Suami isteri ditangkap jual video terlarang, isteri turut ‘diperdagangkan,’ seminggu boleh dapat lebih RM6k. Sepasang suami isteri tempatan yang sudah mempunyai empat anak ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran serta mempromosikan video lucah melalui platform media sosial.
Suami Isteri Ditangkap Jual Video Terlarang, Isteri Turut ‘Diperdagangkan,’ Seminggu Boleh Dapat Lebih RM6k
Mereka yang masing-masing berusia 34 tahun diberkas oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam serbuan di sebuah hotel di Seksyen 27, Shah Alam sekitar jam 8 malam, Selasa lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, serbuan menerusi Op E-Noda itu turut merampas tiga unit telefon bimbit, dua kondom, satu tiub pelincir, sebungkus tisu basah, sehelai tuala serta kad akses hotel.
“Pasangan suami isteri ini dipercayai mula menjalankan aktiviti tersebut sejak Jun tahun lalu. Hasil siasatan mendapati suami berperanan sebagai pencipta kandungan, mempromosi video lucah selain menguruskan aktiviti pelacuran untuk mendapatkan keuntungan daripada hasil jualan video dan langganan perkhidmatan pelacuran,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurut beliau, pasangan tersebut mensasarkan pelanggan yang menggunakan aplikasi X untuk mempromosikan jualan video lucah dan perkhidmatan seks, manakala aplikasi Telegram pula digunakan sebagai saluran komunikasi dengan pelanggan.
“Bagi kandungan video lucah di Telegram, pelanggan perlu membayar RM50 untuk akses ‘Private Channel Limited Content’ dan RM150 untuk ‘Private Channel VVIP Unlimited Content’,” jelasnya.
Ads
Tambah Rusdi, bayaran bagi perkhidmatan seks pula bermula daripada RM450 hingga RM800 untuk setiap langganan yang berlangsung di hotel bertaraf empat bintang.
Difahamkan, wanita terbabit yang juga isteri suspek bertindak sebagai pelacur serta pelakon utama dalam setiap video yang dihasilkan, sekali gus meningkatkan jualan video tersebut.
Ads
“Pendapatan mingguan pasangan ini dianggarkan mencecah RM6,400,” katanya.
Kedua-dua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan telah direman selama tiga hari sehingga Jumaat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e), Seksyen 372A dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Lebih 10 Tahun Jadi Ibu Tunggal Masih Menunggu Jodoh Kiriman Tuhan. Pemilik nama sebenar Datuk Seri Rossa Roslaina Handiyani atau lebih popular dengan panggilan Rossa sememangnya seorang wanita yang begitu ceria dan tidak pernah lekang dengan senyuman.
Seperti yang diketahui ramai, Rossa merupakan ibu tunggal. Walau sudah lebih dari sedekad hidup solo bersama anaknya selepas rumah tangga dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo tidak berpanjangan Rossa begitu gigih meneruskan kehidupan.
Ketika bertandang ke Malaysia, sewaktu ditemubual penyanyi yang berbadan genit ini diajukan tentang persoalan jodoh.
Meskipun acap kali diaju persoalan serupa berkait kehidupan peribadi, Rossa tidak pernah melatah, malah sentiasa bersikap terbuka.
“Saya masih menunggu jodoh kiriman Tuhan. Jujurnya saya tidak pernah menutup pintu hati, apa lagi menolak jodoh. Cuma mungkin lebih berhati-hati untuk memulakan sesuatu hubungan”, katanya yang pernah mengalami keruntuhan rumah tangga pada 2009.
Malah Rossa juga akui tidak pernah menutup pintu hati menerima lelaki bergelar suami dalam kehidupannya semula.
“Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir hidup solo selamanya. Malah, saya tidak pernah menyatakan hidup solo amat menyenangkan.
“Bagi saya, setiap manusia tidak mampu hidup bersendirian, sebaliknya tetap perlukan teman hidup.
“Saya tidak pernah menutup pintu hati, cuma lebih berhati-hati memulakan perhubungan baharu.
“Saya juga tidak suka berbicara soal cinta, sebaliknya lebih gemar meluahkannya dalam lagu,” kongsi Rossa.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selepas dua tahun melalui episod perpisahan, Fauziah Sarman, 57, ibu kepada penyanyi tersohor Shila Amzah, memilih untuk membuka lembaran baharu dalam hidup. Dengan tenang dan jujur, beliau mengumumkan hasrat untuk berkahwin semula.
Kali ini, dengan seorang lelaki berstatus duda yang telah berjaya mencuri hatinya dengan kelembutan dan kematangan.
“Sebagai wanita yang pernah melalui badai rumah tangga, saya percaya… jika Allah izin, bahagia itu tetap akan singgah lagi.” – Fauziah Sarman
Memetik laporan Harian Metro, Fauziah mengakui perkenalan mereka bukan sesuatu yang tergesa-gesa. Selepas beberapa bulan berkawan, hubungan yang terjalin kini makin mendalam, berteraskan kepercayaan, pengalaman hidup dan doa restu daripada anak-anak.
“Kami masih dalam fasa mengenali hati budi. Tapi Alhamdulillah, dia seorang lelaki yang baik, penyayang dan tahu susur galur hidup saya. Kami bercinta bukan seperti orang muda lagi, ini fasa matang… ada hormat, ada realiti, dan ada perancangan,” katanya.
Lebih membahagiakan, anak-anak turut merestui hubungan ini, termasuk Shila sendiri yang telah pun bertemu calon tersebut.
“Shila gembira bila tahu saya dah jumpa kebahagiaan saya. Itu pun dah cukup untuk buat saya rasa diberkati.”
Ketika ditanya soal identiti bakal suami dan tarikh perkahwinan, Fauziah memilih untuk tidak terlalu terbuka buat masa ini.
“Insya-Allah, jika semuanya dipermudahkan, kami akan bernikah tahun ini. Tapi saya belum bersedia berkongsi secara terperinci. Bila tiba waktunya, saya akan umumkan. Buat masa ini, doakan yang baik-baik saja untuk kami.”
Beliau turut memaklumkan bahawa lelaki berkenaan mempunyai kerjaya tetap dan juga menjalankan perniagaan sendiri.
Fauziah pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon era 1980-an, Datuk ND Lala, pada tahun 1989. Daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Shila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada. Namun, ikatan selama 34 tahun itu berakhir pada 2 Ogos 2023 apabila mereka rasmi bercerai.
Kini, dalam diam dan tenang, wanita tabah ini sedang melakar kebahagiaan baharu.
Isteri Along Cham kecewa dituduh curang. Hati wanita mana tidak luluh dan tersakiti bila dituduh curang oleh suami. Itulah yang berlaku kepada isteri Along Cham, Afreena Suhaimi, 29.
Afreena sewaktu ditemubual memberitahu, dakwaan Along menuduh dirinya curang menyebabkan punca perceraian mereka adalah tidak benar. Perkara tersebab tidak diketahui sehinggalah Along mengeluarkan kenyataan kepada media selepas menghadiri prosiding pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang petang tadi.
Sewaktu dihubungi Afreena turut menyatakan apa yang Along perkatakan tentang dirinya adalah sesuatu yang tidak patut.
“Sepatutnya prosiding hari ini sangat ringkas untuk pengesahan lafaz cerai. Namun saya berasa sangat sedih apa yang Along burukkan saya tak patut. Hari ini bukannya untuk fokus mengaibkan pihak mana-mana.
“Tak perlu burukkan dan aibkan sebab kita pernah bersama satu masa dulu walaupun hanya dalam masa singkat.
“Sebenarnya kalau Feena nak buka aib boleh saja tapi Feena rasa tak perlu dikongsi. Sebab masing-masing ada anak dan sudah dewasa,” kongsi Feena.
Feena turut menegaskan dirinya juga tidak pernah curang.
“Saya tak tahu macam mana isu curang itu boleh timbul. Saya menafikan sebab saya tak pernah curang dengan dia. Itu semua hanyalah tuduhan.
“Dia bercakap dengan jelas di hadapan hakim menyatakan definisi curang adalah menipu. Tapi bagi saya, curang itu bermaksud menjalin hubungan sulit.
“Kami sendiri tidak tahu curang yang bagaimana dimaksudkan. Saya terlalu sibuk, saya ada kerja dan karier yang sedang saya kejar. Saya tak ada masa nak buat perkara macam tu,” kongsinya seperti mana dilaporkan Harian Metro.
Afreena turut memberitahu media dirinya tidak pernah mengabaikan anak-anak.
“Saya rasa perkara ini tidak ada kena mengena dengan kes kami. Orang yang kenal saya tahu saya memang jaga anak-anak. Emak mana yang sanggup buang anak,” sambung Afreena yang turut mendedahkan bahawa rumah tangga mereka sudah bermasalah sejak dua bulan selepas berkahwin.
Untuk rekod Afreena mendakwa berlaku lafaz cerai luar mahkamah pada Jun tahun lalu, sebelum membawa perkara itu ke muka pengadilan bagi mendapatkan pengesahan.
Ubai MZ pilih hidup sederhana, sanggup lakukan apa sahaja asalkan Shila Amzah gembira. Malahan pempengaruh media sosial, Ubai MZ, akan buat yang terbaik demi membahagiakan isterinya Shila Amzah dan anak-anak.