Selalu kalau kita tengok di luar sana atau pun dalam mana-mana media sosial, mulalah mudah rasa kasihan dengan kehidupan seseorang yang dalam kesusahan. Perasaan simpati itu datang dan sudah tentu ada rasa simpati dan sedih dengan apa yang dilalui.
Biasanya kebanyakan rasa kasihan dan simpati ini selalu disuarakan oleh hati naluri seorang isteri dan mak. Jarang kita dengan kata-kata itu dari mulut seorang suami atau mungkin juga ada suami tetapi tidaklah semua.
Walau bagaimanapun, kalau ada suara kasihan atau simpati dari mulut yang bergelar suami terhadap seorang wanita. Itu kena hati-hati ye! Bukan untuk menghasut tetapi timbul rasa pelik, terutamanya mudah rasa kasihan itu untuk seorang wanita yang mungkin bergelar ibu tunggal atau wanita yang belum berkahwin.
Tidakkah suami tahu, kata-kata kasihan itu hanya layak diberikan kepada isteri dan mak kandung yang bersusah payah untuk kita. Seperti apa yang dikatakan oleh Dr. Redza Zainol ini.
Ada seorang kawan lelaki saya ni kata dia kasihan dengan seorang wanita ni.
Ads
Terus tegak bulu roma saya. Meremang rasanya sampai ke tengkuk ni.
Dalam banyak-banyak rasa kasihan ni, jangan senang-senang rasa kasihan pada wanita selain dari isteri dan mak kita sendiri.
Kasihan dia kerja susah, kasihan dia duduk jauh, simpati dia ada masalah rumah tangga, simpati dia baru bercerai, kasihan dia anak yatim. Semua orang pun ada masalah hidup.
Cukup Kasihan Isteri Sendiri
Kalau nak rasa kasihan pada wanita lain, fikir dulu kita ni dah cukup kasihankan isteri sendiri ke belum. Dia buat kerja rumah, penat lelah dia, pengorbanan dia siang malam, ini yang patut kita sayang-sayangkan.
Hanya mak dan isteri kita saja yang layak dapat rasa kasihan dari seorang lelaki bernama suami ni.
Ads
Yang lain dari tu, kita simpan saja rasa kasihan tu. Dari rasa kasihan tu lah, timbul rasa suka yang tak sepatutnya. Asalnya nak tolong, lama-lama jadi lain.
Biarlah kawan-kawan perempuan yang bantu. Kita doakan pun dah lebih dari cukup.
MW: Tiada masalah untuk simpati dan kasihan tapi kena ada batasnya. Bimbang rasa kasihan menjadi perasaan lain. Lagi bahaya.
Status janda sering dipandang serong dalam masyarakat. Dianggap sebagai perampas kebahagiaan dan perosak rumahtangga orang lain. Meskipun bukan semua wanita bergelar janda bersikap begini, namun realiti selalu terjadi dalam kehidupan, ada isteri yang terpaksa mengundur diri demi ‘kebahagiaan’ wanita lain. Para isteri dijandakan oleh suami demi ‘mengejar’ janda yang lain. Malah lebih perit, bila suami ‘angaukan’ janda dan wanita lain, segala pengorbanan dan apa yang isteri buat semuanya serba tak kena.
Hadam perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini, memang ada benarnya.
“Isteri mengundur diri demi seorang janda…”
Berat nak tulis, tapi bila dah berlaku depan mata, rasanya perkara ni banyak yang terjadi dalam masyarakat kita. Bila suami angau dengan janda, maka apa yang isteri buat semuanya tak kena. Kebaikan isteri, pengorbanan isteri, dilupa sekelip mata.
“Awak tak faham saya, dia lebih faham saya”
Kata-kata yang keluar dari mulut seorang suami kepada seorang isteri yang telah melahirkan 5 orang anak.
Ya, dalam tidak faham dia tu, 5 kali isteri berjuang melahirkan zuriat dia. Selang 2 tahun, isteri akan membawa perut untuk tempoh 9 bulan 10 hari.Selang 2 tahun, isteri akan masuk labour room, menjerit, bergadai nyawa untuk melahirkan zuriat suaminya.
Setiap 3 tahun, isteri akan melalui proses pantang selama 44 hari. Pulih diri luar dan dalam, tak sempat pulih sepenuhnya, dah kembali melayan suami dan mengandung semula.
Kini, seorang janda lebih memahami suaminya.
Isteri sibuk dengan anak-anak, isteri sibuk menguruskan rumahtangga, isteri sibuk dengan kerja-kerja rumah…mana suami?
Suami sedang bermesra, berkasih, bercinta dengan janda. Suami sedang kemaruk perasaan dengan janda.
Cuba Pertahankan Suami
Isteri cuba mempertahankan suami, hubungan dan perkahwinannya, isteri cuba berbincang dengan janda tersebut untuk menjauhi suaminya atas alasan suaminya tak baik seperti yang disangka janda tersebut, suami tak mampu, anak-anak ramai, isteri yang banyak tolong suami dan sebagainya.
Janda mengadu pada suami orang tu. Janda kata isterinya memperburukkan suami orang tu. Lalu suami orang marah isteri sendiri demi mempertahankan janda yang baru dikenali. Isteri yang dah 15 tahun dengannya dituduh macam-macam, dihina, dimaki dengan mudahnya. Yang haram dibela, yang halal dicerca.
Isteri cuba untuk redha, cuba untuk terima atas alasan tak nak suami buat dosa, buat maksiat. Lalu bernikahlah si suami dengan si janda tersebut.
Hari demi hari, suami dah jarang balik rumah. Minggu demi minggu, suami dah tak beli apa-apa keperluan rumah. Bulan demi bulan, isteri yang keluarkan duit sendiri untuk kelangsungan hidup diri dan anak-anak.
Isteri dah mula pasrah untuk kehilangan suami yang sebegini, lalu isteri buat keputusan untuk pergi.
“Silakan…aku dah lama takde perasaan dengan kau. Kau ada ke tak dalam hidup aku, sama je” kata si suami.
Pulanglah si isteri dan anak-anak ke pangkuan orang tuanya. Bermulalah hari si isteri, kehidupan si isteri untuk anak-anak. Mengundur diri kerana tak ingin lagi sengsara. Mengundur diri kerana tak ingin lagi terseksa, jiwa dan raga dan cukup-cukup terluka.
Bukan tak sayang hubungan, bukan tak nak pertahankan, tapi dah penat melakukannya sorang diri. Inilah hakikat, inilah kisah benar yang terjadi dalam kehidupan isteri yang dijandakan suami untuk janda lain. Perit, pedih, pahit, tapi realitinya memang inilah yang selalunya terjadi.
Inilah cerita tentang lelaki yang PALING TAK GUNA dan janda yang PALING RENDAH AKHLAKNYA yang wujud dalam masyarakat.
Wanita Paling Tabah
Saya nampak kehidupan seorang isteri yang berubah status disebabkan suami macam ni, nampak lebih hebat, lebih baik, lebih bahagia. Dia lagi bersyukur dengan pilihan yang dia buat. Di permulaan saja dia goyah, sekarang dialah yang paling tabah.
Anyway, saya mendoakan hidup ibu tunggal di luar sana sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan berpeganglah pada pesanan ini,
“Awak perempuan, harap awak faham perasaan perempuan lain. Kalau awak tak faham, maka tak payah lah jadi perempuan”
Adakalanya, isteri tak tolak poligami, bahkan cuba jugak menyesuaikan diri dengan apa yang terjadi. Tapi bila si suami tu tak mampu, kemampuan tu sekadar sembang biawak pun boleh terbang, maka terjadilah penganiayaan dalam rumahtangga atas ketidakmampuan suami untuk beristeri lebih dari satu. Yang baru nak undur diri? Tunggu biawak terbang tu sampai darat balik la jawabnya. Dia ambik buat harta dia la.
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya perkongsian ini. Renung-renungkanlah. Jadilah wanita yang bermaruah dan tidak merampas kebahagiaan orang lain. Apabila diri tidak lagi dihargai, kebanyakan isteri lebih rela mengundurkan diri dalam perkahwinan demi janda yang lain.
Bukan ukuran pada paras rupa dan dalaman untuk jadi sebab suami ‘makan luar’ tetapi sebenarnya ada banyak lagi sebab lain yang golongan isteri patut tahu.
Jangan kata suami cari lain sebab isteri tak pandai jaga badan ya, tetapi jawapan penuh, ada dalam pengisian yang dikongsi oleh Puan Nurul Izzah Zainol kali ini.
Cantik-cantik Kena Tinggal
Ladies,
Sebenarnya bukan isu cantik ke tak cantik ke kena tinggal oleh suami. Bukan sebab fizikal dan luaran yang jadi ukuran suami ‘makan luar’. Bukan juga persoalan :
“Aku ni jaga badan, berdandan lagi depan dia, servis tiap-tiap malam tip top,jaga makan minum dan rumah tangga elok je. Jarang aku tinggi suara atau buat perangai dgn laki aku. Kenapa minahchi tu jgk yg dia cari?”
Sebenarnya Allah Mahu Selamatkan
Sifir pasangan yang curang ini mudah. Yang baik akan kekal dengan yang baik. Yang buruk, hodoh dan busuk akan tetap mencari sampah dan bangkai. Jika seorang isteri yang setia mentaati Allah dan suaminya sedangkan suaminya semakin jauh melakukan maksiat dan kemungkaran, maka itulah petanda bahawa iman tidak lagi sekufu.
Ia bukan lagi soal kenapa suami tidak lagi mencintai isteri yang solehah. Ia adalah soal selera iman yang rendah akan mendekati objek dan tempat maksiat. Allah hanya mahu selamatkan dan menjauhkan pasangan sebegini daripada terus dizalimi.
Kalau dilihat pasangan skandal suami orang yang sedang curang ini, spesisnya tak jauh beza daripada si suami. Duduk sama rendah,berdiri sama tinggi (yang tak tinggi mana pun sebenarnya).
Pasangan Suami Itu Orang Yang Layak Dengannya
Tak semestinya kau mulakan pernikahan dengan penuh barakah dengan ikatan suci Allah akan pelihara sampai akhir hayat. Keberlangsungan sebuah pernikahan yang sukses dunia akhirat adalah satu ‘perjuangan’ untuk memelihara barakah itu. Jika ada pasangan yang ‘khianat’ akan ikatan aqad ini,maka tidak sukar untuk Allah memisahkan.
Ladies,please..
Jangan tangisi pilihan yang suamimu lakukan. Bukan suami yang memilih tetapi Allah telah memilih kalian yang baik dan solehah daripada terus bersama lelaki yang jahat. Dan syaitan telah memilih untuk mereka wanita-wanita yang jahat selayaknya dengan kejahatan suami mu.
WHAT’S NEXT
Memberi pilihan, jangan! That’s too stupid. Merayu menyembah agar setia dengan kau, JANGAN. That’s too shameful! Pack his things out & ask him to marry that girl. Then,serve him summon for divorce application sekali dgn segala tuntutan hak-hak yg lain. Let him start from ZERO with that woman.
No cry,no meroyan,no begging. Walk away proudly. No turning back. Allah will find u a better replacement.Trust Him.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan apa.. tak bagus bila mak paksa diri buat semua kerja tanpa rehat. Bila penat sangat, rehat. Iya.. berehatlah mak-mak. Jangan paksa diri. Bimbang bila badan dah beri amaran ‘tak larat’ tapi mak tetap paksa diri, akhirnya mak tumbang.
Seharusnya mak kena tahu macam mana nak reward diri sendiri yang penat itu. Tak perlu nak keluar modal atau sampai lupa tanggungjawab pun. Simple saja panduan yang dikongsikan Rosmarlina Binti Abd Ghani ini.
Hadamkan kemas-kemas ya!
Gambar ramen sebagai hiasan sahaja, sebab spicy chicken ramen tu adalah makanan kegemaran Ros.
Hargailah Diri Sendiri Dan Rewards Diri Dengan Makanan Sedap-sedap
Pernah dengar tak ayat kat bawah ni bila naik flight.
“Put your oxygen mask on first before helping others or your children.”
So maknanya pentingkanlah kebajikan diri sendiri dahulu supaya dapat jaga insan tersayang di bawah jagaan kita.
Tugas dan kerja jaga hal ehwal dalam rumah, jaga makan minum suami serta anak-anak adalah tugas yang berterusan tanpa cuti dan perlu ada pengurusan masa yg betul supaya tidak berada dalam sebarang tekanan.
Ambil masa sedikit untuk diri sendiri, contohnya bila anak-anak dah pergi ke sekolah dan suami telah ke pejabat duduk rehat sekejap atas sofa sambil layan rancangan kegemaran, ambil aiskrim ke coklat ke Kek ke, dan makanlah dengan tenang.
Anak-anak Rosmarlina.
Sebab Mak Ini Walau Sakit Kena Gagah Juga Urus Keluarga
Masa ni jangan fikir orang lain dah, hadiahkan diri sendiri dengan makan makanan kegemaran kita sebagai rewards dah bertungkus lumus bangun pagi siapkan semua untuk anak-anak.
Kemudian plan pergi makan makanan kegemaran di luar, biar hepi dan sebagai rewards juga untuk diri sendiri, buat sebagai satu refreshment supaya lebih bersemangat lepas tu.
Selain tu sayangilah kesihatan diri sendiri, lakukan senaman ringan supaya kekal sihat yang ni sangat penting sebab sebagai mak kita walaupun sakit kena juga gagah uruskan keluarga.
Penat Itu Pasti, Rehat.. Fikirkan Juga Diri Sendiri
Kalau mak yg ada anak kecik tu, kalau anak tidur tu, ikut tidur kejap, tak perlu lama, 10 minit ke 15 minit pun takpa, janji rehat kejap.
Sesekali keluarlah bersama kawan-kawan supaya ada juga komunikasi dengan orang luar.
Buat lah aktiviti kegemaran juga contoh berkebun atau memasak, membaca novel atau keluar bersiar-siar menghirup udara luar.
PENAT tu pasti ada, namun kena fikirkan diri sendiri, janji pada diri supaya kena ada juga masa rehat, takut nnt badan hantar signal (jatuh sakit) sebab dah sampai limit.
Sekadar coretan dari mak anak 5
MW : Ingat ya mak-mak, kena pandai cari masa untuk reward diri.. agar lebih kuat untuk jaga anak-anak dan keluarga.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...