“Akak tak pernah terfikir untuk curang Su, tapi akak juga ada keinginan. Suami akak lepaskan keinginan dia saja, tak pernah ambik tau kehendak akak. Akak tak pernah rasai nikmat berhubungan sampai la akak kenal dengan kekasih akak ni. Tapi sekarang akak dah taubat Su. Akak insaf tak nak buat maksiat lagi.”
Banyak Kes
Klien berusia lebih tiga tahun saja daripada saya itu kemudiannya menangis teresak-esak. Bukan kes pertama, tapi dah banyak kes saya jumpa. Tapi masih ramai juga suami yang tak ambil berat isu ini. Masih pandang ringan kehendak batin isteri.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Dan pada hubungan kelamin kamu semua (bersama isteri) merupakan sedekah. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Apakah jika seseorang kami mendatangi isterinya (untuk berjimak) maka dia mendapat pahala?
Rasulullah menjawab: Bagaimana pendapat kamu semua jika dia menyalurkan syahwatnya ke jalan yang haram, (sudah tentu) dia akan mendapat dosa kerananya. Demikian juga jika dia menyalurkan di jalan yang halal, pasti dia mendapat pahala.” – hadis riwayat Muslim.
Hak Batin Isteri
Realitinya, Islam tidak menafikan hak tuntutan batin isteri. Ada banyak ayat yang memberikan maksud, isteri juga mempunyai hak yang sama dengan suami di dalam kehidupan berumah tangga. Antaranya;
firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” – surah al-Nisa’ ayat 19. Ayat ini membawa pengertian yang maha luas.
Gauli isteri secara baik bererti suami perlu menjaga kebajikan isteri, menjaga makan minumnya, menjaga perasaannya. Gauli isteri secara baik juga memberi erti bahawa isteri perlu dilayani kehendak batin mereka menepati selera mereka.
Saya yakin, ramai yang sedia maklum, terdapat perbezaan yang ketara antara kehendak batin suami dan kehendak batin isteri. Kebanyakan suami mempunyai kehendak batin yang tinggi dan selalu inginkan kehendak batinnya dipenuhi.
Berbeza dengan isteri, kehendak batin isteri boleh ditoleransi. Jika penat, sedih atau mood yang tak menentu, isteri tak mengharapkan layanan untuk kehendak batin mereka. Biarpun mempunyai mood tertentu, kehendak batin isteri tetap perlu dipenuhi ketika si isteri membutuhkan anda berbuat demikian.
Menurut Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Jika seseseorang antara kamu melakukan hubungan kelamin dengan isterinya, dia hendaklah bersungguh-sungguh. Apabila dia hendak menyelesaikan hajatnya itu (mencapai kepuasan) sedangkan isterinya belum sampai klimaksnya, maka janganlah dia tergesa-gesa (untuk menamatkan persetubuhan tersebut) sehingga hajat isterinya diselesaikan pula.” – hadis riwayat al-Suyuthi.
Ads
Hadis ini meminta agar para suami menjaga perasaan isteri ketika berjimak dan melakukannya dengan niat agar kedua-dua belah pihak mencapai kenikmatan. Janganlah para suami hanya memikirkan kepuasan diri sendiri tanpa memastikan isteri mereka juga sudah mencapai kepuasan.
Kegagalan Suami
Perkara ini amat penting dan tidak boleh dipandang ringan. Kegagalan suami memenuhi kehendak batin isteri boleh menimbulkan kesan negatif seperti isteri membenci suaminya, melalaikan perintahnya ataupun menolak apabila diajak untuk berjimak dan sekiranya bersetuju pun ia tidak dilakukan dengan sepenuh kerelaan hati.
Paling ditakuti, isteri ‘makan luar’. Kes-kes sebegini bukan lagi kes yang pelik atau luar biasa, nauzubillah!!
Perlu diingat, tahap kepuasan sesuatu hubungan intimasi antara suami dan isteri juga berbeza. Suami lebih cepat sampai ke destinasi berbanding isteri. Masalahnya berapa ramai suami yang endahkan perkara ini? Berapa ramai suami yang mengambil berat dan peduli tentang persoalan: Sudahkah aku memenuhi selera batin isteriku? Mungkin ada suami yang bertanya: Bagaimana nak tahu selera isteri dah dipenuhi atau belum?
Suami Kena Tanya Isteri!
Jawapannya mudah sahaja. Selesai hubungan, tanyalah isteri anda. Isteri juga perlu bertanya kepada suami, bagaimana layanan anda tadi? Ramai yang ambil mudah perkara ini. Dah selesai …. dah laaa… Anda jangan lupa, kejayaan intimasi anda adalah penentu kebahagian rumah tangga anda.
Ads
Jangan Lupa Berkomunikasi
Di sinilah pentingnya komunikasi. Bagaimana? Bersenda gurau sebelum intimasi dan mengambil berat kepuasan pasangan anda selepas intimasi; itulah antara bentuk komunikasi yang perlu anda praktikkan.
Paling penting, anda… pasangan perlu bersikap terbuka. Berbincanglah dengan pasangan untuk menjadikan hubungan intimasi anda sesuatu yang paling indah. Jangan jadikan intimasi sebagai satu alasan untuk anda keluar dari gerbang perkahwinan.
Namun, jika masalah intimasi ini menganggu emosi anda, jangan makan luar tetapi carilah penyelesaian terbaik. Islam meletakkan jalan keluar bagi perkahwinan yang menghadapi masalah seperti ini.
Sumber: Puan Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie. Beliau juga merupakan penulis tetap ruangan Resipi Hidup di dalam majalah Mingguan Wanita.
Inai homemade ini ada banyak sangat kelebihannya, jadi sesuai sangat untuk anda yang suka pakai inai cuba buat sendiri ikut langkah-langkah yang dikongsikan oleh saudari Rosdiana Dian. Lagi pun nak cari daun inai bukan senang zaman sekarang, elok sangatlah tiru buat inai moden macam ini…
Hi semua…
Mak nak share inai homemade yang mak buat siang tadi.
Actually Uolls buleh jugak tanya pakcik Google. Cuma resepi ni mak dapat dari kawan Mak.
Mungkin lain orang lain bahannya.. modal tak sampai 3 hengget.
3 Bahan-bahan asas:
1. Kapur sireh/ kapur makan tu. Ini paling utama. Takde ni maka pewarna tak boleh serap dalam kuku. (Sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet ja.. jangan banyak-banyak takut panas, kang sakit pulak kuku tu Mak tak jamin.
2. Sabun mandi yang jenis ketul/ buku. (Sukatan 2cm persegi). Atau,sabun axion pun boleh.
Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau. (Kalau axion dlm Sukatan 1 sudu besar).
3. Pewarna makanan kaler ceri merah. Ada yang pakei sirap, ikut lah nak warna apa pun… oren, purple, hijo, coklat ke hitam ke. Siapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau… itu tak boleh, lain jadinya karang. Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan).
SUKATAN KAPUR
Haaa.. agak-agak gini laaa sukatan kapur sireh tu tadi… jangan banyak sangat kang lain jadinya.. Hehehee.
JENIS PEWARNA
Ini la pewarna makanan yang mak pakai. Pewarna Ceri Merah cap bunga Rose. Rege dalam rm2.50. Ada jugek yang pakei sirap. Tak kesah la Uolls nak kaler apa pun.. ungu ke.. ijau ke… hitam coklat ke.. mak tak rela pulak nak kaler ijau.. Hihihi.. Tapi…. jangan yang jenis kordial tu tau.. naiyaaa ja kang tak jadik.
HASILNYA
Ni struktur bancuhan 3bahan asas tadi.
Sentiasa pengantin baru ler katakannnn…
Lagi satu yang beli kat kedai tu tak tahan lama.. kejap ja pudar.
Nak carik daun inai nak tumbuk-tumbuk jenuh ler pulak. Maka, terhasil laa inai moden ni.
Cara-cara bancuhan:
Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Toksah campur air, kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30 minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.
Alaaaaa… susah-susah tak dapat nak agak kuantiti bahan boleh beli ja inai readymade kat kedai tapi cuma inai tu tak kekal lama laaa.. lekas pudar.
Yang ni tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong.
Lagi satu, yang paling penting buleh bawa SOLAT. Sebab warna menyerap ke dalam kuku. Bukan hanya sekadar menutup permukaan kuku macam quitick tu. Tak percaya, lepas pakai try ler kikis. Buleh ke idok.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebenarnya apabila wanita mengalami gangguan kitaran haid setiap bulan, ia mungkin menunjukkan petanda kepada sesuatu penyakit yang sedang dihadapi.Menurut perkongsian oleh Doktor Pakar Sakit Puan, Dato’ Dr. Hamid Arshat terdapat 8 perkara yang kaum wanita perlu berwaspada yang mungkin menjadi punca kitaran haid terganggu.
Berikut merupakan antara perkongsian ilmu daripada beliau sebagai rujukan;
Pusingan haid yang teratur melambangkan kesuburan, kewanitaan dan kesihatan. Berbagai gejala dan penyakit boleh menimbulkan gangguan haid. Diantaranya ada yang merbahaya dan mengancam kesihatan seperti Kanser Pangkal Rahim (cervix), Kanser Ovari atau Rahim.Sebahagian besar disebabkan oleh gangguan hormon dan juga berbagai-bagai tumbuhan bukan kanser seperti Fibroids, endometriosis dan ovarian cysts.
Walau demikian wanita perlu berwaspada bila timbul gangguan-gangguan berikut:
1. Perdarahan Selepas Hubungan Kelamin
Ia dianggap sebagai tanda Kanser Pangkal Rahim. Walau demikian ada punca-punca lain seperti cervical erosion, jangkitan kuman dan cervical fibroids dan polyp.Wanita perlu periksa faraj dan buat ujian Pap smear.
2. Perdarahan Selepas Putus Haid
Ini satu tanda Kanser Dalam Rahim. Lain-lain punca, kekurangan hormone estrogen, fibroid dan polyp.Periksa peranakkan dan buat vaginal scan, buat pap smear dan juga diagnostic D&C.
3. Perdarahan Haid Terlalu Banyak & Berpanjangan (Menorrhagia)
Punca utama tumbuhan fibroid, adenomyosis, endometrial hyperplasia Dan polyps. Perlu buat vaginal scan.Rawatan dengan bedah D&C, buang Fibroids atau buang rahim.Pengambilan Ubat hormone, norethisterone (norculut) boleh membantu.
4. Sakit Senggugut
Sering disebabkan oleh endometriosis dan adenomyosis. Menimbulkan masalah kesuburan dan keguguran serta kesakitan.Perlu buat vaginal scan. Bagi gadis buat scan perut.
5. Haid Tidak Teratur
Jarak antara haid 3 hingga 6 bulan atau lebih. Sering disebabkan olih PCOS, ovari bengkak dan tidak subur. Sering berlaku pada wanita gemuk.Gangguan utama ialah sukar hamil, keguguran,perdarahan banyak dan berpanjangan.Perlu rawatan khusus dan kuruskan badan.
6. Tidak Datang atau Lewat Datang Haid
Punca utama ialah kehamilan. Langkah pertama buat ujian kehamilan UPT. Buat vaginal scan untuk pengesahan.Lain-lain punca ialah gangguan hormon akibat stress atau masuk umur empat puluhan. Mungkin hampir menopause.
7. Tidak Datang Haid Melebihi 6 Bulan
Satu tanda menopause bagi mereka berumur sekitar 50an. Atau premature menopause bagi mereka dibawah 40 tahun.Bagi mereka yang berhenti haid dalam umur 20an dan awal 30an , mungkin sebabkan ovarian failure, iaitu telur dan hormone telah tandus.
8. Tiada Datang Haid Pada Gadis Berumur 20 tahun
Mungkin disebabkan tiada rahim atau pangkal rahim atau faraj. Ini cacat kogenita, iatu sejak lahir tidak sempurna peranakannya.
Semoga bermanfaat & kongsikan ilmu ini buat wanita lain juga.
Ramai sangat pasangan muda yang cepat panas hati. Pantang isteri silap sikit, ditempelaknya isteri depan orang ramai. Malulah isteri itu. Paling tidak bila dalam kereta atau sampai rumah, dia menangis sorang diri.
Itu kalau dapat isteri yang jenis baik tak melawan. Kena yang sama panas, barannya melangit. Mahu bergaduh depan-depan orang ramai.
Dalam rumah tangga, adatlah berkonflik suami isteri. Cumanya macam mana cara suami isteri atasi konflik tak sefahaman itu.
Kisah guru bernama Ezatul Mariniini boleh dijadikan panduan pasangan muda yang jenis cepat panas hati, asyik tak puas hati saja dengan pasangan.. sebabnya dalam usia perkahwinan 23 tahun itu, rupanya ada rahsia bahagia yang mereka amalkan.
Mana Ada Orang Tak Pernah Gaduh Langsung Dengan Pasangan
2018 kami sambut ulangtahun ke 23 perkahwinan… uih lama tu…2 tahun lagi dah layak kalau nak buat kenduri pastu kononnya pakai baju pengantin bagai… belum terfikir lah pulak nak buat begitu…
“Kak ezat dengan Abang Khaizu tak pernah gaduh ke? Nampak cam best friend je?”
Bohong tak pernah gaduh. Mana ada orang tak pernah gaduh langsung dengan pasangan. Tak logik kalau selalu aman je. Nak- nak yang macam kami. Perangai bertentang habis.
Ada kawan-kawan yang tanya macamana kami boleh bertahan selama ini. Betul ke sayang atau sebenarnya kasihankan keadaan En. K? Saya selalu biarkan je soalan tu tidak berjawab.
Ehhh! melalut dah ni… tadi topiknya pasal bergaduh ye dak? Mestilah ada gaduh… macam ramai pakar rumahtangga cakap lah 10 tahun pertama tu memang penuh cabaran. Dengan usia yang muda, pastu masih tebal semangat wira dan wirawati, memang haru-biru la. Kena pulak en. K anak bongsu…lelaki tunggal. Saya pulak perempuan bongsu (perasan) dan dibesarkan dek atuk dan nenek. Boleh bayangkan macamana bila 2 diva bertembung kan?
Nak bertekak? Dalam kereta selalunya kami jadikan medan nak voice out apa sahaja rasa. Kami beruntung sebab direzekikan mengajar di sekolah yang sama maka perjalanan pergi balik tu memberi kami cukup masa nak “berdebat”. Sampai parking, dah sejuk, minta maaf dan masuk rumah mood pun dah lebih stabil.
Petua 2 : Sakit Hati Macam Mana Pun Jangan Gaduh Depan Orang
Satu lagi petua en. K, kalau nak gaduh atau apa pun jangan depan orang. Sakit hati macamana pun tahanlah sabar dulu. Nanti dalam kereta atau dalam bilik, bolehlah mulakan sesi “abang, saya minta maaf tapi saya perlu cakap benda ini”. Dan percayalah pada saat dan ketika itu, perasaan marah dan geram yang meluap-luap sebelumnya tu dah mula hilang maka sesi tu akan jadi lebih harmoni.
Petua 3 : Bincang, Audit Diri Dan Pasangan
Apa-apapun semuanya balik kepada bincang. Rajin-rajin berbincang dan audit diri kita dan pasangan. Dan percayalah melepasi garis 10 tahun, seiring usia yang makin meningkat dan kita pun makin memahami lebih dan kurangnya pasangan, semuanya akan baik-baik aje…
JAIP sahkan pernikahan Uqasha & Kamal Adli sah menurut syarak selepas pasangan selebriti itu dinikahkan secara rasmi pada 4 November 2021 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong.