Isunya.. masa berpantang inilah isteri mengidam saat manis dibelai dan dimanja suami baik terutama sentuhan emosi. Salah satunya, ketika isteri melalui 40 hari tempoh berpantang, suami sentiasalah bersedia untuk sama-sama jaga anak.
Realitinya, ramai di kalangan isteri yang terpaksa menerima hakikat dia seolah-olah berpantang sendirian. Walaupun suaminya ada di dalam rumah bersama dengannya.
Pada suami apa yang dia nampak, apa yang dia buat. Misalnya jerangkan air, angkat air, basuh baju, sidai kain itu sudah memadai. Sedangkan ada lagi hal-hal remeh (seperti yang suami fikir) tapi isu itu besar untuk isteri.
Kenapa Suami Kena Jaga Anak Sama Masa Isteri Berpantang
Ketika Isteri Mandi, Suami Tolong Jaga Anak
Ada sesetengah suami fikir, bayi yang lena tidur selepas menyusu itu tak perlu ditemani sesiapa. Asal sudah masuk ‘baby coat’ selamatlah dia. Dan tentunya mandi ibu berpantang lebih lama. Lagi-lagi yang bersalin caeser.
Dia perlu lindungi luka pembedahan dengan balutan khas. Mandi dengan hati-hati dan prosesnya panjang.
Emosi pun kena tenang ketika mandi herba. Memang perlahan pergerakannya sebab isteri masih belum berdaya.
Selesai mandi, kawasan luka perlu dikeringkan. Tak kiralah jahitan di perut atau bahagian lain. Segalanya perlu teliti, dan disapu ubat.
Masa Isteri Makan, Berilah Masa Untuknya Menikmati Lauk Berpantang
Jadi, suami duduklah di sisi anak. Temani bayi anda itu. Kalau tak tahu buat apa pun, tenunglah wajah bayi.
Dan tengok-tengoklah kalau-kalau ada semut atau serangga kecil yang kadang datang tanpa diundang.
Jangan pula diganggu tidur bayi itu. Terjaga pula bayi nanti. Kasihan ibunya yang baru hendak menikmati makanan berpantangnya.
Itulah nanti sumber makanan untuk bayi anda. Masa berpantang inilah ibu cukup runsing bila susu tak keluar.
Susahnya hati, nanti bayi kelaparan.
Ads
Kredit foto : phawellness.com
Waktu Menyusu Belah Malam, Suami Sokonglah Tubuh Isterimu
Tak ramai yang sanggup berjaga sama dengan isteri. Menahan tubuh lemah isteri ketika memberi susu pada bayinya di malam hari.
Ada sesetengah bayi baru lahir akan berjaga malam.
Walaupun sudah diberi susu, tetap dia mahu bercerita. Layanlah bayi anda itu, berikan ruang untuk isteri tidur seketika.
Nanti bila isteri terjaga, dia sudah ada tenaga untuk menyusukan bayinya di tengah malam.
Kadangkala perubahan rutin sebegini akan mengundang konflik kepada pasangan muda. Apa pun banyakkan bersabar dan terima ujian menjaga isteri dan anak di malam hari dengan redha.
Kredit foto : siraplimau.com
Bahagianya Isteri Bila Suami Prihatin
Benar, tak semua suami dapat lakukan ini. Lagi-lagi mereka perlu bekerja dengan rutin masuk pejabat ‘9 am to 5 pm’.
Ads
Namun, pengalaman berpantang ini cuma 40 hari saja. Tak lama mana, congak-congak sebulan je masanya. Berkorbanlah masa dan tenaga untuk seketika.
Jaga anak sama-sama dengan isteri.
Menjadi suami yang prihatin, memahami emosi isteri berpantang akan mengurangkan kadar emosi meroyan isteri anda.
Hendak beri tips bagaimana tangani emosi isteri secara tepat, rasanya suami lebih tahu apa yang isteri inginkan.
Suami kan orang yang paling dekat dengan isteri, tentu-tentulah suami lebih faham emosinya.
Tak dinafikan sekarang ini ramai suri bukan semata duduk di rumah. Mereka pun terpaksa keluar bekerja demi membantu ekonomi keluarga. Orang perempuan terutama yang dah jadi mak-mak ini, kalau diberi pilihan mereka memang nak saja duduk di rumah.
Tapi dengan keadaan ekonomi yang tak menentu, apalah pilihan yang mereka ada. Bekerjalah supaya ekonomi rumah tangga jadi lebih stabil. jadi bila gaji suami dan isteri dicantum, dapatlah anak-anak menikmati sedikit kesenangan dan kemudahan.
Tapi bila dah bekerja lain pula halnya dengan wanita. Orang perempuan ini memang jenis komited. Baik urusan rumah tangga mahupun kerjayanya. Bila dah bekerja, mereka jadi sibuk. Kadang sampai ke rumah terbawa-bawa urusan kerja. Tanpa kita sedari yang suami rupanya masih perlukan belaian manja.
Perhati Gambaran Ini
Dalam perjalanan suri dah fikir balik nanti nak masak apa untuk makan malam keluarga. Singgah sekejap ke kedai beli barang basah. Ambil anak-anak di nurseri atau sekolah, balik rumah siap sedia memasak.
Minta anak-anak mandi dan selesai memasak, urus pula hidangan makan malam. Mengemas, membasuh kain baju mana yang ada untuk hari ini, temankan anak buat kerja sekolah, basuh pinggan mangkuk sampailah menyidai pakaian.
Bila dah penat, kita masih melayan suami, tapi tak seratus peratus. Jangan sampai layanan tak seratus peratus itu buatkan suami jauh hati.
Apa Kata
1. Minta bantuan suami uruskan anak-anak atau kain basuhan sementara anda memasak. Sekarangkan dah ada mesin basuh, ajar suami tekan-tekan mesin tu. “Kalau abang tak tolong, saya letih susah saya nak beri layanan terbaik nanti.” Cakap begini dengan suami. Mana yang faham mesti tak sampai hati.
2. Sehari dalam seminggu, tak perlu memasak. Bila hidangan siap dan cepat. Jadi masa yang ada itu boleh digunakan untuk melayan suami. Bila dah selesai mandi, hidangkanlah suami air hangat kegemarannya. Wajib tanya baik-baik dan jelas-jelas dia nak minum apa. Tip: Jangan sampai tersilap, nanti mood tenang suami ke laut jadinya.
3. Layankan saja suami dengan aktivitinya. Kalau dia tengah menonton, duduk di sebelahnya, picit-picit badannya. Sambil-sambil tu ceritalah tentang hal-hal luar kerja atau keluarga. Bangkitkan topik-topik menarik misalnya hobi, imbas kisah cinta lalu atau impiannya. Layan emosi suami dan emosi anda dalam suasana paling romantis. Bila emosi suami tenang, anda pun akan sama-sama merasai aura kebahagiaan itu.
4. Jangan lupa peluk & belai. Biarlah usia suami dah mencecah 40-an sekalipun, satu hal yang orang lelaki akan kenang sampai bawa ke tidur adalah dakapan mesra kasih seorang isteri. Yang penuh ikhlas dan mencintai dirinya. Suami ini makin dia berusia, manjanya macam anak-anak kecil. Mahu dibelai dan dimanja sentiasa.
5. Bermain-mainlah dengan rambut dan bahagian wajahnya. Belai-belai rambut suami biar sampai dia tertidur sendiri. Kalau rajin buatlah rawatan facial untuk suami. Daripada dia pergi buat rawatan ke spa, kan lebih baik anda buat sendiri. Kalau tak ada pun sangat alatan, guna saja sabun LUX dan span serta air hangat. Picit-picit noda hitam pada hidungnya. Bila isteri belai-belai manja macam tu, sampai hati ke nak cari lain.
Sakitnya bengkak susu, tuhan saja yang tahu. Masa itu, anak nak menyusu pun tak boleh dah. Dua-dua tak selesa, baik mak mahupun anak. Mulalah badan mak rasa tak selesa, sampai nak demam dibuatnya.
Kadang suami tak faham betapa deritanya bengkak susu. Bukan boleh terus sua susu yang membengkak pada bayi yang menangis-nangis sebab nak susu tu. Boleh bayangkan tak kestresannya macam mana.
Tapi kalau dah ditakdirkan mak alami bengkak susu, ini cara alternatif yang mak boleh cuba. 6 cara ini boleh redakan sakitnya bengkak susu.
6 Cara Redakan Bengkak Susu
1. Usahakanlah Mandi Air Panas Suam
Berendam dengan air panas suam dapat membantu melembutkan payudara anda. Ketika mandi urut ditempat yang ada benjolan atau ketulan di bahagian belah kanan, kiri, bawah atau atas payudara.
2. Menyusu Terbalik
Di mana kedudukan ibu bertentangan dengan arah kedudukan anak yang sedang baring. Mudahnya anak berada di bawah dan ibu berada di atas, memangku tubuhnya dengan tangan, Ramai ibu yang gembira dengan hasilnya.
Posisi ibu membolehkan graviti membantu aliran susu ibu supaya lebih lancar ketika bayi menyusu. Untuk lebih selesa, ibu boleh meletakkan beberapa biji bantal supaya ibu tidak krem dan letih semasa menyusu dalam posisi ini.
3. Mak Sila Cool, Relaks Dan Tenangkan Fikiran
Sambil menyusu, tenangkan fikiran. Tekanan boleh melambatkan penyembuhan. Cara paling mudah, tenung wajah si manja anda semasa menyusu. Sebaik selesai penyusuan, anda akan mendapati ketulan itu telah hilang.
4. Guna Daun Kubis Pun Boleh
Ambil kelompak daun kubis dan tutup disekitar payudara anda. Daun kubis yang mampu melembutkan bengkak susu. Sebelum letak di sekitar payudara pastikan daun kubis itu dipanaskan seketika.
5. Pergilah Berurut Dengan Yang Pakar
Adakalanya anda perlukan bidan yang pakar dan tahu titik bengkak susu ini. Ketika mengurut itu memang sakit, anda harus menahan kesakitan itu. Selepas urutan itu anda tidak akan ada masalah bengkak susu lagi.
6. Picit Sekitar Puting Susu
Ketika mandi fokuskan kepada sekitar puting susu. Picit perlahan-lahan sehingga ia mengeluarkan ketulan berwarna putih. Lama kelamaan anda tidak akan merasa bengkak susu lagi.
Kenapa Susu Tersumbat?
Susu tersumbat ini kebiasaanya berlaku kerana ibu kurang mengepam atau bayi kurang menyusu secara efektif. Jika payudara tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus mengundur kerana penghasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.
Sesetengah ibu akan mengesan satu tompokan putih kecil pada hujung putingnya, iaitu tanda saluran puting susu tersumbat, sel kulit tumbuh di atasnya. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang telah disteril atau anda boleh memicitnya sendiri.
Apabila susu tersumbat itu pecah, susu akan memancut. Anda akan rasa sangat lega dan selesa. Ketulan dan benjolan pada payudara akan hilang serta merta.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wahai mak ayah, kadangkala hal semacam ini tidak disedari terbuat dalam hidup serba moden ini. Berfikir sejenak dengan apa yang dikongsikan Muhammad Hassan ini akan perbuatan banyak sangat mengumpat atau ghibah.
Sekarang ini, perbuatan ini senang-senang dilakukan terang-terangan malah berkumpulan pula. Lagi-lagi bila berada di alam media sosial ini. Dari kata-kata yang ditulis tidak disedari akhirnya menjerumus ke arah mengata orang lain tanpa batasan.
Berhati-hatilah dalam meluahkan kata-kata. Bimbang apa yang ditulis akan terpalit dosa.
Tanda Akhir Zaman! Mengumpat, Mengaibkan Orang Jadi Topik Setiap Hari
Betul juga ustaz cakap tadi. Tanda akhir zaman ni jelas. Antaranya dulu orang nak mengumpat kena bersama orang yang betul-betul dia kenal.
Dengan jiran, ketika rewang, ketika ke pasar.
Tapi hari ini, online je di media sosial entah siapa share pasal anak si fulan taknak tunjuk muka terus kita mencelah masuk komen.
“Aah.. saya pun tak suka dia ni, menyampah, macamlah dia sorang ada anak.”
“Aah sis, saya pun tak suka, dah lama unfollow, memang menyampah, meluat, acah-acah islamik macam dia je terpaling syurga.”
Maka seharianlah kita berseronok bersama orang-orang kita tidak kenali ini, mengumpat hal kehidupan orang lain di facebook. Mengumpat, mengaibkan orang akan jadi topik kita setiap hari.
Berjam-jam kita habiskan masa di media sosial untuk baca hal keburukan kehidupan orang lain. Banyak kita telah bazirkan masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
Eh! bukan ke saya cakap benda betul. Benda betul tulah mengumpat(ghibah). Itulah yang ramai orang suka bercakap pasal orang lain, sebab betul, jika tak betul ia akan jadi fitnah pula.
Sebab itulah mengumpat ni seronok, seronok bila kita mula rasa orang lain banyak tak betul berbanding kehidupan kita.
Sedangkan subuh tadi baru dengar ceramah ustaz wadi azabnya seksa nanti di kubur dan Padang Mahsyar bagi pengumpat dan pengadu domba.
Kesannya diri kita sendiri jadi toksik. Dengan anak-anak kita kasar, sentiasa bersangka buruk dengan pasangan, ada masalah dengan orang sikit pun tak boleh bawa bincang. Selalu nak gaduh dengan orang, ada je masalah tidak kira di media sosial mahu pun di dunia nyata.
Hari jumaat minggu lepas khatib ada sebut. Jika nak bahagia, nak tenang dalam hidup. Buat dua perkara ini.
1. Jangan lakukan perkara yang kita tidak suka orang lain lakukan kepada kita. Contohnya mengumpat.
2. Lakukan perkara yang kita suka orang lain lakukan terhadap diri kita. Contohnya bercakap perkara yang baik tentang kita.
Moga bermanfaat.
p/s: Lebih baik manfaatkan media sosial untuk belajar bagaimana buat duit hanya dari rumah. -EncikMatt-
#LelakiBurQa
#jombaikidiri
#motivasi
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Salah seorang daripada tiga bayi kembar perempuan dilahirkan pramatang di Hospital Melaka berada dalam keadaan membimbangkan. Ketahui perkembangan terkini bayi kembar tiga pramatang kepada pasangan Mohd Fikry Amri dan Sabrina Hakiem.