Suami isteri yang menentukan kebahagiaan dalam rumah tangga. Usaha perlu dilakukan bersama dan bukan di bahu satu pihak saja. sayang, cinta, pengorbanan, persefahaman dan kesetiaan memang antara perkara yang menjadi tunjang utama dalam perkahwinan. Mengekalkan keharmonian rumah tangga juga bukan mudah. Tak sedikit suami atau isteri sanggup berkorban apa saja demi memastikan rumah tangga mereka berkekalan hingga ke syurga.
Ikuti perkongsian daripada Dr. Syed Yusainee Yahya, daripada Promind Training And Consultation, yang juga kolumnis ruangan Nota Untuk Isteri Di dalam Majalah Mingguan Wanita.
Pengorbanan Suami Isteri
Perkahwinan adalah ikatan suci antara dua manusia berlainan jantina. Ikatan ini adalah rasmi yang berpandukan undang-undang dunia dan hukum agama. Rumah saya tidak ada TV, tetapi selalu jugalah dengar orang membawang tentang kisah dalam drama atau filem bagaimana peritnya suami atau isteri berkorban menanggung derita semata-mata mempertahankan perkahwinan itu.
Kadang kala terfikir juga, adakah itu yang sepatutnya berlaku iaitu kita mesti menjadi ‘bodoh’ hingga hilang segala-galanya demi suami atau isteri itu? Adakah cinta dalam perkahwinan itu menjadi tiket ke syurga atau tiket ke neraka? Itulah yang saya ingin kongsikan dalam nota kali ini.
Hilang Hak
Perkahwinan tidak bermakna yang pihak lelaki atau pihak perempuan kehilangan hak-hak mereka. Apa yang utama ialah kebijaksanaan untuk menguruskan hak-hak itu sebagai suami dan isteri. Sebagai contoh, perkahwinan tidak semestinya kita berhenti memajukan diri. Masing-masing wajar berfikir memajukan diri sendiri dan diri pasangan supaya ‘perkahwinan’ itu menjadi lebih baik pada masa depan.
Apakah akan berlaku jika suami tidak memberi peluang isteri yang berpotensi untuk maju dalam kerjaya sedangkan dia sendiri tidak mahu melakukannya? Bagaimana pula jika isteri tidak menghargai peluang yang suami berikan hingga terdorong ke arah yang tidak sepatutnya? Saya tahu anda tentu ada jawapannya.
Ada satu peraturan kewangan dalam rumah tangga. Duit suami ialah duit isteri dan duit isteri hanya isteri punya. Sebagai suami, saya berani kata situasi ini lebih berat kepada isteri. Terus terang cakap, apabila sesi makan-makan keluarga, bila masa membayar selalunya saya akan beri dompet kepada isteri. Dia yang akan pergi ke kaunter dan bayar.
Kenapa saya buat begitu? Sebab saya mahu tunjukkan kepada tiga orang lelaki dalam keluarga saya, bahawa suami kena ada keyakinan, kemampuan dan besar hati untuk memberikan dompet kepada isteri. Dulu mereka pernah tanya “Dalam dompet Lid tu ada berapa ringgit?”. Bulat mata saya; “Entah! Lid pun tak tau”. Setakat ini tidak pernah lagi isteri datang semula suruh saya gesek ‘Kad kredit’ sebab tak cukup tunai.
Ads
Bukan sebab duit dalam dompet saya itu sentiasa cukup tetapi saya tahu Anis, isteri saya yang comel itu akan tolong tambah jumlah yang belum cukup. Dalam hal ini kedua-dua pihak mesti jujur apabila tidak berkira untuk keluarga. Sikap isteri ahli syurga itu tentu sangat dihargai oleh suami.
Faham
Semasa saya berkahwin dulu, usia saya belum 25 tahun. Tidak berapa lama lagi usia akan masuk ke siri 50-an (sebelum kira diskaun!). Ini bermakna setelah hampir 25 tahun hidup sendiri baru saya beristeri dan setelah hampir 25 tahun bersama rasanya saya baru faham 25 peratus tentang perangai isteri saya. Teringat masa awal perkahwinan dulu kami juga ada cabaran sendiri. Mungkin kelemahan saya cuba mengubah Anis seperti yang saya mahu dan Anis pula cuba mengubah saya menjadi seperti yang dia impikan. Setelah suku abad barulah saya faham bahawa itu tidak mungkin berlaku.
Akhirnya kami menyesuaikan diri sendiri demi seorang lagi. Nyata perkara itu lebih mudah dan lebih membahagiakan. Betullah seperti nasihat yang pernah saya berikan kepada seorang rakan yang hanya tinggal selangkah lagi untuk berpisah dengan suaminya kira-kira 5 tahun lalu. “Apabila kita berkahwin, tidak semua kehendak kita itu menjadi penting. Mungkin kita sendiri tidak penting lagi. Yang penting ialah kita mesti kekal bersama dan mencari bahagia dalam diri seorang lagi itu demi anak-anak”. Saya lihat dalam fb dia bersama suami dan anak-anak pergi Umrah bersama. Sejuk hati saya melihat kawan saya itu bahagia semula.
Ads
Komunikasi Antara Suami Isteri
Satu lagi yang menjadi bunga kepada cinta syurga ialah cara kita berkomunikasi dalam rumah tangga. Komunikasi ini bukan sekadar bercakap atau mendengar. Apa yang lebih penting ialah mengendalikan bahasa badan atau isyarat-isyarat tanpa suara yang hanya difahami dengan hati dan perasaan.
Kita tidak perlu bercakap kasar atau memaki hamun untuk menempah tiket ke neraka kerana melukakan hati suami atau isteri. Dengan mimik muka, berdiam diri, lirikan mata atau bunyi helaan nafas sudah cukup membuatkan pasangan kita rasa didera, marah, bosan dan sebagainya. Cinta apa namanya itu? Ya, Cinta Neraka!
Sebaik pihak polis mendedahkan ketua sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang berjaya ditangkap Selasa lalu merupakan seorang usahawan kosmetik dan adiknya. Nama usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa pula yang terpalit menjadi mangsa fitnah media sosial.
Hasil pemeriksaan polis ke atas sebuah kereta mewah jenis Ford Mustang yang dinaiki kedua-dua suspek, polis menjumpai teh cina mengandungi dadah jenis syabu seberat 126.86 kilogram bernilai RM5 juta.
Malah, suspek utama mendakwa dirinya seorang ‘Datuk Seri’.
Agak-agaklah Nak Pakai Gambar Kereta Saya – Alha Alfa
Tanpa usul periksa, netizen menyebarkan gambar dan mendedahkan Alha individu yang dimaksudkan. Berang dengan tindakan melulu netizen Alha menegaskan bukan dia yang dimaksudkan.
“Agak-agaklah. Korang jangan lah nak main melulu-lulu, nak serang-serang. Nak main DM DM, nak komen bukan-bukan kat IG saya. Agak-agak lah saya jual dadah.. haha main tangkap muat je.
Saya tengah kerja lagi ni. Sorry guys nak sembur tu kaji dulu. Takkan la saya sorang je pakai mustang kat Malaysia ni. Agak-agak nak guna pakai gambar kereta saya suka hati macam ni. Ya Allah.. sedih.”
Dan, dalam posting yang berlainan Alha meluahkan perasaan sedihnya yang tak terkata. Malah, tuduhan tak berasas itu juga membuatkan kehidupannya bertukar huru-hara.
BUKAN SAYA! please yang baca kat mana-mana benda ni. Korang bagitau sikit saya sedang seronok-seronok balik kerja dan ada kat rumah ni ha.. tengok Netflix. Dah.. dah please stop call, whatsapp, DM bagai. Rimas saya.”
Luahnya mahukan pengertian daripada orang ramai.
MW : Jangan sesuka hati fitnah orang, tuhan dengar doa orang teraniaya ni.
Tidak dapat bayangkan bagaimana seorang anak yang masih kecil melihat ibunya menghabiskan nafas terakhir di depan matanya sendiri.
Dalam kejadian petang semalam, sebuah kereta telah dilanggar sebuah treler yang hilang kawalan. Si anak pilu lihat ibu meninggal dunia di depan mata.
Anak Pilu Lihat Ibu Meninggal Depan Mata
Pilunya hati seorang kanak-kanak apabila melihat ibunya tersepit di dalam kereta sebelum meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 3, Jalan Bentong-Raub, Bentong, Pahang.
Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa S Puganeswari, 42, meninggal dunia serta-merta di dalam kereta Perodua Myvi dipandunya manakala anaknya yang berusia 11 tahun tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan mendapati sebuah treler dipandu seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dari arah bandar Raub menuju ke arah Bentong dipercayai hilang kawalan.
“Keadaan itu menyebabkan dia terlanggar belakang sebuah kereta Proton Wira dan treler itu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Perodua Myvi.
“Pada masa sama, kereta Proton Wira itu melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Wish yang berada di hadapannya,” katanya.
Beliau berkata, pemandu kereta Perodua Myvi itu berasal dari Bentong dan mayatnya yang tersepit di dalam kereta dikeluarkan anggota bomba.
Pemandu Treler Positif Dadah
Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing terhadap pemandu treler itu mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
MW: Semoga kematian mangsa S Puganeswari mendapat pembelaan sewajarnya dan anaknya dapat menerima kenyataan bahawa ibunya telah tiada.
Sudah tiba ajalnya. Seorang kanak-kanak meninggal dunia tatkala mahu melintas jalan ke rumah ibu saudaranya akibat cedera parah di kepala.
Sebenarnya mangsa niat ke rumah saudara, namun tidak kesampaian kerana kanak-kanak ini meninggal dirempuh kereta ketika melintas jalan.
Meninggal Dirempuh Ketika Melintas Jalan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dirempuh kenderaan ketika melintas jalan di Kilometer 8, Jalan Kuala Pilah-Rembang Panas, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, dalam kemalangan pada 10.50 pagi itu, mangsa, Sofiya Umairah Ab Rahman disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
Niat Ke Rumah Saudara Tidak Kesampaian
Katanya, berdasarkan siasatan awal, mangsa cuba melintas jalan dari rumahnya ke rumah ibu saudaranya sebelum dirempuh kenderaan.
“Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux pula dalam perjalanan dari arah Bahau menuju Seremban.
“Sebaik tiba dilokasi mangsa dipercayai berlari melintas jalan sebelum dilanggar kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Percutian hujung tahun merupakan saat paling dinantikan oleh seisi keluarga, di mana kenangan manis dapat dicipta bersama orang tersayang. Namun, untuk memastikan percutian berjalan...