Ibu sedih anak perempuan 14 tahun dah 50 hari tak balik rumah, gagal dihubungi melalui telefon. Seorang pelajar tingkatan dua, Nor Alieya Maisarah Mohd. Hassan, 14 tahun, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Taman Seri Telok Emas, Melaka, bersama beg sekolah dan beberapa helai pakaian.
Ibu Sedih Anak Perempuan 14 Tahun Dah 50 Hari Tak Balik Rumah, Gagal Dihubungi Melalui Telefon
Ibunya, Noorlaili Mahat, 53, berkata, kali terakhir dia melihat anak bongsunya itu adalah sekitar jam 4 petang pada hari kejadian, sebelum dia keluar untuk bekerja.
Menurut Noorlaili, kehilangan Maisarah hanya disedari anak keduanya yang berusia 16 tahun, apabila dia mendapati Maisarah tiada di rumah dan gagal dihubungi melalui telefon.
“Ketika saya sedang bekerja, anak saya hubungi dan beritahu Adik (Maisarah) tak ada di rumah. Kami cuba telefon dia berkali-kali, tapi langsung tak dapat sampai sekarang,” katanya.
Tambah Noorlaili lagi, apabila dia pulang ke rumah, dia mendapati beg sekolah dan beberapa pakaian milik Maisarah turut hilang. Susulan itu, laporan polis telah dibuat pada hari yang sama.
Ads
Berkongsi lanjut, Noorlaili memaklumkan bahawa sebelum kejadian, Maisarah tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik atau berkelakuan seperti sedang merajuk.
“Kami sekeluarga buntu, Adik bukan jenis yang bebas keluar sesuka hati. Setahu saya, dia juga tidak ada teman lelaki,” katanya.
Ads
Pihak keluarga kini merayu orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu mengesan remaja tersebut.
Ibu hilang 4 anak, seorang menantu sekelip mata, status whatsApp terakhir jadi petanda. Perjalanan yang sepatutnya menjadi detik menggembirakan bertukar menjadi peristiwa hitam apabila lima sekeluarga terkorban dalam kemalangan tragis melibatkan dua kenderaan di Kilometer 7, Jalan Jerantut-Maran, tengah malam semalam.
Tragedi ini bukan sekadar satu kemalangan ngeri, ia meragut nyawa satu pasangan suami isteri muda bersama tiga adik ipar mereka, sekali gus menghancurkan harapan dan kebahagiaan sebuah keluarga yang merancang untuk berhari raya bersama sanak saudara di kampung.
Mangsa-mangsa yang maut menaiki kereta jenis Perodua Bezza dan dalam perjalanan ke rumah bapa saudara mereka di Jerantut bagi menghadiri kenduri korban keluarga. Mereka ialah Muhammad Ikmal Ishak, 26, pemandu kenderaan dan suami kepada Nur Arfiqah, Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, isteri Ikmal dan tiga adik Nur Arfiqah iaitu Mohammad Zulkifli Aziz Jaafar, 21, Mohamad Azizul, Hakimi Aziz Jaafar, 19 dan Nurul Hazwani Aziz Jaafar, 17
Kemalangan berlaku sekitar jam 12.40 tengah malam apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah Toyota Alphard. Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ibu kepada empat daripada mangsa, Zaini Noh, 52, menyatakan bahawa sejak awal dia sudah merasakan sesuatu yang tidak kena. Beliau beberapa kali melarang anak-anaknya untuk pergi, lebih-lebih lagi kerana beliau sendiri tidak sihat dan tidak dapat menyertai perjalanan itu.
“Saya cakap dengan mereka, kalau mak tak pergi, tak payahlah pergi. Tapi mereka bersungguh-sungguh sangat nak pergi.”
Namun dek keinginan untuk bersama keluarga dan menyertai kenduri korban yang dianjurkan oleh bapa saudara mereka, mereka tetap meneruskan perjalanan. Saudara-mara lain termasuk anak bongsu pasangan itu telah bertolak sehari lebih awal menaiki dua lagi kenderaan.
Kali terakhir Zaini melihat anak-anaknya ialah pada hari Selasa, apabila mereka datang mengambil barang sebelum bertolak. Mereka semua kelihatan ceria, tanpa menunjukkan sebarang petanda akan berlaku sesuatu yang buruk.
Beliau mengingati kisah yang diceritakan oleh rakan-rakan arwah anaknya, bahawa anak ketiganya, Mohammad Zulkifli, sempat membelanja 10 orang kawannya makan nasi bungkus sebelum bertolak. Tindakan itu kini menjadi kenangan terakhir yang amat menyentuh hati mereka yang mengenalinya.
“Saya tengok mereka semua ceria masa kali terakhir jumpa… saya tak sangka itu kali terakhir.”
Abang kepada Muhammad Ikmal, Muhammad Ridzuan Ishak, 33, masih terkesan dengan apa yang dilihatnya pada malam kejadian. Sekitar jam 10 malam, beliau sempat melihat status WhatsApp adiknya yang berbunyi:
“Itulah jalan pertama dan terakhir akan dilaluinya.”
Kata-kata itu yang pada mulanya dianggap biasa, rupa-rupanya menjadi petanda bahawa perjalanan malam itu adalah yang terakhir buat mereka berlima.
Ridzuan yang bekerja sendiri berkata, kali terakhir dia bertemu adiknya adalah pada hari Rabu, ketika semua adik-beradik berkumpul di Taman Malar, Tambun, Perak. Ia merupakan pertemuan yang tidak disangka akan menjadi kali terakhir mereka berjumpa.
“Arwah memang periang dan sangat disenangi keluarga. Saya tergamam bila terima berita.”
Berita kemalangan diterima keluarga dalam suasana yang sangat mengharukan. Ridzuan menerima panggilan telefon daripada abang kepada isteri adiknya sekitar jam 1.30 pagi. Pada mulanya beliau tidak percaya, namun setelah mendapat penjelasan, hatinya luluh dan tidak mampu berkata apa-apa.
Sementara itu, Zaini dan suaminya menerima berita itu melalui jiran mereka yang menghubungi dan memberitahu tentang kemalangan. Namun, berita sebenar bahawa semua anaknya telah meninggal dunia hanya diketahui kemudian. Detik itu menghancurkan hati seorang ibu yang baru sahaja melihat anak-anaknya ceria beberapa jam sebelumnya.
“Jiran telefon, kata anak eksiden, tetapi dia tak cakap lagi pasal meninggal. Dah lama lepas itu baru kami tahu semua dah tak ada.”
Pada mulanya, keluarga bercadang mengebumikan jenazah di Tambun, namun atas permintaan keluarga mentua arwah, jenazah kelima-lima mangsa akhirnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan, Perak.
Solat jenazah dilakukan di Masjid Jamek Bota Kanan pada hari Sabtu, dalam suasana penuh pilu. Sanak saudara, rakan-rakan dan penduduk setempat hadir memberi penghormatan terakhir kepada lima insan yang pergi serentak dalam tragedi yang menyayat hati ini.
Kini, Zaini dan suaminya hanya tinggal dua orang anak, anak sulung dan anak bongsu. Walaupun berat, mereka memilih untuk reda dengan takdir Tuhan.
“Apa saya boleh kata… saya reda,” ujar Zaini dalam esak tangis yang ditahan, menunjukkan ketabahan luar biasa seorang ibu yang kehilangan hampir seluruh isi rumahnya dalam sekelip mata.
Mak mentua dan menantu perempuan boleh jadi ‘best friend’ bila masing-masing saling menerima. Hubungan antara mak mentua dan menantu perempuan sering kali menjadi antara cabaran paling halus namun penting untuk dipelihara.
Selepas perkahwinan, seorang menantu bukan sahaja membina hubungan dengan pasangan, tetapi turut menjadi sebahagian daripada keluarga baharu. Hubungan dengan mak mentua khususnya memerlukan kesabaran, komunikasi dan tolak ansur yang berterusan agar keharmonian keluarga dapat dibentuk.
Mak mentua pula harus memahami bahawa menantu datang dari latar belakang yang berbeza cara hidup, didikan dan kebiasaan mungkin tidak sama. Justeru, adalah penting untuk menerima kekurangan menantu seadanya dan membimbing mereka dengan kasih sayang, bukan dengan kritikan yang meruntuhkan.
Menantu bukan dilahirkan untuk menggantikan anak sendiri, tetapi untuk menyambung kasih dalam keluarga. Sedikit bimbingan dengan niat yang baik boleh menjadi asbab menantu lebih menghargai dan menghormati.
Menantu pula tidak boleh bersikap sambil lewa. Hormat kepada mak mentua harus setara dengan hormat kepada mak sendiri, bukan kerana terpaksa, tetapi kerana memahami peranan besar mereka dalam kehidupan pasangan.
Ambil hati mentua bukan dengan kepura-puraan, tetapi dengan keikhlasan. Kadang-kadang hanya dengan bertanya khabar atau menghulur bantuan kecil di dapur pun sudah cukup untuk mencairkan hati mak mentua yang keras.
Jangan terlalu cepat buat perbandingan dengan anak sendiri atau orang lain. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Terima dia sebagai sebahagian daripada keluarga, bukan sebagai orang luar yang “pinjam” anak kita.
Kalau ada perkara yang kurang berkenan, tegurlah dengan nada yang lembut dan penuh kasih sayang. Menantu akan lebih terbuka untuk menerima nasihat bila dia rasa dihormati, bukan diperintah.
Ajak dia sama-sama masak, pergi kenduri, atau buat aktiviti keluarga. Ini bagi dia rasa dia memang ‘included’, bukan sekadar pelengkap dalam gambar famili.
Kadang-kadang cuba luang masa tanpa kehadiran anak lelaki, pergi beli barang dapur, minum petang, atau sekadar berbual santai. Dari situ, lebih senang nak bina hubungan dari hati ke hati.
Walau sekecil mana pun usahanya, puji dengan ikhlas. Kalau menantu masak, cakap sedap walaupun mungkin belum sempurna. Bila dia rasa dihargai, dia akan lebih ikhlas dan selesa nak rapat.
Jangan layan mak mentua macam “orang asing” dalam hidup pasangan. Cuba wujudkan rasa hormat dan sayang sama macam kita layan mak kandung sendiri. Nada suara, cara bercakap, semuanya beri kesan.
Sekali-sekala call atau WhatsApp tanya khabar. Tanya kalau dia perlukan bantuan atau barang dapur. Benda kecil tapi sangat besar maknanya bagi orang tua.
Bila balik kampung, jangan duduk goyang kaki. Ambil inisiatif tolong di dapur atau kemas rumah. Mak mentua akan nampak usaha tu walaupun dia tak cakap.
Walaupun ada konflik dengan suami, jangan jadikan mak mentua tempat mengadu yang menjatuhkan imej anaknya. Nanti boleh timbul rasa kurang senang yang meretakkan hubungan.
Bila mak mentua buat apa-apa untuk kita, jangan lupa ucap terima kasih. Bagi hadiah kecil pun tak salah, bukan sebab nak ambil hati semata, tapi sebagai tanda kita hargai dia.
Hubungan mak mentua dan menantu perempuan perlu dibina atas dasar saling memahami, bukan saling menuntut. Keluarga bukan sekadar ikatan darah, tetapi juga ikatan jiwa yang dikuatkan dengan kasih sayang dan hormat.
Bila kedua-dua pihak sanggup rendahkan ego dan berusaha untuk saling menghargai, maka lahirlah sebuah keluarga yang bukan sekadar tinggal serumah tetapi benar-benar hidup bersama dalam erti kata sebenar.
Kisah susu ibu, penyusuan susu ibu bukan sekadar memenuhi keperluan bayi, tapi penuh dengan kisah suka duka, cabaran dan keajaiban.
Dari zaman Nabi Muhammad SAW hingga hari ini, penyusuan ibu sentiasa jadi simbol kasih sayang, pengorbanan dan kekuatan seorang wanita.
Perjalanan penyusuan susu ibu secara eksklusif adalah satu pengalaman yang penuh cabaran, namun sangat berharga untuk setiap ibu dan bayi.
Selama enam bulan pertama, hanya susu ibu diperlukan untuk tumbesaran dan kesihatan bayi yang optimum—malah, ia juga memberi banyak manfaat kepada ibu sendiri.
Terbaru menerusi perkongsian, pelakon dan pempengaruh media sosial Intan Najuwa yang merupakan ibu muda memberi nasihat kepada golongan wanita di luar sana agar tidak takut untuk berkongsi tentang perjalanan penyusuan susu ibu.
Ini kerana dirinya juga banyak pelajari ilmu penyusuan daripada perkongsian golongan ibu di media sosial. Sememangnya ia cukup membantu untuk dirinya memberi penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada anaknya.
“Ibu-ibu, teruskan berkongsi perjalanan anda, ceritakan kisah anda, sebarkan kesedaran!
“Tak salah pun nak post tentang penyusuan atau perjalanan susu ibu. Sebagai ibu kali pertama, saya sendiri banyak belajar hanya dengan membaca perkongsian orang lain — media sosial memang banyak membantu,” kongsi Intan menerusi platform threads.
Sememangnya menyusukan anak secara eksklusif penuh dengan cabaran. Tapi dengan sokongan keluarga, displin, dan percaya diri, ramai ibu berjaya melaluinya.
“Biarlah semua ibu di luar sana bahagia dan bebas berkongsi apa sahaja tanpa rasa takut dihakimi.
“Sedih sebenarnya bila sesama wanita pula yang cepat menjatuhkan hukum. Ibu-ibu, teruskan berkongsi perjalanan anda, ceritakan kisah anda, sebarkan kesedaran!
“Tak salah pun nak post tentang penyusuan atau perjalanan susu ibu. Sebagai ibu kali pertama, saya sendiri banyak belajar hanya dengan membaca perkongsian orang lain, media sosial memang banyak membantu.
“Dan untuk sesiapa yang kurang suka, mudah saja, boleh unfollow atau teruskan scroll,” luah Intan.
Sememangnya apa yang dikongsikan sangat bagus ini. Malah apa yang ditulis juga mendapat persetujuan dari netizen.
linazurhan – “Masa 1st born, my keisha time. Bengkakkk susu + nipple luka + 1st time nak belajar pump susu waduhhhhh”
adauwiyahismail – As epmom also I agreed. Kita tak perlukan “perfect feed” untuk jadi ibu yang baik. Kita cuma perlukan ruang dan sokongan. Kalau ada orang tak suka tengok scroll saja. Tiada siapa paksa nak faham perjuangan ibu menyusu, tapi jangan rosakkan semangat yang tengah kuatkan diri hari-hari demi anaknya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dek kerana minat seni batik, Nur Shakilah Abd. Kadir, 25, memilih jalan berbeza apabila sanggup meninggalkan bidang pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan demi mengangkat seni warisan ini.