeop ui.
1 kg = 60 kroner
5 kg = 350 kroner termasuk bayar harga bekas hijau tu.
Jenuh berinai original yeong yeop.
Habis merah jari-jemari dibuatnya.
Masuk mulut dah tak terkira dah.
Asal petik masuk mulut.
Hehe.
Resepi Strawberi Yang Sudah Dicuba
Buat masa ni,
Kami berjaya dan tak berjaya jugaklah buat:
1) mangkuk waffle letak aiskrim dan topping strawberry
2) jus strawberry
3) sambal tumis ikan bilis strawberry
4) smoothie
Ada cadangan lain?
Kami dok bekukan 6 bekas strawberry, dah taktau nak buat apa.
Mingguan Wanita : Macam-macam boleh dimasak dengan buah strawberi ini. Buat strawberry lemonade pun sedap juga.
Nak buat burnt cheesecake strawberry guna air fryer pun sedap juga. Mak-mak yang belum ada air fryer tu, boleh tengok AF Khind ini. Kalau guna kod promo MWGSP5 boleh dapat diskaun sebanyak RM5.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Emma & suami impikan anak ramai. Bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya memiliki zuriat merupakan perkara paling utama.
Jumlah anak kadangkala memainkan faktor utama dalam kebahagiaan sesebuah mahligai. Anak juga merupakan pengukuh ikatan kasih sayang suami isteri.
Seperti mana pasangan berkahwin lain, pelakon popular Emma Maembong dan suami juga mengimpikan zuriat yang ramai. Sewaktu bertemu dengan Emma di Majlis Pelancaran Koleksi Percutian Stylish dan Versatil RR Cruise, Emma akui dia dan suami mengimpikan memiliki anak yang ramai.
Emma & Suami Impikan Anak Ramai
Emma dan suaminya Muhammad Shazli Azhar kini menjalani kehidupan yang indah bersama cahaya mata kesayangan Shariq Gabriel, 2 tahun.
Wanita berusia 30 tahun itu menjelaskan, bagi menambah cahaya mata dia dan suami sememangnya berusaha untuk dapatkan anak kedua.
“Bukan saja saya, tapi suami pun nak anak ramai. Selepas berpantang ketika bersalin anak pertama, saya dan suami berusaha untuk dapatkan anak kedua. Tapi soal rezeki hanya Allah yang tahu
“Anak sulung pun dah berusia dua tahun sekarang. Selagi belum ada (hamil lagi), saya tak nak cakap apa-apa,” luahnya.
Bakal Kongsi Khabar Gembira Jika Ada
Emma juga menjawab khabar angin yang mendakwa dirinya kini sedang berbadan dua. Dia turut menyatakan akan berkongsi khabar gembira sekiranya perkara itu benar-benar terjadi.
“Saya tak nak cakap apa-apa sebab saya dan suami pun masih mencuba. Kalau saya kata ya, tapi tidak ada (hamil), saya akan sakit.
“Soal zuriat ni adalah perkara yang sensitif. Doakan semoga segalanya dipermudahkan,” ceritanya.
Terlalu Pantas Masa Berlalu
Menyentuh tentang anaknya, Emma juga ingin memberi tumpuan kepada pembesaran anaknya. Malah dia juga tidak mahu terburu-buru kembali bekerja sehingga terlepas momen indah bersama anaknya.
“Tak semua tawaran saya terima. Pada fasa sekarang saya memilih untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Saya tidak mahu kehilangan momen indah bersama anak.
“Sebelum ini habis berpantang saya terus bekerja. Sedar-sedar anak dah panggil saya mama. Begitu cepat masa berlalu dan saya terlepas kenangan bersama anak,” sambungnya ceria.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.