Suami anda boleh dikatakan mempunyai wajah yang sedap mata memandang dan ‘mulut manis’ pula tu. Ramailah wanita yang berminat! Dia pun apa kurangnya, suka melayan dan ‘test market’. Sejak awal perkahwinan, anda asyik menjeruk rasa kerana sikap ‘nakal’ dan mata keranjang suami. Tapi, sampai bila nak hadap?
Ikuti perkongsian daripada HM Tuah Iskandar Al-Haj www.drtuah.com), motivator, yang pernah disiarkan di dalam majalahMingguan Wanita.
Luahan Hati Isteri Tentang Suami
“Kenapa orang lelaki ni tak boleh puas dengan yang satu? Kenapa mesti nak menggatal?” Luah seorang wanita.
“Menggatal macam mana tu?” Tanya saya.
“Suami saya tuan, dia gatal, kerjanya memerhati perempuan je. Kalau umur tu masih muda, tak apalah sangat, ini dah lebih setengah abad.”
“Itu bukan gatal, itu lumrah seorang lelaki.” Ujar saya.
Kata saya seterusnya, kalau lelaki sudah tidak kisah dengan perempuan, itu mungkin petanda sesuatu yang tragis akan berlaku dalam hidupnya, seperti mati pucuk.
Ads
Kalau Tak Suka Takut Tak Normal!
Seorang lelaki sudah tidak bernafsu terhadap wanita juga malapetaka besar, sebab alam sudah tidak seperti selalunya. Sejak hidupan wujud di bumi, semua yang jantan akan mencari yang betina, baik haiwan, baik tumbuhan, apalagi manusia.
Kebiasaan ini kekal hingga kini. Andainya yang jantan sudah tidak kisah dengan yang betina, bermakna kehidupan akan melalui episod tragis – zuriat akan terhenti.
Suami Anda Normal!
Apabila seorang lelaki melihat wanita lalu tertegun atau tersuka, atau terangsang, itu bukanlah aneh sebab hampir semua lelaki normal akan begitu.
Ads
Yang membezakan sama ada mereka mampu mengawal ataupun menghalakan perasaan itu ke tempat yang betul. Bagi yang memiliki falsafah hidup yang dominan, dia mampu memujuk dirinya supaya bertenang – hatinya akan berkata, ‘Itu bukan milik engkau, ia haram kalau kau terjah. Kalau nak ada caranya.’
Pada yang dipasak pengetahuan agama yang tinggi, dia istighfar lalu mengaitkan kecantikan wanita itu dengan Sang Pencipta – seandainya ALLAH mampu mencipta makhluk secantik itu tentu DIA lebih cantik lagi. Dalam kata lain, dia dapat mengaitkan rasa yang wujud dalam dirinya dengan TUHAN.
Tak Semua Lelaki Sama
Bukanlah hendak mengatakan tabiat suka memerhati perempuan itu boleh atau baik bagi seseorang lelaki, tetapi sekadar untuk memberi kefahaman bahawa makhluk lelaki memang kesemuanya menyukai wanita. Apabila dia mula tidak menyukai, dia mungkin sudah ditimpa penyakit hilang nafsu atau beralih nafsu kepada kaum sejenis. Itu lebih berbahaya!
Bukan semua lelaki akan terangsang oleh semua wanita cantik yang dilihatnya, buktinya dia tidak terangsang pada ibu, pada adik beradik, emak saudara. Dia hanya seronok melihat wanita yang tiada kena mengena dengan dirinya, selalunya wanita-wanita itu tidak dikenalinya pun.
Ads
Sekadar Pandang Je!
Dalam kata lain, dia memandang sekadar memandang, rasa terangsang dan berakhir apabila wanita itu berlalu pergi. Dan begitulah proses ini berulang. Dia langsung tidak meninggalkan bekas, hubungannya dengan isteri masih okey, masih berperanan sebagai suami yang sempurna.
Lelaki semua suka melihat wanita cantik, tapi sekadar di situ. Habis di situ, habislah. Sama macam isteri, kadang-kadang terdetik perasaan terpesona dengan lelaki-lelaki di luar sana tetapi kesemuanya tidak berbekas di hati, bukan?
Lepas tengok, rasa suka, kemudian lupa. Selagi tidak anggau hingga melupakan tanggungjawab dan kewajipan anggap sahaja ini adalah lumrahnya alam”.
Jangan Sampai Cemburu Buta
Kesimpulannya, usah terlalu cemburu dalam menjalani hidup. Usah sengaja memayah-mayahkan sesuatu yang mudah. Syahwat adalah mekanisme yang diperlukan untuk membuktikan keupayaan dan pembentukan zuriat. Anggap saja sekadar gurauan.
Berjaya turunkan berat badan sebanyak 75 kilogram, suami hadiahkan isteri sebentuk cincin berlian. Hebat pasangan ini, demi memenuhi permintaan suami, seorang isteri nekad kuruskan badan.
Kalau macam ini, mungkin ramai isteri yang sanggup berdiet semata-mata inginkan cincin berlian. Barulah berbaloi tahan nafsu makan jika cincin berlian menjadi galang gantinya. Betul tak?
Suami Hadiahkan Isteri
Seorang wanita dari Taiwan menerima hadiah berupa sebentuk cincin berlian daripada suaminya sebagai ‘ganjaran’ kerana berjaya menurunkan berat badan sebanyak 75 kilogram (kg), lapor program berita Liputan 6 hari ini.
Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, suami wanita itu berkongsikan mengenai bagaimana isterinya berjaya menurunkan berat badan kepada 55 kg dalam masa dua tahun.
Sebentuk Cincin Berlian
“Dua tahun lalu, isteri bertanya kepada saya, hadiah apa yang saya mahu pada hari ulang tahun kelahiran saya.
“Saya menjawab ‘tiada apa’, namun secara spontan saya bertanyakan kepadanya, sama ada dia boleh cuba menurunkan berat badan demi saya, sekali dalam seumur hidupnya,” tulis lelaki tersebut.
Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 75 Kilogram
Menurut lelaki itu, selepas dicabar, isterinya berusaha untuk menurunkan berat badan dengan cara mengamalkan pemakanan yang seimbang.
“Selepas dua tahun, dia akhirnya berjaya menurunkan sebanyak 75 kg daripada 130 kg sebelum ini,” kata lelaki itu.
Isterinya kemudiannya dihadiahkan dengan sebentuk cincin berlian satu karat seperti yang dia janjikan. – AGENSI
Mingguan Wanita : Kalau ramai suami yang macam ni, mungkin sang suami tak berfikir dua kali turunkan berat badan. Barulah bersemangat isteri hendak kuruskan badan.
Ada benarnya sebagai seorang anak adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga dan menguruskan mak ayah yang dah tua. Rebutlah peluang berbakti pada mereka, selagi mana mak ayah kita masih ‘dipinjamkan’ sementara di dunia ini. Jangan hanya muncul apabila mereka telah tiada, lebih tragis apabila hanya mahu menuntut harta yang tak seberapa.
Bila mak ayah kita dah tua, maka sebagai anak, kita kena jaga dan uruskan mereka.
Bukan Abang Long yang suruh, bukan Kak Ngah, tapi Rasulullah s.a.w. Setiap anak perlu berbakti kepada orang tuanya dan keredhaan Allah s.w.t bergantung kepada keredhaan orang tua kita.
Murka Allah juga bergantung kepada murka ibu bapa.
Bila masing-masing dah besar, dah berumahtangga, maka masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Sibuk dengan isteri dan anak-anak, sibuk dengan kerjaya, sibuk dengan kehidupan harian.
Takde Masa, Bagi Bantuan Wang Ringgit
Bila ada di antara adik beradik kita yang boleh menguruskan orang tua kita sama ada di kampung atau di rumahnya, maka kita yang takde masa untuk jaga mereka perlu bagi bantuan yang bagaimana…?
Wang ringgit…bagi duit.
Sumbangkan duit kepada adik beradik yang menjaga orang tua kita untuk dia gunakan membeli keperluan hariannya dan juga kelengkapan ibu bapa.
Dah la tak jaga, tak pulak kirim duit.
Takkan nak adik beradik kita tu datang minta sedekah depan umah kita.
“Abang long, boleh tak bagi duit sikit untuk angah gunakan menguruskan mak? Angah dah banyak berhabis untuk diorang sampai angah takde duit dah ni…”
Sampai macam ni baru nak sedar?
Ada Duit Atau Ada Masa
Kalau takde duit, make sure ada masa. Kalau takde masa, make sure ada duit.Kalau takde masa dan duit, maka jangan balik bila pembahagian faraid.
Sibukkan diri macam mana sibuknya kita untuk menjaga orang tua sendiri. bagi harta orang tua kat adik beradik yang menjaga mereka diakhir usia mereka tu sahaja.
Kita jangan tuntut apa-apa..boleh?
Mana boleh, harta banyak kot, ini tidak adil. Jadi, pastikan kita boleh cari jalan untuk berbakti sebagai seorang anak. Jangan lepas tangan dan jangan hanya muncul bila orang tua dah tiada.
Muncul pun sebab harta…bukan sebab nak menjaga. Ingat pesan ni.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita yang masih ada mak ayah. Ada benarnya, seharusnya tanggungjawab menjaga dan menguruskan mak ayah yang dah tua tak perlu diingatkan, sendiri kena sedar. Bertimbang rasalah. Jika tak mempunyai masa, sumbangkan wang ringgit pada anak adik beradik yang mampu menjaga untuk keperluan mereka.
Ada mak ayah diuji anak gagap atau lambat bercakap. Ibu ini, Suraiyya Suraya berkongsi kisah anaknya yang masih sukar bercakap lancar biar pun dah masuk usia 14 tahun.
Macam-macam ikhtiar ibu buat. Dari belikan makanan tambahan, sampailah berubat kampung. Tetap masalah gagap anak tak dapat disembuhkan.
Sehinggalah, akhirnya ibu ini memenuhi sahaja hasrat anaknya yang mahu meneruskan pengajian tahfiz. Dua tahun belajar di sana. Membaca Al-Quran hari-hari, rupanya dalam tempoh itu, anaknya ini semakin petah berkata-kata.
Kongsinya,
Assalammualaikum suri-suri solehah.
Saya kongsi pengalaman anak sulung saya yang ada masalah cakap, gagap. Bila cakap tersangkut-sangkut. Ambil masa lama bila bertutur. Anak gagap masa dia kecik lagi sampai umoq 14 tahun.
Kesian kat dia. Tiap kali nak bercakap puas nak keluaq satu perkataan. Sampai dia abis sekolah rendah saya hantaq dia p sekolah tahfiz. Masa nak hantaq tu saya terpikir jugak boleh ka anak saya ni menghafal dan baca Al-Quran.
Dua Tahun Masalah Gagap Dah Hilang
Last saya bertekad nak hantaq jugak anak saya kat sekolah tahfiz. Lagi pun dia minat ke arah tu. Dalam masa 2 tahun masalah gagap dah hilang.
Allahuakhbar saya macam tak percaya ja tapi tu la hakikatnya. Semua family terkejut dia boleh buat bercakap normal tak ada langsung gagap dan tersangkut-sangkut… semua orang terkejut.
Masa dia gagap macam-macam saya ikhtiar. Saya buat.. beli supplemen..berubat kampung tapi tak jadi. Sampai la saya hantaq anak masuk tahfiz. Alhamdulillah dia dah sembuh.
Di Tahfiz, Hari-hari Dengan Al-Quran
Kat tahfiz budak hari-hari dengan Al-Quran. Lani anak saya dah 17 tahun. Itu lah mukjizat Al-Quran. Subhanallah.. Alhamdulilah, saya bersyukur sangat.
Sesungguhnya Al-Quran ni penawar segala penyakit luaq dan dalam. Kalau kita rasa serabut, hati tak tenang, jiwa rasa kosong baca lah Al-Quran. InsyaAllah semua tu akan hilang. Bila kita selalu membacanya ia rasa sebati dengan kita.
Jujur saya nak bagi tau Al-Quran ni bila selalu baca buat kita ketagih tak boleh nak tinggai. Rasa sayang dan rindu pada dia. Sebab apa.. sebab dia sahabat penyelamat kita dunia dan akhirat.
Baca setakat mana kita mampu. InsyaAllah, lagi kita dekat dia lagi kita rasa nikmat ketenangan. Terima kasih yang sudi baca coretan saya.
Mingguan Wanita : Sebak membacanya.. sememangnya di dalam Al-Quran ini mengandungi kalam Allah yang menjadi panduan umat manusia.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...