Suami isteri maut kemalangan jalan raya usai rakam foto hari raya. Sepasang suami isteri yang terlibat dalam nahas jalan raya di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur dipercayai baru sahaja selesai merakam gambar kenangan sempena Hari Raya.
Suami Isteri Maut Kemalangan Jalan Raya Usai Rakam Foto Hari Raya
Mangsa, Lokman Hakim Mohd Shukri, 23, dan isterinya, Intan Suraya Zaidi, 24, dikatakan baru pulang dari sesi fotografi di Parit Panjang, Baling, dan sedang dalam perjalanan ke kediaman mereka di Kampung Kuala Teloi Batu Lima ketika insiden berlaku.
Pemilik Bromie Studio, Muhammad Suhaimi Yahaya, 35, memaklumkan bahawa pasangan tersebut hadir ke studionya sekitar jam 11 pagi dan sesi fotografi berlangsung selama lebih kurang setengah jam.
Gambar kenangan pasangan suami isteri yang baru dirakam sebelum kejadian.
Menurutnya, pasangan itu kelihatan sangat ceria dan gembira sepanjang sesi bergambar berlangsung.
“MEREKA NAMPAK TERUJA KERANA DAPAT GAMBAR RAYA YANG SIAP DICETAK HARI ITU JUGA. SAYA TURUT MENGHANTAR SALINAN GAMBAR KE TELEFON BIMBIT MEREKA YANG MENGGUNAKAN JENAMA IPHONE. SEMASA BERGAMBAR, MEREKA BANYAK KETAWA DAN SANGAT RIANG.
“Beberapa ketika kemudian, saya benar-benar terkejut apabila dimaklumkan mereka telah terkorban dalam kemalangan,” katanya.
Tambah Suhaimi, beliau pernah menjadi jurufoto untuk majlis perkahwinan pasangan tersebut pada Jun tahun lalu.
Ads
Katanya lagi, arwah berdua merupakan insan yang sangat baik dan kelihatan sangat bahagia.
“Saya tidak menyangka bahawa sesi kali ini merupakan kenangan terakhir mereka yang sempat saya abadikan,” ujarnya.
Difahamkan, kejadian tragis yang berlaku sekitar jam 4.16 petang itu melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki pasangan terbabit. Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori muatan 10 tan.
Ads
Keadaan kereta pasangan suami isteri yang terlibat dengan kemalangan tersebut.
Akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Rumah mak ayah jadikan tempat berkumpul adik beradik, bukan harta pusaka yang nak direbut. Rumah mak ayah bukan sekadar sebuah bangunan dengan dinding dan bumbung. Ia adalah tempat penuh nostalgia, tempat di mana kita membesar, ketawa, menangis, dan berkongsi kenangan bersama.
Apabila masing-masing sudah berkeluarga dan sibuk dengan kehidupan sendiri, rumah mak ayah semakin sepi. Sebab itulah, kita sebagai anak-anak perlu berusaha menjadikan rumah mak ayah sebagai tempat adik-beradik berkumpul. Bukan sahaja untuk menggembirakan hati mereka, tetapi juga untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Rumah mak ayah bukan sekadar bangunan dengan empat dinding dan bumbung. Ia adalah lambang kasih sayang, tempat penuh kenangan, dan saksi perjalanan hidup kita sejak kecil hingga dewasa. Namun, yang menyedihkan, setelah mak ayah tiada, rumah ini sering menjadi punca perbalahan antara adik-beradik.
Berbalah kerana harta yang tidak seberapa, bertelagah kerana tanah sekangkang kera, dan akhirnya hubungan keluarga yang dulunya erat menjadi retak, bermasam muka, malah ada yang sampai putus saudara. Apakah itu yang mak ayah kita mahu? Sudah tentu tidak.
Bila mak ayah sudah tiada, rumah mereka sepatutnya menjadi tempat adik-beradik berkumpul, bukan medan perebutan. Rumah itulah yang akan mengingatkan kita kepada mereka, kepada kasih sayang yang pernah mereka curahkan.
Jangan sesekali biarkan rumah ini dijual, digadai, atau dipertikaikan hak miliknya. Biarkan ia kekal sebagai tempat untuk kita semua pulang, tempat untuk berkumpul dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Kalau kita sudah bekerja, sudah berpendapatan, sudah mampu, carilah harta sendiri. Beli rumah sendiri, beli tanah sendiri, kumpul aset sendiri. Itu semua tiada siapa yang akan marah, tiada siapa yang akan cemburu. Tetapi rumah mak ayah biarkan di situ. Jangan diusik. Jangan digadai. Itu bukan sekadar rumah biasa. Itu rumah kita semua.
Betapa ramai adik-beradik yang akhirnya bermusuhan hanya kerana tanah sekangkang kera di kampung? Berapa banyak keluarga yang berpecah kerana perebutan pusaka? Harta yang kita pertahankan dengan penuh kerakusan itu tidak akan kita bawa ke kubur pun.
Orang luar akan bertepuk tangan melihat kita berbalah. Orang dekat akan bersorak di belakang, menyokong pergaduhan kita. Malah, ada yang akan menghasut dan menambah api dalam persengketaan.
Hasilnya? Kita adik-beradik yang dulu rapat akhirnya pecah tiga, pecah empat, malah ada yang terus putus hubungan. Apa gunanya semua itu? Tiada. Langsung tiada.
Tidak kira kita anak sulung, anak lelaki, atau merasa berhak atas bahagian yang lebih, jangan sesekali bersikap tamak. Mak ayah tidak pernah mengajar kita untuk berebut harta. Mereka mengajar kita untuk saling menyayangi, bertolak ansur, dan menjaga hubungan kekeluargaan.
Jangan hanya kerana kita melihat ada adik-beradik lain yang masih tinggal di rumah mak ayah, hati kita membuak dengan perasaan dengki. Jangan sakit hati hanya kerana kita lihat orang lain menjaga rumah itu, sedangkan dulu semasa mak ayah masih hidup, kita jarang sekali pulang menjenguk mereka.
Masa mereka sakit, siapa yang menjaga? Masa mereka perlukan perhatian, siapa yang selalu ada? Kalau kita bukan salah seorang yang berada di sisi mereka saat mereka memerlukan, mengapa sekarang kita menjadi orang pertama yang menuntut hak? Hak apa yang kita perjuangkan kalau selama ini kita tidak peduli?
Cuba bayangkan, kalau semua anak berlumba-lumba menjaga mak ayah ketika mereka masih hidup seperti mana kita berebutkan harta pusaka, betapa bertuahnya mereka. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Ketika mereka masih ada, ramai yang tidak peduli. Bila mereka tiada, tiba-tiba semua muncul menuntut hak.
Masa mak ayah sakit, tidak mahu menjaga. Masa mereka sudah pergi, sibuk berebut rumah, tanah, dan kebun. Di mana kewarasan kita? Di mana nilai kemanusiaan kita?
Jangan jadi manusia yang hilang akal hanya kerana harta. Jangan jadi anak yang lupa asal-usul hanya kerana sebidang tanah atau sebuah rumah pusaka.
Rumah mak ayah adalah lambang kasih sayang mereka. Jangan biarkan ia menjadi punca perpecahan antara kita adik-beradik. Jangan biarkan sifat tamak dan dengki merosakkan hubungan yang sudah terjalin sejak kecil.
Kalau kita sudah ada pendapatan, carilah harta sendiri. Tetapi rumah mak ayah biarlah kekal sebagai rumah keluarga, tempat kita berkumpul, tempat kita mengenang kasih sayang mereka.
Harta boleh dicari, tetapi keluarga yang telah retak sukar untuk dipulihkan. Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari.
Menu berbuka sederhana namun penuh nikmat. Mak-mak untuk Ramadan hari kesembilan jom masakNasi Lemak Terangkat Ayam Goreng Melakat.
Sedapnya kalau dapat makan Nasi Lemak dengan Sambal dan Ayam Goreng Rangup panas-panas terasa kesegarannya. Sudah pasti ahli keluarga tak sabar nak menjamah menu istimewa buka puasa petang ini.
Memang puas lebih-lebih lagi kalau mak-mak yang masak sendiri. Apatah lagi dengan resipi nasi lemak menarik dan sambal luar biasa yang disediakan. Menu berbuka hari ini sederhana namun penuh nikmat! Selamat mencuba ya mak-mak.
Bahan-Bahan Ayam :
½ ekor ayam
1 biji telur
1 mangkuk kecil tepung ayam goreng Bestari
Bahan-Bahan Nasi Lemak :
3 cawan beras beras
1 kotak santan
4 helai daun pandan
Sedikit halia
3 cawan air
Bahan-Bahan Sambal :
Cili kering
Sedikit belacan
Bawang merah
1 genggam ikan bilis
4 sudu cili sos
2 sudu sos tiram
Bahan-Bahan:
2 genggam ikan bilis (digoreng garing)
1 mangkuk kacang tanah (digoreng)
5 biji telur (direbus)
Cara Memasak Ayam Goreng:
1.Gaulkan ayam bersama telur dan tepung ayam goreng Bestari
Cara Memasak Nasi Lemak :
1.Basuh beras hingga bersih.
2.Letakkan halia dan santan serta daun pandan.
3.Masukkan air dan kacau.
4.Kemudian masak nasi seperti biasa menggunakan periuk elektrik.
Cara Memasak Sambal :
1.Panaskan minyak dan tumis cili yang telah dikisar bersama bawang merah, ikan bilis dan belacan.
2.Seterusnya masukkan sos cili, sos tiram kemudian garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. Sebatikan.
3.Masak sambal guna api kecil hingga sambal likat kemudian masukkan ikan bilis yang sudah digoreng.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Air tangan mak-mak tak pernah menghampakan. Salam Ramadan hari ke-11, mak-mak masih tak tahu nak masak menu apa untuk berbuka petang ini? Jangan bermalas, masak simple pun tak apa sebab air tangan mak-mak ni memang sedap!
Pada anak bujang kalau teringat penangan mak di kampung mesti tak tahan nak pulang segera. Momen berbuka puasa bersama keluarga tercinta di desa sememangnya sangat dirindui terutama pada perantau.
Mereka yang nak berjimat masak sendiri lebih bagus. Bukar sekadar jimat tetapi rasanya pun enak. Jadi petang ni jom cuba masak menu Udang Berempah Kari Power, walaupun resepinya ringkas namun kelihatan sangat enak dan menyelerakan. Marilah lah cuba ya mak-mak. Pasti anda sekeluarga berselera makan.
Satu biji bawang merah (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih (dipotong kecil)
Sedikit halia
Daun kari
3 sudu serbuk kari
Setengah mangkuk air
1.Panaskan minyak masak ke dalam kuali.
2.Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia dan goreng hingga kekuningan.
3.Masukkan 3 sudu rempah kari yang digaul dengan air, dan masukkan sedikit air.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!