Tak dinafikan tempoh masa PKP yang lama banyak meninggalkan kesan negatif pada sebahagian kita. Tekanan hidup yang mencabar dan tak tertanggung getirnya menjadikan kita stres sehingga menyebabkan tertekan, murung dan akhirnya alami tekanan mental.
Pelbagai stigma timbul apabila kita berbicara tentang sakit mental ini. Malah apabila seseorang mengalami masalah sakit mental pula, ramai yang sering mengaitkannya dengan perspektif negatif iaitu ‘gila’.
AWAS! Stress PKP, Sakit Mental Menjadi-jadi, ini merupakan topik pilihan dalam LIVE Sembang Wanita sempena kempen Mingguan Wanita Prihatin, baru-baru ini.
Sebenarnya apakah yang dimaksudkan dengan sakit mental,bagaimanakah pengertiannya?Adakah mengalami pesakit mental berpeluang untuk sembuh dan menjalani kehidupan normal seperti orang lain?
Untuk menjawab persoalan tersebut, Puan Anita Abu Bakar selaku pengasas dan Presiden MIASA (Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA) yang turut pernah melalui situasi getir sakit mental dalam hidupnya, ada menjelaskan mengenai definisi sakit mental ini.
“Persepsi negatif penyakit mental dikalangan masyarakat adalah ‘gila’ dan berbahaya. Penyakit mental berlaku apabila ia mengganggu fungsi harian dan tidak dapat berfungsi sebagai seorang individu normal. Seperti tidak dapat membuat keputusan dengan baik, tidak dapat menangani stress dan sebagainya.”
“Namun perkara positifnya, penyakit mental ia boleh sembuh, ada rawatan berkesan namun memerlukan pendekatan yang menyeluruh.” jelas Anita.
Ads
Simptom Tanda-Tanda Awal Penyakit Mental
Perlu tahu, individu yang mengalami penyakit mental mempunyai simptom dan tanda-tanda awal yang perlu diambil berat. Ianya pelbagai dan bergantung pada keadaan individu tersendiri. Antaranya:
1.Perubahan pola tidur.( Kurang Tidur/Terlebih Tidur)
2.Kurang makan atau terlebih makan.
3.Tidak suka bersembang dengan kawan-kawan dan keluarga.
4.Suka mengasingkan diri.
5.Kerap tak sihat, seperti demam, batuk, sakit kepala.
Penting Luahkan Dengan Orang Lain
Jelas Anita lagi, sebenarnya apabila mengalami stres dan tekanan, adalah penting untuk mendapatkan bantuan dan meluahkannnya pada orang terdekat yang boleh dipercayai. Ia dapat membantu mengurangkan tekanan sekaligus dapat memberi perspektif berbeza dalam masalah dan tekanan yang dialami.
“Apabila rutin seharian tidak dapat lakukan dengan baik, kerap rasa stres minimum 2 minggu seeloknya melakukan sesuatu dan mendapatkan pertolongan.”
“Ia tak semestinya kena berjumpa dengan Pakar Psikitari, namun mungkin seperti meluahkan dengan individu yang boleh dipercayai seperti rakan dan keluarga juga boleh membantu bagi mengurangkan tekanan dan stres.”
“Apabila berkongsi dan meluahkan dengan orang lain, mungkin kita dapat melihat kehidupan atau masalah kita dari perspektif yang berbeza. Malah mungkin individu tersebut dapat memberikan jalan keluar pada permasalahan kita dan solusi yang dapat dicapai bersama.” ujar Anita.
Ini antara intipati penting yang dikongsikan dalam LIVE Sembang Wanita sempena kempen Mingguan Wanita Prihatin. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai topik ini dan pelbagai perkongsian menarik, saksikan video berikut.
Betul, isteri kalau penat dia boleh bertindak tanpa sedar. Marah-marah anak dan ada lagi teruk sampai murung sebab tak terluah dek kata-kata.
Nak-nak pula kalau umur anak itu dekat dan hanya isteri yang uruskan seorang diri di rumah. Situasi penat ini digambarkan sendiri oleh seorang ibu, Puan Masturah Abu Bakar, dalam kehidupan hariannya. Mujur suaminya memahami dan sanggup mengambil alih tugas menguruskan anak-anak kejap.
Isteri Penat Sebab Uruskan Hal Rumahtangga
Semalam saya hampir hilang kewarasan. Terlalu penat berkerja di rumah dan mengurus anak-anak.
Seminggu yang panjang, sendiri mengurus anak-anak. Suami tak sihat, ada kelas hingga ke malam dan ada kursus penuh di hujung minggu.
Houd meragam yang tak boleh nak dipujuk. Tidur malam tak lena. Melekat saja mulutnya menyusu. Anak-anak lain juga mahu perhatian.
Saya perlu masak dan bereskan hal rumahtangga dan bisnes.
Saya letih. Mental saya dah exhausted. Enjin saya hampir terhenti.
Kongsi Dan Luah Pada Suami
Dalam perjalanan balik rumah lepas selesaikan beberapa urusan di luar, saya minta suami turunkan saya. Dan bertanya boleh tak saya nak berjalan kaki hingga sampai ke rumah?
Saya perlukan masa bersendiri.
Melalui permintaan saya tu, saya tahu saya dah tak boleh berfikir dengan baik. Saya perlu rehat.
Sampai sahaja di rumah, saya masuk ke bilik. Suami layan anak-anak dan tutup pintu bilik. Suami batalkan kelas petang tu sebab nak take part jaga anak-anak.
Saya tertidur. Rasa dah lama tak tidur selena itu walaupun hanya sejam.
Suprisingly, bangun tidur saya terus bertenaga.
Emosi saya stabil. Mental saya stabil. Badan rasa segar.
Saya boleh tersenyum.
Alhamdulillah. Dengan rehat hanya sejam, saya waras kembali.
Bayangkan kalau saya tak diberi peluang oleh suami untuk berehat? Bayangkan suami perlekeh saya dan kata saya hanya mengada-ngada?
Apa tindakan saya? Macam mana dengan anak-anak?
Sebab itulah betapa pentingnya komunikasi suami isteri. Dan pentingnya suami yang memahami. Boleh membaca riak isteri yang dah terlalu kepenatan. Boleh bertoleransi menjaga anak-anak dan beri peluang isteri berehat.
Apa perasaan anda, jika gambar anak-anak anda disebarkan melalui media sosial sebagai bahan seksual? Tentulah marah dan terkejut. Itulah yang dialami oleh selebriti media sosial dan pelakon, Mek Yun yang terkejut apabila mendapat tahu gambarnya ketika zaman persekolahan telah disebarkan dalam sebuah kumpulan Facebook yang dipercayai menyasarkan kanak-kanak sebagai bahan seksual.
Dalam perkongsian video di akaun Instagram miliknya, Mek Yun meluahkan rasa marah dan mengakui tidak sanggup membaca komen-komen yang disifatkannya sebagai menjijikkan dan melampaui batas.
Susulan daripada itu, Mek Yun menyeru orang ramai untuk bersama-sama membuat laporan terhadap kumpulan tersebut agar ia dapat ditutup segera.
“Jom kita semua report group ni. Kita musnahkan group ni. Jangan biarkan diorang buat apa yang diorang suka. Sebab ini tak patut jadi normal.
Benda ni bukan lawak. Ni jenayah. Ni penyakit. Dan banyak sangat kes budak-budak jadi mangsa lepas tu trauma seumur hidup,”ujarnya.
Mek Yunn juga berharap agar pihak berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung perkara terbabit.
“Saya bersuara sebab benda ini tak boleh dibiarkan. Kita semua kena jadi suara kepada budak-budak yang tak mampu bersuara.”
Saya mohon pihak PDRM, MCMC dan YB Fahmi Fadzil tolong siasat dan hentikan semua ini.
Akaun Ditutup
Hasil daripada laporan beramai-ramai oleh netizen yang prihatin tentang masalah ini, kumpulan Facebook ‘Budak-Budak Sekolah Rendah’ akhirnya telah ditutup.
Mek Yun merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua pihak yang telah bertindak pantas dan bersama-sama menunjukkan solidariti dalam melindungi keselamatan kanak-kanak di alam maya.
Beliau turut menegaskan bahawa perjuangan ini belum selesai. Usaha melindungi anak-anak daripada sebarang bentuk eksploitasi perlu diteruskan dengan lebih tegas dan menyeluruh.
“Kita tidak boleh leka. Pengawasan harus diperkukuh dan tindakan undang-undang mesti terus dikenakan kepada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap golongan yang paling mudah terancam ini,” tegas Mek Yun dengan penuh komitmen.
Info: Pedofilia merujuk kepada gangguan psikoseksual di mana seseorang dewasa atau remaja yang lebih tua mempunyai tarikan seksual terhadap kanak-kanak yang belum mencapai akil baligh, biasanya berumur 12 tahun ke bawah.
Penting untuk Diketahui:
Pedofilia bukan sekadar tarikan, tetapi ia sangat berbahaya kerana melibatkan penderaan terhadap kanak-kanak yang belum cukup matang secara fizikal dan emosi.
Ia boleh berlaku secara fizikal atau melalui alam maya –termasuk melalui gambar, video, atau komunikasi dalam talian.
Pencegahan, pendidikan dan pengawasan digital adalah antara cara penting untuk melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa.
Bersuamikan Oku mental, ini cabaran perkahwinan perlu dihadapi isteri. Tidak mudah sebenarnya untuk berhadapan dengan lelaki yang menghadapi masalah mental kerana ada masanya mereka tidak sedar tindakan dan perlakuan. Ada masa isteri dalam dilema kerana tingkah laku suami boleh berubah bila-bila masa.
Bersuamikan OKU Mental
Bagaimana kenali ciri lelaki Oku mental dan cabaran dalam perkahwinan?
Menjalani kehidupan bersama suami yang mengalami masalah kesihatan mental memerlukan kesabaran, kefahaman, dan sokongan berterusan. Cabaran dalam perkahwinan ini melibatkan aspek emosi, sosial, dan kewangan yang memerlukan pengurusan yang baik agar hubungan kekal harmoni dan seimbang.
Ciri-Ciri Lelaki OKU Mental
Perubahan Emosi yang Kerap
Lelaki yang mengalami masalah kesihatan mental mungkin menghadapi perubahan emosi yang mendadak, seperti mudah marah, kemurungan, atau kegelisahan yang berpanjangan.
Kesukaran dalam Membuat Keputusan
Mereka mungkin mengalami kesulitan dalam membuat keputusan penting, yang boleh mempengaruhi kehidupan rumah tangga secara keseluruhan.
Kecenderungan untuk Menyendiri
Sebahagian lelaki OKU mental cenderung untuk mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan kerana perasaan rendah diri atau kecemasan sosial.
Keperluan Rawatan dan Ubat Berterusan
Dalam banyak kes, suami mungkin memerlukan rawatan perubatan dan penggunaan ubat secara berterusan untuk mengawal keadaan mereka.
Cabaran dalam Interaksi Sosial
Mereka mungkin menghadapi kesulitan dalam berkomunikasi secara efektif dan mengekalkan hubungan sosial yang sihat.
Cabaran yang Dihadapi oleh Isteri
Tekanan Emosi dan Mental
Menghadapi perubahan emosi dan tingkah laku suami boleh menjadi cabaran besar. Isteri perlu membina daya tahan mental yang tinggi serta mencari sokongan profesional untuk menguruskan tekanan ini dengan lebih baik.
Kurangnya Kefahaman Masyarakat
Stigma dan kurangnya kesedaran masyarakat mengenai kesihatan mental boleh menyebabkan rasa terasing dan kurang mendapat sokongan. Berbincang dengan keluarga terdekat dan menyertai kumpulan sokongan boleh membantu mengurangkan tekanan sosial ini.
Cabaran dalam Komunikasi
Kesukaran dalam berkomunikasi dengan suami, terutama ketika beliau mengalami episod kesihatan mental yang sukar, boleh menyebabkan konflik dan salah faham. Pendekatan komunikasi yang lembut dan memahami sangat penting dalam situasi ini.
Tanggungjawab Harian yang Meningkat
Dalam banyak keadaan, isteri mungkin perlu menggalas lebih banyak tanggungjawab dalam rumah tangga, seperti menguruskan kewangan dan keperluan harian suami. Penyusunan jadual dan bantuan dari keluarga serta rakan-rakan boleh membantu meringankan beban.
Meningkatkan Ilmu tentang Kesihatan Mental
Memahami kondisi suami dengan lebih mendalam boleh membantu isteri untuk memberi sokongan yang lebih efektif dan menguruskan situasi dengan lebih baik.
Mendapatkan Sokongan Profesional
Kaunseling perkahwinan dan sesi terapi dengan pakar kesihatan mental dapat membantu pasangan memahami keadaan dan mencari cara terbaik untuk menanganinya bersama.
Mengekalkan Komunikasi Terbuka
Berbincang secara terbuka tentang perasaan dan harapan masing-masing adalah penting untuk mengekalkan hubungan yang sihat dan memahami keperluan antara satu sama lain.
Menjaga Kesihatan Diri Sendiri
Dalam memberi perhatian kepada suami, isteri juga perlu menjaga kesejahteraan diri sendiri dengan memastikan kesihatan mental dan fizikalnya terjaga.
Menggunakan Sumber Sokongan yang Ada
Mendapatkan bantuan dari keluarga, rakan-rakan, atau komuniti yang memahami cabaran kesihatan mental boleh memberikan kekuatan dan motivasi untuk terus menghadapi situasi ini dengan positif.
Kesimpulan
Bersuamikan OKU mental adalah satu perjalanan yang memerlukan kekuatan dalaman, kesabaran, dan komitmen yang tinggi. Dengan pendekatan yang betul dan sokongan yang mencukupi, hubungan perkahwinan boleh terus kukuh dan membawa kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.