Pelakon dan penyanyi, Safura Yaacob, 53, akhirnya mengesahkan bahawa suaminya, pelakon berbakat besar Shahronizam Noor, 53, disahkan menghidap kanser tahap dua selepas menjalani biopsi pada ketumbuhan di bahagian scapula atau tulang belikat.

Khabar duka itu dikongsi Safura menerusi kiriman suara di WhatsApp selepas pasangan itu pulang dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendengar keputusan makmal.

Suami Disahkan Kanser Tahap Dua, Safura Tetap Kuat Demi Shahronizam

“Keputusannya… kanser tahap dua.”

Dalam nada yang tenang namun sarat ketabahan seorang isteri, Safura memaklumkan:

“Hari ini kami balik dari hospital dan dah dapat biopsi daripada pembedahan itu, Shahronizam disahkan menghidap kanser tahap dua.”

Menurutnya, walaupun ketumbuhan itu berada pada tahap dua, keadaan tulang yang terjejas menunjukkan tanda-tanda lebih agresif.

Ads

“Keadaan tulang dalam itu adalah tahap tiga yang ganas dan kemungkinan besar boleh tumbuh balik. Sebab itu dia perlu buat radioterapi dulu. Shahronizam akan mula rawatan pada akhir tahun ini, sebanyak 33 kali…”

Pasangan itu dijangka menilai perkembangan keadaan selepas keseluruhan sesi radioterapi selesai.

Juga Baca:https://www.mingguanwanita.my/jari-kelingking-suami-penyanyi-safura-terkulai-putus-ketika-potong-ayam/

Suami Disahkan Kanser Tahap Dua, Safura Tetap Kuat Demi Shahronizam

Ads

Reda, tenang dan penuh berserah

Sebelum ini, Shahronizam sendiri pernah berkongsi bahawa dia sudah bersedia menghadapi apa jua keputusan, termasuk kemungkinan terpaksa menjalani radioterapi.

Dalam wawancara terdahulu, dia menyatakan dengan penuh syukur dan keinsafan:

“Kalau keputusannya positif kanser, saya terpaksa buat rawatan… mungkin radioterapi. Sekarang ini saya reda sahaja. Benda dah jadi, ini bahagian kita. Saya terima apa yang ditetapkan Allah… pengakhirannya kita semua akan mati. Tapi selagi hidup, kita ikhtiar dan berubat.”

Ungkapan itu mencerminkan jiwa seorang lelaki yang kuat menghadapi ujian, dan seorang suami yang tidak mahu membebankan isteri dan keluarga dengan kegusaran.

Ads

Perjalanan kesihatan yang panjang

Masalah kesihatan Shahronizam mula dikesan sekitar Ogos lalu selepas dia membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Ampang sebelum dirujuk ke Hospital Ampang. Pada 12 September, beliau menjalani imbasan MRI, sebelum kesnya akhirnya dirujuk ke HKL untuk penilaian mendalam dan biopsi.

Kini, fasa rawatan pula bakal bermula dan seperti selalu, Safura berdiri setia di sisi, menjadi sumber kekuatan, doa dan ketenangan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/11/1477428/shahronizam-disahkan-hidap-kanser-tahap-dua

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads