Suami nak kahwin lagi, jangan diam-diam, bincanglah dengan isteri dulu. Bila suami mula timbulkan hasrat nak tambah satu lagi, memang bukan benda yang mudah untuk isteri hadam. Lebih menyakitkan adalah bila perkara itu disembunyikan, dan isteri dapat tahu dari orang lain atau lebih teruk, mimpi pun boleh jadi ‘alarm’.
Suami Nak Kahwin Lagi, Jangan Diam-Diam, Bincanglah Dengan Isteri Dulu
Macam satu kisah yang dikongsi oleh Dr. Khairul Faizie baru-baru ini, bila isterinya sendiri bercerita tentang mimpi pelik masa mereka sedang santai bersarapan.
“I mimpi kita pergi Melaka. Lepas tu tiba-tiba jumpa isteri kedua you. Rupa-rupanya dah kahwin senyap 6 tahun, siap ada anak seorang,” kata isterinya sambil ketawa kecil.
Dr. Khairul sendiri tergamam, dan berseloroh katanya, dia lupa nak tanya rupa bini nombor dua tu macam mana.
Tapi dari mimpi pun kita boleh ambil pengajaran, sebab isu poligami bukan main-main.
Berikut antara perkara penting yang lelaki (dan wanita) patut renungkan:
1. Berterus Terang Itu Tanda Tanggungjawab
Kalau betul nak kahwin lagi, suami kena ada keberanian untuk maklumkan pada isteri. Tak perlu sorok macam buat benda salah. Kalau benar niat kerana agama dan yakin mampu berlaku adil, kenapa perlu diam-diam?
Menyorok perkahwinan kedua bukan saja menipu isteri pertama, tapi juga menghina kepercayaan dan usaha dia dalam membina keluarga. Isteri mungkin marah, itu normal. Tapi lebih baik hadap kemarahan secara jujur daripada menanggung dosa kerana menipu bertahun-tahun.
Ads
2. Bila Suami Jujur, Isteri Boleh Diajak Berbincang
Isteri yang marah bila suami nak kahwin lagi – itu bukan bermaksud dia tak faham hukum. Cuma, poligami menyentuh emosi paling sensitif seorang wanita. Jadi, jangan expect mereka terus redha tanpa rasa. Namun, kalau dibawa berbincang dengan tenang, mungkin jalan masih terbuka.
Kalau suami betul-betul ikhlas dan telus, itu lebih baik daripada dia berzina atau curang secara senyap. Tapi, suami juga kena terima kalau isteri minta dilepaskan – bukan sebab dia tak izinkan, tapi mungkin dia tak sanggup.
Waktu itu, banyakkan solat, doa, dan minta Allah beri petunjuk. Kalau benar jalan itu yang terbaik, Allah akan lorongkan juga.
Ads
3. Suami Bukan Milik Mutlak Isteri – Begitu Juga Sebaliknya
Kita semua hanya dipinjamkan satu sama lain. Suami isteri bukan hak milik, tapi amanah yang perlu dijaga. Apa pun berlaku, ingat – perkahwinan bukan tiket untuk berkuasa atas pasangan. Kalau sayang pasangan kerana Allah, kita juga kena redha dengan takdir-Nya, walaupun pahit.
Tapi ingat juga, kalau suami yang dah beristeri mahu kahwin lagi, tanggungjawab dia berganda. Kalau culas, isteri ada hak untuk buat laporan dan tuntut hak melalui saluran undang-undang syariah.
4. Bakal Isteri Kedua, Hormatilah Wanita Lain
Kepada wanita yang akan jadi isteri kedua, tolong jangan aniaya kaum sendiri. Kalau kau sanggup rahsiakan hubungan dengan suami orang, dan bersubahat dengan dia menipu isteri pertama, kau jangan terkejut kalau satu hari nanti kau pula yang merasai perkara sama.
Hari ini kau isteri kedua. Kalau esok suami kau kahwin lagi secara rahsia, kau pula yang bakal rasa peritnya. Poligami itu sah dari sudut agama, tapi mesti telus, berdaftar, dan ikut undang-undang. Jangan ikut jalan mudah ke sempadan untuk nikah diam-diam.
Poligami bukan soal siapa menang, siapa kalah. Ia soal tanggungjawab, keadilan, dan kejujuran. Kalau rasa mampu dan yakin boleh berlaku adil, bawa berbincang dengan isteri dengan hati yang tenang. Kalau tak mampu hadap, jangan mula.
Ads
Dan buat isteri pula, kalau suami datang dengan niat nak kahwin lagi – tenang, jangan terus meletup. Mungkin tak mudah, tapi cuba dengar dulu dengan akal, bukan emosi.
Hidup berumah tangga ini bukan perlumbaan siapa lebih berkuasa. Ia soal saling memahami dan menjaga amanah Allah, dengan ikhlas.
Setiap orang rezekinya tak sama. Ada orang mencari rezeki dengan bekerja di pejabat, ada yang perlu berniaga, dan tak kurang yang bekerja sendiri.
Cara mana pun mereka bekerja, tentunya pendapatan yang diperoleh adalah untuk survival kehidupan mereka pada bulan itu. Ingatlah dalam rezeki kita tentu ada juga rezeki untuk orang lain.
Bapa ini, Mohd Afizan Ghazali percaya kepada mencipta kebahagiaan melalui konsep berkongsi rezeki. Latih anak-anak agar sama-sama berkongsi rezeki dengan orang lain.
Agar bahagia sama dirasai.
Walaupun cuma memberi kebenaran pada anak-anak bergambar dengan Spider-Man yang sedang mencari rezeki. Dan dengan sumbangan yang anak-anak berikan dapat memberi kesedaran pada mereka.
Melatih sifat memberi dalam diri anak-anak.
Terjumpa Spider-Man Mencari Rezeki
Apabila berjumpa dengan insan yang mencari rezeki seperti ini.
Maka, galakkanlah anak-anak mengambil gambar dan minta anak-anak bagi sumbangan sendiri.
Nampak simple tapi banyak manfaat.
1. Spider Man ini sedang berjuang mencari rezeki. Kita tidak tahu apa yang diharasai di sebalik topeng dan uniform ini. Mungkin masa dapat duit, dia tersenyum kerana dapat membeli makanan selepas ini. Boleh membayar bil elektrik untuk bulan ini.
Beri keluarga makan di rumah. Pengorbanan di sebalik topeng ini banyak makna. Kita hanya dapat memahami makna disebalik topeng ini dengan menghulurkan sumbangan selepas bergambar.
2. Anak-anak sudah pasti teruja apabila ada ikon hebat yang bergambar dengan mereka. peluk mereka dan buat gaya spider sama-sama mereka.
Anak-anak tidak nampak siapa disebalik topeng ini, mereka hanya nampak Spider yang berkawan dengan mereka. dan mereka ingin menjadi hebat serta seronok seperti spider ini.
3. Anak-anak memberi sendiri sumbangan selepas bergambar. Anak-anak diberi peluang untuk merasai sendiri, selepas dilayan, selepas berkawan, diberikan tanda terima kasih melalui sumbangan.
Biar tidak banyak, asal ada sifat memberi. Anak-anak bangga dapat memberi, SPIDER senyum dalam menerima.
Kebahagiaan itu perlu dicipta. Jangan asyik menunggu untuk disapa.
Mingguan Wanita :Kadangkala perkara sesimple ini pun boleh menggembirakan hati.
Ternyata majlis perkahwinan hanya sekali, namun perkahwinan yang dibina itu dambakan masa hingga ke akhir hayat. Oleh itu, pilih dan berkahwinlah dengan orang yang tepat serta jangan terburu-buru.
Rumah tangga bukan hanya memerlukan cinta semata, sebaliknya perlu ditambah serinya dengan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi sama ada daripada suami atau isteri.
Sesungguhnya setiap orang inginkan perkahwinan hingga ke hujung nyawa dan harapnya pernikahan hanya berlaku sekali seumur hidup. Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan fahami apa yang disampaikan.
Majlis Perkahwinan Hanya Sekali
Cinta sahaja tak cukup.
Pilih dan berkahwinlah dengan orang yang boleh menerima buruk kalian dan membuat kalian menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.
Kehidupan tetap akan berjalan seperti biasa.
Dan dalam tempoh kehidupan dan perkahwinan kalian ini, pelbagai dugaan dan ranjau yang kalian akan tempuhi.
Namun Perkahwinan Dibina Itu Dambakan Masa Hingga Akhir Hayat
Ini semua akan terjadi. Kerana apa? Kerana kita semua manusia. Kita rapuh. Kita mudah untuk mengambil hati walaupun dengan sekecil-kecil perkara.
Mengharapkan semuanya akan berjalan dengan cantik, tiada cacat-cela, sempurna hanyalah angan-angan yang sentiasa boleh didambakan. Namun, ia tidak realistik sama sekali.
Duit, masa, pengorbanan dan kesihatan, semua ini akan datang menguji.
Ingatlah, majlis perkahwinan hanya sekali, namun perkahwinan dibina itu mendambakan masa hingga ke akhir hayat.
Percayalah. Memilih dan berkahwin dengan orang yang sebetulnya adalah kunci.
Firdaus Mokhtar, Belajar lagi.
MW: Sesungguhnya cinta tidak menjamin kebahagiaan jika tidak disertakan sekali kekuatan dan pengorbanan dalam menempuh pelbagai onak, duri alam rumah tangga.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Suami ajaklah isteri keluar dating berdua, ini cara rehatkan si dia dari tugas rumah tangga. Bagi kebanyakan isteri, tugasan harian seperti memasak, mencuci, menjaga anak-anak, dan menguruskan rumah tangga boleh menjadi sesuatu yang memenatkan secara fizikal dan emosi.
Suami Ajaklah Isteri Keluar Dating Berdua, Ini Cara Rehatkan Si Dia Dari Tugas Rumah Tangga
Oleh itu, penting bagi suami untuk menyedari bahawa isteri juga memerlukan masa untuk berehat dan merasa dihargai. Salah satu cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan membawa isteri keluar ‘dating’ berdua, sama seperti zaman bercinta dulu.
Sebenarnya, baik suami atau isteri kena dating berdua terutamanya suami kenalah paksa isteri. Tak perlu pergi jauh pun minum kedai kopi pun dah cukup.
Kadang-kadang bukan isteri tak nak, memikirkan banyak kerja rumah nak kena buat, rasa macam rugi masa pula bila nak keluar kan! Hakikatnya kalau difikirkan tentang kerja rumah memang tak akan habis.
Jadi, suami atau isteri kena sama-sama paksa untuk dating berdua, seperti apa yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif ini, ada betulnya.
Dating Berdua, Rehatkan Isteri
Saya memang tak bagi isteri saya jadi ibu 24 jam walaupun dia rela. Malah, saya tetap kena ingatkan bahawa dia itu bukan cuma seorang ibu semata-mata tapi dia juga adalah seorang kekasih dan isteri pada suaminya.
JADI MEMANG NAK TAK NAK SAYA AKAN ‘PAKSA’ DIA DATING DENGAN SAYA. TAK KISAHLAH KE KEDAI MAMAK KE, KOPITIAM KE MALL KE ATAU DI TEPI SUNGAI KE YANG PENTING SAYA KENA CARI JALAN UNTUK REHATKAN ISTERI SAYA.
Itulah tugas saya untuk sesekali ‘rehatkan’ isteri daripada tugasnya menjadi seorang ibu rumahtangga.
Suami Pun Kena Rehat
Saya juga bukan cuma seorang bapa semata mata. Saya juga seorang pencinta dan suami kepada isteri saya.
JADI ISTERI SAYA PUN AKAN ‘PAKSA’ SAYA UNTUK DATING BERDUA DENGANNYA SEMATA MATA UNTUK REHATKAN SAYA DARIPADA MENJADI PENCARI NAFKAH SEPENUH MASA BUAT KELUARGA.
Saya percaya pada Balanced Life. Buat apa pun kena seimbang. Bila hidup seimbang insya Allah nak jadi ibu ke, jadi isteri ke, nak jadi pekerja ke atau pun nak jadi bos, semua boleh belaka. Apa yang penting kena hidup seimbang dan bahagia!
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.