Perasan tak, bila orang perempuan berkahwin. Seluruh hidupnya hanya tertumpu pada keluarga. Kalau sebelum ini ada bestfriend, mungkin selepas itu tidak ‘serapat’ lagi.
Bukan bermaksud hubungan dengan kawan-kawan terus putus bila berkahwin. Tapi hubungan sedikit renggang sebab seluruh hidupnya kini lebih tertumpu pada keluarga dan anak-anak.
Kalau ada pun, mungkin sekali sekala ber ‘me time’ dengan bestfriend. Tapi mungkin apa yang dikongsi tidak seperti pasangan hidupnya.
Wahai suami, kena ingat, bila wanita itu berkahwin, seluruh jiwa dan raganya diserahkan pada suami dan keluarga tercinta. Apa yang terbuku mahu pun dikongsikan hanyalah pada pasangan saja.
Suamilah bestfriend dan dialah tempat isteri luahkan baik perkara paling kecil atau pun sebesar-besarnya. Walau bagaimanapun, tak salah untuk isteri korbankan seluruh hidup pada keluarga tapi kena ada masa untuk diri sendiri.
Jangan ingat, anak-anak masih kecil sampai untuk diri sendiri tidak ada. Memang boleh jadi stress. Inilah antara pesanan yang dikongsikan oleh Insyirah Soleha. Moga ia memberi manfaat buat isteri di luar sana.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bukan Ambil Alih Kewajipan Suami, Isteri Cuma Ringankan Beban Andai Kemampuan Suami Terhad
Suami Dengar Celoteh Isteri Buat OTAK Makin GELIGA, Layan & Boraklah, Jangan Rimas!
Info Lebih Menarik DI SINI
Hidupnya Untuk Keluarga
Orang perempuan, selepas berkahwin kebanyakannya mula sibuk dengan urusan kehidupan sendiri. Perlahan-lahan kehidupan havoc dengan kawan-kawan akan jadi sibuk dengan kehidupan rumahtangga. Hidup bujang ada ramai kawan baik, bila dah kahwin suamilah yang jadi bestfriend.
Tak ramai perempuan yang mengekalkan bestfriend selepas kahwin, sebab tu ramai yang clingy dan sangat bergantung dengan layanan dari suami.
Orang lelaki selalu hairan, benda kecil pun isteri boleh sentap dan tarik muncung panjang-panjang sedangkan perkara tu bukanlah besar pun.
Betul, memang begitu sebab dah tak ada kawan baik yang rapat dan selesa untuk meluahkan emosi sedih dan gembira, hidupnya banyak dengan suami dan mungkin anak-anak. Bila orang paling rapat buat tak kisah, memanglah terasa hati tu lebih teruk dari orang lain.
Beza dengan lelaki, masih ada circle kawan melepak mamak, masih ada team futsal, hujung minggu boleh mengayuh basikal.
Tapi kehidupan seorang isteri terutama bila jadi ibu akan mengubah prioritynya – anak, anak, anak, anak, anak. Diri sendiri selalu jadi yang terakhir.
Jangan Kahwin Lagi
Saya selalu ingat pesan bonda, “kalau belum sedia nak berubah, jangan kahwin lagi. Kalau belum sedia nak tinggal kawan-kawan, jangan kahwin lagi.”
Ramai orang belum bersedia nak berubah dan mengubah kehidupan, tetapi melihat perkahwinan sebagai jalan escape untuk masalah lainnya. Lalu perkahwinan jadi jauh dari tanggungjawab dan banyaknya hak yang diabaikan.
.
Jumpa satu quote yang sangat menarik.
“Kalau kamu suka berjalan (travel), bawa anak kamu. Kalau kamu suka bersukan, bawa anak kamu. Kalau kamu suka lakukan sesuatu, bawa anak kamu.”
Ya, ada wanita masa bujang sangat aktif bersukan tetapi selepas kahwin abadikan hidup hanya untuk keluarga tanpa pedulikan diri sendiri, lama kelamaan hati yang tersakiti jadi badan yang tersakiti.
Ada wanita, masa bujang sangat aktif ke pengajian ilmu tetapi selepas kahwin sudah tiada lagi ruang dan peluang menimba ilmu. Bila nak ke pengajian, seringkali anak jadi alasan dan tiada yang beri sokongan. Sekali dua anak menangis terus dapat panahan halilintar yang mencopot jantung, lama-lama dia tenggelam dalam emosi dan menjauhkan diri.
“Tunggulah anak besar dulu.”
Tapi anak belum besar, ada anak lain lagi.
Mungkin kena tukar “tunggulah menopause dulu.”
Bila dah ada pasangan, mahu tidak mahu saling menjadi bestfriend. Boleh sama-sama mendengar keluhan, boleh sama-sama ketawa bila dengar cerita lawak tak berapa cerdik, boleh sama-sama buat kerja rumah.
Orang yang tersakiti, sama ada dia akan brake the pain dengan menjadi lebih baik dan tidak mengulangi apa yang menyakitinya atau dia akan mengulang semula apa yang dia lalui kepada orang lain.
Just be kind.
Ummu Amir.
Mingguan Wanita : Betul sangat apa yang dikatakan itu. Ingat, kena ada masa untuk diri sendiri.
Sumber: Insyirah Soleha
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI